Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

NSC confident of best ever medal haul in 2010 Asian, Commonwealth Games

NATIONAL Sports Council (NSC) director general Datuk Zolkples Embong believes Malaysia will surpass its all-time Asian and Commonwealth Games gold medal records in next year's editions. Zolkples said Malaysian athletes have improved and should be able to produce a strong showing in both Games next year. Malaysia's best showing in the Commonwealth Games was achieved in the 1998 Kuala Lumpur edition, when the national contingent won 10 gold, 14 silver and 12 bronze medals. In the Asian Games, Malaysia's best ever haul of eight gold, 17 silver and 17 bronze medals was achieved in the 2006 Doha Games.

Year in review: End and beginning of controversies

PROFESSIONAL golf and taekwondo have hogged the limelight for the wrong reasons for several years and the governing bodies of these two sports were again leading the way in controversies this year. The power struggle and feuds between parties in the Malaysian Professional Golfers Association (MPGA) for more than two years had forced Sports Commissioner Datuk Nik Mahmud Nik Yusof to suspend it in August last year.

FAM targets Asean Championship, Asian Games

THE FA of Malaysia (FAM) has set next year’s Asean Championship and Asian Games as the prime targets for the national football team. FAM general secretary Lt Jen (Rtd) Datuk Azzuddin Ahmad said the national team will be prepared and exposed extensively ahead of both competitions. “The target for the Asean Championship is the title. The Asian Games is a different level of competition and we will be happy if they can do well in it,” said Azzuddin at the National Sports Convention in Kuala Lumpur yesterd ay.

Pelumba trek negara gegar Tasmania

Azizulhasni sendiri menjuarai acara keirin dan 200m pecut dengan menewaskan jaguh handalan Australia, Shane Perkins. KUALA LUMPUR - Pelumba basikal trek negara yang diketuai Azizulhasni Awang menguasai pusingan kedua Karnival Berbasikal Tasmania apabila menjuarai tiga acara utama, kelmarin. Azizulhasni sendiri menjuarai acara keirin dan 200m pecut dengan menewaskan jaguh handalan Australia, Shane Perkins.

'Dua kejutan' BAM terdedah

Keputusan sendiri lantik Kim Her EGM pinda perlembagaan ADA 'dua kejutan' ciptaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terdedah, semalam.

Zulkifli tarik diri skuad memanah

PENGUNDURAN Zulkifli Tahil daripada skuad elit memanah negara menyebabkan jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung kini ketiadaan pilihan kecuali baki tiga atlit untuk acara recurve di Grand Prix (GP) Asia pertama, Februari depan.

Roslinda, Noraseela, Hup Wei cemerlang

KUALA LUMPUR - Sebut tentang olahraga bagi tahun 2010 hanya tiga atlet sahaja yang boleh dibanggakan prestasinya iaitu Roslinda Samsu (lompat galah), Noraseela Khalid (400 meter lari berpagar) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi).

'Masih awal lihat program berada pada landasan tepat'

SUKAN Komanwel dan Asia pada hujung tahun depan, bakal memberi gambaran sama ada program Road To London untuk Sukan Olimpik 2012 berada pada landasan tepat. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata buat masa ini terlalu awal untuk menyatakan sama ada program untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 berada atas landasan atau menyimpang, di sebalik pencapaian kontinjen negara di Sukan Sea, Laos, yang berakhir 18 Disember lalu.

Tiada alasan tidak beri komitmen

KUALA LUMPUR - Tiada lagi alasan untuk atlet memanah negara tidak memberikan komitmen 100 peratus menjalani latihan memandangkan tahun 2010 adalah musim mencari kejuaraan.

KBS sasar skuad bola sepak layak Olimpik

DEMAM kejayaan bola sepak pada Sukan Sea XXV di Laos, tampak belum kebah dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini membayangkan kemungkinan meletakkan sukan itu dalam program Road To London 2012, untuk persiapan ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik.

Bola sepak ada ruang - Shabery

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersedia menimbang untuk menyenaraikan bola sepak di bawah program Road To London 2012 berikutan kejayaan skuad bawah 23 tahun negara meraih pingat emas dalam Sukan SEA Laos, baru-baru ini. Katanya, selain cuba membantu menerusi pembiayaan Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, kementerian melihat terdapat ruang untuk memajukan prestasi sukan itu di peringkat lebih tinggi dengan menyenaraikannya bersama memanah, terjun, berbasikal dan badminton dalam program berkenaan.

Syria uji anak didik Rajagobal malam ini

SKUAD emas bimbingan K Rajagobal bakal diuji menentang Syria dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini sebagai persediaan sebelum berdepan Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi pusingan kelayakan Piala Asia, 6 Januari ini.

OCM want sports bodies to help formulate strategic plan

KUALA LUMPUR: The Olympic Council of Malaysia (OCM) have decided that a strategic plan be formulated to chart their progress over the next five years with specific targets to be met. The task has been given to the strategic planning committee, chaired by the deputy president, Datuk Dr M. Jegathesan. Unlike the previous two plans, which the OCM formulated on their own, the task force this time have been asked to get the views of national sports associations (NSAs) and their sponsors.

Only two athletes have qualified for Youth Games

KUALA LUMPUR: Only two athletes have thus far qualified for the Youth Olympics, which will be held in Singapore from Aug14-26. Both of them are from sailing – Mohamed Amirul Shafiq Mohd Jais and Khairunneeta Mohd Afendy. They duo earned places in the inaugural Games from the Youth Asian Games, which were also held in Singapore last July. The Olympic Council of Malaysia (OCM) secretary general, Datuk Sieh Kok Chi, said yesterday that they expected to have a contingent of at least 15 athletes.

Olimpian pula gamit skuad bola

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD hafiz.ahmad@utusan.com.my Sieh Kok Chi KUALA LUMPUR - Sekalipun masih tidak setimpal RM720,000 buat pasukan Vietnam yang sekadar meraih pingat perak Sukan SEA Laos, skuad bola sepak bawah 23 negara yang kelmarin dihadiahkan bonus RM30,000 setiap pemain kelmarin, berpeluang menambahnya dalam Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM), bulan depan. Habuan RM10,000 menanti pemenang kategori lelaki Olimpian MOM pada majlis makan malam penyampaiannya, 16 Januari depan dengan anak didik K. Rajagobal ini bakal dicabar Raja Renang Malaysia di Laos Daniel Bego yang mempertaruhkan koleksi lima emasnya dan empat rekod baru kebangsaan serta Sukan SEA. Sebutir emas bola sepak yang ibarat 'ibu emas'

KL kemuka hasrat anjur Sukan Asia

KUALA Lumpur sudah mengemukakan surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) menyatakan hajat untuk menjadi tuan rumah temasya serantau itu pada 2019. Sambil mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata surat hasrat yang sudah dihantar ke ibu pejabat OCA di Kuwait, November lalu, bakal menyaksikan Kuala Lumpur kemungkinan akan berdepan Dubai untuk hak penganjuran Temasya ke-18 itu.

Setuju cukai rokok bangun semua sukan

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersetuju dengan pandangan pemimpin dan tokoh sokong agar hasil kutipan cukai rokok bukan sahaja digunakan oleh pembangunan sukan bola sepak sahaja tetapi kepada semua sukan-sukan lain. Katanya, bukan sukan bola sepak sahaja boleh manfaatkan cukai tersebut, malah sukan-sukan lain seperti badminton dan lain-lain yang sebelum ini pernah mendapat tajaan dari syarikat rokok ketika menganjurkan kejohanan kebangsaan. "Selepas penajaan dan iklan dari syarikat rokok tidak dibenarkan dalam beberapa jenis penganjuran sukan di negara ini, sebagai ganti sebahagian dari cukai yang dikenakan boleh digunakan dalam pembangunan sukan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan persidangan Majlis Perundangan Belia Negara di sini, semalam. Jelasnya, kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu menimbangkan perkara ini dengan melihat dari pelbagai aspek bagi memperkembangkan lagi kegiatan sihat. "Selain dari bola

PSM tidak wajar perbesarkan isu pemotongan geran: MOM

Oleh Lukman Salleh PEMOTONGAN geran seharusnya tidak dijadikan isu oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebaliknya adalah lebih bijak berfikiran rasional dengan mengkaji secara mendalam sebab kekalahan skuad di Laos untuk tampil lebih cemerlang di Sukan Asia 2010 di Guangzhou. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata adalah lebih baik PSM dan juga Majlis Sukan Negara (MSN) bertenang dan mendahulukan kepentingan sepak takraw kerana kurang setahun saja lagi skuad negara akan berdepan cabaran lebih sengit di Guangzhou. “Tidak ada guna untuk berbalah... ia tidak akan membawa keuntungan,” kata Kok Chi. “Adalah lebih baik bagi PSM menggerakkan semula jentera mereka, mengkaji di mana silapnya perencanaan di Laos dan kemudian bangkit lebih hebat dan bersemangat di Sukan Asia. PSM tidak mempunyai banyak masalah lebih, biar kita fokus kepada isu sebenarnya iaitu kegagalan skuad d

Perlis bawa pulang trofi juara

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM syahir.kassim@kosmo.com.my BARISAN pemain Perlis meraikan kejayaan muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam. PERLIS menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah mene- waskan Kedah 2-0 pada final di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam. Kejayaan anak-anak buah Khamal Idris Ali itu menjadikan ia kejuaraan ketiga buat Perlis yang pernah meme- nanginya pada edisi 1967 dan 1993. Selaku juara, Perlis membawa pulang wang tunai RM30,000 serta piala pusingan manakala Kedah meraih RM15,000. Kemenangan itu juga membolehkan Perlis membalas dendam ke atas Kedah selepas tewas 0-1 pada final Piala Emas Raja-Raja 1996. Pada aksi semalam, gol kemenangan Perlis dihasilkan menerusi Romdhizat Jamian seawal minit keempat dan Adrien Jurad Chamrong (minit ke-18) yang turut diisytiharkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Kedah yang ghairah menyerang sebaik permainan bermula dikejutkan dengan gol awal pelawat menerus

Kebangkitan basikal trek

Azizulhasni Awang mewarnai pentas dunia dalam acara berbasikal KUALA LUMPUR –Tahun 2009 membawa banyak kisah manis buat sukan berbasikal negara terutama kebangkitan acara trek di peringkat dunia. Selepas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China mendedahkan potensi besar yang dimiliki pelumba kita, kebangkitan Malaysia dalam sukan ini ternyata tidak mampu dihalang lagi sebaik melangkah ke tahun berikutnya. Nama Azizulhasni Awang melonjak dalam sekelip mata menjadi pelumba pecut yang digeruni walaupun masih cetek dari segi pengalaman. Kekalahannya kepada juara Olimpik, Chris Hoy di suku akhir temasya 2008 itu membuka mata pemerhati basikal dan media antarabangsa yang pantas menggelarkannya ‘The Pocketrocket Man’. Bertubuh kecil tetapi memiliki kekuatan dan kepantasan setanding pelumba bertaraf dunia lain menyebabkan Azizulhasni tidak perlu menunggu lama untuk menyinar. Pada kejohanan trek dunia di Pruszkow, Poland pada Mac 2009, pelumba berasal dari Dungun, Terengganu ini mengejutka

Shakirin berdebar menghitung hari

Oleh AFIFI HAFIZ M.NOR sukan@kosmo.com.my Shakirin WALAUPUN bakal melangsungkan pernikahan Jumaat ini, jaguh negara, Mohd. Shakirin Ibrahim tetap fokus bagi menghadapi Kejohanan Ping Pong Kebangsaan yang bermula semalam. Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu, Shakirin yang membawa caba- ran Kuala Lumpur akan bergandi- ngan bersama Beh Lee Wei dalam acara beregu campuran. "Sekarang ini debaran saya bukan sahaja pada permainan tetapi berdebar mengira hari untuk bergelar raja sehari. "Tujuan saya menyertai kejoha- nan ini juga untuk memberi sema- ngat dan perangsang kepada atlet kontinjen Kuala Lumpur yang lain," kata Shakirin yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA XXV di Laos baru-baru ini. Shakirin berkata, dia akan cuba fokus sepenuhnya dan memberi aksi terbaik pada kejohanan ini. "Kalau kejohanan ini dicepatkan sedikit, sudah pasti saya akan bermain dalam acara perseorangan. "Namun bagi say

Pemilihan BAM tak begitu dirasai

Oleh Norbakti Alias Taktik lama seperti sebelum kepimpinan Nadzmi nampaknya akan berulang KEHANGATAN pemilihan jawatankuasa baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk sesi 2009-2012 tidak begitu dirasai atau lebih tepat, tidak ramai yang mengetahui biarpun ia akan dilangsungkan pagi esok. Namun, dalam ketenangan yang cuba digambarkan, usaha melobi dan berkempen sebenarnya agak rancak dengan seorang pegawai kanan kini bertindak menjadi ‘power broker’ mengatur posisi orang pilihannya dalam memastikan kedudukan dirinya selamat. Taktik lama seperti sebelum kepimpinan Datuk Nadzmi Salleh sejak 2000 nampaknya akan berulang dengan pegawai yang dimaksudkan cuba mengaitkan nama VVIP tertentu yang didakwa menyokong calon tertentu bagi menakut-nakutkan anggota gabungan. Jawatan Nadzmi masih selamat dan dijangka menang tanpa bertanding tapi penulis cukup simpati dengan dua calon awal yang disebut-sebut untuk kerusi tim

Azizulhasni, Fatehah ungguli Olahragawan Olahragawati Terengganu

SELAMIAH Yong (kanan) mewakili Azizulhasni Awang manakala Mustafa Kassim bagi pihak Fatehah Mustafa yang masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu, semalam. Azizulhasni dan Fatehah kini berada di Melbourne, Australia meneruskan latihan dan pengajian. KUALA TERENGGANU - Atlet lumba basikal, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu, semalam. Mohd. Harrif Salleh yang juga salah seorang daripada atlet lumba basikal diumumkan sebagai Olahragawan Harapan manakala atlet menembak, Athirah Hamzah pula dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan. Azizulhasni dan Fatehah yang masing-masing mencatat pelbagai kecemerlangan sepanjang 2007/2008 termasuk Sukan Malaysia (Sukma) 2008 menerima piala pusingan, piala iringan, RM7,000 dan sijil penghargaan. Mohd. Harrif dan Athirah pula masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan, RM2,500 dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahma

Azizulhasni, Fatihah atlit terbaik Terengganu '09

Oleh Hamid Salleh MUSTAFA mewakili Fatihah dan Selamiah mewakili Azizulhasni menerima anugerah, malam tadi. Dipilih kerana pencapaian cemerlang dalam dan luar negara JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustaffa dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2007-2008 sempena Anugerah Sukan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam kelmarin. Kedua-dua pelumba itu yang kini mengikuti latihan di Australia dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang mereka meraih emas pada Sukan Malaysia ke-XII (Sukma ke-XII) dan pencapaian di luar negara, sekali gus menerima hadiah RM7,000 seorang serta piala dan sijil. Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kepada ibu Azizulhasni, Selamiah Yong, manakala Fatihah diwakili ayahnya, Mustapa Kassim berikutan kedua-dua mereka tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen latihan di Australia. Anugerah tahunan ta

Jangan bandingkan dengan Vietnam

PASUKAN bola sepak bawah 23 negara yang berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA di Laos. Malaysia menewaskan Vietnam 1-0. KUALA LUMPUR – Jangan bandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain Malaysia dan Vietnam. Itu kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai perbezaan jumlah ganjaran yang diterima oleh para pemain skuad bola sepak Bawah 23 tahun kebangsaan dan lawan yang mereka tundukkan pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV, Vietnam. Para pemain skuad kebangsaan menerima RM30,000 setiap seorang di atas kejayaan membawa pulang pingat emas Sukan SEA XXV. Sedangkan pemain Vietnam, yang kalah 0-1 kepada Malaysia pada perlawanan akhir, menerima imbuhan jauh lebih besar iaitu AS$210,000 atau bersamaan RM720,000 keseluruhan, walaupun sekadar muncul naib juara. Menurut Azuddin, adalah tidak adil bagi sesiapa yang membandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam. ‘‘Apakah matla

'Bonus bakar semangat pemain'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR fakhrul@kosmo.com.my IMBAS KEMBALI... Skuad bola sepak negara meraikan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos baru-baru ini. PENGUMUMAN bonus berjumlah hampir RM30,000 seorang di atas kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA XXV di Laos telah membakar semangat barisan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) negara. Bagi kapten skuad B-23 negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, pemberian bonus itu membuatkan mereka berasa dihargai selepas gigih beraksi sepanjang dua minggu untuk muncul pemenang acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu. "Alhamdulillah... kami bersyukur dengan insentif yang diberikan ini dan cukup menghargainya. Sebenarnya terpulang kepada FAM nak beri berapa, kami terima seadanya. "Bagi kami, sebelum turun beraksi dalam setiap perlawanan di Laos tempoh hari, kami tak fikir langsung soal ganjaran. Hanya apa yang kami utamakan, untuk bawa balik pingat emas," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Sepanjang enam perl

Aidil mahu rakan cipta gemilang baru

Oleh Norsyarafina Nasrom SEMALAM, pemain skuad bola sepak negara menguntum senyuman lebar selepas menerima bonus RM30,000 setiap seorang di atas keringat memenangi pingat emas Sukan Sea di Laos, baru-baru ini. Tetapi reaksi itu pantas berubah nada ketika melafazkan tekad mahu membuktikan lagi nilai mereka itu apabila bertembung Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Asia pada 6 Januari ini. Laungan semangat dilontarkan oleh ketua pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak yang turut mengharapkan kesinambungan kecemerlangan mereka tidak hanya terhenti setakat kejayaan di Sukan Sea sahaja, malahan mencipta gemilang baru. “Untuk mengembalikan semula maruah bola sepak negara yang malap sebelum ini, adalah tidak wajar untuk kita membezakan dengan jumlah insentif yang diterima oleh pasukan lain, khususnya Vietnam yang menerima hampir RM720,090 walaupun sekadar meraih pingat perak.” “Sememangnya mereka antara pasuk

MOM Wants Convention To Discuss SEA Games Events

KUALA LUMPUR, Dec 25 (Bernama) -- The Olympic Council of Malaysia (MOM)wants the SEA Games Federation (SGF) to hold a convention soon to discuss sport events to be contested at SEA Games. Its honorary secretary, Datuk Sieh Kok Chi, said this was necessary following the tendency of the host country of the biennial sports meet to introduce new events to ensure their domination and be the overall winner at the games. "The last time the SGF convention was held to discuss the matter was 20 years ago in Bangkok, Thailand. "After that, the host country is free to enter the events to be contested, resulting in many new events entered for the sports meet," he told Bernama here on Friday. For example, in 2003, host Vietnam introduced fin swimming, muay thai, shuttlecock jiggling and the traditional boat race. The events were also contested in Manila, the Philippines in 2005, Korat in Thailand (2007) and in Vientiane, Laos, recently. Meanwhile, Indonesia, which is offering 37

PSM dinasihat bertenang

SELAIN tewas kepada Thailand, skuad sepak takraw negara turut kecundang kepada pasukan kerdil, Laos. PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) diminta supaya tidak cepat melenting sebaliknya perlu duduk berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai cara terbaik untuk meningkatkan prestasi skuad negara dan sukan itu. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kekecewaan yang diluahkan beliau dan MSN terhadap kekalahan mengaibkan kepada Laos dan Vietnam pada Sukan SEA baru-baru ini adalah mewakili perasaan dan suara rakyat. Katanya, oleh itu PSM tidak perlu risau dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap persatuan itu sebaliknya perlu bangkit dan maju ke depan dengan membentang program dan perancangan untuk memajukan persatuan itu. "Buktikan mereka mampu penuhi (sasaran pencapaian), apa nak risau kalau mereka yakin dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan (kelemahan), pertahankanlah," katanya selepas merasmikan Kem Little Champs peringkat Pa

Rizal membara

RIZAL (tengah) bertekad untuk kembali bangkit bagi menggalas nama Malaysia di peringkat antarabangsa. SEKALIPUN mengalami patah buku lali kaki kiri akibat kemalangan jalan raya kira-kira dua bulan lepas, jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Rizal Tisin bertekad untuk kembali bangkit bagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. "Kemalangan itu tidak melemahkan sedikit pun semangat saya untuk terus berjuang malah sejak awal bulan ini saya menjalani latihan ringan di Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya semalam. Rizal telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat gangsa dalam acara kegemarannya iaitu 1 kilometer ujian masa pada Kejohanan Dunia di Poland, Mac lepas. Kejayaan itu turut menyaksikan pelumba kelahiran Klang, Selangor berusia 24 tahun itu mencatat rekod Asia dengan catatan masa 1 minit 01.658 saat. Rizal dijadualkan untuk kembali berlatih di Melbourne, Australia bersama-sama pelumba basikal trek yang lain pada penghu

Zatil takluk Mega Lanes

ZATIL (tengah), Shalin (kiri) dan Vander Tol memegang trofi masing-masing pada Kejohanan Boling Pesta Pulau Pinang Antarabangsa di Mega Lanes, Prai, Pulau Pinang semalam. PEMAIN wanita negara, Zatil Iman Abdul Ghani muncul juara kategori Terbuka Wanita pada Kejohanan Boling Pesta Pulau Pinang Antarabangsa di Mega Lanes, Prai, Pulau Pinang semalam. Kejayaan Zatil itu dianggap cukup bermakna kerana dia berjaya mengetepikan cabaran pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli yang menduduki tangga kedua. Tempat ketiga pula menjadi milik pemain Belanda, Ghislaine Vander Tol. Keseluruhannya, Zatil menamatkan saingan dengan melakukan 4,801 jatuhan pin manakala Shalin (4,701) dan Vander Tol (4,635). Bagi Zatil, gelaran juara dilihat bakal menjadi miliknya apabila dia berjaya melakukan balingan sempurna pada permainan ketujuh, Jumaat lalu. "Balingan sempurna itu membolehkan saya memintas pemain lain dan saya cuba mengekalkan rentak permainan saya hingga tamat saingan. "Pada mulanya,

'Bukan duit saya tapi duit rakyat'

SKUAD sepak takraw negara sekadar meraih pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan SEA XXV di Laos. KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) menegaskan, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu sedar bahawa peruntukan yang disalurkan oleh agensi terbabit merupakan duit rakyat. "Ia bukan duit saya tapi duit rakyat, jadi MSN mesti membelanjakannya ikut keperluan," katanya ketika ditanya mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak di dalam PSM mengenai kemungkinan peruntukan untuk persatuan itu dikurangkan pada tahun depan. Zolkples berkata, beliau hanya melakukan apa yang perlu dan bukannya melepas geram melalui media massa. "Malah program yang telah dipersetujui bersama MSN telah mereka ubah walaupun mesyuarat itu dipengerusikan oleh saya termasuk pergi Pulau Pinang (perlawanan persahabatan dengan kelab Thailand) dan Australia (bercuti). "Kita tidak bersetuju tapi mereka buat sesuka hati. Kita pula dipersalahkan," ka

Lotus F1 Racing Team Adds Colour, Excitement To Malaysian Motorsports

KUALA LUMPUR, Dec 24 (Bernama) -- The emergence of the Formula One (F1) team from Malaysia, the inconsistent performance of the country's elite athletes for the London Olympics and the success of the Malaysian contingent at the recent SEA Games in Laos made headlines in the country's sports scene in 2009. Although the year began with the spread of Influenza A(H1N1), resulting in many sports tournaments, locally and abroad, to be cancelled or postponed, the pandemic was contained in Malaysia and this enabled the sports activities for the year to be carried out as planned. The announcement on the formation of the Malaysia F1 team, the Lotus Racing Team, sponsored by three corporate figures -- Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun and S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin - through the establishment of 1Malaysia Racing Team Sdn Bhd (1MRT), made front-page headlines in all newspapers in Malaysia in September. The Lotus Racing Team's entry as the 13th team on the F1 grid,

Ministry Wants More Success Stories Next Year

KUALA LUMPUR, Dec 23 (Bernama) -- After a successful outing in the recently-concluded SEA Games in Laos, the Youth and Sports Ministry now expects more from the national athletes next year. Deputy minister Datuk Wee Jeck Seng said Malaysian's success in Laos had given a new perspective to the quality of the national athletes, especially the national Under-23 football squad who ended the country's 20-year gold drought when they edged Vietnam 1-0 in the football final. "We should repeat this feeling of satisfaction and the joy next year even though the challenges are bigger and tougher," he said at the closing of National Sports Convention 2009 at the Putra World Trade Centre here today. He said more success stories could be created by the national team next year as several international sport meets had been lined up, including the Commonwealth Games in India, Asian Games (China), Thomas and Uber Cup (Malaysia), Youth Olympic Games (Singapore) and Malaysia Games (Suk

MSN tumpu atlit Cabaran 2010

Oleh Syed Riduan Ahmad smriduan@bharian.com.my Kumpulan terima bantuan penuh untuk latihan: Zolkples MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan memberi tumpuan khusus kepada atlit melalui Program Cabaran 2010, bukan lagi kepada jenis sukan. Ini bererti segala bantuan kewangan dan latihan akan disalurkan untuk penyediaan atlit yang dikenalpasti bagi Sukan Komanwel dan Asia tahun depan, sekali gus memaksa persatuan sukan kebangsaan melahirkan lebih banyak atlit dan bukannya bergantung kepada satu atau dua sahaja bagi menuntut peruntukan daripada MSN. Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong berkata, selama ini MSN hanya memberi bantuan kewangan dan kemudahan kepada persatuan sukan kebangsaan untuk menjalankan program dan membangunkan atlit-atlit mereka. "Jika diikutkan persatuan, mereka akan meletakkan sasaran 70 hingga 80 emas bagi mendapatkan dana," kata Zolkples selepas majlis penutup Konvensyen Sukan Kebangs

KBS idam lebih banyak kejayaan

Oleh TAUFEK RAZAK sukan@utusan.com.my KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu lebih banyak kejayaan dicipta oleh atlet-atlet kebangsaan tahun depan, selepas meraih kejayaan di Sukan SEA XXV Laos yang berjaya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng berkata, pencapaian itu telah memberikan satu perspektif baru mengenai mutu sukan negara terutamanya kejayaan skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan yang menamatkan kemarau 20 tahun penantian untuk meraih emas. “Rasa puas dan gembira itu perlu kita teruskan ke tahun depan walaupun cabarannya jauh lebih besar dan getir,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Beliau berkata, banyak lagi kejayaan boleh dicipta pada tahun depan yang padat dengan saingan sukan antarabangsa seperti Sukan Komanwel (India), Sukan Asia (China), Piala Thomas dan Uber (Malaysia), Sukan Olimpik Remaja (Singap

MHF question fixture debate at halfway stage

KUALA LUMPUR: The Malaysian Hockey Federation (MHF) will not change the fixtures for the knockout stage of the Malaysia Hockey League (MHL) despite complaints over the tight schedule. MHF secretary Hashim Mohamed Yusof said yesterday that ample time had been given to the teams to study the fixtures prior to the start of the MHL on Dec 4. Dangerman: Jiwa Mohan (left) is among several experienced hands powering Sapura in the MHL Premier Division. “I do not see why they have left it until now to complain about the fixtures. “We also had three meetings with the teams and there was no issue over the fixtures. “We are not going to make any changes as the fixtures are already drawn up and we are at the halfway stage of the MHL,” said Hashim. Teams will play each other twice but what irked the Premier Division teams is that they have to play on consecutive days without a one-day break as was the practice in the past. The Premier Division teams involved in the knockout stage a

More expected from athletes after Laos success

KUALA LUMPUR: After a successful outing in the recently-concluded SEA Games in Laos, the Youth and Sports Ministry now expects more from the national athletes next year. Deputy minister Datuk Wee Jeck Seng said Malaysia’s success in Laos had given a new perspective to the quality of the national athletes, especially the national Under-23 football squad who ended the country’s 20-year gold drought when they edged Vietnam 1-0 in the football final. Keep up the good work: Deputy Youth and Sports Minister Datuk Wee Jeck Seng (right) shaking hands with NSC director general Datuk Dr Ramlan Aziz after officiating the National Sports Convention 2009 at the Putra World Trade Centre yesterday. — Bernama “We should repeat this feeling of satisfaction and the joy next year even though the challenges are bigger and tougher,” he said at the closing of the National Sports Convention 2009 at the Putra World Trade Centre here yesterday. He said more success stories could be created by th

Kongsi rahsia kejayaan bersama persatuan lain

KUALA LUMPUR - Persatuan sukan yang telah berjaya digesa berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan persatuan sukan bermasalah dalam melahirkan lebih ramai jaguh sukan negara. Presiden Persatuan Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Mohd. Musa Noor Mohd. berkata, demi melonjakkan prestasi sukan negara, perkongsian maklumat ini perlu menjadi amalan yang murni. "Bayangkan setiap kali sesuatu acara sukan itu gagal, sudah pasti ada post-mortem dilakukan untuk mengenalpasti dan berkongsi kelemahan. "Tetapi ketika ada kejayaan dicatat, tidak pula post-mortem dilakukan untuk mengenalpasti dan berkongsi kepakaran yang digunakan. "Jadi sudah tiba masanya, faktor-faktor kejayaan ini didedah dan diedarkan kepada persatuan lain untuk dicontohi dan diamalkan," katanya selepas berakhir Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di sini, semalam. Beliau terpanggil untuk membuat gesaan ini selepas mengikuti empat kertas kerja yang dibentang pada konvensyen selama dua hari itu. Menurutnya, suka

'Tidak salah orang politik terajui persatuan sukan'

KUALA LUMPUR - Seorang ahli akademik dari Universiti Malaya (UM) berpendapat, tidak salah ahli politik untuk menerajui persatuan sukan di negara ini. Timbalan Pengarah Pusat Sukan UM, Prof. Madya Dr. Mohd. Salleh Aman berkata, apa yang penting sesiapa juga yang memimpin perlu ada kecintaan yang mendalam terhadap sukan yang diterajuinya. "Pada saya tidak salah tetapi orang politik ini perlulah bersikap profesional, berpengalaman, berpengetahuan dan yang paling penting minat yang tinggi," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Promosi dan Strategi Pembangunan Sukan Negara pada Konvensyen Sukan Negara 2009, semalam. Menjawab pertanyaan Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Roslina Idrus, beliau menambah, walaupun kerabat Diraja yang berminat sekalipun, ia juga tidak salah, jika mereka mempunyai ciri-ciri tersebut. Perkara ini turut disokong Pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) Asia, Mohd. Musa Noor Mohd. yang menamakan Sultan Pa

Kurang sambutan, MSN tetap mahu teruskan

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengundang lebih ramai pakar sukan dari luar untuk meneruskan kesinambungan Konvensyen Sukan Kebangsaan pada masa akan datang. Walaupun konvensyen 2009 yang berakhir semalam kurang mendapat sambutan daripada persatuan sukan, perjuangan untuk membangunkan sukan negara masih perlu diteruskan. Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong berkata, MSN percaya dalam membangunkan sukan tanah air, negara tidak harus berpandukan kepada satu atau dua model sahaja. "Banyak negara lain turut berjaya selain China namun apa yang perlu kita contohi adalah semangat, sikap dan kesungguhan setiap individu di negara itu selain kepakaran mereka di dalam sukan-sukan tertentu. "Namun kita tidak boleh mengikut sepenuhnya sistem mereka yang berbeza terutamanya dari segi bakat, kepakaran dan jumlah penduduk yang ramai," katanya. Mengulas mengenai konvensyen dua hari itu, Zolkples berkata, beliau berpuas hati kerana banyak tindakan telah diambil ter

Kemudahan sukan terbiar

Oleh TAUFEK RAZAK sukan@utusan.com.my KERAJAAN disaran supaya membina stadium dan kemudahan sukan sama seperti Sapporo Dome bagi membolehkan ia digunakan untuk pelbagai acara tanpa membiarkannya menjadi gajah putih dan merugikan. KUALA LUMPUR – Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 semalam mendedahkan terdapat banyak kemudahan sukan di negara ini menjadi ‘gajah putih’ dan dibina secara membazir. Perkara ini didedahkan Pengarah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar (B) Md. Bahar Abd. Hamid (gambar) ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Prasarana dan Kemudahan Dalam Membantu Menjana Pembangunan Sukan Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Katanya, Malaysia memiliki terlalu banyak kemudahan sukan seperti stadium, kompleks sukan, lapang sasar dan sebagainya tetapi dalam waktu sama penggunaannya tidak seberapa. Md. Bahar Abd. Hamid “Ini menyebabkan banyak kemudahan-kemudahan tersebut terbiar sama ada tidak diuruskan dengan betul atau terus menjadi ‘ga

Zolkples: Tepuklah dada tanya selera

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah diri berikutan kegagalan meraih sebarang pingat emas pada Sukan SEA Laos yang berakhir minggu lepas. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ( gambar ) berkata, persatuan itu tidak sepatutnya cepat melatah sebaliknya perlu mencari kekurangan diri. "Kita (MSN) sentiasa bersedia dan terbuka untuk membantu mereka," katanya ketika ditanya pemberita mengenai kegagalan skuad sepak takraw lelaki kebangsaan itu selepas menghadiri Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata, bukan MSN yang menjanjikan pingat emas pada Sukan SEA tetapi mereka (PSM) yang berbuat demikian. "Kita sebenarnya memberi sepak takraw lebih daripada yang sepatutnya diterima sukan lain seperti tinju yang memenangi dua emas pada Sukan SEA, yang pastinya akan diberikan pendedahan secukupnya selepas ini kerana berpeluang cerah pada Sukan Asia dan Komanwel," katanya. Sepak takraw sebelum ini g

Menteri pun letak jawatan: Zol

Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Syed Riduan Ahmad bhsukan@bharian.com.my 'Saya tidak beri tekanan kepada sesiapa, ia lumrah dalam kepimpinan' "TEPUK dada tanya selera," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong ketika ditanya mengenai kesediaan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail untuk mengundur diri. "Saya tidak memberi tekanan kepada sesiapa tetapi perkara ini lumrah bagi sesebuah kepimpinan. Pemimpin negara pun akan letak jawatan jika gagal menerajui negaranya dengan betul," katanya. Pada masa sama, pemberontakan semakin jelas apabila ahli Majlis PSM, secara terbuka mencabar MSN supaya membubarkan program takraw, mengetepikan larangan Ahmad yang meminta semua pegawai PSM tidak menyalahkan MSN atau Institut Sukan Negara (ISN). Ahli Majlis, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang juga penyelaras PSM-MSN, semalam mengulangi pendi

Zimbabwe ganti Syria

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR wanfakhrul@kosmo.com.my Azzuddin Ahmad HASRAT Malaysia untuk menguji kekuatan Syria tidak kesampaian apabila aksi persahabatan bola sepak yang dijadualkan pada 2 Januari depan di Kuala Lumpur itu terpaksa dibatalkan. Sebagai ganti, skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal itu akan bertemu Zimbabwe di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu depan sebagai ujian sebelum aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 6 Januari depan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya hanya menerima maklum balas pembatalan daripada Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) pada pagi semalam. "Baru pagi tadi (semalam) kita menerima berita pembatalan ini dari pihak SFA. Alasannya mereka tidak dapat hadir ke sini. Jadi sebagai ganti, kita akan bertemu Zimbabwe pada 30 Disember. "Tapi kita masih menanti pengesahan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan jik