Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Kemelut PKBM, Beasley Selesai - KP MSN

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kemelut yang timbul antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley akhirnya mencapai penyelesaian, selepas enam jam perbincangan berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis. Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata segala kemelut yang timbul khususnya ketika penyertaan skuad trek negara ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Thailand baru-baru ini serta isu hutang berjumlah RM21,000 adalah disebabkan masalah komunikasi. "Setelah kita berbincang, sebenarnya barulah masing-masing tahu akan kedudukan masing-masing. Duit, hutang dan sebagainya itu adalah masalah komunikasi semata-mata. "Sepatutnya perkara itu tidak perlu digembar-gemburkan. Kalau komunikasi dapat dipertingkatkan tidak ada lagi salah sangka dan salah faham antara satu sama lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesy

Josiah Pilih Jalan Sendiri - Ahmad Shapawi

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Hasrat untuk mendapatkan khidmat bekas pelumba trek negara, Josiah Ng sebagai pengurus pasukan berbasikal trek tidak kesampaian apabila jaguh trek itu memutuskan untuk memilih kerjaya lain. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akur dengan keputusan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 di Incheon itu. "Kita telah bincang mengenai cadangan melantik Josiah (selaku pengurus pasukan). Tetapi malangnya, Josiah melahirkan pandangan yang berbeza di mana beliau mempunyai fokus sendiri untuk memajukan kariernya sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja MSN, di sini hari ini. Menurut Ahmad Shapawi, Josiah memilih untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang penyiaran sukan di samping memberi fokus kepada perniagaan. Josiah, 35, mengumumkan untuk bersara daripada dunia b

Gelombang Panas Tidak Jejaskan LTtL 2015

PUTRAJAYA, 26 Feb (Bernama) -- Gelombang panas global atau fenomena Equinox, yang sedang melanda Malaysia, tidak akan menjejaskan kelancaran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 minggu depan. Pengarah Teknikal LTdL, Geoff Kronenburg berkata penganjur sedar tentang fenomena itu dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika acara itu dilangsungkan. "Setiap tahun, ada pelumba yang tercicir daripada perlumbaan, kira-kira 10 peratus daripada mereka. "Bagaimanapun, selalunya, mereka tercicir bukan kerana dehidrasi, tetapi akibat kecederaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan penajaan di foyer Kementerian Belia dan Sukan di sini Khamis. Seperti sebelumnya, LTdL edisi ke-20 dari 8 hingga 15 Mac ini mendapat penajaan daripada Darulkhusus Venture Sdn. Bhd. dan Universal Fitness and Leisure Sdn. Bhd., untuk menjadikan perlumbaan kelas 2 hors itu satu lagi kejayaan besar. Darulkhusus Venture akan menaja air miner

Cai Lin lega masalah pusat akuatik selesai

Kuala Lumpur: Perenang senior negara, Khoo Cai Lin gembira apabila segala permasalahan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil sudah diselesaikan. Bagaimanapun, pengubahsuaian tandas awam sedikit mengganggu keselesaan perenang negara yang berlatih di pusat itu. Katanya, pengubahsuaian tandas awam menyebabkan orang ramai menggunakan tandas atlet sehingga mengundang beberapa masalah antaranya kotor dan paip air di bilik mandi ada kalanya tidak berfungsi. Namun itu hanya masalah kecil dan tidak mengganggu tumpuan atlet renang negara menjalani latihan, bagaimanapun pemenang pingat emas 800m gaya bebas Sukan SEA Myanmar berharap masalah itu dapat diselesaikan segera. “Saya cuma harap masalah itu dapat diselesaikan segera kerana biarpun kecil, agak mengganggu juga,” katanya yang yakin mampu melepasi syarat kelayakan ke Sukan SEA Singapura Jun ini. Cai Lin antara perenang harapan negara untuk membawa pulang pingat dalam acara renang dan akan ke Terbuka Sydney sebelu

Something triggered Faizal’s bad behaviour, says Khairy

KUALA LUMPUR: Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin is in a dilemma on how to handle the volatile striker Faizal Saari but believed there is something triggering his bad behaviour. Khairy said it was difficult to deal with such a talented yet problematic player considering what he has to offer the national team. Faizal has not attended a single training session since scoring 12 goals and being named player of the tournament at the Singapore World League round two last month. "He is a special kind of player, the star of the team but he is also a character. He goes to training when he wants to, sometimes late, and has terrible discipline. "But when the time comes he delivers the goods and performs very well. I myself am in a dilemma, what am I supposed to do with a player like this? "I have been told that Faizal is unhappy with the Malaysian Hockey Confederation (MHC) but I am unsure of what it is,” he said. Khairy added that

Denda lebih keras: Khairy

Kuala Lumpur: Lebih drastik, itulah saranan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berdepan isu pembakaran suar di stadium ketika perlawanan Liga Malaysia (Liga M). Menurutnya, FAM tidak boleh fikir soal pencegahan lagi yang dirasakannya tidak berkesan terutamanya pemeriksaan di pintu stadium sebelum perlawanan bermula. “Pencegahan melalui pemeriksaan di pintu stadium mustahil. FAM perlu berani mengambil tindakan bukan saja denda wang tunai, tetapi tidak membenarkan penyokong memasuki stadium,” katanya selepas Majlis Pelancaran Semula Rakan Muda semalam. FAM sebelum ini pernah mengenakan denda beraksi tanpa penyokong (stadium kosong) terhadap pasukan Perak musim lalu, tetapi ia disebabkan insiden kekecohan ketika menentang Selangor dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Perak, Ipoh. Bagaimanapun, Khairy memberi cadangan pembakaran suar juga perlu dikenakan denda sedemikian rupa yang mungkin member

Tidak ada Sukma tahun ini 
– Khairy

KUALA LUMPUR – Selepas 17 edisi Sukan Malaysia (Sukma) dianjurkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa temasya tersebut tidak akan diadakan pada tahun ini. Bagaimanapun katanya, sebab-sebab temasya ke-18 yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan akan diketahui selepas mesyuarat Sukma dibuat. “Tidak ada Sukma pada tahun ini. Nanti saya akan jawab selepas kami mengadakan mesyuarat berkenaan Sukma nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rakan Muda Baharu di ibu negara semalam. Sukma merupakan satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. Acara itu diadakan secara tahunan untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan dengan lebih mendalam dalam sukan yang dip

Arie, Chia Miliki Peluang Cerah Layak Sukan Olimpik 2016

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Dua pemain golf profesional negara, Arie Ahmad Irawan dan Danny Chia mempunyai peluang cerah melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan. Pengerusi Profesional Golf Malaysia (PGM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata kedua-dua pemain berkenaan berkedudukan terbaik berada dalam kelompok 300 pemain terbaik dunia untuk layak beraksi pada temasya sukan tersebut. Berdasarkan ranking rasmi terkini golf dunia, Arie berada pada kedudukan ke- 343 manakala Chia ke-399. "Selain mereka, beberapa pemain golf profesional tempatan juga sudah mendapat tempat dalam ranking dunia. Arie dan Chia sekarang sudah meraih mata yang baik. "Terdapat 16 lagi kejohanan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) sehingga 14 Julai tahun depan untuk memperbaiki mata ranking dunia sebelum Olimpik. Mereka perlu berusaha keras memenangi kejohanan itu. "Dengan jumlah mata yang diperoleh, saya percaya mereka (Arie dan Chia) berpelua

KP MSN Temui Faizal Selesai Masalah - Khairy

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail akan diminta berjumpa pemain hoki negara Faizal Saari yang dilapor menghilangkan diri daripada skuad kebangsaan. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata adalah penting untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi melibatkan penyerang muda negara itu. Khairy mengakui Faizal banyak menyumbang kepada kejayaan skuad hoki negara dan tidak mahu sebarang tindakan yang mungkin diambil nanti, menjejaskan masa depan pemain kelahiran Kelantan itu. "Saya sendiri dalam dilema macam mana nak buat dengan atlet ini. Saya boleh jumpa beliau (Faizal) tetapi saya minta Ahmad Shapawi berjumpa dengannya terlebih dahulu. Kalau menteri jumpa beliau dahulu, ia seolah-olah membelakangkan persatuan berkenaan. "Oleh kerana MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) gagal menyelesaikan masalah ini, saya akan minta Ahmad Shapawi jumpa Faizal, tanya apa masalah dia," kata

Pengarah Sukan Berprestasi Tinggi Bebas Kepentingan Di KBS - Khairy

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pengarah Sukan Berprestasi Tinggi (PSBT) yang bakal dilantik merupakan individu yang tidak mempunyai kepentingan dalam agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kata menterinya Khairy Jamaluddin. Khairy berkata calon terpilih bertindak sebagai penasihat kepada beliau dengan memantau keberkesanan program yang dijalankan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Beliau berkata PSBT turut berfungsi membuat pengauditan ke atas dua badan sukan berkenaan memandangkan kementerian telah banyak menyalurkan dana kepada agensi-agensi tersebut. "Sekiranya saya mengambil individu daripada MSN atau ISN, saya tidak mendapat gambaran sebenar dan beliau (PSBT) kena buat pemantauan yang rapi. "Kita perlu ada (PSBT) kerana kita risau banyak duit sudah dibelanjakan kepada MSN serta ISN dan kita hendak pastikan ada pengauditan yang betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Muda baharu di

Harimau Muda Lose 0-1 To Indonesian U-23 Team In Friendly

KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) -- Harimau Muda (national under-22 squad) lost 0-1 to Indonesia's U-23 squad in a friendly match at the Gelora Delta Sidoarjo Stadium in Surabaya, Indonesia today. The solitary goal was scored by Paulo Oktavianus Sitanggang in the 36th minute of the match which was broadcast live on Indonesian television network RCTI. The friendly was part coach Razip Ismail's preparation for the squad before the commencement of the Singapore S-League 2015 early next month besides getting ready for the qualifying round for the 2016 U-23 Asian Football Confederation Cup which will be held at the Shah Alam Stadium from Mar 27-31. Malaysia are drawn in Group I along with Japan, Vietnam and Macau. They will begin their campaign against Vietnam on Mar 27, before taking on Macau on Mar 29, and finally Japan two days later. Forty-three teams from all over Asia will play in the qualifying round to compete for 15 slots in the finals which wil

Local Pros Arie, Chia Have Good Chance To Qualify For Rio

GOLF SPONSORSHIP...Professional Golf of Malaysia (PGM) chairman, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (second, right) witnessing the presentation of a RM200,000 cheque from Managing Director of Chemical Company of Malaysia Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar (left) to PGM General Manager, Mior Abdul Rahman (right) in Kuala Lumpur today.   KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) -- Two local professional golfers, Arie Ahmad Irawan and Danny Chia have a good chance to qualify for the Rio de Janeiro Olympic Games in Brazil next year. Professional Golf of Malaysia chairman, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid said both of them were in the best position to be in the group of 300 of the world's best players eligible to play in the Olympic Games. Currently in the official world golf rankings, Arie is n 343rd place and Chia 399th. "Besides them, we've several local professional golfers who have now secured places in the world ranking. Now, Arie and Chia are having good points.

High Performance Sports Director Has No Interests In Agencies Under KBS - Khairy

KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) -- The individual to be appointed as the High Performance Sports (HPS) director has no interests in agencies under the Ministry of Youth and Sports (KBS). Minister Khairy Jamaluddin said the individual will act as his adviser by monitoring the effectiveness of programmes conducted by the National Sports Council (MSN) and the National Sports Institute (ISN). "The HPS director will also function as the auditor for both sports bodies as the KBS have given them large funds. "Should I appoint an individual from either the MSN or the ISN, I will not be able to obtain the true picture. "We need a HSP director as we have spent lot of money on the MSN and the ISN and must ensure correct auditing," he told reporters after launching a new Rakan Muda programme, here today. Khairy said the name of the HSP director would be announced in one month and that a Key Performance Index (KPI) would also be set for the individual

NSC DG To Meet Faizal To Iron Out Problems - KJ

KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) -- National Sports Council (NSC) director-general Datuk Ahmad Shapawi Ismail will be asked to meet national hockey striker Faizal Saari who is reported missing from the national squad. Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said it was important to obtain the real picture of the situation involving the young national striker. Khairy said Faizal had contributed enormously to the success of the national hockey squad and did not want any action taken that may jeopardise the future of the Kelantan-born player. "I am also in a dilemma on what to do with this athlete. I can meet him but I am asking Ahmad Shapawi to see him first. If the minister were to meet him first, it will be like sidelining the association. "This is because MHC (Malaysia Hockey Confederation) failed to resolve the issue, and I am asking Ahmad Shapawi to meet Faizal, to find out his problems," Khairy told reporters after launching the new

Ramai mahu bantu Malaysia

"MIMMA is a great platform to develop the sport more for youths," YB @Khairykj #MIMMA3 pic.twitter.com/pcaSklaSB0 — Malaysian Invasion (@MIMMAFC) February 16, 2015 KUALA LUMPUR - Permohonan bagi jawatan Pengarah Teknikal Berprestasi Tinggi Program Podium yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini bagaikan ‘pisang goreng panas’ berikutan mendapat sambutan luar biasa. Perkara tersebut didedahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberitahu, terlalu ramai calon memohon jawatan berkenaan hingga memerlukannya membuat penelitian rapi sebelum memilih individu sesuai. Malah, Khairy turut menjelaskan, kebanyakan calon yang memohon adalah dari luar negara dan salah seorang daripadanya adalah Damien Kelly dari Australia. “Damien Kelly ini pernah mempunyai pengalaman sebagai Pe­ngarah Teknikal dan ada calon lain dari luar negara. “Dr. Brian Miller (Konsultan Berprestasi Tinggi Australia) pula tiada dalam senarai permohona

Pakar sains sukan tunjang transformasi

Pembentangan halatuju baru untuk pembangunan sukan negara. pic.twitter.com/L76VurGKhP — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015 Kuala Lumpur: Lebih ramai pegawai berlatar sains sukan akan menggantikan jawatan pegawai pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) menerusi penstrukturan baru. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata penstrukturan baru itu akan dilaksanakan selepas perbincangan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ketua Setiausaha (KSU) Belia dan Sukan, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) selesai.  Menurutnya, beliau akan mengumumkan penstrukturan baru itu selepas perbincangan bersama KSU KBS Datuk Jamil Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Aziz dan dan Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail. “Pengumuman itu nanti turut membabitkan jawatan serta bajet,” katanya semalam. Penstrukturan semula MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) adalah langkah terkini dilaksanakan KBS bagi

Kim Hock on the hunt for young badminton talent

Former Olympic medallist Yap Kim Hock Kim Hock launched an Under-19 state development programme under the Klang United Badminton Club (KUBC). - BRUCE LEE/The Star KLANG: The first season of the Kopiko Purple League (KPL) is done and dusted, but former Olympic men’s doubles silver medallist Yap Kim Hock is not taking a break just yet. Driven by a passion to find new talent for the country, Kim Hock launched an Under-19 state development programme under the Klang United Badminton Club (KUBC). In the inaugural KPL which ended last month, KUBC, owned by Kim Hock, finished ninth out of ... teams. Unlike the other teams, KUBC were represented mostly by juniors. Under the development programme, Kim Hock hopes to identify talent for Selangor as well as Malaysia. Kim Hock is one of the coaches together with former men’s singles international Lim Chen Wet. There are nine juniors – Leong Jun Hao, Ng Jin Ping, Roslyn Tan Hui Lyn, Reuben Tan Kiang Weng,

MSN Akan Tentukan Ketua Jurulatih Skuad Hoki Negara - Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarah untuk menentukan ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan yang baharu. Khairy berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail. Setakat ini dua calon disebut-sebut bakal menggalas tanggungjawab itu, jurulatih tempatan Tai Beng Hai dan Niel Hawgood dari Australia. Beliau berkata buat sementara waktu, jurulatih skuad hoki kebangsaan, Beng Hai akan mengendalikan pasukan negara manakala Hawgood dari Australia kekal menjadi konsultan kepada pasukan negara, katanya. Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan seni mempertahankan diri campuran, "The Malaysian Invasion Mixed Martial Arts" (MIMMA) hari ini. Hawgood telah bersama skuad hoki kebangsaan sebagai konsultan sejak kempen Liga Hoki Dunia pusingan kedua di Singapura pada Januari lepas. "Buat masa ini

Pemain Harimau Muda Perlu Bebas Pilih Pasukan - Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpendapat pemain Harimau Muda perlu diberi kebebasan memilih pasukan negeri atau kelab masing-masing selepas kontrak mereka tamat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau berkata pemain tersebut wajar diberi pilihan untuk mewakili mana-mana pasukan yang dapat memberikan mereka pendedahan terbaik dalam meningkatkan lagi mutu permainan pemain berkenaan. Walaupun menghormati peraturan terbaru FAM mengenai perpindahan pemain Harimau Malaya, Khairy berpendapat adalah lebih baik pemain daripada skuad kebangsaan itu diberi pilihan. "Itu juga pandangan bekas jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee... dia kata kenapa kita nak sekat kalau pemain mahu pergi ke mana-mana pasukan negeri, biarlah mereka pergi ke pasukan terbaik," katanya ketika diminta mengulas peraturan terbaru FAM itu. Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri 'Business Luncheon&#

NSC To Determine New Head Coach Of National Hockey Squad - Khairy

KUALA LUMPUR, Feb 16 (Bernama) - The National Sports Council (NSC) has been directed to determine the new head coach of the national hockey squad. Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said the matter had been communicated to NSC director-general Datuk Ahmad Shapawi Ismail. National hockey coach Tai Beng Hai will continue to handle the squad while Neil Hawgood from Australia will remain as consultant," he told reporters after opening the Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (Mimma), here today. Hawgood has been a consultant with the national hockey squad since the World Hockey League Second Round in Singapore in January. Malaysian Hockey Confederation (MHC) president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah who was supposed to name the new national head coach called off the annual general meeting (AGM) scheduled for Feb 13. Regarding the Technical Director of High Performance Sports, Khairy did not rule out the possibility of a foreigner being appointed

Harimau Muda Players Should Be Free To Pick Their Teams - Khairy

KUALA LUMPUR, Feb 16 (Bernama) - Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said Harimau Muda players who have seen out their contracts should be allowed to play for their team of choice. This is not in line with the new Football Association of Malaysia (FAM) ruling which require the players to play for their home state for at least one season. The FAM introduced the new ruling this season following the squabble over a handful of Harimau Muda players by several state teams. The definition of home state was changed from the place of birth to the last team represented by the players before joining Harimau Muda. Khairy, however, respect the decision of the FAM but believed it was better for them to allow the players to go where they want. "Former Harimau Muda A coach Datuk Ong Kim Swee also agree that the players should not be prevented from playing for their teams of choice," he told reporters after attending a business luncheon organised by the

Adjournment Of MHC's AGM In Line With Sports Commissioner's Directive - Khairy

KUALA LUMPUR, Feb 15 (Bernama) -- The adjournment of the Malaysian Hockey Confederation's (MHC) Annual General Meeting (AGM) was in line with a directive from the Sports Commissioner's office to ensure the right procedures are followed in the new constitution. Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin he welcomed the call by MHC President Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah to postpone the AGM. "I personally contacted Tengku Abdullah to inform him of the decision made by Sports Commissioner, Datuk Zaiton Othman, and he understood the situation because the Sports Commissioner's office is a government agency that is responsible for constitutions of sports associations. "The President understood why the Sports Commissioner had made such a decision because the decision was correct from the point of law and the MHC regulations," said Khairy after closing a workshop for the development of sepaktakraw in the country in Seri Kembangan, near h

MHC berdepan dibatal pendaftaran

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mungkin dibatalkan pendaftaran andai ingkar de­ngan nasihat Pejabat Pesuruhjaya Sukan berhubung perlembagaan yang wajar diikuti dalam menjalankan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menegaskan, beliau akan melaksanakan tindakan tersebut jika pihaknya menerima aduan berhubung pelanggaran akta dalam perlembagaan badan sukan ber­kenaan. Katanya, sekiranya sesuatu AGM mahu dijalankan pihak persatuan mesti mengeluarkan notis 21 hari terlebih dahulu, manakala sekiranya sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) mahu dipanggil maka notis 14 hari perlu dikeluarkan. “Semua ini melibatkan peraturan dan saya menasihatkan MHC agar mengikut peraturan kerana kita tidak mahu timbul sebarang masalah kemudian hari. “Sekiranya timbul masalah hingga wujud bantahan dan laporan dibuat kepada pihak kami maka tindakan akan kami ambil. Tindakan yang boleh kami ambil adalah pembatalan (MHC),” k

Khairy announce new model to transform Malaysian sports

Sorotan ucapan dasar “MODEL SUKAN BAHARU” oleh YB @Khairykj http://t.co/ckNdTJcJla #TransformasiSukanMalaysia @MSNMALAYSIA @isnmas — Man Olimpik (@ManOlimpik) February 12, 2015 KUALA LUMPUR: Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin has revealed a ground-breaking model to transform Malaysian sports. And one of the drastic changes under the new model is the re-structuring and re-defining of the roles in both the National Sports Council (NSC) and National Sports Institute (NSI). Clear directions have now been set for both the NSC and NSI to work together with all the national sports associations (NSAs) and state sports councils (SSCs) at every level. In the past, the NSC and NSI had worked independently, creating duplications and problems between the two sports administrative giants. Khairy said the NSI, under the leadership of chief executive officer (CEO) Datuk Dr Ramlan Aziz, will now be responsible for improving the elite athletes’ performances under

Podium Programme Prepares Best Athletes For 2020 Olympics, Treated Like Stars - Khairy

Sorotan ucapan dasar “MODEL SUKAN BAHARU” oleh YB @Khairykj http://t.co/ckNdTJcJla #TransformasiSukanMalaysia @MSNMALAYSIA @isnmas — Man Olimpik (@ManOlimpik) February 12, 2015 KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) -- The nation's top athletes chosen for the Podium Programme stand to be treated like the world's sports stars, with all their physical needs taken care of. The Podium Programme is a sports development programme to prepare the nation's best athletes for the Olympic Games 2020 in Tokyo, Japan, and is an extension to the 'Road to Rio" project. Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin said the Podium Programme would not involve many athletes and would also not just focus on the 19 main sports. "National athletes not from among the main sports but capable of bringing glory to Malaysia at the world stage will be included in the programme, under the supervision of the National Sports Institute (NSI). "They will be a sel

Program Podium Ke Arah Hadapi Sukan Olimpik 2020

Sorotan ucapan dasar “MODEL SUKAN BAHARU” oleh YB @Khairykj http://t.co/ckNdTJcJla #TransformasiSukanMalaysia @MSNMALAYSIA @isnmas — Man Olimpik (@ManOlimpik) February 12, 2015 KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Program Podium melibatkan atlet terbaik negara adalah program pembangunan dan persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, dan merupakan program lanjutan kepada projek 'Road to Rio', kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata atlet yang terpilih untuk menyertai program di bawah seliaan Institut Sukan Negara (ISN) itu akan dilayan seperti bintang sukan dunia dengan semua keperluan fizikal mereka diuruskan sepenuhnya. "Program Podium ini tidak melibatkan jumlah atlet yang ramai dan ia juga bukan tertumpu kepada 19 jenis sukan teras. Kita akan masukkan mana-mana atlet daripada bukan sukan teras yang dilihat mampu menaikkan nama di peringkat dunia. "Mereka ini merupakan atlet terpilih dan

Fungsi MSN Dan ISN Diperinci Dalam Proses Transformasi Sukan Negara

Pembentangan halatuju baru untuk pembangunan sukan negara. pic.twitter.com/L76VurGKhP — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 12, 2015 KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Penstrukturan semula Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) adalah langkah baharu untuk merencana proses transformasi sukan Malaysia. Pendekatan baharu itu melibatkan pembangunan atlet berprestasi tinggi yang dibahagi kepada dua kumpulan yakni pengurusan program dikendalikan oleh MSN dan pengurusan prestasi oleh ISN. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata langkah ini diambil adalah untuk memastikan kedua-dua agensi itu tidak bekerja dalam silo dan hala tuju masing-masing sedangkan visi asasnya adalah sama. Katanya, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh dipertanggungjawabkan untuk menyelaras penstrukturan itu agar segala lompong atau pertindihan yang mungkin berlaku dapat dielakkan. Menurutnya di bawah penstrukturan semula itu, MSN aka

Khairy Tables New Sports Module To Transform Country's Sports Development

Sorotan ucapan dasar “MODEL SUKAN BAHARU” oleh YB @Khairykj http://t.co/ckNdTJcJla #TransformasiSukanMalaysia @MSNMALAYSIA @isnmas — Man Olimpik (@ManOlimpik) February 12, 2015 KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) -- Malaysian sports is expected to undergo a major transformation with the restructure of the National Sports Council (NSC) and the National Sports Institute (ISN). Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin believes the splitting up of the NSC and ISN was badly handled and created silos, therefore restructuring will be a step forward to fix this legacy and overhaul sports development in the country. The new National Sports Module involves the development of high performance athletes who will be divided into two groups, namely programme management handled by the NSC and performance management that will fall under the ISN. Khairy said the move was to ensure both agencies would not work like a silo although the destination and vision are the same. Pe

Liverpool Expected To Play Friendly Match Against Malaysia In July

PETALING JAYA, Feb 12 (Bernama) -- English Premier League club Liverpool are expected to play a friendly match against a Malaysian selection in July said the Football Association of Malaysia (FAM). FAM President Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah said the prospect was still in the discussion stage but a confirmation of the match and date could be made by next month. "For Malaysian fans of Liverpool, there is a possibility to see their stars in action here but it has yet to be finalised. We are hoping for the match to be played about two weeks after Hari Raya Aidilfitri in July," he told reporters after emerging from a FAM executive committee meeting at Wisma FAM, Kelana Jaya, here today. The last time Liverpool played in Malaysia was in 2011 when the EPL side beat Harimau Malaya 6-3 at the National Stadium in Bukit Jalil. FAM secretary-general Datuk Hamidin Mohd Amin said newly crowned African Nations Cup champion Ivory Coast may also play a friendl

Veteran Sports Presenter Hasbullah Awang Passes Away

KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) -- Veteran sports presenter Datuk Hasbullah Awang, 63, passed away due to heart-related complications at the National Heart Institute (IJN) here at 12.20pm Thursday. According to Sportswriters Association of Malaysia president Ahmad Khawari Isa, the late Hasbullah was receiving treatment for heart ailment at the IJN since Feb 4. His remains would be taken to his home in Section 32 Bukit Naga, Shah Alam. LAST RESPECTS...Football Association of Malaysia (FAM) president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (right) together with Datuk Rahim Razali (second from right) paying their last respects to veteran sports presenter Datuk Hasbullah Awang, who passed away due to heart-related complications at 12.20 pm at the IJN Thursday. Hasbullah who started his career as a radio deejay in Radio 1, was synonymous with Radio Television Malaysia's (RTM) sports programmes, especially live telecast of sporting events, namely football, since th

Pengulas Sukan Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, 12.20 tengah hari. Menurut Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa, Allahyarham menerima rawatan di IJN, sejak 4 Feb lepas. Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Bukit Naga, Shah Alam untuk dikebumikan pada Khamis. Hasbullah, 63, dikenali umum sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara. Kerjaya terakhir Allahyarham ialah sebagai pengulas sukan dengan saluran televisyen Astro Arena bermula Januari 2014 dan sebelum itu beliau berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dalam dunia penyiaran, Allahyarham Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan menjadi pembantu mengendalikan program radio untuk kanak-kanak dengan Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir, 'Bersama Kak Yong'.

MNCF Urged To Be Careful When Handling Internal Crisis - NSC

KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) -- The National Sports Council (NSC) has warned the Malaysian National Cycling Federation (MNCF) to be careful with any kind of action revolving the internal crisis in the federation. NSC director-general Datuk Ahmad Shapawi Ismail said though the suspension order on MNCF had been withdrawn by the Sports Commissioner's office on Jan 26, the federation remains in the radar of the Youth and Sports Ministry and Sports Commissioner. "The MNCF had been warned to be careful with their financial management and procedures. I hope the current crisis will not force the Minister to take any action," he told reporters after tabling a New Sports Module, here today. Shapawi said the latest crisis was between MNCF and National track cycling coach John Beasley of Australia over an unpaid amount of RM21,000. Last October, the MNCF was suspended by the Sports Commissioner after failing to submit a reasonable reply to a show-cause l