Skip to main content

MOM Lantik Norza Sebagai Ketua Kontinjen Sukan SEA Singapura 2015

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai ketua kontinjen Sukan SEA Singapura 2015 oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Rabu.

Mohamad Norza berkata beliau akan dibantu oleh dua timbalan iaitu Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dr. S. Shamala manakala seorang lagi timbalan belum diputuskan.

Pelantikan Mohamad Norza itu dibuat pada mesyuarat pengurus pasukan kontinjen Sukan SEA Singapura, dihadiri 35 pengurus persatuan sukan. Sukan SEA Singapura akan diadakan pada 5-16 Jun 2015.

"Terima kasih kepada MOM kerana telah melantik saya sebagai ketua kontinjen bagi Sukan SEA di Singapura tahun depan.

"Saya menyifatkan pemilihan ini adalah satu tugas yang mencabar kerana tahun ini prestasi kontinjen negara pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia merundum," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat pengurus pasukan Sukan SEA di Wisma MOM di sini.

Mohamad Norza berkata Malaysia akan menyertai 35 acara daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan. Kontinjen negara tidak akan menyertai acara perlumbaan bot tradisional pada temasya dwitahunan itu.

Katanya acara karate tidak dipertandingkan.

"Karate merupakan antara lubuk pingat emas pada Sukan SEA, walaupun begitu masih ada lima acara baharu yang dipertandingkan dan kita berharap acara tersebut dapat menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen," katanya.

Empat acara baharu yang dipertandingkan adalah lawan pedang, floor ball, bola jaring, ragbi dan ski air.

"Dalam perbincangan awal hari ini, kita mencadangkan kontinjen akan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Singapura, setiap pengurus pasukan perlu meneliti perkara ini dan memberikan respons kerana kita masih mempunyai masa," katanya.

Mohamad Norza turut mengingatkan setiap persatuan sukan yang terlibat perlu memandang serius isu doping dan atlet dinasihatkan lebih berhati-hati dalam mengambil sebarang suplemen.

Untuk rekod, kontinjen negara meraih 43 pingat emas, 38 pingat perak dan 77 pingat gangsa pada edisi 2013 di Myanmar.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...