JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat
meluangkan masa bersama orang ramai menonton perlawanan Liga Perdana
Inggeris antara Liverpool dan Manchester United di Restoran Singgah
Selalu di sini, sebentar tadi.
Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan EXCO kerajaan negeri.
Dalam perlawanan di Anfield itu, Manchester United berjaya menewaskan Liverpool, 2-1 hasil jaringan Juan Mata pada minit ke 14 dan 54 serta Daniel Sturridge (Liverpool), minit 69.
Berita Harian
Tengok @LFC vs @ManUtd tadi di Restoran Singgah Selalu. seronok bersama rakyat JB. 2 gol @juanmata8 ! #GGMU pic.twitter.com/IX2WQI15Z9
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 22, 2015
Najib yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira
jam 8.45 malam tadi dijadualkan akan menghadiri Istiadat Kemahkotaan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Besar, esok.Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan EXCO kerajaan negeri.
Dalam perlawanan di Anfield itu, Manchester United berjaya menewaskan Liverpool, 2-1 hasil jaringan Juan Mata pada minit ke 14 dan 54 serta Daniel Sturridge (Liverpool), minit 69.
Berita Harian
Comments
Post a Comment