Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Rajagobal faces acid test in Middle East

Ajitpal Singh K. RAJAGOBAL will face his sternest test as a coach when he leads the national Under-23 squad against Middle Eastern opponents Saudi Arabia and Jordan. The Under-23 team, who are preparing for December's Laos Sea Games, are down to play two friendly matches against World No 64 Saudi Arabia in Riyadh on Sunday and Sept 1, and then against Jordan four days later. Rajagobal, who was appointed coach in March, has done an impressive job so far in grooming his players for the Sea Games. Under Rajagopal, the team have gone unbeaten in six international matches, but suffered two defeats to Manchester United (3-2 and 2-0). They beat Singapore 3-0 in their first friendly in March and edged Indonesia 1-0 three months later before recording 4-0 and 1-0 wins over Zimbabwe in July. K. Rajagobal, appointed coach in March, has led the Under-23 team to an unbeaten run in six international matches. Rajagobal's boys also held Kenya (0-0) and China

Adiq diserap ke skuad elit

Oleh Meor Hisham Zulkifli sham@bharian.com.my KECEMERLANGAN yang dipamerkan membolehkan Mohd Adiq Hussainie Othman diserapkan ke dalam skuad elit berbasikal negara yang bakal dipersiapkan untuk memburu pingat dalam saingan Sukan Olimpik London 2012. Anak kelahiran Terengganu itu yang baru menjengah 18 tahun, akan dikirimkan Majlis Sukan Negara (MSN), untuk berguru dengan John Beasley di Melbourne, Australia bersama dengan jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang dan Mohd Hafis Sofian. Pengumuman itu dinyatakan Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin yang menegaskan pencapaian atlit berkenaan begitu memberangsangkan seperti yang ditunjukkan di Moscow dan Kalimantan baru-baru. "Keputusan untuk menghantar Adiq ke Australia baru dibuat semalam (kelmarin) dan dia akan berlepas ke Melbourne dalam masa beberapa hari lagi selepas semua proses membabitkan kewangan dan tempat tinggal dibereskan," katanya. Adiq mencatat sejarah membanggakan ap

Kerajaan timbang percepat velodrom

Oleh Haika Khazi bhsukan@bharian.com.my KERAJAAN sedia mempertimbangkan permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) supaya pembinaan velodrom tertutup bertaraf Olimpik di Malaysia, dipercepatkan berbanding cadangan asalnya menerusi Rancangan Malaysia ke-10. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihaknya sedar kehendak MNCF mempunyai kaitan rapat dengan kepentingan atlit dan sukan berbasikal negara, pada masa depan. "Saya sedia melihat sejauh mana kemudahan ini boleh dibina lebih awal tetapi jika kerajaan mahu teruskan tahun ini, kita terpaksa korbankan projek lain. "Walaupun saya sedar kita perlu mempunyai velodrom bertaraf Olimpik kerana ia satu keperluan, kita tidak boleh membelakangi peraturan sedia ada untuk melaksanakan projek besar," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam. Malah, Ahmad Shabery berkata kejayaan atlit

KBS segera bertindak

SHABERY (kiri) bersalaman dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek sebelum majlis berbuka puasa di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya semalam. KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia mempercepatkan pembinaan velodrom basikal trek bertaraf Olimpik di negara ini tanpa perlu menunggu sehingga berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2011. Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya perlu mengkaji peruntukan yang ada dalam bajet RMK-9 KBS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai pembinaan velodrom tersebut. "Saya sedia pertimbangkan untuk mempercepatkan pembinaan velodrom tetapi mungkin ada projek pembangunan lain yang perlu disegerakan di bawah RMK-9," katanya selepas majlis berbuka puasa di kementeriannya di Putrajaya semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yang mahuka

Harimau Muda dalam Liga Super

Oleh Harris Rajahdin harajah@bharian.com.my Skuad B20 ambil tempat dalam Liga Perdana IDENTITI pasukan kebangsaan yang akan menghiasi kancah Liga Super musim depan terjawab dengan pengumuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaikkan Harimau Muda dan menggantikannya dengan satu lagi pasukan jelmaan itu pada Liga Perdana. Pengumuman itu yang dilakukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Teknikal semalam, menyaksikan Harimau Muda dibarisi pemain bawah 21 tahun manakala pasukan kebangsaan bawah 20 tahun akan membawa cabaran dalam Liga Perdana. FAM sebelum ini mengumumkan akan menyenaraikan satu pasukan kebangsaan masing-masing dalam dua divisyen teratas negara tetapi menolak cadangan juara Liga Perdana, Harimau Muda akan dinaikkan ke Liga Super untuk mengisi salah satu tempat itu dengan alasan mereka adalah pasukan jemputan. Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, langkah itu akan menyaksikan skuad negara diwakili pada setiap per

Karathu jadi taruhan

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL sukan@kosmo.com.my KARATHU (kanan) dan pembantunya, Raja Azlan Shah Raja Shoib harus membimbing Perak sekurang-kurangnya mara ke suku akhir Piala Malaysia. JURULATIH Perak, M. Karathu berkemungkinan hilang jawatannya jika gagal membawa skuad Seladang mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini. Pada mesyuarat majlis Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di Ipoh baru-baru ini, badan induk itu telah menetapkan sasaran agar Karathu membawa Perak ke suku akhir. Naib Presiden Pafa, Khairuddin Ahmad membayangkan bahawa Pafa akan mendapatkan khidmat jurulatih baru pada musim akan datang jika Karathu gagal mencapai sasaran tersebut. "Dalam mesyuarat majlis Pafa yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebelum ini, kami telah menetapkan sasaran Perak layak ke suku akhir Piala Malaysia. "Jadi, kami berharap agar skuad Perak dapat merealisasikan sasaran tersebut," kata Khairuddin. Bagaimanapu

Karate Target Reviewed After Events Reduced By SGF

KUALA LUMPUR, Aug 27 (Bernama) -- The Malaysian karate squad has reviewed its gold medal target for the Laos SEA Games in December, after the SEA Games Federation (SGF) revamped the rules for the sport, two days ago. National coach P. Arivalagan said the six-gold target had been reduced to four or five from kumite events since the SGF had further reduced the number of events each country can participate. "Previously each country could compete in six of the nine events contested, so we had set the target at six gold medals, but two days ago, the SGF had changed the ruling. "Now each country can only compete in five of the seven men's kumite events and four of the six kumite events in the women," Arivalagan told Bernama when contacted here on Thursday. Arivalagan said the changes in ruling would also affect Malaysia's medal target for the Laos SEA Games. "I hope the SGF will not change the ruling although the objective of restricting participation is to pr

Bekas pengadil meninggal dunia

Kapten (B) Abdul Halim Abdul Hamid BEKAS pengadil Fifa, Kapten (B) Abdul Halim Abdul Hamid yang pernah menjadi pembantu pengadil sewaktu perlawanan Piala Dunia 1998 antara England dan Argentina meninggal dunia malam tadi. Allahyarham, 47, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kangar kira-kira jam 9.20 malam tadi, dikatakan akibat komplikasi jantung dan sebelum ini dilaporkan menderita akibat keracunan pada tulang belakang. Rakannya, Jaflus Musa yang juga bekas pengadil berkata, Halim pernah mengadu kepadanya mengenai kesakitan yang dialaminya sewaktu menghadiri kursus kejurulatihan di Ipoh baru-baru ini. "Dia memaklumkan kepada saya bahawa dia menderita akibat keracunan tulang belakang dan pernah pengsan selain tidak mampu untuk berjalan," katanya. Halim berkhidmat selaku pembantu pengadil pada Piala Dunia di Perancis pada 1998 dan bertindak selaku pembantu pengadil kepada Kim Milton Nielson yang memerintah Beckham dibuan

Kapten Abdul Halim meninggal dunia

Kapten Abdul Halim meninggal dunia PENGADIL bertaraf dunia, Kapten Abdul Halim Abdul Hamid (gambar) meninggal dunia semalam akibat jangkitan kuman di bahagian tulang belakang. Halim yang pernah menjadi penolong pengadil pada Kejohanan Piala Dunia 1998 di Perancis, meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis sekitar pukul 9.20 malam. Halim, 47, merupakan penolong pengadil kepada Kim Milton Nielsen, iaitu pengadil yang melayangkan kad merah kepada David Beckham pada pertembungan klasik antara England dan Argentina pada Piala Dunia 1998. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wan Manirah Wan Mustafa dan empat orang anak, Nur Alya Haifa, Mohd. Shah Iskandar, Nurul Aisya dan Hani Hilmi. Sebelum ini, Malaysia turut kehilangan seorang lagi pengadil berpengalaman, Mohd. Nazri Abdullah pada awal Februari lalu.

Nicol faces former No. 1 Atkinson in first round of British Open

PETALING JAYA: An exciting battle looms between two flag bearers of women’s squash in the British Open championships, which will be held in Manchester from Sept 11-14. World No. 1 Nicol David, who is seeking to win the title for the fourth consecutive time, is drawn to play former number one ranked Vanessa Atkinson of Holland in the opening round. The Malaysian, who began her fourth year as world No. 1 this month, is one of two three-time British Open champions in the high quality field in Manchester. Third seed Rachael Grinham — the former world champion from Australia, who claimed the British Open trophy in 2003, 2004 and 2007 — faces a qualifier in the opening round. The top seeded Nicol should secure a fifth successive final appearance as her main rivals, second seeded American Na-talie Grainger and Australian Grinham, are in the other half of the draw. A win over Atkinson should see Nicol taking on sixth seed Madeline Perry of Ireland in the quarter-finals.

'Usah panik'

Oleh Lukman Salleh lukmsal@bharian.com.my Kami pastikan Chong Wei kekal di landasan 'Road To London': Ganga PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan mengambil langkah drastik bagi memastikan Lee Chong Wei dan rakan-rakan tidak menyimpang daripada landasan 'Road to London 2012' dan memastikan jurang di antara pemain nombor satu negara itu dengan pemain kebangsaan lain dapat dirapatkan. Setiausaha Kehormat BAM, P Ganga Rao berkata persatuan itu bukan berpeluk tubuh dalam menangani isu terlalu bergantung kepada Chong Wei dalam untuk melakarkan kejayaan antarabangsa sebalik sentiasa peka dan mencari jalan penyelesaian. Justeru, BAM meminta semua pihak bertenang dan tidak panik dengan situasi sekarang sebaliknya melihatnya secara positif dan bersama-sama menyumbang untuk memperbaiki keadaan terbaik. “Memang BAM akui kita banyak bergantung kepada Chong Wei,” kata Ganga. “Tetapi jika kita lihat senario kita masalah sama turut berlaku kep

Roslinda tetap bersemangat

Oleh MUSTAPA LAKAWA mustapa@kosmo.com.my ROSLINDA tidak hilang tumpuan meskipun gagal pada Kejohanan Dunia. RATU lompat bergalah negara, Roslinda Samsu belum putus harapan. Walaupun gagal melonjakkan namanya pada Kejohanan Olahraga Dunia minggu lalu ia tetap tidak menjejaskan misinya untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Laos penghujung tahun ini. Kejohanan Trek & Padang Asia (ATF) turut menjadi sasarannya. Pada Kejohanan Dunia di Berlin itu, Roslinda gagal melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menduduki tempat ke-14 daripada 16 peserta. Dia yang menjadi wakil tunggal negara ke kejohanan berprestij itu sekadar mencatat ketinggian 4.25 meter. "Bagi saya, catatan 4.25m itu bukanlah teruk sangat sebab saya hanya sempat menyertai tiga kejohanan tempatan dan dua peringkat kebangsaan," jelas Roslinda. "Lagipun, kebanyakan kejohanan yang saya sertai itu bukan terlalu kompetitif untuk membolehkan saya melakukan yang terbaik di Berlin." Begitu

Harapan Roslinda pertahan pingat emas ATF kabur

Oleh Azidan Nahar azidan@bharian.com.my DENGAN hanya sekadar menyertai lima kejohanan, tiada apa mampu dilakukan jaguh lompat bergalah negara, Roslinda Samsu dalam usaha mencipta lompatan lebih tinggi, musim ini. Penularan wabak Influenza A (H1N1) serta masalah keselamatan memaksa ramai atlit negara membatalkan penyertaan di luar negara termasuk Roslinda yang masih gagal untuk mengatasi catatan terbaik yang juga rekod kebangsaan 4.40 meter dicipta pada 2006. Selepas pulang hampa daripada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, baru-baru ini, atlit kelahiran Kuala Nerang, Kedah itu punya satu lagi sasaran besar selepas ini - di Kejohanan Trek dan Balapan Asia (ATF) di Guangzhou, China, September ini. Bagaimanapun harapannya mempertahankan pingat emas dimenanginya, tahun lalu tampak kabur ketika kurangnya peningkatan oleh atlit berusia 27 tahun itu apabila tidak dihantar menyertai kejohanan utama. Lawannya pula, terutama dari China sudah terbukti berada s

Harimau Muda ke Slovakia

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR wanfakhrul@kosmo.com.my KIM SWEE (dua dari kiri) mahu anak buahnya menimba pengalaman apabila mengadakan perlawanan persahabatan di Slovakia nanti. SKUAD bola sepak bawah 20 tahun (B-20) kebangsaan, Harimau Muda akan terbang ke Slovakia Isnin depan bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabatan sepanjang kunjungan selama 18 hari ke negara Eropah itu. Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, barisan 26 pemain muda negara itu bakal menghadapi lima perlawanan persahabatan termasuk menentang skuad B-20 Slovakia. "Mengikut jadual, kita akan berada di sana bermula 1 hingga 18 September. Kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga skuad B-20 kelab-kelab profesional Slovakia, satu perlawanan dengan skuad B-20 kelab profesional Hungary dan pada perlawanan terakhir kita akan bertemu skuad B-20 Slovakia. "Saya anggap ini peluang terbaik untuk pemain-pemain muda kita mengutip pengalaman bertemu pasukan dari Eropah yang sama usia dengan

Daniel elak ulangi kesilapan di Korat

Oleh Harris Rajahdin harajah@bharian.com.my SUNGGUH pun ada kemampuan, Daniel Bego tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya di Sukan Sea di Korat dengan menyertai jumlah acara terlalu banyak, sebaliknya menumpukan terhadap acara pilihannya di Vientiane, Laos, Disember ini. Perenang berusia 19 tahun itu yang muncul pemenang pingat emas terbanyak Mini Olimpik, bulan lalu dengan lima, tidak mahu pisang berbuah dua kali apabila kesungguhannya mengambil bahagian dalam tujuh acara menyaksikannya hanya meraih dua emas berikutan dirinya yang jatuh sakit beberapa hari sebelum temasya bermula. Daniel mempertahankan emas dalam 100m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas tetapi gagal menambah kilauan dalam 200m kuak kupu-kupu, 100m gaya bebas dan terpaksa menarik diri daripada 400m gaya bebas serta menghadapi kesukaran untuk menampilkan prestasi terbaiknya dalam acara berganti-ganti. “Saya mengambil bahagian dalam lima acara individu di Sukan Sea te

Empat emas sasaran di Laos

BIBIANA NG antara penembak yang sudah melepasi had kelayakan. PERSATUAN Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mensasarkan empat pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung pada 9 hingga 18 Disember depan. Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar (B) Jasni Shaari berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan skuad negara pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun ini. "Jika di Korat dua tahun lalu, skuad negara tidak menonjol dan sekadar membawa pulang dua pingat emas, kali ini kami mensasarkan empat emas dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut terutamanya dalam acara raifal wanita," kata Jasni. Jasni berkata, seramai 13 penembak negara telah melepasi had kelayakan ke Sukan SEA dan acara-acara yang akan disertai bagi wanita ialah Raifal 3 posisi, 10m Air Pistol dan 25m Sport Pistol manakala skuad lelaki pula akan beraksi dalam acara Raifal Prone. "Senarai 13 penembak ini telah dihantar kepada Majlis O

Menembak sasar empat emas pada Sukan SEA Laos

Senarai 13 penembak telah dihantar kepada MOM dan kini menunggu pengesahan untuk membolehkan NSAM menggapai impian membolot empat emas di Laos kelak. KUALA LUMPUR - Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mensasarkan empat pingat emas pada Sukan SEA Laos yang akan berlangsung dari 9-18 Disember. Setiausaha Eksekutif NSAM, Jasni Shaari berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan skuad negara di kejohanan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini. "Jika di Korat dua tahun lalu, skuad negara tidak menonjol dan sekadar membawa pulang dua pingat emas, kali ini kami mensasarkan empat emas dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut terutamanya dalam acara rifel wanita," kata Jasni. Katanya lagi, seramai 13 penembak negara telah melepasi had kelayakan Sukan SEA dan acara-acara yang akan disertai bagi wanita ialah Rifle 3 position, 10m Air Pistol dan 25m Sport Pistol manakala lelaki Rifle Prone. "Senarai 13 penembak ini telah dihantar kep

Malaysia Hantar 141 Atlet Dan Pegawai Ke Sukan Dalam Dewan Asia

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menghantar 141 atlet dan pegawai bagi menyertai Sukan Dalam Dewan Asia ketiga di Hanoi, Vietnam yang berlangsung selama 10 hari bermula 30 Okt ini. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata daripada jumlah itu, 73 merupakan atlet lelaki manakala 33 pula adalah atlet wanita. "Kita hanya akan mengambil bahagian dalam lapan daripada 22 acara yang dipertandingkan iaitu petanque, sepak takraw hoop (bulatan), kabbadi, silat, futsal, tenpin boling, tarian singa dan tarian naga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu. Kok Chi berkata MOM tidak meletakkan sebarang sasaran dalam temasya sukan itu kerana ia lebih kepada sukan pertunjukkan dan keutamaan MOM adalah kepada empat jenis temasya sukan iaitu Olimpik, Komanwel, Asia dan SEA. Semasa ditanya mengenai perbelanjaan ke temasya sukan yang diadakan setiap dua tahun itu, Kok Chi berkata ia ditanggung sepenuhnya oleh persatuan terbabit sendir

Skuad Menembak Sasar Empat Pingat Emas Di Sukan Sea Laos

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama)-- Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mensasarkan empat pingat emas di temasya Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung dari 9 hingga 18 Dis. Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar (B) Jasni Shaari berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan skuad negara di kejohanan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini. "Jika di Korat dua tahun lalu, skuad negara tidak menonjol dan sekadar membawa pulang dua pingat emas, kali ini kami mensasarkan empat emas dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut terutamanya dalam acara rifel wanita," kata Jasni kepada Bernama. Jasni berkata seramai 13 penembak negara telah melepasi had kelayakan ke Sukan SEA dan acara-acara yang akan disertai bagi wanita ialah 'Rifle 3 position', '10m Air Pistol' dan '25m Sport Pistol' manakala lelaki 'Rifle Prone'. "Senarai 13 penembak ini telah dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan kami kini menunggu p

Shooters Aim To Gun Down Four Gold Medals In Laos

KUALA LUMPUR, Aug 26 (Bernama)-- The National Shooting Association of Malaysia (NSAM), are hoping for their shooters to gun down at least four gold medals at the Laos SEA Games, scheduled from Dec 9-18. NSAM Executive Secretary Major (R) Jasni Shaari said the target was set after taking into account good performances of national shooters in local and international competitions this year. "In Korat, our shooters were off target and managed to win only two gold medals but this time around we are hoping for more, especially in women's Rifle events," Jasni told Bernama Wednesday. Jasni said 13 national shooters had qualified for the Laos SEA Games on merit after having surpassed the SEA Games qualifying mark in women's Rifle 3 position, 10m Air Pistol, 25m Sport Pistol and the men's Rifle Prone. "The names of the 13 shooters who have qualified has already been sent to the Olympic Council of Malaysia (OCM) for approval," he said. "Those who qualified

Malaysia To Send 141-Member Contingent To Asian Indoor Games

KUALA LUMPUR, Aug 26 (Bernama) -- Malaysia are expected to send a 141-member contingent for the 10-day Asian Indoor Games in Hanoi, Vietnam starting Oct 30. Olympic Council of Malaysia (OCM) Honorary Secretary Datuk Sieh Kok Chi said the contingent would be made up of 73 men and 33 women athletes while the rest are officials. "We will compete in eight of the 22 sports competed, namely petanque, sepak takraw hoop, kabbadi, silat, futsal, tenpin bowling, lion dance and dragon dance," he told Bernama when contacted on Wednesday. The OCM has not set any target for the Games because sports competed in the Games were basically recreational sports while OCM's focus is on sports like SEA Games, Asian Games, Commonwealth Games and the Olympics, said Kok Chi, adding that the expenses would be borne by the respective associations or in some cases, the National Sports Council (NSC). "Sports associations that can effort may participate, but even then some sports will have t

World Cup Hockey Qualifying Round Is National Coach Tai's Last Chance

MUADZAM SHAH, Aug 26 (Bernama) -- The qualifying rounds for the Hockey World Cup will be the last ground for national coach Tai Beng Hai to prove his capability. President of the Malaysian Hockey Federation, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, said the federation would study and re-evaluate Tai's performance and achievements to lead the national team after the championship. "This is a last chance for him to prove (his capability). After that, we will evaluate him," he told reporters here. Tan was appointed coach for the national hockey team on Dec 27 last year. The team took second place in the Sultan Azlan Shah Cup championship last April and was fourth in the Asia Cup championship in May. Asked on the possibility of the federation seeking a foreign coach, Tengku Abdullah said it was not impossible. "We are still looking and hoping for a coach with caliber to lead the national team, but we don't simply pick any person for the job, it should be based on merit,&

Rizal to resume training under Beasley after Hari Raya

PETALING JAYA: Track cyclist Rizal Tisin is not pinning much hope on the 1km time trial event getting reinstated in the Guangzhou Asian Games next year but he will nevertheless return to his training base in Melbourne to pursue new targets. After taking it easy since his world championship bronze medal-winning effort in March, Rizal will resume training under coach John Beasley after Hari Raya next month. Beasley has much to work on to get Rizal back in top form and the Australian has decided that his charge will not compete in the first two legs of the Track World Cup in Manchester (October) and Melbourne (November). Rizal wil get back into action in the last two legs in Cali (December) and Beijing (January). And the 25-year-old hopes that by then, he will be back in top speed. “I hope to break my Asian record time (1:01.658) in Cali but my initial aim is to qualify for the world championships,” he said. “It’s a big disappointment not to have the chance to do t

Stroke takes the fight out of Othman

By Satiman Jamin THE continuous roar of the 60,000 crowd at the Ingolstad during the Malaysia-West Germany match did not deter him from giving his best for the country and like the fighter he is on the field, Othman Abdullah's indomitable spirit pulled him out of a massive stroke four years ago. Right up until today, Othman's eyes would light up whenever he talks about his Olympics experience in the summer of 1972 in Munich, Germany. "Even though the West German team managed to rout us three goals to nil, it was not due to a lack of fight from us. They were simply the better team, proven by becoming the top team in Group A by winning all their group matches," Othman said with a touch of pride. Now 64, Othman passionately reminisces about how the Malaysian team had held off waves of West German attacks. "It was David versus Goliath," he said. "Being Europeans, their players were much bigger than us, so we had to make up by moving

Skuad lebuh raya membimbangkan

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH shahril@kosmo.com.my YONG LI antara yang tampil cemerlang di ACC baru-baru ini. KEMEROSOTAN prestasi pelumba skuad lebuh raya negara kebelakangan ini seperti memberi satu cabaran baru buat jurulatihnya, Jamaluddin Omar menjelang temasya Sukan SEA Laos, Disember depan. Pada Kejuaraan Berbasikal Asia ke-29 (ACC) di Kalimantan, Indonesia baru-baru ini, pelumba negara dilihat gagal menyerlah dan terus dibayangi kehebatan pelumba bertaraf profesional dari Kazakhstan. Situasi ini dilihat mampu menjejaskan misi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memenangi pingat emas acara lebuh raya pada temasya Sukan SEA di Laos hujung tahun ini. Begitupun, Jamaluddin belum mahu panik, malah jurulatih itu yakin anak buahnya mampu memenangi emas di Laos setelah dia merancang persiapan latihan baru bersama ketua jurulatih, John Beasley hasil daripada post-mortem ACC 2009 baru-baru ini. "Memang prestasi pelumba kita menunjukkan penurunan pada ACC 2009 bar

'Tiada jaminan buat Chong Wei'

Oleh Ahmad Khawari Isa ahmadkhawari@bharian.com.my Chong Wei (kiri) dan Lin Dan. Ketika ini senarai atlit dalam program itu bukan muktamad: Jalil BERSTATUS pemain badminton nombor satu negara dan dunia ketika ini, tidak mungkin Lee Chong Wei sanggup diketepikan daripada perancangan mengejar gemilang Sukan Olimpik menerusi program 'Road to London 2012.' Namun pada masa sama, kemungkinan tersisih itu ada � jika Chong Wei tidak mampu mengekalkan tahap prestasi selaku sandaran utama dalam tempoh hampir tiga tahun sebelum temasya terulung itu. "Apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kerana itu, atlit sudah terpilih dalam program 'Road to London 2012' perlu sentiasa memastikan mereka berada di tahap terbaik, termasuk Chong Wei," kata Pemangku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jalil Abdullah, semalam. Kemungkinan itu terserlah ekoran hakikat ditimbulkan betapa Chong Wei � di seba

KOAM tak berganjak 10 emas

Oleh Lukman Salleh lukmsal@bharian.com.my Karim Ibrahim 'Atlit kebangsaan mampu bangkit pada Kejohanan Kebangsaan, ATF' KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tetap mempertahankan sasaran 10 pingat emas di Sukan Sea XXV di Laos masih di atas landasan di sebalik prestasi hambar atlitnya dalam beberapa kejohanan tempatan dan antarabangsa. Timbalan Presidennya, Karim Ibrahim berkata kesatuan itu tidak berasa gusar atau pun panik dengan persembahan buruk atlit mereka terutama barisan elit yang menyertai latihan dan kejohanan di Mannheim, Jerman lalu dan masih menaruh harapan mereka akan dapat menyajikan aksi lebih cemerlang di Vientiane. "Kami masih mempertahankan sasaran 10 emas di Laos," kata Karim. "Walaupun KOAM agak kecewa dengan prestasi atlit terutama barisan elit tetapi dengan empat bulan masih berbaki sebelum Sukan Sea bermula, ada peningkatan yang boleh dilakukan barisan atlit kebangsaan. "Mun

Piala Malaysia penting - Mat Zan

Oleh FERZALFIE FAUZI ferzalfie.fauzi@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Bukan sekadar melengkapkan jadual tetapi memberi tentangan sengit serta sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Piala Malaysia, itulah misi utama pasukan KL PLUS apabila tirai kejohanan tersebut bermula 26 September ini. Perkara itu disuarakan sendiri oleh jurulatihnya Mat Zan Mat Aris, yang menganggap pihak pengurusan begitu serius untuk melihat KL PLUS beraksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia. "Usaha keras pihak pengurusan dapat dilihat selepas meminjam tiga pemain dari pasukan T-Team, Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal, Muhd. Fakhrurazi Musa dan Rosdi Talib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. Mat Zan berkata, selain meminjam tiga pemain tersebut termasuk penjaring terbanyak Liga Perdana (Haris), perlawanan persahabatan juga akan diadakan pada bulan puasa ini bagi mempersiapkan pasukan. "Kita sudah memulakan latihan pada minggu ini dan bermula pada minggu depan kita akan mengadak

Laos kian 'kabur' buat Faiz

Oleh Mohd Amin Jalil bhsukan@bharian.com.my Muhd Faiz Mohamad KECEDERAAN lutut dialami atlit 110 meter lari berpagar negara, Muhd Faiz Mohamad ketika beraksi di Kejohanan Mini Olimpik, baru-baru ini meletakkan dirinya berdepan laluan sukar untuk mencari tempat dalam skuad ke Sukan Sea 2009 di Laos, Disember ini. Atlit kelahiran Seremban itu mengakui dia kini bergelut untuk memulihkan kecederaan itu dengan mendapatkan perkhidmatan fisioterapi untuk mengejar masa agar dapat beraksi pada temasya dwitahunan itu. "Tahun ini nasib agak kurang baik kerana kecederaan dialami semasa Kejohanan Mini Olimpik, baru-baru ini. Namun, saya tidak akan patah semangat untuk berusaha dan kembali ke landasan terbaik menjelang pemilihan ke Sukan Sea pada Kejohanan Olahraga Kebangsaan 2009 yang akan diadakan selepas Aidilfitri nanti. "Harapan saya kecederaan ini dapat pulih secepat mungkin dan membolehkan menjalani latihan pemilihan itu walau

Renang, Olahraga jadi lubuk emas di Tokyo

KUALA LUMPUR - Kontinjen Paralimpik Malaysia menyasarkan acara renang dan olahraga sebagai 'lubuk emas' dalam pemburuan pingat temasya Sukan Para Remaja Asia Kedua di Tokyo, Jepun awal September depan. Ketua kontinjen Malaysia, Bong Muk Shin berkata, walaupun hanya 14 pingat emas disasarkan untuk edisi kali ini, ia dilihat lebih realistik kerana persaingan pada kali ini lebih hebat berbanding edisi pertama di Hong Kong, pada 2002. "Persaingan edisi kali ini dilihat lebih mencabar kerana 37 buah negara Asia akan mengambil bahagian berbanding hanya sembilan negara pada edisi pertama di Hong Kong," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan atlet Malaysia ke Sukan Para Remaja Asia di Tokyo, Jepun. Bong berkata, 42 atlet dan 39 pegawai dipilih untuk menyertai sukan dwitahunan itu. "Kita akan mengambil bahagian dalam empat daripada lima acara yang dipertandingkan iaitu boccia (menyerupai sukan boling padang), goalball, renang dan olahraga. Malaysia tidak

Munich 72' terus kekal dalam ingatan Othman

Oleh Rizar Mohd Noor bhsukan@bharian.com.my PEMILIK Syarikat Faiza, Faiza Bawumi Sayed Ahmad (dua dari kiri) menyerah sumbangan kepada Othman. Wira bola sepak Olimpik kini kesepian KETIKA melangkah masuk ke stadium dipenuhi 60,000 penonton, Othman Abdullah seperti tidak percaya dirinya beraksi untuk negara dalam acara bola sepak pada temasya sukan terbesar di dunia � Sukan Olimpik Munich 1972. Hanya memakai kasut lusuh yang dianggap bertuah buat diri Othman nyata tidak berasa dirinya terlalu kecil berdepan jaguh Eropah, Jerman pada perlawanan pertama, namun terpaksa menerima hakikat betapa skuad kebangsaan tewas 0-3 kepada tuan rumah. "Kepantasan lawan nyata sukar dibendung, tambah pula mereka mendapat sokongan padu penyokong sendiri untuk memberi semangat kepada pemain Jerman yang langsung tidak memberi kepada kami bergerak. "Pada awal kerjaya, saya beraksi selaku penyerang ketika bersama Johor namun posisi itu diubah

Nafiizwan layak ke Terbuka Dunia

KUALA LUMPUR - Pemain muda negara, Mohd. Nafiizwan Adnan menjadi pemain Malaysia ketiga bakal beraksi pada Kejohanan Skuasy Lelaki Terbuka Dunia di Kuwait, November ini. Kelmarin, Nafiizwan menempah tiketnya pada kejohanan 1-7 November itu selepas melepasi pusingan kelayakan di Surrey, England. Pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu dipaksa mengharungi aksi sengit selama 1 jam 9 minit sebelum menundukkan Max Lee dari Hong Kong 14-12, 11-9, 8-11, 11-5. Dia kini bakal mengiringi dua pemain utama negara, Mohd. Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee yang sudahpun menempah tiket di Terbuka Dunia tanpa perlu melalui pusingan kelayakan. Kejohanan kelayakan yang berlangsung di Kelab Skuasy St. George Hill, Surrey itu menawarkan 16 tiket untuk direbut. Azlan dan Beng Hee sudahpun melayakkan diri selaku pemain No. 16 dan 21 dunia. Seramai 32 pemain akan berentap di Kuwait, November ini. Terdahulu, pemain No. 1 dunia, Karim Darwish dari Mesir akan turun sebagai pilihan pertama kejohanan,

PHM serah kepada Beng Hai

Oleh Hasnira Hassan niera@nstp.com.my Tai Beng Hai Pilih pemain untuk bentuk barisan terbaik skuad hoki kebangsaan PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) tidak akan membabitkan diri dalam soal pemilihan pemain ke skuad kebangsaan, sebaliknya menyerahkan tugasan itu kepada budi bicara jurulatih, Tai Beng Hai. Timbalan Presiden badan induk itu, Nur Azmi Ahmad berkata pihaknya tidak akan mengganggu proses itu kerana mempunyai kepercayaan penuh ke atas pengendali skuad negara untuk mencanang barisan terbaik. Pada ketika sama, dia juga menegaskan PHM belum menerima sebarang surat secara hitam putih daripada mana-mana pemain yang dikhabarkan bakal meninggalkan skuad kebangsaan, sebaliknya berkata desas desus berkenaan hanya daripada pihak media sahaja. Dia mengulangi bahawa pemain tonggak yang tidak terpilih ke siri latihan pendedahan luar negara dalam Jelajah Australia dan New Zealand, baru-baru ini tidak bermakna mereka digugurkan daripada

Skuad menembak terus latihan dalam Ramadan

LANGKAWI - Skuad menembak kebangsaan meneruskan latihan pusat walaupun dalam bulan Ramadan di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) sebagai persiapan menghadapi beberapa kejohanan, termasuk Sukan SEA di Laos hujung tahun ini. Jurulatih kebangsaan, Mohd. Hashim Desa berkata, 16 penembak pistol dan rifel sedang menjalani latihan yang dijadual berakhir pada 6 September ini. Katanya latihan itu juga untuk memantapkan persiapan bagi menyertai kejohanan jemputan Sukan Perpaduan Islam di Tehran pada Oktober ini. "Kejohanan itu dapat memberi pendedahan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA, Disember ini. "Kami menetapkan sasaran untuk mengulangi kejayaan meraih tiga emas yang diraih pada Sukan SEA di Thailand, dua tahun lepas," kata Hashim. Antara yang menyertai latihan tersebut ialah penembak Sukan Olimpik China tahun lepas, Hasli Izwan Amir Hamzah. - BERNAMA

Adam juara skuasy Jepun B-9

Adam Agan Aziz MELAKA - Adam Agan Aziz, seorang pelajar berusia sembilan tahun, menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Jepun yang berakhir Ahad lepas. Adam dari Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh yang kali pertama diberikan pendedahan di peringkat antarabangsa, menjuarai kategori bawah sembilan pada pertandingan kali ke-23, berlangsung di Yokohama yang turut disertai oleh tujuh negara. Bapa Adam, Aziz Jafar, 45, berkata, kejayaan yang diperoleh anaknya itu adalah satu permulaan yang baik kerana anaknya mula diberikan pendedahan bertanding di peringkat kebangsaan juga bermula tahun ini. "Adam adalah juara bagi dua sirkit remaja bawah umur sembilan tahun peringkat kebangsaan yang diadakan awal tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Kejayaan pemain cilik itu diraikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di kediamannya di Seri Bendahara di sini semalam. - BERNAMA

Adam gah juarai Skuasy Terbuka Remaja Jepun

MOHD Ali (kiri) tumpang gembira kemenangan Adam Agan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, semalam. ADAM Agan Aziz, pelajar berusia sembilan tahun berjaya menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Jepun yang berakhir Ahad lalu. Pelajar Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka itu yang kali pertama diberi pendedahan di peringkat antarabangsa, menjuarai kategori bawah sembilan tahun pada pertandingan kali ke-23 di Yokahama yang turut disertai tujuh negara. Ayahnya, Aziz Jafar, 45, berkata kejayaan diperoleh itu satu permulaan yang baik kerana anaknya mula diberikan pendedahan bertanding di peringkat kebangsaan juga bermula tahun ini. "Adam adalah juara bagi dua sirkit remaja bawah umur sembilan tahun peringkat kebangsaan yang diadakan pada awal tahun ini," katanya, semalam selepas kejayaan pemain cilik itu diraikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Ru

Chong Wei must prove his mettle at China Masters

By LIM TEIK HUAT PETALING JAYA: Lee Chong Wei showed in his triumph at the just concluded Macau Open that his game was not affected by the disappointment of a quarter-final exit in the World Championships in Hyderabad the preceding week. But it will be a major test of his resolve when he takes part in a Super Series tournament, the China Masters, next month. With the exception of former Olympic and world champion Taufik Hidayat of Indonesia, all the top ranked shuttlers have entered for the seventh leg of the Series, which will be held in Changzhou from Sept 15-20. Chong Wei, who completed a year as the No. 1 in the world rankings yesterday, skipped the tournament last year because he did not want to risk aggravating a hand injury. Unlike the Macau Open where Chong Wei had it easier to emerge as champion after compatriot Wong Choong Hann eliminated World Championship runner-up Chen Jin in the semi-finals, it will be harder to live up to his top billing in Chanzhou. C

Rizal to remain focused on training

Arnaz M. Khairul HE'S at the centre of a dilemma, but these are issues Rizal Tisin wishes to evade and remain on track towards becoming the world's fastest man over one kilometre on a bike. Talk of him being moved into the pursuit team has been rife since the 1km time trial was removed from the Guangzhou Asian Games programme next year, but the 25-year-old is standing firm. "I really hope the MNCF (Malaysian National Cycling Federation) will fight to get the event reinstated and I hope they do get it reinstated," said Rizal. But Rizal, albeit distraught and overwhelmed by emotion at the time the Guangzhou Asian Games organising committee announced the decision and when they rejected a preliminary appeal by Malaysia, is not going anywhere for the moment. Rizal won the country’s first ever World Championships medal in Pruskow, Poland in April, a bronze in the 1km time trial. "The 1km time trial is still the centre of my focus. I

MNCF make another attempt to get time trial into Asiad programme

By SHAMSHUL FITRI PETALING JAYA: China should take the victory of their rider Han Tao over Malaysia’s Rizal Tisin in the 1km time trial at the recent Asian cycling championships (ACC) in Kalimantan as a window of opportunity. They had dropped the event from the 2010 Guangzhou Asian Games programme and instead included the women’s 500m time trial, which some see as an attempt to undermine Malaysia’s prospect of winning a gold medal. The 1km time trial is not an Olympic event and that provided a reason for China to omit it from the Asiad. Ironically, the women’s 500m time trial is also not one of the races in the Olympics. But since Han Tao beat the Asian record holder recently, China should think of reinstating the event for their own benefit. The Malaysian National Cycling Federation (MNCF) deputy president, Datuk Naim Mohamad, said that the result in Kalimantan proved that Rizal was not unbeatable and China stood a chance at winning a gold in the event at the Asiad.

On the ball: Riding on old horses is not the way forward

Vijesh Rai WHAT does it take for an athlete to be dropped from a national programme? This is a question that is being increasingly asked as Malaysia, despite the millions spent annually, struggles to make an impact on the world stage. Sure, we still have Nicol David but the chasing pack is huge and the day will soon come when the squash star will have to release her stranglehold on the sport. And with no quality players coming through the ranks, Olympic Council of Malaysia president Tunku Imran Tuanku Ja'afar's worst fears will be realised and the nation will lose its grip on the one sport where we dominate. That this may happen to a sport that has produced a world champion indicates just how serious the situation is in other sports. Badminton's Lee Chong Wei doesn't have a successor and soon, Malaysia will be left to rely on only the inconsistent men's doubles. Would badminton be in this position had the BA of Malaysia taken firm a

MNCF minta MOM buat rayuan kedua

Oleh Muhammad Khairil S Iswan mkhairil@bharian.com.my RIZAL diramal berpeluang menggondol pingat emas dalam acara 1km ITT kerana menjuarai acara berkenaan di Kejohanan Sedunia 2009. Desak masukkan 1km ITT dalam Sukan Asia PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) akan menulis surat rasmi meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengemukakan rayuan kedua kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) supaya acara 1 kilometer ujian masa individu (1km ITT) dapat dijadikan salah satu acara di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Presidennya, Abu Samah Wahab menegaskan beliau sudah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, semalam yang kemudian memintanya menulis surat rasmi kepada mereka. Kata Abu Samah, melalui surat itu, MOM boleh mengemukakan kembali rayuan buat kali kedua supaya ia dapat dipertimbangkan pihak OCA. "Melalui kenyataan dikeluarkan ACC, OCA bertanggungjawab membuat keputus

Malaysia dalam bahaya: Kok Chi

Oleh Lukman Salleh lukmsal@bharian.com.my 'Atlit renang, olahraga berdepan saingan getir Singapura, Thailand, Vietnam' MALAYSIA bakal berdepan kesukaran mengulangi pencapaian cemerlang pada Sukan Sea Laos, Disember ini berdasarkan kepada prestasi atlit yang kurang menyerlah serta ketika sama peningkatan ditonjolkan negara jiran. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata antara sukan yang mungkin menyaksikan kemerosotan pungutan pingat ialah renang di mana skuad akuatik negara menyumbangkan sejumlah 14 emas dua tahun lalu di Korat. "Saya berpendapat renang akan berdepan kesukaran mengulangi kejayaan di Laos," kata Kok Chi. "Ini kerana negara lain terutama Singapura menunjukkan peningkatan cukup mendadak dan kontinjen Malaysia harus berhati-hati. "Terjun mungkin tidak berdepan masalah kerana atlit kita sudah pun menunjukkan persembahan cemerlang pada Kejohanan Dunia di Rome, baru-baru ini