Skip to main content

Rosberg Sokong Sepang Untuk Terus Anjur F1


Nico Rosberg
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One (F1), Nico Rosberg telah menyatakan sokongan beliau kepada Malaysia untuk terus menganjurkan perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) musim depan.

Pada masa ini, SIC terlibat dalam perbincangan dengan Formula One Management (FIM) bagi lanjutan kontrak F1 di Malaysia dan keputusannya dijangka diketahui menjelang 29 Mac ini.

"Sepang ialah tempat yang cukup istimewa bagi pasukan Petronas, sudah tentu perlumbaan diadakan di sini dan ia juga (venue) yang penting bagi saya kerana saya telah beberapa kali menaiki podium di sini. Saya berharap kita dapat kembali untuk beraksi selama beberapa tahun lagi," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program promosi di sini Ahad.

Pelumba kelahiran Jerman itu menyifatkan Sepang sebagai 'menakjubkan' dengan dibanjiri banyak penonton setiap kali F1 berlangsung.

Rosberg melahirkan keyakinan bahawa beliau dan rakan sepasukan Lewis Hamilton akan kekal sebagai pendahulu di Litar Sepang semasa Grand Prix F1 Malaysia hujung minggu depan.

Hamilton merangkul kejuaraan Grand Prix Australia 2015 dengan Rosberg menduduki tangga kedua sementara pelumba mewakili Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga.

Mengenai ramalannya pada hari perlumbaan hujung minggu depan, Rosberg berkata beliau berharap untuk beraksi di litar basah kerana cuaca hujan akan menjadikan acara itu lebih menarik.

"Kami sentiasa berharap hujan membantu mengatasi kesulitan. Tahun ini merupakan permulaan yang baik bagi pasukan kami di Melbourne (Australia). Kami mempunyai jentera terbaik, pasukan terbaik dan saya yakin kami sekali lagi akan menguasai litar," kata beliau.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...