Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Pengiktirafan Institut Sukan Negara

Rencana ini adalah mengenai Institut Sukan Negara (ISN) sempena sambutan ke-15 tahun ISN di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil Oleh Zulhilmi Supaat KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Institut Sukan Negara (ISN) yang ditubuhkan pada 1992 kini dalam rangka persiapan untuk muncul sebagai sebuah institusi sains sukan yang tersendiri pada akhir tahun ini. Pada masa sekarang, ISN berfungsi sebagai satu entiti di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dengan aktiviti utamanya berkaitan penyelidikan, rawatan dan konsultasi yang merangkumi semua aspek kesukanan. Menurut Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, hasrat institut untuk menjadi entiti tersendiri direalisasikan melalui bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Akta Institut Sukan Negara di Parlimen pada dua minggu lepas dan dijangka diluluskan akhir tahun ini. Bermula sebagai Bahagian Sains Sukan (BSS) di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) pada 1983, ISN beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda atau lebih dikenali sebagai St

Recognition For Malaysia's Sports Science Institute

By Zulhilmi Supaat This article on the National Sports Institute (ISN) is in conjunction with ISN's 15th year at the Bukit Jalil National Sports Complex. KUALA LUMPUR, March 30 (Bernama) -- The National Sports Institute (ISN) that came into being in 1992 is set to emerge as an independent sports science institution by the year-end. At present, ISN is an institute under the National Sports Council (MSN) with its core activities relating to research, treatment and consultation encompassing all aspects of sports. According to ISN's Director-General Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, the ISN bill to recognize the institute as an institution in its own right was tabled early this month in the Parliament and expected to be approved by the year-end. From its humble beginnings in 1983 as the Sports Science Division of MSN with its initial setup located at the Stadium Jalan Raja Muda(then TPCA Stadium), ISN shifted to its current location, the Bukit Jalil National Sport

‘Chong Wei, Misbun buat perhitungan’

ADAKAH rajuk Datuk Misbun Sidek sudah berakhir dan kembali membimbing semula jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei? Persoalan itu menjelma selepas pemain nombor satu dunia itu dikatakan akan bermain dalam perlawanan persahabatan menentang gurunya itu pada program amal ‘Hope n Smile’ bagi mengutip dana membantu mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun di Pulau Pinang, Sabtu ini. Dalam jadual program yang dihantar menerusi emel semalam, Chong Wei yang juga penganjur program amal itu akan menentang mentornya di Dewan Tunku Geodesi Dome, Komtar pada jam 6 petang. Begitupun, penganjur kemudian menghantar satu lagi emel dan memohon maaf dengan memberitahu perlawanan persahabatan antara ‘guru dan murid’ itu belum dapat dipastikan lagi. Sementara itu, eksekutif kanan projek amal itu, Sophia Tan berkata pihaknya akan mengesahkan sama ada perlawanan persahabatan antara Chong Wei dan Misbun itu akan diadakan atau tidak hari ini. “Kami akan membuat pengesahan semula es

Azizul picks up outstanding achiever award

KUALA LUMPUR: Three-time World Cup track cycling champion Azizulhasni Awang, who is busy preparing for his wedding reception in Ipoh on Sunday, had a pleasant surprise when he was honoured with the Yayasan Sime Darby (YSD) Outstanding Achiever Award yesterday. Azizul picked up a cheque of RM20,000 as the winner of the inaugural award in appreciation of his sportsmanship and courage besides his admirable achievements in track cycling. It was the second windfall for Azizul this month after he won RM10,000 for claiming the national Sportsman of the Year award. The YSD chairman, Tun Musa Hitam, said that the award was made available for individual beneficiaries of the foundation under five pillars – education; community development; youth; sports and recreation; and arts and culture. YSD have contributed RM2mil to fund the team’s participation in international competitions with the aim of collecting points to qualify for the 2012 London Olympics. Individually, Azizul wi

Undian kali ini memihak Malaysia

Shin Man Gil mencabut undian tertera nama Malaysia pada majlis cabutan undian Kelayakan Piala Dunia 2014 di Rumah AFC, Bukit Jalil, semalam. Malaysia akan menentang Taiwan pada pusingan pertama. – UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed KUALA LUMPUR – Tuah ternyata memihak Malaysia dalam undian Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012 apabila mendapat laluan agak mudah selepas undian yang dibuat di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), semalam. Nama Malaysia yang dicabut sebagai pasukan pertama pada sesi undian Kelayakan Piala Dunia 2014 oleh Shin Man Gil selaku Pengarah Pertandingan Pasukan Kebangsaan AFC memperlihatkan Harimau Malaya bakal berdepan dengan lawan yang berada di ranking ke-40 Asia, Taiwan pada pusingan pertama. Selesai sahaja sesi undian pusingan pertama, suasana bilik undian sedikit gamat di kalangan media Malaysia apabila pasukan jiran, Singapura bakal menjadi lawan Harimau Malaya jika anak-anak buah K. Rajagobal di pusingan kedua jika dapat melepasi c

Malaysia jumpa Taiwan

SKUAD negara akan melawan Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014. MALAYSIA dilihat mampu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama. Malaysia akan menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun sebelum bertandang ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai. Sekiranya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai. Perlawanan timbal balik pula dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai. Ketika ditemui pemberita selepas majlis undian yang berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil semalam, Rajagobal yakin skuad bimbingannya itu dapat melepasi Taiwan. “Kita ada keyakinan yang lebih kuat apabila diundi bertemu dengan pasukan Taiwan yang dikira sebagai pasukan yang boleh kita atasi

Malaysia take on Lebanon

An AFC official shows up the names Malaysia and Lebanon after the draw of the second round of the Asian 2012 London Olympic qualifier at the AFC headquarters yesterday. — Picture by Osman Adnan RELIEF at avoiding the big guns soon gave way to the realisation that little is known of the Lebanese Olympic team after the draw for the second round of the Asian 2012 London Olympic qualifiers yesterday. While the match-up against Lebanon presents Malaysia with the best chance of advancing to the group stage, national Under-23 coach Ong Kim Swee preached caution ahead of the home and away ties on June 19 and 23. With Malaysia travelling to Beirut for the first leg, Kim Swee was pleased to have the second leg at home but said much work remains to be done. "Have we ever played Lebanon before?" asked Kim Swee, to which the answer is no. "We know little about them although I seem to recall Selangor did play against a Lebanese club in the AFC Cup a few years ago.

Kim Swee lega

TIADA undian lebih baik yang boleh melegakan hati jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selain mengetahui Lubnan bakal menjadi lawan mereka di pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012, Jun ini. Meskipun Lubnan juga bukan calang-calang pasukan di rantau Asia apabila melangkah ke pusingan terakhir kelayakan Olimpik Beijing 2008, namun sekurang-kurangnya Malaysia dapat mengelak daripada diundi bertemu pasukan ranking lebih tinggi seperti Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria dan pasukan pilihan terakhir, Uzbekistan. Bagaimanapun, itu tidak bermakna Kim Swee bersama anak buahnya boleh bersenang lenang kerana apa merumitkan situasi apabila mereka tidak tahu sejauh mana kekuatan Lubnan biarpun dari segi ranking dunia, negara itu kini menduduki tangga ke-169 berbanding Malaysia ke-138. “Lubnan menewaskan Syria, Oman dan Qatar dalam perlawanan persahabatan Olimpik dan ini membuktikan mereka pasukan kuat, Lubna

Olympic Boys Face Lebanon In Olympic Qualifier, Seniors To Face Taiwan In World Cup Qualifier

KUALA LUMPUR, March 30 (Bernama) -- Malaysia will face Lebanon in the second round of the 2012 London Olympics qualifying, while the national senior football team play Taiwan in the first round of the 2014 World Cup qualifier. In the draw held by the Asian Football Confederation (AFC) here Wednesday, Malaysia, who defeated Pakistan in the first round, will play in Lebanon on June 19 before the return leg at home on June 23. Lebanon were given a bye in the first round based on results and achievement in the 2008 Beijing Olympics, together with South Korea, North Korea, Australia, China, Japan, Iraq, Bahrain, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Uzbekistan and Vietnam. Based on FIFA rankings, Malaysia should not have any problems against Lebanon since Malaysia are ranked 138 in the FIFA world ranking and 21st in Asia while Lebanon are 169 in the FIFA ranking and 32nd in Asia. Olympics squad coach Ong Kim Swee however, said rankings aside, the match against Lebanon was vital bec

Kolam ‘berkocak’

RUPA-rupanya bukan atlet olahraga kebangsaan saja yang tidak mendapat elaun latihan sejak awal tahun ini, nasib sama turut dialami atlet renang negara. Lebih mengecewakan apabila mereka dimaklumkan Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa elaun yang bakal diperoleh tahun ini akan dikurangkan. “Kami dimaklumkan oleh MSN bahawa program untuk tahun ini hanya bermula bulan ini tapi apa yang menyedihkan kami sudah menjalani latihan sejak awal tahun lagi. Mana ada orang yang sanggup bekerja dua bulan tanpa gaji dan situasi ini mengecewakan. “Elaun latihan kami juga dikatakan bakal dikurangkan. Jika sebelum ini pemenang pingat emas Sukan Sea mendapat RM1,500 sebulan sepanjang tahun lalu tapi ada pihak dari MSN yang menyatakan mulai tahun ini elaun terbabit bakal dipotong separuh iaitu RM750,” kata atlet renang kebangsaan yang enggan mendedahkan identitinya semalam. Dia berkata, situasi yang berlaku itu amat mengecewakan dan tidak memberikan motivasi kepada atlet yang kini bergelu

Hup Wei selamat jalani pembedahan

JAGUH lompat tinggi negara, Lee Hup Wei (gambar) dijangka sempat untuk menyertai Sukan SEA di Indonesia, November ini selepas selamat menjalani pembedahan buku lali, semalam. Sesudah mengharungi pencapaian yang suram tahun lalu, atlit berusia 24 tahun itu terpaksa berehat dan menjalani rawatan pemulihan fisioterapi yang dijangka mengambil masa enam bulan untuk pulih sedia kala. Atlit kelahiran Kajang, Selangor itu terpaksa melupakan Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Jepun, Julai ini apabila kecederaan lamanya menghantui semula bulan lalu dan dinasihatkan menjalani pembedahan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Ketua jurulatih, Harun Rasheed berkata atlit itu selamat menjalani pembedahan di Pusat Pakar Damansara, semalam. “Kami tidak mahu memaksa Hup Wei untuk segera sembuh bagi menyertai ATF nanti. Sasaran kita kalau mengikut perancangan, mahu dia mempertahankan pingat emas dimenangi pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya mengenai pemenang ATF 2007

Impi kembali ke Olimpik

KALI terakhir Malaysia beraksi di Sukan Olimpik ialah 39 tahun lalu dan hari ini 'impian lama' itu akan kembali menggamit minda skuad bola sepak negara apabila undian bagi pusingan kedua dilakukan, hari ini. Selain itu, undian bagi kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil juga akan diadakan jam 3 petang ini di ibu pejabat Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil dan jurulatih skuad Harimau Malaya, K Rajagobal juga akan dapat mengetahui siapa bakal pencabar mereka apabila undian bagi pusingan pertama dan kedua akan ditentukan. Malaysia tidak pernah layak ke pusingan akhir sejak bertan-ding dalam peringkat kelayakan pada 1974. Apapun, Rajagobal bersikap lebih realistik apabila bersuara mahu berpijak di bumi nyata dengan hanya meletakkan sasaran layak ke Piala Asia 2015. Sementara itu, bagi Ong Kim Swee, cabaran lebih besar menanti skuad Olimpik apabila bakal diundi bertemu salah satu daripada 12 pasukan terbaik Asia - Korea Selatan, Australia,

Misbun 'membisu seribu bahasa'

BAM harap keputusan muktamad diputus elak jejas tumpuan Chong Wei WALAUPUN kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek (gambar) bukan agenda perbincangan pada mesyuarat majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jumaat ini, tetapi sebahagian besar ahli majlis badan induk itu mahu ia dinoktahkan segera. Mereka berpendapat kemelut yang berlarutan tiga bulan tanpa jalan penyelesaian itu perlu ditamatkan pada hari itu dan BAM perlu membuat keputusan muktamad walaupun Misbun dikatakan masih ‘membisu seribu bahasa’. Naib Presiden BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah, berkata dia berharap satu keputusan muktamad dapat diputuskan berhubung kemelut itu bagi mengelakkan ia terus berlarutan dan menjejaskan tumpuan Lee Chong Wei. “Sampai bila kita perlu membincangkan kemelut ini sedangkan di depan kita menanti cabaran lebih besar dan penting,” soalnya, semalam. Dia yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu berkata, walaupun kemelut itu tidak disenarai

Hasli Izwan gagal layak awal Olimpik 2012

KUALA LUMPUR - Sekalipun memperbaiki catatannya berbanding peringkat satu, harapan penembak negara Hasli Izwan Amir Hassan ( gambar ) untuk layak lebih awal ke Olimpik 2012 tidak kesampaian apabila hanya mampu mengakhiri saingan acara Rapid Fire Pistol di tempat ke-13 pada kejohanan Menembak Piala Dunia di Sydney, Australia semalam. Memulakan peringkat kedua pada ranking ke-10 semalam, dia masih ada harapan untuk layak seandainya berjaya melonjakkan diri ke tiga tempat teratas. Malangnya, bidikan kurang menyerlah iaitu hanya 95 mata pada pusingan pertama menjadi penyebab kegagalannya. Meskipun bangkit memperbaiki catatan 97 dan 98 pada pusingan kedua dan ketiga untuk mengumpul 290, menjadikan mata terkumpul keseluruhan 579 (dicampur dengan 289 kelmarin). Namun ia tidak memadai untuk menempatkan selaku enam penembak terbaik. Enam penembak terbaik layak ke akhir bagi menentukan kedudukan satu, dua dan tiga. Penembak Republik Czech, Martin Podhrasky Martin muncul juara aca

Ada perkara positif di sebalik kegagalan

AZIZULHASNI tidak dapat beraksi pada Kejohanan Trek Dunia 2011 di Belanda ekoran kecederaan di betis kiri. BUAT kali pertama dalam masa tiga tahun, Malaysia gagal membawa pulang sebarang kilauan pingat pada Kejohanan Trek Dunia 2011 yang telah melabuhkan tirainya di Apeldoorn, Belanda kelmarin. Ketiadaan jaguh keirin negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang cedera di betis kirinya ekoran tertusuk serpihan kayu velo- drom ketika beraksi pada Piala Dunia Klasik di Manchester awal bulan lalu, jelas sekali dirasai barisan pelumba negara yang dibarisi Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin, Muhd. Edrus Yunos, Muhd. Arfy Qhairant Amran dan Fatehah Mustapa. Situasi itu seperti menunjukkan bahawa hanya Azizulhasni sahaja yang menjadi sandaran Malaysia untuk menyerlah di pentas antarabangsa, selain pelumba dari Dungun ini juga diletakkan harapan memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM),

'Semangat saya tetap membara'

IKTIRAF...Azizul menerima trofi Olahragawan Negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 15 Mac lalu.    PELUMBA basikal terbaik negara, Azizulhasni Awang tidak melihat perdebatan yang mempersoal kemampuannya untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara di Sukan Olimpik 2012 sebagai satu perkara serius yang mampu menjejaskan tumpuannya. Bagi pelumba berusia 23 tahun yang juga pernah menduduki ranking pertama dunia dalam acara keirin itu melihat keraguan terhadap keupayaannya menyumbangkan emas pertama dari sudut positif. “Biar apapun orang mahu bercakap ia tidak akan menjejaskan usaha saya. Terpulang kepada mereka untuk menganggap peluang saya tipis. Bagi saya ia membuatkan saya lebih fokus dan mengurangkan tekanan. Setiap kritikan membuatkan saya lebih bersemangat untuk berlatih dan menang,” katanya. Terdahulu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, peluang pemenang pingat emas

Badminton: Chong Wei's next stop is India

Lee Chong Wei should have an easy ride in the absence of China’s shuttlers.   LEE Chong Wei will make a return to the circuit at the India Open Super Series in New Delhi on April 26- May 1. Chong Wei, the top seed, should have an easy ride in the absence of China's shuttlers to secure his ninth title since last June. The World No 1, recent winner of the All England men's singles title, is determined to continue with his winning run in India to boost his confidence in the bid to win the men's singles title at the London World Championships in August. Chong Wei's main rivals in the India Open are expected to be Indonesia's World No 3 Taufik Hidayat, Simon Santoso, Sony Dwi Kuncoro and Japan's Kenichi Tago. There is also a possibility that Misbun Sidek will return to guide Chong Wei before the start of the tournament. The BA of Malaysia will make it known on Friday whether Misbun, who resigned on Dec 31, will accept its offer to coach the natio

Tak ada program, tiada elaun

“SEBENARNYA sudah tiga kali mesyuarat jawatankuasa kerja bersama antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) terpaksa ditangguhkan sejak awal Januari lalu berikutan jadual padat orang nombor satu badan induk olahraga negara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim. “Kalau tidak ada program dibentangkan pihak persatuan, bagaimana kami hendak membayar elaun latihan kepada atlet? Paling terbaru mesyuarat itu dijadual berlangsung esok bagi membincangkan secara mendalam program dan perancangan persatuan itu sepanjang tahun ini,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (gambar) semalam. Beliau menjelaskan MSN tidak boleh membuat keputusan sendiri dengan membelakangkan KOAM bagi mengelakkan timbul masalah lain di masa depan dan segala program perlu dibentang KOAM untuk mendapat kelulusan bersama, barulah atlet terpilih akan dibayar elaun latihan secara bulanan. “Punca kelewatan adalah jadual padat Shahidan yang sentiasa sibuk dengan urusa

'Mengapa Misbun tidak respons, itu saya tidak pasti'

KUALA LUMPUR - "Kalau saya jadi Misbun, saya akan pulang ke pangkuan skuad kebangsaan dan membimbing (Datuk) Lee Chong Wei sampai Sukan Olimpik 2012,''. Itu kata ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek ketika ditanya mengenai abangnya, Datuk Misbun Sidek. Rashid mengakui langsung tidak mempunyai petunjuk apakah Misbun sedia menyambung kerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan pada 31 Disember lalu. "Pada saya sekarang semua terpulang kepada BAM untuk buat keputusan. Selepas tiga bulan memberi tempoh dan Misbun terus menyepi, sebaiknya BAM sendiri yang memutuskan apa tindakan mereka. "Mengapa Misbun masih tidak respons? itu saya tidak pasti, mungkin... beliau masih menunggu balasan surat yang pernah diberi kepada Presiden (Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh) tetapi ia cuma teori saya, tidak pasti betul atau tidak. "Saya tidak berani komen panjang kerana saya tidak tahu apa yang difikirkan Misbun, beliau

Skuad Projek 2010-2012 gagal?

Rashid Sidek KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek akhirnya akur bahawa skuad Projek 2010-2012 yang dibentuk pada 2005 untuk menghadapi Sukan Olimpik London, gagal mencapai sasaran dengan semua pemainnya tidak mampu memberi cabaran serius ketika temasya 2012 hanya tinggal setahun setengah untuk berlangsung.    Bagaimanapun tegas Rashid, sebahagian daripada pemain-pemainnya yang sudah diserap dalam skuad pelapis elit dan pelapis, masih boleh menyelamatkan kedudukan mereka dengan membuktikan kemampuan menjelang hujung tahun ini atau nasib mereka kemudian bakal ditentukan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Selain Sukan Olimpik 2012, Projek 2010-2012 turut menyasarkan untuk melahirkan pemain yang mampu mencatat kejayaan buat Malaysia pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010, malangnya tiada seorangpun daripada anggota skuad tersebut yang mewakili Malaysia pada kedua-dua temasya berkenaan.

Siapa 'jodoh' skuad Olimpik?

KIM SWEE (kiri) mengakui perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 akan menjadi detik paling penting bagi hala tuju masa depan skuad negara. LAWAN skuad bola sepak Olimpik kebangsaan bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bagi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan bakal diketahui petang esok. Namun apa yang pasti, lawan skuad bawah 22 tahun negara itu bukanlah pasukan mudah berdasarkan ranking pasukan yang disusun mengikut prestasi pada pusingan kelayakan dan pusingan akhir Sukan Olimpik 2008. Malaysia di ranking ke-19 daripada 24 pasukan akan di- letakkan dalam Kumpulan 2 bersama-sama Vietnam, Kuwait, Thailand, Oman, UAE, Iran, Yemen, Hong Kong, Jordan, India dan Turkmenistan (ranking 13 hingga 24). Manakala 12 pasukan teratas (1 hingga 12) akan diletakkan dalam Kumpulan 1 iaitu Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria, Lebanon dan Uzbekistan. Apa yang pasti, lawan Malaysia pada

Cycling / Track World Championships: Fatehah brings ray of hope

Fatehah Mustapa becomes the first Malaysian woman to make a final at the World Championships. Fatehah finished fifth in the keirin final early yesterday morning. FATEHAH Mustapa's historic ride in the women's keirin final at the Track World Championships in Apeldoorn, the Netherlands early yesterday morning revived much hope in women's cycling in the country. The 21-year-old was unlucky to finish fifth, having avoided a collision after Cuba's Lisandra Guerra Rodriguez had crashed and brushed against her as they were racing on the final lap. But being in the final itself had already etched the Kuala Terengganu-born Fatehah's name in history as the first Malaysian woman to make a final at the World Championships. It was also just reward for Fatehah, having finally made it to the World Championships, as having qualified last year she was not sent to the championships due to budget constraint and the emphasis then was on the Asian Games and Common

Five National Athletes In Race For MASUM Sportsman, Sportswoman Awards

KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- Five national athletes have emerged as front runners for the Malaysian Universities Sports Council (MASUM) 2010 sports award to be held in Kota Kinabalu, Sabah on April 9. Three men athletes in the list for the Sportsman award are diver Bryan Nickson Lomas (UM), bowler Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek (UPM) and squash player Mohd Nafiizwan Mohd Adnan (UiTM) while two women athletes in the race for the Sportswoman award are wushu's Chai Fong Ying (UPM) and Fan Xiao Jun (UM) from table tennis. MASUM Awards Selection Panel chairman Prof. Madya Dr. Kassim Mohd Mansur said the selection of the winners would be based on their achievements in local and international competitions throughout last year and this year. "All 20 Higher Learning Public Institutions (IPTA) had submitted their nominations but only the best achievers were short-listed by the panel," he told reporters here Monday. Kassim who is also the deputy vice

Satu emas Olimpik sudah cukup membanggakan

KUALA LUMPUR - Jangkauan empat pingat emas pada Olimpik 2012 merupakan motivasi terbaik buat atlet untuk beraksi cemerlang pada temasya sukan di London itu. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi, berkata, dengan meletakkan jangkauan empat emas, sudah pasti semua atlet negara yang layak ke kejohanan berprestij itu akan berusaha sehingga ke tahap maksimum untuk merealisasikan impian tersebut. Walaupun Kok Chi mengakui 'jangkauan empat emas' sukar untuk dicapai, namun dengan motivasi sedemikian sekurang-kurangnya satu emas mampu diraih skuad negara. "Sekali pun kita hanya meraih satu emas daripada empat emas yang dikatakan 'dalam jangkauan', ia amat baik kerana kita belum pernah memperoleh emas pada Sukan Olimpik. "Namun mungkin kejutan dapat dilakukan oleh atlet kita pada kejohanan tersebut jika tidak masalah yang mengganggu tumpuan mereka,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. Sebelum in

Pandelela, Mun Yee lakar sejarah

SKUAD terjun negara berpeluang cerah menyaingi atlet China yang sebelum ini mendominasi dengan perbezaan yang begitu ketara menerusi Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee. Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong berkata, bukannya medabik dada tetapi kilauan pingat diidamkan di Siri Kejohanan Terjun Dunia Fina sejak sekian lama kini berada dalam genggaman. Kelmarin, Pandelela sekali lagi melakar sejarah sebagai atlet pertama negara meraih pingat perak bersama rakan segandingan Mun Yee untuk acara 10 meter platform seirama di siri kedua kejohanan itu, di Beijing. Kejayaan ini menandakan pingat kedua diraih Pandelela dalam siri kejohanan itu, yang mana, minggu lalu atlet berusia 18 tahun itu turut meraih pingat perak pertama acara 10 meter platform individu di Moscow. “Mereka berdua mempamerkan aksi cemerlang. Dengan kejayaan ini, tidak mustahil untuk kita mengejar China yang sekian lama mendominasi acara ini. “Tidak dinafikan tembok b

Sedia terima apa jua keputusan Misbun 1 April ini - Razali

MUAR - Apa jua keputusan yang akan dibuat oleh bekas jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek berhubung kedudukannya di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1 April ini perlu dihormati dan diterima baik oleh semua pihak. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, polemik yang berlaku tidak sewajarnya dibiarkan berlarutan kerana ia hanya menjejaskan persiapan negara untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 menerusi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. "Kita tidak mahu sebarang tekanan diberikan dalam tempoh seminggu ini, biarlah Datuk Misbun sendiri yang buat keputusan. "Apa jua perkara yang diputuskan oleh beliau akan kita hormati dan akan kita terima. "Kita berharap isu ini akan selesai dan selepas 1 April ini, kita akan dapat melihat ke hadapan dan buat perancangan di atas keputusan yang telah dibuat," katanya selepas Majlis Meraikan Pelajar-Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringk

‘Kita perlu realistik’

“DI dalam bidang sukan kita tak boleh bohong, perlu realistik dalam menetapkan sasaran dan bukannya sekadar angan-angan. Kita juga perlu akur belum ada atlet negara yang mencapai tahap meyakinkan mampu beraksi di Sukan Olimpik.” Demikian kenyataan pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Dr Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang tetap tegas dengan pendirian beliau bahawa misi meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik agak sukar meskipun empat emas disasarkan pada temasya yang bakal berlangsung di London, tahun depan. Selain harapan besar disandarkan kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, turut memikul berat merealisasikan impian itu ialah Mohd Azizulhasni Awang (basikal), Pandelela Rinong (terjun) dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Agak keliru dengan sandaran diletakkan di bahu barisan atlet itu, Kay Kim mempersoalkan bagaimana mereka dinilai sehingga diberi harapan besar menghadirkan kilauan emas di Sukan Olimpik. “Terjun contohnya, kalau dinila

Shabery pertahan empat emas 2012

KUALA LUMPUR – Biarlah ejekan, gurauan mahupun tohmahan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) tetap berkeras mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa empat pingat emas dalam jangkauan atlet negara pada Sukan Olimpik 2012 London. Jelas Shabery, beliau tetap yakin dengan kemampuan atlet negara yang berada dalam Program Road To London 2012, terutamanya atlet harapan yang disebut-sebut mampu meraih pingat emas semasa Pelancaran Detik 500 Hari Program Road To London minggu lepas. “Saya yakin dengan kemampuan mereka, seperti yang saya katakan sebelum ini. Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berada dalam jangkauan untuk memenangi pingat emas Olimpik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Mines Event Management di sini, semalam. Jelasnya, selain Chong Wei, empat lagi atlet lain berada di landasan terbaik untuk dilet

Chong Wei diramal temu Lin Dan

Lin Dan (kiri) dan Chong Wei. Buru kemasyhuran di pentas final pingat emas Olimpik 2012 di London WALAUPUN Sukan Olimpik 2012 berbaki 16 bulan lagi tetapi dua musuh tradisi - Lee Chong Wei dan Lin Dan - dijangka bertembung sekali lagi di final pentas temasya terulung dunia itu untuk memburu kemasyhuran memenangi pingat emas. Ramalan itu disuarakan jurulatih jaguh nombor satu dunia itu, Tey Seu Bock berdasarkan prestasi semasa yang menyaksikan kedua-duanya masih berada dalam kelas tersendiri dan sukar ditandingi pemain lain. “Walaupun temasya berprestij itu lama lagi, tetapi saya percaya Chong Wei dan Lin Dan masih kekal selaku pemain pilihan memenangi emas yang dipertandingkan dalam acara perseorangan lelaki,” katanya semalam. Seu Bock berkata, apa yang perlu dilakukan kedua-duanya adalah mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan kecederaan yang boleh meranapkan impian mereka untuk mengulangi pertembungan impian final 2008 yang menyaksikan ‘Super D

Harimau Malaya sedia mengaum

RAJAGOBAL sudah pasti mahu merencana strategi paling ampuh bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2014. ANDAI dinilai daripada corak permainan kemas dan cantik ketika menentang Etoile FC malam kelmarin, skuad bola sepak kebangsaan dianggap sudah bersedia untuk menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2014. Namun persediaan rapi hanya akan dibuat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal setelah mengetahui lawan yang bakal ditentang Malaysia pada aksi timbal balik pusingan pertama pada 29 Jun dan 3 Julai depan itu pada majlis undian Rabu ini. Malaysia yang diletakkan antara 16 pasukan ranking terendah di Asia boleh diundi bertemu Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos. "Saya mula-mula terkejut dengan kedudukan ranking yang ditetapkan untuk pusingan kelayakan ini kerana jika mengikut ranking semasa, Malaysia berada lebih atas dan sepatutnya mendapat bye. &

Charity Golf Tournament In Aid Of Netball Association

SHAH ALAM, March 27 (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) organised a charity golf tournament in aid of the Malaysian Netball Association (MNA) at the Glenmarie Golf and Country Club, near here today. The "Charity Golf for Netball Malaysia" is to raise funds for the National Netball Team to participate in the World Netball Championship to be held in Singapore, in July this year. Funds raised at the event will also be channeled to MNA to enable the association to carry out its activities and to promote netball at all levels. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, in his speech at the event, said TSMCG which he initiated, would continue to develop and promote the quality of the national athletes through various activities and programmes. He also advised the participants of the World Netball Championship to strive harder and achieve top 10 ranking in the championship, which is being held for the first time. Twelve athletes and five

Rajagobal happy with players

THE national team's 1-1 draw with S-League side Etoile FC on Saturday was a good learning curve for K. Rajagobal's side. Despite looking fragile at times which could prove costly in upcoming tournaments. Ahmad Fakri Saraani's seventh minute strike did provide a glimpse of the team's potential. They looked comfortable on the ball once they had found their rhythm. But there was too much desperate defending and ball chasing to suggest they could prove a surprise package at the 2014 World Cup Qualifiers Asian Zone Qualifying campaign. Etoile, the defending S-League champions, could have won the match if they had been sharper in front of goal. There were many faults in Malaysia's game, especially with their leaky defence, led by Aidil Zafuan Abd Radzak, which allowed the Etoile strikers to dictate terms especially in the second half. However, fans should not be alarmed with Malaysia's performance on Saturday as Rajagobal was trying out new pla

Fatehah pungut mata kelayakan Olimpik

Pelumba negara, Fatehah Mustapa berjaya mencuri mata kelayakan Olimpik 2012 apabila menduduki tempat ke-10 dalam acara 500m ujian masa pada Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda semalam. KUALA LUMPUR - Kejutan yang diharapkan pada Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda belum menjadi, malah pelumba negara yang menyertai acara pecut berpasukan, 500 meter ujian masa wanita dan perlumbaan scratch sekadar melengkapkan jadual semalam. Trio negara, Josiah Ng, Edrus Yunos dan Rizal Tisin terlebih membuka tirai perlumbaan untuk kem Malaysia, namun mereka sekadar menduduki tempat ke-15 daripada 18 pasukan dalam saingan akhir dengan melakukan catatan 46.470 saat. Pelumba tunggal wanita, Fatehah Mustapa pula mempamerkan persembahan sedikit membanggakan apabila memungut mata kelayakan Sukan Olimpik dalam acara 500m ujian masa selepas menduduki tempat ke-10 (36.458s). Malang buat pelumba remaja negara, Muhd. Arfy Qhairant Amran kerana gagal menghabiskan perlumbaan s

MWF To Use National Weightlifting Circuit As Platform To Identify New Talent

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia Weightlifting Federation (MWF) will use the first National Weightlifting circuit in Selangor as a platform to identify lifters for the Asian Championships in Tongling, China from April 5-18. MWF executive secretary Adzhar Derani said weightlifters can use the competition to assess their capabilities in their respective events and categories and earn a spot in the national squad. "However, we will have to wait the end of the circuit to list down the potential weightlifters identified. Their performances in the Asian Championships will also help them earn their places for the 2011 SEA Games in Indonesia," he told Bernama here Thursday. The championships would comprise eight weight categories in the Men and seven weight categories in the women events. The second circuit is expected to be held in Kuantan, Pahang in October.

MAKAF Issues Gag Order To National Karate Exponents, Coaches And Officials

KUALA LUMPUR, March 24 (Bernama) -- The National karate squad has been issued a gag order by the Malaysian Amateur Karate Federation (MAKAF) against speaking to the media or making press statements. A Makaf official who did not want to be named said the gag order was stated in their contract issued by Makaf. "If coaches or any exponent was found breaching the contract, Makaf will take action," he told Bernama here Thursday. The official added that all statements with regard to the development in the national karate team can only be issued by Makaf president Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Meanwhile, National Sports Council (NSC) president Datuk Zolkples Embong when contacted by Bernama said associations had the authority and power to restrict athletes and coaches from issuing any statements with regard to the team or policy matters. "However, coaches and athletes can give statements regarding their performances, as long as it does not contravene the asso