Skip to main content

Kemelut PKBM, Beasley Selesai - KP MSN

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kemelut yang timbul antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley akhirnya mencapai penyelesaian, selepas enam jam perbincangan berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata segala kemelut yang timbul khususnya ketika penyertaan skuad trek negara ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Thailand baru-baru ini serta isu hutang berjumlah RM21,000 adalah disebabkan masalah komunikasi.

"Setelah kita berbincang, sebenarnya barulah masing-masing tahu akan kedudukan masing-masing. Duit, hutang dan sebagainya itu adalah masalah komunikasi semata-mata.

"Sepatutnya perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan. Kalau komunikasi dapat dipertingkatkan tidak ada lagi salah sangka dan salah faham antara satu sama lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa kerja MSN di sini, Khamis.

Turut hadir, Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab dan timbalannya Datuk Naim Mohamad serta Beasley.

Sebelum ini, Beasley melahirkan rasa kesal terhadap PKBM, bermula dengan insiden kekecohan di lapangan terbang Melbourne di mana skuad berbasikal negara hampir terlepas penerbangan untuk menyertai ACC.

Ketegangan antara kedua-dua belah pihak berlarutan dengan timbulnya isu PKBM berhutang RM21,000 kepada Beasley.

Dalam pada itu, Ahmad Shapawi berkata PKBM bersetuju untuk melantik ketua pasukan prestasi sukan dari Institut Sukan Negara (ISN) Mohd Izham Mohamad sebagai pengurus pasukan bagi mewakili persatuan itu dalam setiap kejohanan yang melibatkan skuad berbasikal negara terutama atlet di bawah program Rio 2016.

"Kami bersetuju Mohd Izham untuk bantu Beasley dan pelumba-pelumba di Melbourne dan di Malaysia bukan sahaja dari aspek sains sukan tetapi juga membantu pengurusan pasukan secara lebih menyeluruh.

"Ini secara langsung dapat membantu Beasley menguruskan atlet trek negara dan secara tidak langsung menepati hasrat PKBM sendiri," katanya.

Sementara itu, Beasley berkata beliau berpuas hati dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat selama enam jam itu hari ini.

"Saya cukup gembira untuk mengesahkan bahawa segalanya berjalan lancar, dengan isu wang disebabkan salah faham. Saya mengharapkan hubungan yang lebih baik pada masa hadapan.

"Kami mempunyai masa yang panjang untuk menyelesaikan banyak isu hari ini dan berharap dalam tempoh tiga hari akan datang, kita mempunyai beberapa perancangan dengan persekutuan bagi memastikan pelan tindakan sukan berbasikal negara berada di landasan," katanya.

Beasley juga menyatakan bahawa PKBM bersetuju untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM21,000 kepadanya.

"Kami sudah menyelesaikannya sekarang dan ia adalah baik. Saya sungguh berpuas hati dan gembira kerana semua isu telah diselesaikan," katanya.

Mengenai pelantikan Mohd Izham bagi membantunya, Beasley berkata ia adalah keputusan yang baik kerana Mohd Izham telah membantu skuad trek berbasikal negara, sebelum ini.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...