Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Sportcheck: Coaching Board wants to go local

THE National Coaching Board is planning on making Malaysian sports free of foreign coaches, and in the long run, start exporting local coaches as well. A three-day seminar, which started in Kuala Lumpur yesterday, began with the plan outlined in Sports Minister Datuk Seri Ismail Sabri's speech which was read by his deputy Wee Jack Seng. "For far too long, we have relied on foreign expertise to train our athletes, and I feel it is time we upgraded the quality of our coaching outfit, and stop relying on foreign expertise. "My aspiration is for local coaches to take over the reign of local sports and in the long run, make them sought after by other countries," said Ismail Sabri. National Coaching Board chairman Dr Ahmad Munir, who received his appointment letter a few days back, concurs with the idea. "We have two plans. One is a short term goal which will see us having an in-depth look at all 299 local coaches who have Level III certificates. W

Bowling: Graded bowlers get a chance to impress

Shalin Zulkifli (left) and Azidi Ameran pose during a press conference at Pin Junction. A TOTAL RM31,000 is up for grabs in the Bowling Bonanza at the Pin Junction Bowling Centre on March 6-22. Organised by bowling's most famous couple -- Shalin Zulkifli and husband Azidi Ameran -- the champion will walk away with RM15,000. A new Masters qualifying (MQ) format, which Azidi described as adding more excitement to the sport, will be used. "The Bowling Bonanza is an attempt to give a new exciting dimension to the game with a unique MQ format as each bowler is required, for a start, to bowl three blocks of three games with a registration fee of RM180," said Azidi. "The total scores of all nine games will determine qualification for the Grand Finals comprising the top 36 bowlers. "Should a bowler have a high score in block one and block three but a low score in block two, he may choose to re-bowl only block two to improve his overall score.&

Badminton / German Open: Choong Hann, Wei Feng stay on course

Lee Chong Wei has amassed 81,399 points to stay on top. CHONG Wei Feng and Wong Choong Hann saved the blushes for Malaysia by reaching the third round after Tan Chun Seang and Yeoh Kay Bin crashed out in the second round of the German Open yesterday. Wong Choong Hann defeated Christian Bosiger of Switzerland 21-10, 21-12 in the second round of the German Open yesterday. The unseeded Wei Feng defeated Bjoern Joppein of Germany 21-16, 21-19 in 33 minutes but faced an uphill battle against top seed Bao Chunlai of China in a late third round match last night. Choong Hann had an easy 21-10, 21-12 win over Christian Bosiger of Switzerland and played Anup Sridhar of India for a place in the quarter-finals last night. Chun Seang let slip another chance to make an impression as he fell 21-18, 17-21, 21-15 to Rajiv Ouseph of England while Chetan Anand of India showed Kay Bin the exit with a 23-21, 21-12 win in the second round. In the women's singles first round on Wednes

Gara-gara kenyataan dalam akhbar, Reduan digantung setahun, denda

PETALING JAYA - Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa; mengungkap nasib Reduan Abdullah setelah jurulatih kelab Liga Perdana, Felda United ini dikenakan penggantungan setahun dan didenda RM4,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam. Gara-gara kenyataannya dalam sebuah akhbar pada 20 Februari 2009 mengenai ujian kecergasan Yoyo, bekas pemain tengah kebangsaan era 70-an itu didapati menyalahi Perkara 5.8.1 Peraturan Pertandingan Liga Malaysia dan dihukum menurut Perkara 18.2 Peraturan Tatatertib FAM 2008. Pengerusi jawatankuasa itu, Kamarudin Abdullah berkata, Reduan didapati mengeluarkan kenyataan kepada akhbar itu tanpa kebenaran FAM dan tidak tepat mengenai ujian tersebut. "Dia mengaku atas perbuatan itu apabila dihadapkan ke jawatankuasa ini dan dia dibenarkan merayu hanya kepada hukuman penggantungan itu dalam tempoh 14 hari tetapi denda tersebut muktamad," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat selama empat jam di

Beban menanti Pei Tty-Eei Hui

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI norzie.khasbi@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Dinobat sebagai beregu No. 1 dunia sehari sebelum berlepas ke Seluruh England sepatutnya menjadi perkhabaran gembira buat pasangan wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, begitupun berita tersebut sebaliknya telah mengundang resah buat anak didik Rexy Mainaky itu. Semalam, Pei Tty-Eei Hui memintas pasangan Taiwan, Chien Yu Chin-Cheng Wen Hsing untuk melonjak ke tangga teratas ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Ini adalah kali kedua juara Terbuka Denmark dan Masters Akhir itu berada di puncak dunia selepas turut merampas takhta pada ranking 15 Januari 2009, namun ia hanya mampu bertahan selama seminggu. Pasangan Korea, Lee Kyung Won-Lee Hyo Jung menduduki ranking ketiga dunia, diikuti pasangan China, Yang Wei-Zhang Jiewen, Liliyana Natsir-Vita Marissa dan juara Olimpik, Du Jing-Yu Yang. "Saya tidak tahu apakah ini dianggap berita gembira atau sebaliknya. Saya langsung tidak teruja dengan ra

Smokers in national squad to undergo special rehab

By S. RAMAGURU KUALA LUMPUR: There are 10 smokers in the national hockey team. And they will have dates with the doctors at the National Sports Institute (NSI) to undergo a special rehabilitation programme. The programme will be in stages as the team management do not want it to disrupt the training schedules targeted towards the Asia Cup in May. Team manager George Koshy said yesterday that the 10 players who smoke were identified from tests carried out by the NSI last month. But he chose not to reveal their identities. “Not all of them are hard core smokers. Some claimed that they had stopped smoking while a few others said they were cutting down the habit. All the 10 players will have to undergo a special rehab programme to help them kick the habit,” said Koshy. Last month, the NSI director general, Datuk Dr Ramlan Aziz, blew the lid on players in the national team who smoke and having bad habits. He said that this had resulted in the lack of fitness and it was a

Chong Wei takes on big role as Unicef ambassador

By RAJES PAUL KUALA LUMPUR: World number one men singles shuttler Lee Chong Wei has been appointed as the National Goodwill Amba­ssador for United Nations Children Fund (Unicef) Malaysia. And the Beijing Olympic Games silver medallist is determined to begin his duties as a role model for children with good performances in the back-to-back Super Series tournaments in Europe — the All-England and Swiss Open. He leaves with the Malaysian team today for Birmingham. The All-England begin on Wednesday and the Swiss Open will be played in Basel from March 10-15. The 27-year-old Chong Wei, who has yet to win the prestigious All-England title, said that he was honoured to represent Unicef Malaysia. “I am truly honoured to leave tomorrow for the All-England as an Unicef ambassador. As a badminton player, I would like to bring good cheer to the children by doing well,” he said. “I am determined to maintain a good image and be a good role model. Hopefully, I will be able to i

MOM yakin India mampu anjur Sukan Komanwel

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) yakin India mampu menganjurkan Sukan Komanwel yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober 2010 di New Delhi, serta menyediakan prasarana yang diperlukan mengikut jadual. Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, apa yang dialami New Delhi sebagai penganjur Sukan Komanwel adalah sama seperti yang dialami Malaysia ketika menganjurkan temasya sama pada 1998 yang pada masa itu mengalami krisis ekonomi dunia tetapi masih mampu menyediakan kemudahan dan menganjurkannya. "Sekarang, keadaan ekonomi dunia tidak stabil. Mungkin mereka juga mengalami krisis ekonomi. (Namun) saya rasa soal cepat atau lambat sesuatu kemudahan sukan bukan satu masalah kerana mereka mempunyai tenaga kerja yang ramai dan murah," katanya. Media melaporkan sebuah panel anggota parlimen India mendedahkan ibu negara India itu, kemudahan sukan yang dibina untuk temasya sukan antarabangsa itu gagal mengikut jadual. Pengerusi Jawata

Tiga sukan elit tanpa jurulatih tahap 3

Oleh Meor Hisham Zulkifli sham@bharian.com.my KETIKA Kementerian Belia dan Sukan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu emas di Olimpik London 2012, persoalan timbul terhadap persiapan memburu kejayaan itu apabila terdedah sukan terbabit - badminton, memanah, berbasikal - tidak mempunyai jurulatih tahap tiga. Sijil Kejurulatihan Tahap 3 Kebangsaan, adalah pengiktirafan tertinggi bagi seseorang jurulatih di negara ini dan mereka yang mempunyai sijil ini dianggap sudah pun memiliki cukup pendedahan dan ilmu berkaitan kejurulatihan termasuk sains sukan. Berita Harian difahamkan, ketika ini hanya enam jurulatih tahap tiga, berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara (MSN), namun tidak seorang pun daripada keenam-enam jurulatih ini termasuk dalam kelompok tiga sukan yang menjadi sasaran KBS itu. Sejak Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) ditubuhkan pada 1987, sudah ada 279 jurulatih tahap tiga namun, kebanyakan mereka tidak terbabit sepe

'Koo-Tan sudah bersedia'

Oleh Ahmad Khawari Isa ahmadkhawari@bharian.com.my BOON Heong (kiri) dan Kien Keat dikatakan kembali serasi sepanjang latihan ketika ini. Rexy yakin anak buahnya mampu raih Seluruh England REXY Mainaky memilih untuk melakukan sesuatu yang sudah agak lama tidak diamalkannya - mengisytiharkan secara terbuka betapa Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mampu membawa pulang gelaran Seluruh England. Rasa keyakinan terbit selepas ketua jurulatih beregu negara itu menyaksikan peningkatan memberangsangkan yang dipamerkan kedua-dua pemain dalam tempoh persiapan lebih sebulan. “Koo dan Tan sudah cukup bersedia, malah saya percaya keadaan mereka hampir sama seperti ketika memenangi Seluruh England, dua tahun lalu. Saya yakin tidak kira siapa lawan sekalipun, kedua-duanya boleh mengatasinya,” katanya, semalam. Ia bukan bermaksud untuk menjelmakan tekanan kepada Kien Keat-Boon Heong, sebaliknya ditunjangi pelbagai elemen positif - te

Juliana buru catatan kurang 16 jam

TRIATLET wanita negara, Nor Juliana Ali ( gambar ) enggan meletakkan sasaran yang tinggi dalam penampilan sulungnya pada Kejohanan Triatlon Ironman Malaysia 2009 di Langkawi esok. Juliana yang baru tiga tahun terlibat dalam kejohanan triatlon mengakui, saingan di Langkawi bukannya mudah tetapi berharap dapat mencatat masa kurang daripada 16 jam. "Ini merupakan kali pertama saya beraksi dalam Kejohanan Ironman Malaysia dan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi," kata Juliana semalam. "Saya hanya berharap dapat mencatat masa tidak melebihi 17 jam dan jika boleh saya menyasarkan untuk menamatkan perlumbaan dalam masa kurang daripada 16 jam." Juliana, 27, merupakan seorang daripada dua atlet wanita dalam pasukan elit PowerBar selain atlet profesional, Dr. Fiona Lim Tze Ling. Menurut atlet kelahiran Kuala Lumpur itu, pembabitannya dalam Ironman Malay- sia semata-mata ingin memberi galakan kepada atlet-atlet wanita agar membabitkan diri dalam sukan lasak ini

Hafiz tidak mahu terus kecewa

Oleh RADIAH SAORI radiah@kosmo.com.my HAFIZ bakal beraksi buat kali kesembilan pada Ironman Malaysia tahun ini. JAGUH negara, Mohd. Hafiz Wong Abdullah menaruh harapan yang tinggi agar ada pihak yang tampil membantu- nya sekiranya layak beraksi pada Kejo- hanan Ironman Dunia, Oktober depan. Menurut Hafiz, dia akan cuba melakukan yang terbaik pada Kejohanan Triatlon Ironman Malaysia 2009 di Langkawi esok, sekali gus melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Kona, Hawaii. Begitu pun menurut Hafiz, dia tidak mahu insiden tahun lepas berulang kembali. Sekali pun berjaya melayakkan diri pada Kejohanan Dunia, Hafiz terpaksa melupakan hasratnya itu ekoran kekura- ngan dana dan tajaan. "Saya hanya berikhtiar untuk melayakkan diri tetapi saya memang berharap agar ada pihak yang sanggup menghulurkan bantuan sekiranya saya berjaya menempah slot ke Hawaii," kata Hafiz. "Saya ingin buktikan bahawa saya mempunyai keupayaan dan berhak untuk diberi peluang beraksi pada Kejo- hanan

'Kami tidak gentar'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH shahril@kosmo.com.my IMBAS KEMBALI... Reaksi kecewa pemain negara selepas tewas kepada Australia pada perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2007. DI atas kertas, New Zealand, Pakistan dan India mungkin halangan utama buat skuad hoki negara melakar kejayaan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, April depan. Pastinya ia dianggap satu ujian besar buat skuad negara memandangkan New Zealand merupakan pasukan ketujuh terbaik dunia manakala Pakistan dan India pula masing-masing berada pada ranking ke-8 dan 11 dunia pada masa ini. Sebaliknya, skuad negara yang kini dibimbing oleh juru- latih sementara, Tai Beng Hai dengan dibantu Nor Saiful Zaini dan Lailin Abu Hassan, berada di tangga ke-15 dunia. Begitu pun bagi Beng Hai, reputasi ketiga-tiga pasukan itu tidak sedikit pun menggerunkannya, malah dia yakin keupayaan anak buahnya. "Memang New Zealand, Pakistan dan India ketika ini berada pada ranking lebih baik daripada kita tetapi itu bukan- nya p

Misi cungkil jurulatih tempatan kelas dunia

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH shahril@kosmo.com.my MAJLIS Sukan Negara (MSN) yakin Malaysia mampu melahirkan jurulatih tempatan bertaraf dunia dalam tempoh dua tahun lagi. Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ( gambar ) memberitahu, sasaran tersebut adalah realistik melihatkan kepada misi dan visi baru Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) yang diketuai pengerusinya, Dr. Ahmad Muner Che Muhammad. Terdahulu, Dr. Ahmad Muner, bekas Timbalan Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) dilantik sebagai pengerusi LKK bagi meneruskan misi melahirkan jurulatih berkelas dunia di kalangan anak tempa- tan. "Jika kita lihat sekarang ini, semua sukan kita yang berkelas dunia seperti badminton, lumba basikal dan memanah, kesemuanya menagih khidmat jurulatih asing. "Ini yang kita mahu ubah. Kalau boleh kita mahu semua sukan di negara kita mendapat kepakaran daripada jurulatih anak tempatan. "Kita ada ramai jurulatih yang bagus dan berbakat, cuma mereka tidak mempunyai a

OCM Confident Of India's Ability To Host CWG

KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- The Olympic Council of Malaysia (OCM) expressed confidence that India are capable of completing the infrastructure and facilities in time to host the 2010 Commonwealth Games scheduled from Oct 3-14. OCM honorary secretary Datuk Sieh Kok Chi said what New Delhi is facing now was similar to what Malaysia had faced when hosting the 1998 Commonwealth Games (CWG) in Kuala Lumpur. "The world is facing an economic crisis now and India too maybe facing the impact. We faced a similar situation as there was an economic crisis in 1997 but we managed to host one of the best Commonwealth Games. Similarly, India will be able to do so with its vast resources and human resource," he told Bernama here today. Bernama reported yesterday that an Indian parliamentary panel had disclosed that the Indian capital was ill-equipped in terms of facilities to host the Games. Sitaram Yechury, standing committee chairman for transport, tourism and culture revealed that th

Uphill Task For National Squad To Win Title

KUALA LUMPUR, Feb 25 (Bernama) -- Despite the absence of the world's top teams at the 18th Sultan Azlan Shah Cup, the national squad are still expected to face an uphill task against four other teams competing this year. In the draw, released today, the national team under interim coaches Tai Beng Hai and Nor Saiful Zaini, take on Pakistan, world number eight, in their opening match on April 5. Pakistan, winner of the trophy three times before (1999, 2000, 2003) and who finished fourth last year are said to be sending a strong 40-member team which includes four times former Olympians Sohail Abbas, Waseem Ahmad, Rehan Butt and Salman Albar. In their second match on April 6, Malaysia, now ranked 15 in the world, take on Egypt who are ranked five places below. But while the Egyptians are not expected to pose a major threat, the April 8 match against another three-time winner (1985, 1991, 1995) and last year's runner-up, India (ranked 11th) is expected to be a tough one. The natio

MTA Must Resolve Internal Crisis By June

KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- The Malaysian Taekwondo Association (MTA) has been given until June to resolve their internal problems if the taekwondo sport are to be included in the 2010 Melaka SUKMA. Minister of Youth and Sports Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the decision was made to give exponents under MTA a chance to compete in the SUKMA that has been fixed from May 28 to June 6, 2010. "I am confident Sports Commissioner (SC) Datuk Nik Mahmud Nik Yusof can resolve the issue successfully by June," he told reporters after chairing a SUKMA committee meeting in Parliament here Thursday. He added that the MTA, the Malaysian Taekwondo Clubs Association (MTCA) and the Malaysian Taekwondo Federation (MTF) had agreed to form a joint committee to try and resolve differences that existed among the three. Ismail Sabri said the MTA issue has to be solved so that it would not hinder the progress of taekwondo exponents who are identified to compete in international competition

Amirul tumpu Temasya 2010 buru emas

KUALA LUMPUR - Atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim berazam untuk memberi lebih tumpuan kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Komanwel di New Delhi pada 2010 berbanding kejohanan lain. "Keutaman saya adalah untuk memperoleh pingat emas," katanya ketika di sini, semalam. Amirul Hamizan adalah pemenang tiga pingat emas pada Sukan Komanwel Manchester pada 2002. Beliau kini menunggu keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) sama ada untuk menghantarnya ke Kejohanan Dunia IWF di New Caledonia ataupun ke Kejohanan Angkat Berat Asia di Kazakhstan pada Mei ini. "Saya tidak kisah sama ada dihantar ke New Caledonia ataupun Kazakhstan tetapi yang paling penting ialah saya dapat memperbaiki kedudukan saya dalam senarai terbaik dunia," ujarnya. Amirul Hamizan, yang berasal dari Pahang, kini berada dalam kedudukan kelapan dalam senarai terbaik dunia bagi kategori 56kg. - Bernama

New Delhi ill-equipped to host 2010 CW Games

NEW DELHI: Barely 20 months ahead of the 2010 Commonwealth Games (CWG), an Indian parliamentary panel disclosed that the Indian capital was ill-equipped in terms of facilities, to host the international multi-sports event on time. The chairman of the standing committee on transport, tourism and culture, Sitaram Yechury, revealed startling facts about the poor preparations and the organisers being completely unprepared to host the Games. “The committee is perturbed to note that the countdown to CWG has begun but there seems inadequate infrastructure in all sectors such as roads, airport, accommodation, surface transport, entertainment, basic amenities, parking, information centres, security, stadium and supply of power,” Yechury, who is the CPM (Communist Party of India-Marxist) Member of Parliament told the media. The 12-day Games, where 71 countries and territories from the Commonwealth are expected to participate, are scheduled for Oct 3-14 next year. In the report, it was said t

Nicol faces tricky first round hurdle at KL Open

By LIM TEIK HUAT PETALING JAYA: World number one Nicol David gets her squash season underway with a tricky first-round hurdle against Madeline Perry of Ireland in the CIMB Kuala Lumpur Open next week. The qualifying and first-round matches will be played at the National Squash Centre in Bukit Jalil and matches from the quarter-final stage on March 5 will be staged at the Berjaya Times Square. The women’s competition of the Open has attracted the world’s top nine players. And Nicol has to be wary of Madeline’s potential to spoil her hopes of a winning start to the year in front of the home fans even though the Malaysian star has won all 10 of their previous meetings against Perry on the Wispa Tour. Irish danger: Madeline Perry is capable of upsetting Nicol David in the first round of the KL Open next week. The 31-year-old world No. 9 could pose an early threat if Nicol fails to get into high gear in her first competitive match of the season. Madeline reached the Wo

Football: Frustrated referees want meeting with FAM president

SOME national referees, fed-up with Lt Col (Rtd) Kamaruddin Sakhari -- the head of their department -- are seeking an audience with FA of Malaysia president Sultan Ahmad Shah to vent their frustration. The referees department, since last year, has come under fire from the media for the unprofessional way it has dealt with some of its members. This year, some referees whose credentials are questionable, have been assigned to local league matches. Appointments of match commissioners and referees inspectors have also been criticised. "We are sick and tired with FAM (for not looking into the matter). We have complained on numerous occasions and have even written to FAM, but until today we have not received any feedback, and the same person is allowed to manage the department," said a current Fifa referee who did not want to be identified. Things took a turn for the worse when a Singapore official, who is also an Asian Football Confederation (AFC) staff member, was app

Badminton: Pei Tty-Eei Hui will have it easy in Basel

Wong Pei Tty (right) and Chin Eei Hui will have a hard time in the All England in Birmingham nest week. WORLD No 2 Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, who face a daunting task in the All England next week, can look forward to making the final of the Swiss Open in Basel on Mar 10-15 as they will not face the Chinese armada. Pei Tty-Eei Hui's hopes of reaching their first All England final in Birmingham, which begins on Tuesday, look extremely bleak as they need to overcome three strong pairs from China -- Pan Pan-Tian Qing (second round), Zhang Yawen-Zhao Tingting (quarter-finals) and Olympic champions Du Jing-Yu Yang (semi-finals) -- but they have a relatively easier path in Basel. South Koreans Lee Kyung Won-Lee Hyo Jung are the only pair capable of denying Pei Tty-Eei Hui a place in the final while all three combinations from China and Taiwan's World No 1 Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin are drawn in the top half of the draw. The Malaysians will meet Petra Hofmanova-Sar

Athletics: Karim had agreed to Noraseela’s stint

Noraseela‘s request was discussed with MAAU deputy president Karim Ibrahim. AFTER casting doubt on the necessity of Noraseela Khalid's South African training stint, it turns out the Malaysian Amateur Athletic Union (MAAU) was in agreement for it all along. National Sports Council (NSC) director-general Datuk Zolkples Embong expressed his surprise on MAAU president Datuk Seri Shahidan Kassim's remarks questioning the need for hurdler Noraseela to go to Pretoria. When Noraseela submitted her request in late November to train at South Africa's IAAF High Performance Training Centre, Zolkples himself discussed the matter with MAAU deputy president Karim Ibrahim, who raised no objection to the stint. "We would never do anything without consulting the national sports associations on something concerning their athletes. Noraseela submitted her request (in November) and I had a meeting with Karim, who agreed to it," said Zolkples yesterday. "Noraseela

Zakry masih rasa bimbang

Oleh Ahmad Khawari Isa ahmadkhawari@bharian.com.my Mohd Zakry Latif Dilanda gemuruh menanti saingan Seluruh England IBARAT kali pertama turun ke gelanggang, ada rasa gementar mengganggu sanubari Mohd Zakry Latif ketika menghitung hari ke kejohanan badminton Seluruh England, bermula minggu depan. Di sebalik reputasi selaku pilihan keempat bersama gandingan, Fairuzizuan Tazari, di Birmingham nanti, Zakry mengakui perasaan itu tidak mampu dihapuskan kerana ia bakal jadi kejohanan pertama mereka tahun ini. “Daripada segi persiapan, saya percaya kami sudah melakukan semuanya untuk kembali ke tahap sebelum saya ditimpa kecederaan. Tetapi rasa bimbang itu tetap ada. “Mungkin kerana ini kejohanan pertama kami. Saya bimbangkan naluri aksi di tengah gelanggang yang belum dirasai. Itu hanya boleh diperolehi dalam pertandingan sebenar,” katanya. Ekoran itu, sasaran pada saingan berprestij itu terpaksa diubah. “Memang sebe

PTAM pilih jurulatih Thailand

PERSATUAN Tinju Amatur Malaysia (PTAM), yang terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan khidmat jurulatih dari Cuba akhirnya mengambil keputusan menggunakan khidmat jurulatih dari Thailand bagi membimbing skuad tinju negara. Setiausaha Agung PTAM, Mejar (B) Maulud Othman berkata pihaknya mendapat persetujuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapat khidmat jurulatih dari Thailand memandangkan negara itu tidak kurang hebatnya dalam sukan tinju, dan kosnya lebih rendah. Beliau berkata pihaknya bercadang berbincang dengan Persatuan Tinju Thailand bagi mendapatkan jurulatih sesuai semasa berada di negara itu untuk Kejohanan Piala Raja Thailand awal April ini. Maulud berkata Thailand, yang merupakan jaguh tinju Asia Tenggara dan pernah layak ke Sukan Olimpik, mempunyai ramai jurulatih dan peninju yang hebat. "Saya harap dengan bantuan khidmat jurulatih Thailand nanti, skuad peninju negara akan lebih bersedia daripada segi teknik dan kemahiran," katanya. Mengenai penglib

Krisis dalaman jejas pemilihan

KRISIS dalaman Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menyebabkan persatuan itu masih belum mempunyai senarai atlet untuk dihantar bertanding pada Sukan SEA Laos penghujung tahun ini. Penolong Setiausaha Agung Pesaka, Bahrain Ibrahim berkata, mengikut amalan sebelum sesuatu kejohanan, pihak persatuan mempunyai senarai kasar atlet melalui pertandingan-pertandingan dalam negara sebelum disenarai pendek untuk ke sesuatu kejohanan. "Tapi sebenarnya kita sudah dua tahun tak ada pemilihan sistematik, kita pun susah nak ambil tahu apa yang dibuat oleh gabungan-gabungan di peringkat negeri. "Dua tahun ini saya anggap malapetaka, banyak perancangan kita tergendala," katanya semalam. Katanya, perpecahan yang berlaku dalam Pesaka adalah akibat krisis perebutan kuasa dalam persatuan terbabit, yang juga menyebabkan persatuan peringkat negeri tidak aktif kerana tidak ada penyelarasan yang berkesan dengan pentadbiran Pesaka di peringkat pusat. "Jalan terbaik untuk seles

Rexy Wants Shuttlers To Display Fighting Spirit

KUALA LUMPUR, Feb 24 (Bernama) -- After several weeks of preparation and training, chief coach Rexy Mainaky declared that the men's doubles pairs were ready to battle it out for the prestigious All England Open title in Birmingham, England next month. The 40-year-old former Olympic champion said their chances of winning was always there but they have to display a high level of fighting spirit while competing on the court. He was asked about the chances of three Malaysian pairs to recapture the men's doubles title won by Koo Kien Keat/Tan Boon Heong in 2007. The three pairs are Koo Kien Keat/Tan Boon Heong who are seeded third, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari (4th seed), and unseeded pair Gan Teik Chai/Tan Bin Shen. "Physically they are ready for the intense battle but for now all depends on their psychological or mental strength which is very important," he said. "We have been going through the best form of training. Now everything will depend

Don't Take Advantage Of President's Kindness, Says MAAU

KUALA LUMPUR, Feb 24 (Bernama) -- The Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU) has warned its athletes not to take advantage of president Datuk Seri Shahidan Kassim's kindness, by continuing to attack the national athletics body through the media. Deputy president Karim Ibrahim said although the MAAU had no intention of issuing its athletes and officers an order to keep silent, they should be aware that making negative statements to the media would only worsen the situation. "We are not restricting them from talking to the media, but they must think of the union's image. It is better to talk about the good than the bad," he said when contacted by Bernama, here today. He was commenting on national pole vaulter, Roslinda Samsu's criticism against MAAU's decision to reappoint an official alleged to have been involved in a molest case in Taiwan last year as a coach. Karim said action should have been taken on Roslinda, but Shahidan had dismissed the incident.

Ministry To Turn NSC Complex Into Sports City

KUALA LUMPUR, Feb 24 (Bernama) -- The Ministry of Youth and Sports hope to go ahead with its plan to turn the National Sports Complex in Bukit Jalil into a Sports City despite the economic crisis. Its Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the proposal was still in the planning stage. "We hope the Sports City will become a hub for all sports and not just a few selected sports," he told reporters after announcing the Malaysia International Sports and Trade 2009 (MISET'09) here today. Ismail Sabri said the Ministry had earlier set up a committee to set up a Sports Museum as part of the initiative. "The committee chairman Datuk Wira Mazlan Ahmad and the members are currently gathering articles or exhibits from ex-national athletes or their family members like legendary footballer, the late Mohktar Dahari to be displayed in the museum," he said. Ismail Sabri added that a number of sports venues like the Panasonic Sports Complex (Matsushita Stadium in Shah A

Muzium sukan bakal diwujudkan - Ismail Sabri

Oleh FERZALFIE FAUZI ferzalfie.fauzi@utusan.com.my ISMAIL SABRI YAAKOB KUALA LUMPUR - Impian bakal menjadi kenyataan. Itulah yang diharapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu menjadikan Kompleks Sukan Negara (KSN) sebagai bandar sukan apabila sebuah muzium sukan bakal diwujudkan tidak lama lagi. Pengumuman yang telah dibuat pada 12 Julai tahun lalu ketika KSN menyambut ulang tahunnya yang ke-10 sudah diberi bayangan oleh KBS bahawa usah mereka untuk merealisasikan rancangan itu bukan omong kosong. Menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selain menjadikan KSN sebagai gelanggang untuk kejohanan dan pusat barangan sukan, muzium sukan juga akan diwujudkan di situ. "Kita sedang melakukan kajian dengan teliti untuk mewujudkan muzium sukan ini dan tokoh sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim bersama yang lain sudah memulakan kajian itu," katanya selepas merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Pameran dan Perdagangan Sukan Antarabangsa (

Muzium sukan bakal didirikan

Oleh Meor Hisham Zulkifli sham@bharian.com.my Perlu kumpul barangan lama seperti jersi Mokhtar Dahari: Ismail Sabri MUZIUM untuk sukan negara akan didirikan di Kota Sukan Bukit Jalil sebaik segala persiapan berjaya diatur oleh kumpulan petugas khas yang diketuai Pengerusi Panel Penasihat Sukan, Datuk Wira Mazlan Ahmad. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Mazlan yang akan turut dibantu beberapa pegawai serta profesor akan melakukan kajian serta mengumpul segala bahan berkaitan sejarah sukan untuk diarkibkan di muzium itu. “Banyak bahan sejarah berkaitan sukan perlu dihimpunkan dan ia mungkin mengambil masa yang agak lama. Selain itu, beberapa faktor turut perlu dikaji termasuk lokasi muzium berkenaan,” katanya di Bukit Jalil semalam. Ismail Sabri menjangkakan, muzium itu mungkin mengambil masa yang agak lama untuk didirikan kerana banyak sejarah yang perlu dihimpunkan oleh kumpulan petu

MOM kembali sokong 'Mini Olimpik'

Oleh LukmanSalleh lukmsal@bharian.com.my SELEPAS melahirkan keraguan mengenai penganjuran Mini Olimpik yang diilhamkan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan persatuan sukan kebangsaan (NSA) kini berubah fikiran dengan bersedia memberikan sokongan untuk memastikan kejayaannya. Perubahan itu tercapai selepas mesyuarat tiga pihak - Majlis Sukan Negara (MSN), MOM dan NSA untuk memperincikan butiran Mini Olimpik, yang antara lain adalah berteraskan kepada kualiti dengan penyertaan berdasarkan kepada syarat kelayakan yang akan ditentukan badan induk kebangsaan sukan terbabit. Dengan hanya membabitkan lapan sukan - akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, gimnastik, lumba basikal, memanah, menembak dan olahraga - penyertaan adalah berasas kepada kelayakan yang ditentukan NSA, bukannya berdasarkan kepada mewakili negeri. “Selepas mendengar taklimat dan pertemuan dengan MSN, MOM berpendapat temasya Mini O

Temasya kecil cari pelapis

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD hafiz.ahmad@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Empat temasya kecil yang khususnya terbuka kepada atlet muda negara, mampu meluaskan gelanggang pencarian barisan pelapis untuk diketengahkan lebih ramai dalam kontinjen negara bagi menghadapi Sukan SEA Ke-25 di Laos, Disember ini. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi percaya temasya itu - Sukan Bela Diri Asia (Mei), Sukan Belia Asia (Jun), Sukan Olimpik Belia (Ogos) dan Sukan Dalam Dewan Asia (Oktober) bakal memudahkan persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengukur kemampuan mereka. "Saya sarankan persatuan memanfaatkan pendedahan dan pencapaian atlet mereka dalam keempat-empat temasya itu. Mungkin ada yang menyerlah dan berbakat, boleh digabungkan dengan atlet senior apabila ke Laos nanti," katanya kepada Utusan Malaysia , semalam. Beliau juga percaya Datuk Zolkples Embong menyokong saranan ini walaupun Ketua Pengarah MSN itu lebih suka mendedahkan atlet

'Kamaruddin tak boleh buat ikut suka lagi'

Oleh Ahmad Khawari Isa ahmadkhawari@bharian.com.my Chin Aun MESEJ tegas dihantar kepada Ketua Jabatan Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lt Kol (B) Kamaruddin Sakhari, semalam - tiada lagi tindakan bersendirian dalam menentukan jadual tugas pegawai-pegawai untuk kancah Liga Malaysia ketika ini. Sebaliknya, segala penentuan tanggungjawab itu perlu terlebih dahulu mendapat pengesahan dan kelulusan Jawatankuasa Pengadil FAM - badan dianggotai ahli-ahli yang dilabel Kamaruddin sebelumnya sebagai 'enggan memberikan kerjasama.' "Jawatankuasa putuskan untuk tidak terus dibelenggu masalah lalu. Apa yang kami mahukan ialah supaya segalanya lebih teratur pada masa hadapan, terutama jadual tugas untuk Liga Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Datuk Soh Chin Aun, ketika dihubungi selepas mesyuarat, semalam. Ketegasan itu lahir selepas sebelumnya timbul dakwaan ada elemen 'kronism

'Ada masa sedia pasukan mantap'

Oleh Mohd Fadzrie Hazis fadzrie@bharian.com.my IMBAS kembali aksi hambar Malaysia ketika menentang Singapura pada Sukan Sea Korat 2007. Azzuddin yakin skuad berwibawa ke Laos KELEWATAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamakan jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) mampu menjejaskan peluang negara menamatkan penantian pingat emas selama 20 tahun di Sukan Sea Laos, Disember ini. Ketika negara jiran seperti Vietnam sudah mula membentuk barisannya sejak tahun lalu, FAM masih belum dapat memastikan siapa yang akan diberi kepercayaan untuk mengendalikan skuad B-23. Namun bagi setiausaha agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, beliau masih mempertahankan hujah bahawa barisan negara akan mempunyai barisan mantap dan masa mencukupi untuk persiapan. “Kami akan menyusun beberapa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa buat skuad B-23 selain turut bersaing dalam Pestabola Merdeka, tetapi ia akan diumumkan selepas k

Tujuh minggu tak cukup: Nafzahizam

Oleh Harris Rajahdin harajah@bharian.com.my Mohd Nafzahizam Adnan KESEMPATAN berkelana selama tujuh minggu di London bersama Peter Genever dirasakan begitu pendek buat Mohd Nafzahizam Adnan yang memendam keinginan untuk meneruskan tempoh latihannya bersama jurulatih itu. Tetapi, apakan daya, keinginannya itu terpaksa ditangguhkan dalam masa terdekat ini berikutan ketiadaan kata putus daripada Majlis Sukan Negara (MSN) walaupun ada ura-ura ia sudah dijadualkan buatnya pada April ini. Pemergiannya ke Chingford baru-baru ini diiringi adiknya, Mohd Nafiizwan yang disapa mesra dengan panggilan Wan. Wan yang muda setahun daripadanya pergi atas pembiayaan Majlis Sukan Negara (MSN) berikutan dirinya yang sudah menembusi kelompok 50 teratas. “Saya berada di Chingford selama tujuh minggu berlatih bersama Peter. Selain saya, ada tiga pemain lain berlatih dengannya, Azlan (Iskandar), Wan dan Peter Barker. “Tempoh latihan

Atlit tak perlu terbabit dalam pengurusan persatuan: Mumtaz

Oleh Meor Hisham Zulkifli sham@bharian.com.my ATLIT diminta kembali memberikan tumpuan kepada prestasi dan membawa pulang pingat untuk negara serta mengelak meluahkan sebarang rungutan kepada media tanpa merujuk terlebih dulu kepada persatuan sukan. Bekas atlit negara, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, berkata perlakuan atlit masa kini nyata jauh berbeza dengan atlit pada zamannya yang menyuarakan sebarang masalah mereka menggunakan saluran yang betul. “Kita perlu kembali kepada kaedah yang digunakan sebelum ini iaitu andai atlit mempunyai masalah, mereka boleh meluahkan kepada persatuan. Andai mereka tidak puas hati berkaitan jurulatih, mereka boleh adukan kepada jawatankuasa jurulatih. “Sepatutnya atlit memberikan sepenuh tumpuan mereka untuk meningkatkan prestasi dan membawa pulang pingat, bukannya mencetuskan suasana yang kurang enak dalam persatuan,” katanya. Beliau mengulas mengenai rasa tidak puas hati pemimpin dalam Kesatuan Olah

Terbang tinggi

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia akan terus terbang tinggi. Mereka bakal menjadi rakan karib kelab bola sepak terkemuka England, Manchester United. AirAsia kini dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan United mengenai kemungkinan untuk menjadi penaja jersi kelab dari Old Trafford itu. Ketua eksekutifnya, Tony Fernandes dilaporkan berada di London kelmarin untuk berjumpa dengan pegawai United bagi membincangkan kemungkinan itu. “Memang tidak dinafikan langkah ini akan membawa banyak kebaikan kepada United dan ia dilihat pelaburan yang berbaloi,” kata Fernandez dalam laman blognya. “Kami tidak akan menjadi jenama global hari ini jika kami tidak membuat pelaburan awal. Persoalan sekarang, adakah kami perlu menambahnya dan itu yang akan dinilai terlebih dahulu.” United sebelum ini memberitahu, segala prospek penajaan baru berkemungkinan besar perlu membayar lebih daripada 19 juta pound (RM101 juta) setahun yang merupakan nilai tajaan semasa oleh AIG. “Secara juju

Bryan diarah segera tingkatkan prestasi

Oleh DRAHMAN BAHARUN drahman@kosmo.com.my PRESTASI Bryan dilihat semakin merosot sehingga menyaksikan dia digugurkan daripada menyertai Terbuka Jerman. PERSATUAN Renang Amatur Malaysia (ASUM) memberi amaran kepada penerjun negara, Bryan Nickson untuk memperbaiki pencapaian peribadi yang dilihat semakin merosot. Penerjun kelahiran Sarawak itu digugurkan daripada menyertai Kejohanan Terjun Terbuka Berlin, Jerman pada 27 Februari hingga 1 Mac kerana persembahannya dilaporkan kurang memuaskan kebelakangan ini. Langkah menggugurkan atlet tersebut merupakan satu amaran daripada ASUM kepada mana-mana penerjun negara supaya meningkatkan prestasi masing-masing sebelum disenaraikan menyertai kejohanan di luar negara. Timbalan Presiden ASUM, Zainal Othman berkata, Bryan telah dinasihatkan supaya bekerja lebih keras untuk meningkatkan mutu terjunan jika mahu disenaraikan menyertai kejohanan luar negara pada masa akan datang. Menurutnya, tindakan menyingkirkan penerjun cilik itu adalah atas