Skip to main content

Posts

Kalau tak minat, sila undur diri'

Oleh Ahmad Khawari Isa ahmadkhawari@bharian.com.my Zolkples Embong ANDAI ada yang tidak tahu menghargai peranan dan melaksanakan tugas diberi, mungkin sudah tiba masa untuk mereka berundur supaya tidak jadi penghalang kepada usaha melangkah ke hadapan. Nasihat itu tersimpul daripada kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, yang mengakui kecewa dengan insiden ponteng segelintir peserta pada hari pertama Konvensyen Sukan Kebangsaan, kelmarin. "Berbeza tahun lalu, MSN tidak jemput semua orang untuk konvensyen kali ini. Kita pilih yang berkualiti, untuk bincangkan secara lebih teliti resolusi tahun lalu supaya dapat lebih dipertingkatkan. "Kita mahukan perbincangan dan pembabitan aktif. Seharusnya insiden ponteng sebegini tidak berlaku ketika MSN menyediakan segala platform untuk menghimpunkan idea-idea terbaik," katanya. Serentak itu, Zolkples menyer...