Kuala Lumpur:
Jaguh olahraga 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Khalid sudah boleh
melupakan kariernya sebagai atlet selepas dilaporkan tidak lagi mampu untuk
berlari kerana kecederaan.
Presiden
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim mengesahkan pemenang
pingat gangsa Sukan Asia 2006 itu sudah menarik diri daripada Kejohanan Terbuka
Malaysia bermula hari ini.
Menduduki
tempat kelima di Sukan Asia Guangzhou, China pada 2010, Karim berkata, Seela
mungkin terpaksa melupakan kariernya berikutan kecederaan lama yang masih
menghantuinya.
“Memang
Seela ada memaklumkan kepada saya untuk kembali berlari, tetapi masih terasa
sakit.
“Sekarang
ini dia akan memberi tumpuan kepada tugas barunya sebagai jurulatih.
Bagaimanapun kita tidak menghalang untuk dia kembali jika dia mampu
melakukannya,” katanya.
Oleh Aida
Adilah Mat
Comments
Post a Comment