Skip to main content

Josiah Pilih Jalan Sendiri - Ahmad Shapawi

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Hasrat untuk mendapatkan khidmat bekas pelumba trek negara, Josiah Ng sebagai pengurus pasukan berbasikal trek tidak kesampaian apabila jaguh trek itu memutuskan untuk memilih kerjaya lain.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akur dengan keputusan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 di Incheon itu.

"Kita telah bincang mengenai cadangan melantik Josiah (selaku pengurus pasukan). Tetapi malangnya, Josiah melahirkan pandangan yang berbeza di mana beliau mempunyai fokus sendiri untuk memajukan kariernya sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja MSN, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shapawi, Josiah memilih untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang penyiaran sukan di samping memberi fokus kepada perniagaan.

Josiah, 35, mengumumkan untuk bersara daripada dunia berbasikal selepas 15 tahun melibatkan diri selepas penyertaan terakhir di Kejohanan Asia (ACC) di Korat, Thailand baru-baru ini.

Pelumba kebangsaan kelahiran Filipina itu, pernah menerima anugerah Olimpian pada 2004 selepas muncul pelumba Malaysia pertama beraksi pada pusingan akhir acara berbasikal di temasya Sukan Olimpik di Athens.

Kemunculan Josiah yang pertama kali meraih pingat perak pada Sukan Asia di Busan, Korea Selatan pada 2002 membuka lembaran baharu sukan berbasikal trek negara.

Selain di Busan, Josiah merupakan pemegang pingat perak acara keirin Sukan Asia di Doha, Qatar (2006) dan pingat emas Sukan Komanwel di Delhi (2010).

Josiah juga muncul pelumba pertama bukan dari Australia untuk memenangi kejohanan berbasikal 'Melbourne Cup on Wheels' di HiSense Arena, Melbourne pada 2008.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...