Skip to main content

Isu Pergaduhan Dua Atlet Olahraga Negara Selesai

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Isu pergaduhan dua atlet olahraga negara iaitu jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet lompat tinggi, A. Kavee Alagan akhirnya menemui jalan penyelesaian selepas mereka bersetuju untuk berdamai.

Mereka bersetuju berbuat demikian selepas hadir pada mesyuarat khas antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Pejabat Pesuruhjaya Sukan di Bukit Jalil di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ketua Pengarah MSN, Ahmad Shapawi Ismail berterima kasih kepada Pengarah Teknikal KOM, Robert J. Ballard yang menjadi orang tengah kepada kedua-dua atlet berkenaan untuk berdamai.

Beliau berkata pihaknya turut menimbang mengembalikan semula elaun latihan serta kemudahan asrama yang sebelum ini ditarik balik kepada kedua-dua atlet itu selain turut disenaraikan dalam program persediaan khusus ke Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini

"Kita akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja (dengan KOM) dalam tempoh terdekat mengenai perkara berkenaan," kata Ahmad Shapawi.

Beliau turut menjelaskan pihaknya bekerjasama dengan KOM bagi memastikan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua atlet berkenaan dapat ditarik semula.

"Kita telah berhubung dengan pihak polis mengenai perkara tersebut (bagi menarik balik laporan polis) dan mereka menyifatkan ia sebagai satu usaha yang baik," katanya.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berterima kasih kepada kedua-dua atlet berkenaan sambil berharap ia menjadi pengajaran berguna kepada mereka untuk menjadi lebih matang.

Dalam pada itu, Muhammad Irfan, yang ditemui pemberita, mengakui ketiadaan elaun latihan dan kemudahan asrama menyukarkan beliau yang terpaksa berulang alik dari rumah sewanya di Damansara ke Bukit Jalil untuk sesi latihan harian.

"Alhamdulillah, insiden ini sudah selesai dan saya ingin berterima kasih kepada Mr Robert dan KOM yang banyak membantu saya menyelesaikan masalah ini. Fokus saya kini adalah ke Sukan SEA," kata Muhammad Irfan yang juga pemegang rekod kebangsaan acara lempar cakera.

Berkongsi nada yang sama adalah Kavee Alagan yang mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Sukan SEA sambil berharap episod itu menjadi pengajaran berguna untuk mereka.

"Saya pun sudah melupakan perkara ini dan saya berharap ia tidak akan dipanjangkan lagi. Kini saya boleh memberi tumpuan kepada latihan saya untuk ke Sukan SEA nanti," jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua atlet berkenaan terlibat dalam pergaduhan di asrama atlet Casa MSN, Bukit Jalil pada 20 Ogos, tahun lepas.

Berikutan insiden itu, mereka diarah keluar oleh MSN daripada asrama atlet di Bukit Jalil sehingga isu tersebut selesai.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...