Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Khairy seeks to lay foundation

KHAIRY Jamaluddin has stressed that laying the foundation for long-term success is a key priority for him as the sports minister.    Khairy said his ministry, the education ministry's sports division and himself as the sports minister should be judged on what they achieve in the long run and not in the near future. "When I met Nicol (David) today (yesterday), I told her I wished that I had become sports minister when she was 22 so I could at least have 10 years of success," said Khairy during his speech at the Sharon Wee Squash Pro Academy 'An Evening with Nicol' at Bukit Jalil yesterday. "But I became sports minister when Nicol is 30 and although we hope to see many more great years of success from her, we have to look beyond towards the next generation of players. "My dream is to see Malaysia become a sporting nation where everyone plays a sport. "It does not matter what sport, or at what level because sports is

Nicol shares success story with university students

KUALA LUMPUR: World No. 1 Nicol David believes that it is fantastic for squash to be making headway in universities and colleges. Nicol David talking to university students at the Sharon Wee Squash Pro Academy. Also there was Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. The seven-time world champion was present at a meet-and-greet session with fans at the National Squash Centre in Bukit Jalil on Wednesday. The event was organised by the Sharon Wee Squash Pro Academy (SWSP) – headed by retired national player Sharon, and aimed at developing the squash interest at institutes of higher education. At the event, there was a crowd of about 200 squash supporters from several universities such as Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA and Multimedia University. Nicol, who was given the opportunity to share her success story with the crowd, looked delighted to see and talk to the squash fans. “It’s really great

Malaysia rugi besar

Kuala Lumpur: “Satu kerugian besar”. Reaksi itu disuarakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong susulan kegagalan skuad bola sepak negara tidak tersenarai ke Sukan Perpaduan Islam di Palembang bulan depan. Kedudukan ranking bola sepak negara yang kini dikedudukan 162 dunia menyebabkan Malaysia tersisih dan tidak layak selepas peraturan Persekutuan Sukan Perpaduan Islam (ISSF) menetapkan hanya 12 negara terbaik mengikut ranking FIFA layak bersaing. Antara negara yang tampil bersaing pada temasya sukan berkenaan adalah Qatar, Turki, Syria, Oman, Kuwait, Maghribi, juara bertahan Arab Saudi serta tuan rumah Indonesia. “Bagi saya ia satu kerugian. Tiada apa yang boleh kita lakukan kerana mereka gunakan kedudukan ranking FIFA, sebab itu sejak dulu lagi saya tekankan ranking penting,” kata Zolkples. Tambahnya, peluang menentang pasukan lebih baik seperti Mesir, Algeria, Tunisia selain pasukan Asia Barat amat bagus kepada pembangunan bo

Irfan letak jawatan jurulatih Selangor

Irfan Bakti      KUALA LUMPUR - Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim membuat keputusan meletakkan jawatan ketua jurulatih Red Giants ekoran kegagalan gergasi bola sepak itu merangkul sebarang kejayaan dalam musim ini di samping menghuni tangga tercorot Kumpulan A kempen Piala Malaysia. Jurulatih itu mengesahkannya sendiri kepada Utusan Malaysia yang dibuat dalam satu pertemuan khas sejurus beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pengurus bola sepak Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pukul 5 petang, semalam. Irfan pernah membimbing beberapa pasukan ternama antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka, Perlis serta Terengganu. Beliau berhijrah ke Selangor pada 2012 selepas berhasrat membantu juara Piala Malaysia 32 kali itu melunaskan 'Misi 33' mereka untuk mendakap Piala Malaysia selain kontraknya sebagai jurulatih skuad Sang Penyu itu telah tamat. Beliau yang pernah membimb

Selamat tinggal Red Giants

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Irfan Bakti Abu Salim akhirnya membuat keputusan meninggalkan Selangor selepas aksi longlai yang dipamerkan anak-anaknya buahnya dalam tiga perlawanan awal Piala Malaysia. Lebih memedihkan adalah kekalahan 0-3 kepada naib juara Liga Perdana Sime Darby malam kelmarin sekali gus membuatkan jurulatih berpengalaman itu membuat keputusan drastik meninggalkan Merah Kuning walaupun masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung musim ini. Terdahulu Selangor yang juga juara 32 kali Piala Malaysia memulakan kempen dengan mencatatkan seri tanpa jaringan dengan satu lagi pasukan dari Liga Perdana, Johor disusuli kekalahan 2-3 kepada ATM. Namun kemuncaknya malam kelmarin apabila barisan bintang pemainnya yang dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan diaibkan Sime Darby dengan penyokong Merah Kuning bertindak mengerumuni bas pemain bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemain dan jurulatih. “Memang benar saya sudah menghantar s

Khairy tidak suka senior ugut BAM

Khairy meluangkan masa bermain skuasy bersama Nicol di Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH    KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau tidak suka dengan sikap beberapa pemain senior yang dikatakan cuba mengugut untuk meninggalkan pasukan kebangsaan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika tidak disenaraikan ke Terbuka Jepun, bulan depan. Katanya, tindakan berkenaan juga tidak sewajarnya ditunjukkan pemain yang bertaraf dunia apatah lagi ketika mereka masih gagal menunjukkan prestasi yang baik khususnya dalam Kejohanan Dunia di Guangzhou, awal bulan ini. "Saya tidak suka sikap sebegitu. Kalau sampai tahap mengugut persatuan tetapi tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik, itu bukanlah sikap yang kita suka lihat pada atlet kita yang bertaraf dunia," katanya selepas majlis 'Sepetang Bersama Nicol David' anjuran Akademi Skuasy Pro Sharon Wee di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil,

Sailing Squad Trains With Foreign Teams For SEA Games

LANGKAWI, Aug 28 (Bernama) -- The Malaysian yachting squad has participated in joint training with foreign teams as part of its preparation for the SEA Games in Myanmar at the end of this year. Malaysian Yachting Association (MYA) vice-president Datuk Mansor Ismail said the joint training had been held from Aug 18 and the foreign teams were from Kuwait, Taiwan and several Arab countries. "The training was held at the national yachting complex here. It is capable of boosting the skills of the national sailors in preparing for the SEA Games this year," he told Bernama today. He said more than 100 sailors, 42 of them from abroad, took part in the joint training. Malaysia would pick 20 sailors to continue with centralised training, he said, adding that the target was to win five medals at the games.

Pelayar Negara Jalani Latihan Dengan Pelayar Luar Hadapi Sukan SEA

LANGKAWI, 28 Ogos (Bernama) -- Pelayar negara sedang mengadakan latihan bersama dengan pasukan luar negara bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar, kata Naib Presiden Persatuan Pelayar Malaysia, Datuk Mansor Ismail. Beliau berkata latihan diadakan di sini sejak 18 Ogos lepas oleh lebih 100 pelayar termasuk 42 pelayar luar negara seperti dari Taiwan, Kuwait dan negara-negara Arab yang lain. Malaysia akan memilih 20 pelayar untuk meneruskan latihan di peringkat pusat dan menyasarkan lima pingat di Sukan SEA nanti, katanya.

Seeing Squash In Olympics Will Be Pinnacle For Squash Fraternity - Nicol

KUALA LUMPUR, Aug 28 (Bernama) -- The effort to put squash as one of the events to be contested at the 2020 Olympics is the priority for the squash fraternity, said world women's number one Datuk Nicol Ann David. "Seeing squash in the Olympics would be the pinnacle for all squash fraternity. "It is about 12 days more (before the official announcement by the International Olympic Committee) before we will know the answer and I hope squash will be chosen. "I'm so excited about it and confident that squash will be the one. After all the hard work and campaigning, I think we have a strong case," said Nicol when met after being appointed as the brand ambassador for KLM Royal Dutch Airlines, here today. The year-to-year basis sponsorship would enable Nicol to gain the airline's platinum status which provide her with hassle free travelling privileges. "It is a feather in our cap and we are very proud that Nicol, being the w

Nicol Berharap Skuasy Terpilih Untuk Disenaraikan Dalam Sukan Olimpik 2020

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha untuk meletakkan skuasy sebagai satu daripada acara yang dipertandingkan pada sukan Olimpik 2020 adalah satu keutamaan untuk semua ahli sukan itu, kata pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David. "Melihat skuasy di Olimpik akan menjadi kebangaan kepada semua anggota keluarga skuasy. "Hanya 12 hari lagi (sebelum pengumuman rasmi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC)) sebelum kami mengetahui jawapannya dan saya harap skuasy akan terpilih," kata Nicol ketika ditemui selepas dilantik sebagai duta jenama untuk KLM Royal Dutch Airlines, di sini Rabu. Pada 29 Mei, IOC mengumumkan bahawa badan pentadbir menyenarai pendek tiga sukan untuk dimasukkan dalam Sukan Olimpik 2020, iaitu skuasy, gusti dan bola lisut. IOC dijangka memutuskan perkara itu selepas pengundian di Buenos Aires, Argentina pada 8 Sept. Bagaimanapun, Nicol berkata beliau tidak boleh berada di Buenos Aires bersama-sama wakil Persekutuan

Harimau tiada lawan kompetitif

SKUAD Harimau Muda diberi tanggungjawab membawa cabaran Malaysia pada kempen Pesta Bola Merdeka kali ini. IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga. Itu hakikat pahit yang terpaksa ditelan skuad Harimau Muda gara-gara sukar memburu lawan yang kompetitif sebagai persediaan menjelang Pesta Bola Merdeka 2013 yang bakal membuka tirainya di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 September depan. Apa tidaknya, aksi persahabatan antara Harimau Muda dan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 3 September depan kini hanya tinggal impian apabila ia tidak dapat dilangsungkan. Menurut pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, pihaknya dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) berhubung pembatalan aksi persahabatan itu baru-baru ini. "Aksi persahabatan itu tidak dapat diadakan kerana pemain Pahang diberikan pelepasan memandangkan saingan kempen Piala Malaysia berehat seketika ketika itu. "Justeru, saya menghormati keputusan PBNP yang tidak dapat mengadakan

Ugutan Koo-Tan

Kuala Lumpur: Tiada siapa mahu mengesahkan, namun Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dikatakan mengugut untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mereka tidak tersenarai ke Siri Super Terbuka Jepun, pada 17-22 September. Apa agaknya reaksi Presiden Tengku Mahaleel Tengku Ariff (gambar) dengan perkembangan ini kerana perbuatan menggertak jurulatih mahupun persatuan, dikatakan lumrah di kalangan pemain senior. Mungkin Kien Keat-Boon Heong berasa mereka bertaraf ‘bintang’ berbanding pemain lain meskipun pada hakikatnya, tiada kejuaraan dihadiahkan gandingan itu. Jika benar, ini bukan kali pertama gandingan terbabit dikatakan mengugut atau menggertak persatuan tetapi tidak pernah diambil tindakan tatatertib di bawah pentadbiran BAM sebelum ini hingga menjadikan mereka membuat ugutan sebegitu. Pengurus Besar BAM Kenny Goh ketika dihubungi berkata, beliau tidak mendapat sebarang maklumat sebegitu manakala ketua jurulatih beregu Tan Kim Her gagal

Malaysia In Semis Of Asia Cup

IPOH, Aug 27 (Bernama) -- Malaysia confirmed their place in the semi-finals of the Asia Cup 2013 after defeating Japan 4-2 in their final Group A match at the Sultan Azlan Shah Hockey Stadium here Tuesday. Malaysia emerged runners-up in the group behind Pakistan. Japan were more aggressive on the start and were the first to score when Toshiro Tashibana converted a penalty corner in the fourth minute before Kei Kawakami made it two up for them in the eighth minute. Stunned by the 0-2 deficit, the national side coached by Paul Revington regrouped and went for Japan's goal and were rewarded when Muhammad Razie Abd Rahim scored Malaysia's first goal from a penalty corner in the 13th minute. Muhammad Firhan Ashaari then equalised through a field goal in the 27th minute. On resumption, Malaysia gave no quarter to their fancied opponents and it resulted in Faizal Saari putting the hosts in the lead in the 59th minute before Azlan Misron sealed victory with

Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Hoki Piala Asia 2013

IPOH, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengesahkan tempat di separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia kesembilan selepas muncul naib juara Kumpulan A apabila mengalahkan Jepun 4-2 pada perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Selasa. Skuad bimbingan Paul Revington itu mengiringi pendahulu Kumpulan A iaitu Pakistan ke perlawanan pusingan separuh akhir, yang dijadual berlangsung Jumaat ini. Malaysia hampir pasti menempuh laluan sukar apabila dijadual berdepan juara kumpulan B iaitu India, yang merupakan kuasa besar Asia, pada aksi separuh akhir nanti. Pasukan Matahari Terbit, Jepun bermula garang apabila menghasilkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti oleh Toshiro Tashibana seawal minit keempat sebelum Kei Kawakami menggandakan jaringan pada minit kelapan. Tertekan dengan kedudukan 0-2, skuad hoki negara bertali arus melancarkan serangan bagi memecah kubu pertahanan Jepun, dan Muhammad Razie Abd Rahim akhirnya berjay

Myanmar get green light for SEA Games

A worker lays pavement stones in front of the new Wunna Theikdi Football Stadium in Naypyidaw, Myanmar, in March. OCM secretary Datuk Sieh Kok Chi said Myanmar is ready to host the SEA Games in December. – EPA Photo KUALA LUMPUR: Finally, it is a thumbs-up for the SEA Games in Myanmar - just three months before its kickoff in December. After months of uncertainty over its readiness, Olympic Council of Malaysia (OCM) secretary Datuk Sieh Kok Chi said that it was all systems go for Myanmar to host the 27th edition of the biennial games. Kok Chi said that he was impressed with the way things had turned around after a recent visit to Myanmar this month. Myanmar is hosting the Games for the first time after 44 years. The country last hosted the Sea Games in 1969. “Most of the venues are ready. All the venues have excellent facilities - except for hockey. It is not so impressive as hockey is not a very popular sport in Myanmar. The covered stands can seat about 800

Malaysia perlukan seri

Pemain-pemain skuad kebangsaan melakukan latihan kecergasan dalam kolam renang dekat hotel penginapan mereka di Ipoh, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari    IPOH - Misi untuk memburu gelaran hoki Piala Asia 2013 kini bergantung kepada keputusan perlawanan menentang Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A, hari ini. Malah, jurulatih Paul Revington juga sedar hanya kemenangan dan seri sahaja mampu menjadi penyelamat buat skuad kebangsaan untuk berada di landasan memburu gelaran Piala Asia di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah. Kata Revington, anak-anak buahnya tiada pilihan selain perlu meningkat dengan cepat untuk menentang Jepun selepas tewas kepada Pakistan 1-4, kelmarin. "Antara bahagian yang perlu diberikan perhatian ialah pada bahagian pertahanan kami. "Ada beberapa ruang kecil pada bahagian pertahanan perlu ditutup dan diperkemaskan ketika menentang Jepun. "Saya percaya pasukan Malaysia mampu memperbaiki kelemahan bagi mendapatkan keputusan yan

Tuntut komitmen 100 peratus

BARISAN pemain Malaysia hanya memburu kemenangan ketika menentang Jepun pada aksi ketiga Kumpulan A Piala Asia 2013 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam ini. SETIAP pemain Malaysia dituntut memberikan komitmen tinggi dalam memastikan tiga mata berharga ketika pertemuan terakhir peringkat Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 menentang Jepun di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam ini. Ketua pasukan, Mohamed Shahrun Nabil Abdullah menegaskan, kemenangan ke atas Jepun menjadi misi wajib dalam usaha mereka melangkah kaki ke separuh akhir pada kejohanan kali ini. Justeru, Shahrun Nabil meminta rakan-rakan sepasukannya agar segera melupakan kekalahan 1-4 kepada Pakistan kelmarin dengan memberi fokus sepenuhnya dalam pertemuan hidup mati bertemu Jepun. “Walaupun jika seri dengan Jepun kami mungkin akan layak ke separuh akhir, namun ia bukan satu kepastian. “Lebih baik kami menetapkan misi wajib menang dengan Jepun untuk menjamin tempat ke separuh akhir.

Defensive blues

ASIA CUP: Kumar admits backline has not been impressive   GOALKEEPER S. Kumar holds the key to Malaysia making the  Asia Cup semi-finals  at the Sultan Azlan Shah Stadium in Ipoh today. But going by form, Kumar might allow the Japanese in instead. Voted the best goalkeeper in Asia in 2011, Kumar and his main defenders Razie Rahim and Baljit Singh have been guilty of letting in five goals in two matches in Ipoh, and a whopping 18 goals in six matches in the World Legue Semi-finals in Johor Baru. "Yes, five goals in two matches do look a bit too many, but I'm still focused on the task at hand which is to win the Asia Cup gold medal. "And I will give my best against Japan to achieve that target," said Kumar. Taiwan scored off their first shot at goal against Kumar, while Pakistan's shots were not that dangerous but the ball still slipped past the defenders and the goalkeeper. "We did not impress against Japan (1-1) in the

Usah abaikan Piala Asia: Zolkples

Kuala Lumpur: Jangan abaikan Piala Asia walaupun sudah layak ke Piala Dunia 2014. Itu peringatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong selepas skuad negara kecundang 1-4 kepada Pakistan dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan A yang berlangsung di Ipoh, kelmarin. “Saya berharap pemain negara tidak leka dengan kejayaan yang dicapai (secara matematiknya Malaysia sudah layak ke Piala Dunia) kerana kejohanan ini terlalu penting untuk kita tampil sebagai juara selepas belum pernah menjuarainya. Ini peluang terbaik untuk kita mempamerkan kehebatan selepas mendapat sokongan padu penonton tempatan yang mampu memberikan motivasi untuk pemain mempamerkan prestasi terbaik,” katanya. Menurutnya, Pakistan beraksi jauh lebih baik daripada negara terutamanya apabila kebanyakan gol dihasilkan menerusi serangan balas dengan beberapa pemain utama skuad kebangsaan turut beraksi di bawah tahap sebenar. “Saya memaklumkan kepada pengurus pasukan Geor

Naam Sasar Raih Pingat Pada Olimpik 2016

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga sukan teras yang mampu menyumbangkan pingat kepada Malaysia pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Presiden NAAM Tan Sri Abdul Halil Abd Mutalib berkata sasaran itu adalah berdasarkan prestasi semasa pemanah kebangsaan dalam beberapa kejohanan antarabangsa. "Pasukan memanah Malaysia kini berada di ranking ketujuh dunia manakala Khairul Anuar Mohamed merupakan antara lima pemanah terbaik dunia. Jadi sasaran untuk meraih pingat adalah relevan. "Lagi pun kita pernah menjuarai beberapa kejohanan dunia dan pemanah kita pernah meraih pingat perak dan gangsa. Jadi, tiada sebab atlet kita tidak boleh mendapat pingat di Olimpik nanti," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) antara NAAM dan promoter sukan, BP Sports Asia di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di si

Naam Sasar Raih Pingat Pada Olimpik 2016

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga sukan teras yang mampu menyumbangkan pingat kepada Malaysia pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Presiden NAAM Tan Sri Abdul Halil Abd Mutalib berkata sasaran itu adalah berdasarkan prestasi semasa pemanah kebangsaan dalam beberapa kejohanan antarabangsa. "Pasukan memanah Malaysia kini berada di ranking ketujuh dunia manakala Khairul Anuar Mohamed merupakan antara lima pemanah terbaik dunia. Jadi sasaran untuk meraih pingat adalah relevan. "Lagi pun kita pernah menjuarai beberapa kejohanan dunia dan pemanah kita pernah meraih pingat perak dan gangsa. Jadi, tiada sebab atlet kita tidak boleh mendapat pingat di Olimpik nanti," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) antara NAAM dan promoter sukan, BP Sports Asia di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di si

Sports Commentating Still Relevant In Internet Age

KUALA LUMPUR, Aug 25 (Bernama) -- The job of a sports commentator might seem glamorous but it takes a lot of hard work behind the scenes to put up an in-depth and entertaining commentary. Astro Arena sports commentator, Hafizal Hamad who has more than 10 years experience under his belt said a sports commentator shoulders a heavy responsibility and must be willing to take positive criticism from sports enthusiasts. "One has to love sports in general and have a passion for certain games," he said when interviewed by Bernama, here, Sunday. Hafizal had been assigned to provide 'live coverage' for several prestigious sporting events such as the Manila SEA Games, Korat SEA Games, Doha Asian Games, Beijing Olympic Games, All England Badminton championships and the Thomas Cup. Meanwhile, veteran commentator Datuk Hasbullah Awang said his peers today were having a much easier time to gather information because such information was readily available a

Skuad Hoki Mampu Bangkit, Teruskan Misi Buru Gelaran Juara Piala Asia - Zolkples

IPOH, 26 Ogos (Bernama) -- Ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong meminta skuad hoki kebangsaan segera bangkit daripada kekalahan untuk meneruskan misi memburu gelaran juara Piala Asia buat julung kali. Malaysia gagal mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan menentang Pakistan semalam setelah tumpas 1-4 kepada juara tiga kali Piala Asia itu. Pada aksi pembuka tirai Sabtu lepas, Malaysia berjaya mencipta kemenangan besar apabila dengan mudah membelasah Taiwan 10-2. "Pemain kita berjaya menunjukkan prestasi permainan yang baik semalam, namun sedikit kebocoran pada pertahanan telah membuka peluang kepada Pakistan untuk menjaringkan empat gol walaupun pada awalnya kita menguasai permainan apabila Muhammad Razie Abdul Rahim membuka jaringan pada minit ke-26," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata Pakistan dan India merupakan sebuah pasukan yang kuat namun ia tidak mematahkan semangat pasukan negara untuk te

Pakistan Come From Behind To Beat Malaysia 4-1

IPOH, Aug 25 (Bernama) -- Former World champion Pakistan came from behind to crush Malaysia 4-1 in a highly exciting Group A Asia Cup 2013 encounter at the Sultan Azlan Shah hockey stadium, here, Sunday night. Malaysia had taken a much deserved lead through Muhammad Razie Abdul Rahim's clinically struck penalty corner in the 26th minute but that goal only seemed to have awakened the Pakistan side that has won the Asia Cup in 1982, 1985 and 1989 because they played with renewed vigour. The tremendous pressure applied by the Pakistanis paid off in 32nd minute when Muhammad Zubair rammed home from close range to equalise but that was only to signal the start of more things to come after the break. A lapse in concentration in defence saw Pakistan take the lead through Muhammad Dilber's 46th minute field goal while skipper Muhammad Waqas made it 3-1 in the 60th minute before Shafaq Rasool put the icing on the cake, six minutes before the end. Coach Paul Re

Late Boon Huat's Family Overwhelmed By Malaysia's 10-2 Victory Over Taiwan

IPOH, Aug 25 (Bernama) -- The family of the late Chua Boon Huat were overwhelmed by Malaysia's 10-2 win over Taiwan in their Asia Cup Group A match at the Sultan Azlan Shah hockey stadium, yesterday. Boon Huat's sister Melissa Chua, 37 who was in the stadium with her mother Tan Kuai Neo to watch the match said the victory and the one-minute silence observed in memory of her brother, was very meaningful to their family. "My late brother was always hopeful of winning the Asia Cup and qualify for the World Cup in The Hague, Holland. "Chua and his team mates had worked hard to achieve the goal. He would have rejoiced with the victory if he was alive," she said. Before the start of the match, the whole stadium and the players observed a minute of silence as a mark of respect for the late Boon Huat who died in an accident. Meanwhile, skipper Mohd Shahrul Nabil Abdullah in attributing the victory to the late Boon Huat, said every playe

Keluarga Chua Terharu Kejayaan Malaysia Benam Taiwan 10-2

IPOH, 25 Ogos (Bernama) -- Keluarga tonggak skuad hoki kebangsaan, mendiang Chua Boon Huat terharu dengan kejayaan Malaysia mencipta kemenangan besar 10-2 ke atas Taiwan pada saingan awal perlawanan peringkat kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini semalam. Kakak mendiang, Melissa Chua, 37, berkata kejayaan Malaysia membenam Taiwan 10-2 semalam cukup berharga buat diri mereka sekeluarga. "Mediang sering bercerita kepada kami sekeluarga bahawa beliau ingin melihat Malaysia menjulang Piala Asia 2013 buat julung kalinya serta layak ke Piala Dunia di Belanda 2014. "Chua bersama rakan telah berkerja keras menjalani persiapan sebelum ini dan beliau pasti tersenyum melihat kejayaan malam ini jika beliau masih hidup," katanya yang hadir bersama ibunya, Tan Kuai Neo menyaksikan perlawanan tersebut di sini hari ini. Sebelum perlawanan bermula penonton bertafakur bagi memberi penghormatan terhadap jasa wira

Pengulas Sukan Perlu Berinformasi Bukan Kejar Populariti

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kerjaya sebagai pengulas sukan sering dikaitkan dengan populariti namun ia bukan tugas mudah apabila mereka sering dianggap 'berat sebelah' terutama ketika mengulas perlawanan bola sepak tempatan. Pengulas sukan Astro Arena Hafizal Hamad yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun berkata pengulas sukan perlu memikul tanggungjawab besar dan sentiasa positif dengan kritikan agresif sesetengah peminat sukan tanah air. "Menjadi pengulas sukan ni tidak semestinya dikaitkan dengan populariti semata-mata sebaliknya perlu mempunyai minat dan maklumat yang banyak tentang sesuatu sukan, jika tidak corak pengulasan akan jadi kaku dan membosankan. "Ini yang menjadi masalah (ulasan kaku dan bosan) apabila pengulas sukan tidak pandai membuat ulasan sehingga ada yang tergagap-gagap dan menyebabkan mereka tidak berjaya menarik minat pendengar ataupun penonton," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini. Beliau

Saiz Kontinjen Malaysia Ke Sukan SEA Diputuskan Sebelum November Ini - Tunku Imran

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Saiz kontinjen negara ke temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar pada Disember ini masih belum diputuskan kerana Majlis Olimpik Malaysia (MOM) belum menerima senarai atlet dan pegawai daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata KOM akan menganjurkan beberapa kejohanan bagi memberi peluang kepada atlet mereka melepasi syarat had kelayakan temasya sukan itu. "Jumlah bilangan atlet dan pegawai ke Sukan SEA mungkin diputuskan menjelang akhir Oktober atau awal November ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pengurus pasukan ke Sukan SEA di Wisma OCM di ibu negara, Khamis. Tunku Imran berkata MOM bersetuju menghantar atlet berdasarkan kategori A dan B. Atlet yang melepasi syarat kelayakan akan diletakkan di bawah kategori A di mana perbelanjaan mereka ditanggung sepenuh oleh MOM manakala di bawah kategori B, persatuan sukan kebangsaan

Pemimpin Pesaka Terajui Sukan Perpaduan Islam Di Indonesia

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omar Din mengesahkan pelantikan beliau selaku ketua kontinjen negara ke Sukan Perpaduan Islam ketiga dari 22 Sept hingga 1 Okt ini di Palembang, Indonesia. Beliau menerima surat pelantikan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) beberapa hari lepas yang disokong penuh Majlis Sukan Negara (MSN). "Saya tidak menyangka terpilih untuk menjadi ketua kontinjen negara ke Sukan Perpaduan Islam. Bagi saya, ini bukan sahaja merupakan satu penghormatan buat diri saya, tetapi kepada sukan silat secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan ke Sukan Sea Myanmar di Wisma MOM hari ini. Megat Zulkarnain berkata satu mesyuarat pengurus pasukan temasya sukan yang melibatkan penyertaan negara Islam itu akan diadakan bersama MSN Selasa ini. Setiausaha Agung MOM Datuk Sieh Kok Chi sebelum ini dilapor sebagai berkata mereka s

Teong Kim Can Help Nurture Second-liner Footballers - Zokples

KUALA LUMPUR, Aug 22 (Bernama) -- National Football Development Programme (NFDP) new project director Lim Teong Kim can help nurture young footballers at the grassroots level to become national second-liners, said National Sports Council (NSC) director-general Datuk Seri Zokples Embong. "NSC has been looking for an individual to fill the vacancy. The idea of appointing Teong Kim comes from the minister himself. "The national football development programme was disrupted after Kim Chon resigned national youth football development head in May," said Zokples. The 50-year-old Teong Kim, with six years of youth coaching experience with German champions Bayern Munich, will begin work in November in a bid to help Malaysia qualify for the FIFA Under-17 World Cup in 2019. Yesterday, Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said Teong Kim would sign a five-year contract starting November to replace his brother, Lim Kim Chon, a former national player in th

Teong Kim Mampu Bantu Lahirkan Pelapis Bola Sepak Berkualiti - Zokples

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pengalaman bekas pemain kebangsaan Lim Teong Kim dalam industri bola sepak negara akan digunakan untuk membantu negara melahirkan pemain muda yang berkualiti pada masa akan datang. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zokples Embong berkata Teong Kim yang dilantik sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara mempunyai visi yang jelas untuk membantu negara dalam mengembangkan lagi pembangunan bola sepak terutama di peringkat akar umbi. Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Teong Kim akan mengikat kontrak lima tahun bermula November ini bagi menggantikan abangnya, Lim Kim Chon yang juga bekas pemain negara pada era 80-an. "MSN memang mencari individu yang bertepatan bagi mengisi kekosongan jawatan itu. Idea melantik Teong Kim adalah daripada menteri sendiri. "Saya tidak nafikan program pembangunan bola sepak memang agak terganggu selepas Kim Chon meletakkan jawatan sebag

Teong Kim didik pemain muda negara

Post by KBSMalaysia . Putrajaya: Bekas penolong jurulatih remaja bawah 19 tahun Bayern Munich Lim Teong Kim dilantik Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara dalam usaha Malaysia untuk melahirkan pemain berkelas dunia masa depan. Teong Kim yang mempunyai latar belakang hebat dan sudah lama berkelana di Jerman, ditawarkan kontrak tiga tahun dengan pilihan untuk menyambungnya bagi dua tahun berikutnya. Bekas pemain negara yang melakukan 76 penampilan bersama Malaysia itu dijangka memulakan tugas pada November dengan fokus utama bertanggungjawab dalam semua program pembangunan bola sepak negara. “Ini satu cabaran sangat besar, tapi saya seorang yang sukakan cabaran dan akan menyahut cabaran ini. “Sebagai seorang warga negara Malaysia dan pernah mewakili negara, sudah tentu saya mahu kembali menabur bakti kepada bumi tumpah darah saya,” katanya pada sidang media semalam yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Teong Kim to chart future

FOURTEEN years after leaving the country for Germany, Lim Teong Kim returns to chart the future of Malaysian football after being appointed as project director of the sport ministry's National Football Development Programme. Teong Kim, who coached various age-group teams at Bayern Munich for 12 years, accepted a three-year contract with an option for two more and will have overall responsibility to ensure the development programme meets the ministry's goal of ensuring Malaysia qualifies for the Under-20 World Cup in 2019. "It's a big challenge and I'm happy to take it on. I've tried to achieve excellence in everything I do and after 12 years at Bayern Munich, I'm ready to impart my knowledge to young coaches and players here," said former national team midfielder Teong Kim at a press conference held with Sports Minister Khairy Jamaluddin in Putrajaya yesterday. Teong Kim, 50, was appointed the FA of Malaysia's academy head

Changes galore in BAM

ACTION: Tengku Mahaleel lays groundwork ahead of council meeting CLOSE circuit television (CCTV), presumably to monitor players during training sessions, is being installed at the Juara Stadium as president Tengku Mahaleel Tengku Ariff initiates changes in the BA of Malaysia. Tengku Mahaleel, elected on July 27, has also met the coaches and has almost completed his appraisal of BAM's set-up. Former international Tan Aik Mong, tipped to hold an important post in BAM, has also met the coaches and players. In fact, the BAM president has also called for a dialogue with the media on Sept 4 for feedback on the way forward for Malaysian badminton. It does look like Tengku Mahaleel -- who asked for 30 days to familiarise himself with the BAM structure -- will have all his plans in place by the time the association's council meeting is held on Sept 7. Tengku Mahaleel, however, is keeping his cards close to his chest and in an SMS reply, said it would be

Pemain gagal lepasi ujian doping

TAUFEK (kanan) mengesahkan seorang pemain gagal dalam ujian doping pada 29 Jun lalu. ARENA sukan tanah air tiba-tiba digemparkan dengan berita seorang pemain bola sepak didapati positif dalam ujian doping selepas tamat aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Jun lalu. Berita mengejutkan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Razak semalam, namun beliau enggan mendedahkan nama pemain terbabit. Bagaimanapun, Taufek berkata, pihaknya belum menjatuhkan sebarang hukuman kerana mahu memberi ‘peluang kedua’ kepada pemain terbabit. “Kes ini melibatkan seorang pemain yang dituduh terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas final Piala FA. “Namun, Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan untuk menangguhkan dahulu hukuman bagi membolehkan pemain itu tampil memberi keterangan. “Buat masa ini, saya hanya boleh mengesahkan pemain itu gagal dalam ujian doping pertama,” kata Taufek ketika dit

Peluang Lela, Mun Yee cerah di Glasgow

Putrajaya: Kontinjen negara mempunyai prospek meraih pingat emas acara terjun seirama menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, tahun depan. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia mempunyai prospek memenangi pingat emas acara itu kecuali acara renang seriama yang tidak akan dipertandingkan pada temasya sukan itu. “Saya difahamkan acara terjun seirama kekal dipertandingkan pada Sukan Komanwel tahun depan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan penganjur Sukan Komanwel akan menggugurkan acara terjun irama pada tahun depan. Sementara itu, Pandelela berkata, Scotland selaku tuan rumah pasti rugi sekiranya acara terjun seirama tidak dipertandingkan kerana mereka mempunyai pasukan yang mantap dalam acara itu. “Pada Kejohanan Renang Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini, penerjun Scotland antara

Kita sudah layak!

Kuala Lumpur: Skuad hoki negara secara asasnya sudah layak ke Piala Dunia di The Hague, Belanda pada tahun depan selepas mengambil kira perkembangan semasa Kejohanan Eropah yang berlangsung ketika ini. Pada saingan yang berlangsung di Belgium itu, Kumpulan A menyaksikan Belanda dan England sudah melangkah ke separuh akhir manakala Kumpulan B menyaksikan perebutan antara Jerman, Belgium dan Sepanyol. Kecuali Sepanyol, empat pasukan berkenaan sudah layak ke Piala Dunia dan sekiranya Sepanyol muncul juara atau salah satu daripada empat pasukan itu muncul pemenang, Sepanyol yang berada dalam senarai menunggu kedua akan layak ke Piala Dunia. Malaysia yang berada dalam senarai menunggu ketiga, pasti layak ke Piala Dunia walaupun jika gagal di Piala Asia iaitu menerusi slot di Piala Oceana yang berlangsung pada November. Ini kerana Australia dan New Zealand, dua pasukan yang sering mendominasi kejohanan itu sudah layak ke Piala Dunia manakala baki dua pasukan yan

Loh Sea Keong Best Placed Malaysian In Fourth Stage Of TOB

KUNDASANG, Aug 21 (Bernama) -- Loh Sea Keong emerged as the best placed Malaysian rider in the fourth stage of Tour of Borneo (TOB) race from Kota Kinabalu to Kundasang today. He finished in 17th place with a time of 4:50:26s, 18:35s behind the winner, Ghader Mizbani Iranagh from Tabriz Petrochemical Team. "This is my best showing after emerging as the overall winner of the Tour of Malaysia. The difficult terrain makes it a challenging stage," said the OCBC Singapore Continental Cycling Team rider. Kelantan-born Loh, 27, is expected to take part in the Tour of East Java and the Tour of Hokaido. The first Malaysian rider to be the overall winner of UCI Asia Tour also won the Tour of Singkarak and the Tour of Thailand. Meanwhile, Mohd Shahrul Mat Amin of Terengganu Cycling Team Team (TSG) said the race was different from the first edition last year. "The race this time is different despite the shorter distance. However, I am satisfied with today'

Synchronised Diving Medal Prospect For Malaysia At 2014 Commonwealth Games

PUTRAJAYA, Aug 21 (Bernama) -- The synchronised diving event which will be featured at the 2014 Commonwealth Games in Glasgow, Scotland could be a medal prospect for Malaysia, said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. He said Malaysia had a good chance of clinching at least a medal in the event through Pandelela Rinong and Leong Mun Yee. "I understand synchronised diving will be competed at the Commonwealth Games next year...except synchronised swimming," he told reporters at his office in Putrajaya here Wednesday. Khairy was commenting on allegations that the Commonwealth Games host would not be holding synchronised diving event in the games next year. Meanwhile, when met at an incentive presentation ceremony, Pandelela said the host country would be missing a medal opportunity if synchronised diving was dropped from the games as Scottish divers were strong challengers in the 15th FINA World Swimming championship in Barcelona recently.

Acara Terjun Seirama Tetap Dipertandingkan Di Temasya Sukan Komanwel 2014, Glasgow

PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Kontinjen negara mempunyai prospek meraih pingat emas dalam acara terjun seirama menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, tahun depan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia mempunyai prospek memenangi pingat emas dalam acara itu kecuali acara renang seriama yang tidak akan dipertandingkan pada temasya sukan itu. "Saya difahamkan acara terjun seirama kekal dipertandingkan pada Sukan Komanwel tahun depan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Rabu. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa penganjur Sukan Komanwel akan menggugurkan acara terjun irama pada tahun depan. Sementara itu, Pandelela berkata Scotland, selaku tuan rumah, akan mengalami kerugian sekiranya acara terjun seirama tidak dipertandingkan memandangkan mereka mempunyai pasukan yang mantap dalam acara tersebut. "Pada Kejohanan

Tujuh Atlet Terima Insentif Dari KPT

PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyampaikan insentif kepada tujuh atlet yang berjaya membawa balik pingat gangsa pada kejohanan Renang Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol dan Sukan Universiti Dunia (Universaide) di Kazan, Russia, baru-baru ini. Insentif berjumlah RM17,500 itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan di sini, Rabu. Turut hadir pada majlis berkenaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama masing-masing menerima insentif sebanyak RM5,000. Lima lagi pemain badminton masing-masing menerima insentif sebanyak RM1,500 ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Jagdish Singh dan Loh Wei Sheng.

Atlet perlu bersedia sebarang kemungkinan

KUALA LUMPUR - Kelemahan penganjuran terutama dari segi gelanggang pertandingan bukan alasan buat atlet negara untuk tidak memberikan persembahan terbaik menjelang Sukan SEA 2013 Myanmar yang akan berlangsung pada 11 hingga 22 Disember ini. Menurut Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, mereka masih lagi mengenal pasti beberapa masalah yang terdapat di Myanmar dan mereka tidak menolak kemungkinan keadaan gelanggang bakal menjadi masalah buat negara bertanding. “Ada sesetengah gelanggang yang mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh atlet namun sebagai atlet antarabangsa mereka sudah pasti boleh mengatasi masalah tersebut," katanya kepada dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-27 Myanmar Sesi Pertama semalam. Jelasnya, semua perkara tidak semestinya sempurna dan kekurangan bagi sesebuah acara adalah sebahagian daripada karier seseorang atlet tersebut. “Myanma