Skip to main content

Posts

India rentap peluang Malaysia

Mohammad Razie Abdul Rahim (depan) diasak pemain India, Kushalappa Uthappa pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, malam tadi. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin   IPOH - Hasrat Malaysia untuk mencatat kemenangan pertama dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah tidak kesampaian sebaliknya kalah 2 - 3 kepada India di Stadium Azlan Shah, di sini malam tadi. Keputusan itu ternyata merentap peluang Malaysia yang menyasarkan pentas akhir pada kejohanan kali ini. Jurulatih Tai Ben Hai sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk mengutip mata penuh setelah Malaysia seri dalam dua perlawanan awal. Meskipun hampa, Beng Hai tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain. “Para pemain telah mencuba bersungguh-sungguh tetapi nasib tidak menyebelahi Malaysia,'' jelasnya. Dalam masa yang sama, dia mengakui jentera serangan skuad negara masih cetek pengalaman, sehingga India mudah memintas setiap serangan Malaysia. “Kita melakukan serangan berten...