KUALA
LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mungkin dibatalkan pendaftaran andai
ingkar dengan nasihat Pejabat Pesuruhjaya Sukan berhubung perlembagaan yang
wajar diikuti dalam menjalankan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Pesuruhjaya
Sukan, Datuk Zaiton Othman menegaskan, beliau akan melaksanakan tindakan
tersebut jika pihaknya menerima aduan berhubung pelanggaran akta dalam
perlembagaan badan sukan berkenaan.
Katanya,
sekiranya sesuatu AGM mahu dijalankan pihak persatuan mesti mengeluarkan notis
21 hari terlebih dahulu, manakala sekiranya sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa
(EGM) mahu dipanggil maka notis 14 hari perlu dikeluarkan.
“Semua
ini melibatkan peraturan dan saya menasihatkan MHC agar mengikut peraturan
kerana kita tidak mahu timbul sebarang masalah kemudian hari.
“Sekiranya
timbul masalah hingga wujud bantahan dan laporan dibuat kepada pihak kami maka
tindakan akan kami ambil. Tindakan yang boleh kami ambil adalah pembatalan
(MHC),” katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan Modul Sukan Baharu,
di sini semalam.
Sementara
itu, ditanya berhubung niat Naib Presiden Kanan MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad yang
mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Pesuruhjaya Sukan jika gagal
memberikan penjelasan munasabah, Zaiton berkata: “Saya tidak takut dengan niat
beliau kerana saya akan memberikan penjelasan yang amat munasabah nanti.
“Lagi pun
tiada kes untuk beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas saya kerana
semuanya melibatkan fakta.”
ZAZALI JAMIAN dan
FADHILUL IZMEL ISHAK - UTUSAN
Comments
Post a Comment