Skip to main content

Beri Keutamaan Kepada Pemain Tempatan Dalam Skuad Kebangsaan - Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh berhati-hati dalam membuat pemilihan pemain naturalisasi.

Bagaimanapun, baginda bertitah lebih keutamaan perlu diberikan kepada pemain tempatan yang sedia ada untuk menyertai skuad kebangsaan dan tidak mengambil pemain naturalisasi semata-mata untuk memenuhi kuota sahaja.

"Prestasi mereka perlu lebih bagus daripada pemain tempatan sedia ada. Saya bukan jurulatih tetapi jika Dollah berkata demikian (mengenai pemain naturalisasi) ia adalah rasional, tetapi saya rasa kita kena beri peluang kepada pemain tempatan terlebih dulu," titah baginda kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, Dollah dilaporkan bersikap terbuka untuk menggunakan khidmat pemain naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan walaupun pendekatan itu mungkin mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Dollah berkata beliau tidak menghalang sebarang cadangan untuk mengambil pemain luar negara menyarung jersi kebangsaan asalkan dilakukan mengikut undang-undang.

Sementara itu, Tengku Abdullah berharap Dollah dapat memperbaiki kelemahan skuad kebangsaan yang akan menentang Oman pada perlawanan persahabatan kelas A di Stadium Seeb Sports, Oman, pada 26 Mac ini.

"Saya dah beritahu Dollah supaya dia mesti lakukan sedikit perubahan dalam pasukan. Sekiranya beliau dapat memperbaiki prestasi dan kelemahan yang ditunjukkan oleh pasukan pada Piala AFF Suzuki yang lepas, itu bagus," titah baginda.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...