Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Mantapkan mental Chong Wei: Tengku Kamil

KEKUATAN mental perlu diberi penekanan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei jika mahu memenangi pingat emas Sukan Olimpik London tahun depan. Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah, berkata berdasarkan prestasi semasa, Chong Wei dilihat tidak menghadapi masalah besar terutama dari segi kecergasan fizikal. Namun, menurutnya, kekuatan mental dilihat menjadi halangan utamanya meraih kejayaan terutama membabitkan pertemuan dengan jaguh dunia, Lin Dan dari China. “Pada pandangan peribadi saya, Chong Wei bukan saja perlu memberi tumpuan dari segi kecergasan fizikal tetapi mental harus diberi keutamaan jika mahu mencipta kejayaan besar terutama di pentas Sukan Olimpik. “Jika dia (Chong Wei) dapat menanganinya, saya percaya pemain badminton seperti Lin Dan mampu ditewaskan,” katanya semalam. Tengku Kamil Ismail berkata demikian ketika mengulas kegagalan Chong Wei menewaskan Lin Dan pada separuh akhir Terbuka China d

Skuad hoki ulang penyakit lama

PENYAKIT lama berulang lagi. Itulah yang berlaku kepada skuad hoki negara yang turun pada perlawanan ketiga Cabaran Juara-Juara 1 bertemu Argentina semalam apabila tewas 2-5 meskipun mendahului lawan 1-0 selepas tamat babak pertama. Apa yang dipamerkan itu samalah seperti yang berlaku pada perlawanan antarabangsa sebelum ini apabila mereka tidak beraksi konsisten dalam kedua-dua babak sekali gus mengundang padah mencatat kekalahan kedua dalam tiga perlawanan. Namun kekalahan itu tidak menjejaskan peluang skuad negara yang tetap layak beraksi di suku akhir. Azlan Misron memberi harapan awal kepada skuad negara apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan sempurna pada minit ke-20, namun selepas itu, corak serangan skuad negara mula longgar. Memasuki babak kedua, Argentina terus melakukan tekanan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Pedro Ibarra menerusi jaringan padang. Argentina kemudian terus berjaya menambah gol hasil jaringan Ma

Malaysia catat kekalahan kedua

AZLAN Misron (kiri) mengejutkan Argentina menerusi jaringan pembukaan sebelum Malaysia kalah 2-5 pada perlawanan Kumpulan B Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan, semalam. KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara terus mempamer aksi hambar apabila gagal mencatat kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan yang berkesudahan Malaysia tewas 2-5 kepada Argentina, semalam. Ia adalah kekalahan kedua skuad bimbingan Tai Beng Hai dalam tiga perlawanan yang telah berlangsung sekali gus berada pada tangga tercorot kumpulan dengan hanya mampu mengutip satu mata. Pada perlawanan semalam, skuad kebangsaan terlebih dahulu mendahului pada separuh masa pertama melalui pukulan kencang pemain Azlan Misron pada minit ke-20, menewaskan pengaja gol Argentina, Juan Manuel Vivaldi. Namun pada separuh masa kedua, Argentina lebih banyak melakukan serangan berbahaya sehingga membolehkan mereka mendapatkan lima gol ia

MACAU OPEN: Chong Wei won't go on

World No 1 pulls out due to fatigue Lee Chong Wei LEE Chong Wei, stung by two consecutive defeats to nemesis Lin Dan of China in as many weeks, withdrew from the Macau Open yesterday.  The Malaysian World No 1, who lost to Lin Dan in the semi-finals of the Hong Kong and China Opens over the fortnight, is mentally and physically exhausted.    BA of Malaysia (BAM) secretary Ng Chin Chai, who is also the chairman of the coaching and training conmittee, said Chong Wei didn't want to risk injury by competing in Macau.    "Chong Wei said he was lethargic after the Hong Kong and China Opens and decided to withdraw from the Macau Open," said Chin Chai yesterday.    "It is a long season and Chong Wei didn't want to risk suffering an injury.    "In fact, we (the coaching committee) were not too keen in him competing in Macau but he wanted to see how his condition is after the first two events. "I had a lengthy dis

Hamidin selar kritik Harimau Muda

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin menyelar kritikan segelintir pihak terhadap Harimau Muda berikutan dua kekalahan berturut-turut yang dialami dalam saingan kelayakkan Olimpik, selepas memenangi pingat emas Sukan SEA XXVI. Tegasnya, setiap pemain sudah mengerahkan segala tenaga yang ada pada mereka untuk mengharungi tiga perlawanan sukar dalam tempoh seminggu, justeru kritikan terhadap skuad kendalian Ong Kim Swee tidak seharusnya timbul. "Apa yang pasti, bagi saya pemain-pemain telah bermain dengan mati-matian untuk menjuarai Sukan SEA dan komitmen yang sama juga ditunjukkan dalam dua perlawanan seterusnya. "Syria dan Bahrain pula bukannya calang-calang lawan... dua perlawanan sukar. "Jadi mungkin kerana keletihan memuncak, mereka gagal bertahan untuk keseluruhan 90 minit permainan," kata Hamidin yang juga pengurus pasukan untuk Sukan SEA.

'Saya tidak akan letak jawatan'

KIM SWEE (tiga dari kiri) akan terus membimbing skuad Harimau Muda selagi mendapat kepercayaan FAM sehingga kontraknya tamat pada Mac tahun depan. PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai jurulatih meskipun menerima desakan untuk berbuat demikian. Ketika ini, segelintir pihak mengkritik prestasi hambar skuad bimbingan Kim Swee yang tewas kesemua tiga perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia. Rentetan tiga kekalahan berturut-turut, terbaharu dijinakkan Bahrain 2-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas, secara realistiknya anak-anak buah Kim Swee kini tidak ubah sekadar mengharapkan ‘keajaiban’ jika berhasrat mahu menjejak bumi London apabila menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata. Menurut Kim Swee, beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya merasa tidak lagi mampu mengendalikan Harimau Muda sebelum kontraknya tamat pada Mac tahun depan. “Tida

FAM sangkal tuduhan

IMBAS kembali... Wajah-wajah kecewa para pemain Harimau Muda selepas tewas 2-3 kepada Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lalu. KEKALAHAN 2-3 pasukan Harimau Muda kepada Bahrain dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia pada Ahad lepas ternyata mengecewakan banyak pihak. Lebih kecewa, skuad negara yang mendahului dua gol menerusi ‘arkitek’ muda, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli terpaksa akur dengan kebangki- tan pasukan pelawat yang meledak tiga gol pada lewat permainan menerusi pe- nyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna. Paling teruk, ‘malapetaka’ itu berlaku semasa Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua. Ekoran daripada itu, timbul nada-nada ‘sumbang’ dari luar padang yang mempersoalkan integriti skuad kendalian Ong Kim Swee serta mengaitkannya dengan isu rasuah seperti mana yang pernah melanda arena bola sepak tempatan su

Nazmi alami ‘masalah misteri’

Muhammad Nazmi Faiz Mansor (tengah) membuktikan kemampuannya apabila menjaringkan gol pertama pasukan negara sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain pada Kelayakan Olimpik Ahad lalu. KUALA LUMPUR – Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna. Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi. Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini. Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami ‘masalah misteri’ iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan. Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama. Itulah yang berlaku ketika dia beraksi menentang Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik Ahad lalu, apabila terpaksa dikeluarkan pada kira-kira 20 minit akhir perlawanan. Masalah misteri yang membelanggu Nazmi di

Chong Wei, Nicol David Kekal Olahragawan, Olahragawati Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) -- Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David pada Isnin dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang 2010 sekaligus mengulangi pencapaian cemerlang mereka selama tiga musim berturut-turut. Kedua-dua jaguh negara itu bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Anugerah Sukan 2010 di Tanjung Bungah di sini. Chong Wei yang diwakili abangnya, Lee Chong Eng, 36, tidak dapat hadir kerana menyertai kejohanan terbuka Macau minggu ini. Lebih manis apabila beliau turut menggondol Anugerah Perdana TYT Negeri Pulau Pinang 2010. Sementara itu, Nicol yang diwakili bapanya, Desmond David, 64, tidak dapat hadir kerana terikat dengan latihan rutinnya di Poland, Amsterdam dan dijadual berlepas pulang ke tanah air minggu depan. Chong Wei dan Nicol, masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil

Media Personnel To Lay Down Their Tools And Compete In NSC Media Games

KUALA LUMPUR, Nov 29 (Bernama) -- More than 200 media personnel making up 19 teams are expected to lay down their pens and laptops to compete in the Media Games organised by the National Sports Council (NSC). NSC's media relations officer Mohd Fahmi Omar said the event, organised for the fourth time, was to enhance the relationship between journalists, photographers, NSC officials and sponsors. "Through the games, they (media) who are always involved in covering various sports events, will have an opportunity to showcase their personal skills and knowledge in sports," he told reporters here Tuesday. Mohd Fahmi said the games which start on Saturday would comprise three types of sports, namely badminton, tenpin bowling and football (five-a-side). Apart from the three sports, media personnel would also be able to showcase their individual talent in singing through a karaoke competition. He added that tenpin bowling and karaoke would be held on Saturd

CYCLING: Azizul on the prowl

World No 1 returns to favourite hunting ground in Cali   THE second round of the UCI World Cup in Cali, Colombia this weekend will give Azizul Hasni Awang a chance to regain his confidence in his comeback.   The 23-year-old still holds on to his World No 1 spot in the keirin despite a lacklustre return to racing in the opening round of the World Cup in Astana, Kazakhstan on Nov 4-6.   In his first competition since recovering from a  career threatening calf injury sustained in the final round of last season's World Cup in Manchester, Azizul went out in the first round repechages of the keirin.   Josiah Ng won the repechage heat in which Azizul was eliminated and went on to finish fourth in the final. Though Josiah has only a  slim chance of qualifying for an individual spot in the Olympics, the points did add to the nation's rankings.   Fatehah Mustapa is also in Cali, having delivered on her three-gold medal target in the Sea Games in Jakarta last week and

‘Noraseela tak salah’

JAGUH 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Khalid mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang didakwa mengabaikan kebajikan atlet olahraga negara. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selaku atlet senior dalam skuad kebangsaan, Noraseela mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat bagi memastikan kebajikan atlet lain termasuklah atlet pelapis terjamin. “Kita melihat Noraseela atlet senior yang banyak berjasa kepada sukan olahraga selain menjadi pembimbing kepada atlet lain termasuk atlet junior. “Tidak salah sekiranya dia meluahkan apa yang terbuku di hati sebagai seorang atlet olahraga,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan anggota majlis KOM, S Rajasegram terhadap Noraseela yang seolah-olah tidak tahu menghargai jasa dicurahkan badan induk itu kepada atlet itu selama ini. Noraseela sebelum itu dilapor mengkritik pengurusan KOM yang dikatakan ti

‘Gilap pemain muda’

TEGAS...Kim Swee memberi tip kepada pemain pada perlawanan kelmarin. SECARA realistik, skuad Olimpik negara sudah boleh mengucapkan selamat tinggal lebih awal kempen kelayakan Sukan Olimpik negara meskipun saingan peringkat Kumpulan C masih berbaki tiga perlawanan. Tewas dalam tiga perlawanan termasuk dikejutkan dengan kebangkitan Bahrain 3-2 dalam aksi di Stadium Bukit Jalil, kelmarin meletakkan skuad negara terperosok di tangga terbawah kumpulan yang diterajui pasukan pilihan Jepun yang mengumpul sembilan mata, diikuti Syria enam mata di tangga kedua. Aksi Malaysia selepas ini menentang Bahrain di Manama pada 5 Februari 2012, Jepun di Kuala Lumpur (22 Februari) dan Syria di gelanggang berkecuali (14 Mac) bolehlah dianggap sekadar pelengkap jadual. Hanya juara kumpulan layak secara automatik manakala pasukan di tangga kedua akan beraksi di play off untuk menempah tiket ke London. Bagaimanapun, Kim Swee tetap serius menghadapi aksi pusingan kedua kumpulan itu yang

Korban emas

PINGAT emas Sukan SEA XXVI ternyata begitu mahal ‘harganya’ apabila skuad Harimau Muda terpaksa ‘mengorbankan’ pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan ketiga, tewas 2-3 kepada Bahrain, kelmarin. Itulah hakikat terpaksa ditelan jurulatih Ong Kim Swee yang tiada pilihan selain menurunkan barisan serba pincang yang keletihan ketika Harimau Muda terpaksa bayar harga mahal gagal Olimpik kerana Sukan SEA XXVI PINGAT emas Sukan SEA XXVI ternyata begitu mahal ‘harganya’ apabila skuad Harimau Muda terpaksa ‘mengorbankan’ pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan ketiga, tewas 2-3 kepada Bahrain, kelmarin. Itulah hakikat terpaksa ditelan jurulatih Ong Kim Swee yang tiada pilihan selain menurunkan barisan serba pincang yang keletihan ketika tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu serta pertemuan dengan Bahrain itu.Namun Kim Swee dapat melihat sinar terang jauh di hujung terowong dan berharap barisan pemain sedia ada dikekalkan dalam membentuk tunja

Wan Nin terpaksa lupakan saingan Olimpik 2012

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga. Perumpamaan itu menghantui Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) yang dihimpit isu kecederaan selepas seorang lagi gimnasnya, Lee Wan Nin mungkin gagal menyertai saingan ujian temasya Olimpik di London, Januari depan. Dengan baki sebulan saja lagi, mustahil buat Wan Nin yang mengalami kecederaan serius dua hari sebelum temasya Sukan Sea Indonesia lalu akan pulih sekelip mata. Wan Nin, 16, yang menjadi prospek emas negara terpaksa melupakan impian beraksi di Sukan Sea selepas tempurung lututnya terkeluar ketika menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN). Kini dia kemungkinan besar terpaksa melupakan saja saingan Olimpik 2012. “Saya tidak pasti tahap kecederaan ini, pastinya ia makin pulih tapi peluang menyertai saingan ujian ke Olimpik yang turut diadakan di London samar. “Kecederaan ini serius dan kesakitan yang saya alami tidak mampu dibayangkan. Kini, saya direhatkan tapi tidak pasti berapa lama. “Minggu depan saya akan

Lotus boss Fernandes in tears in Sao Paulo

Team owner Tony Fernandes admitted he was almost reduced to tears on Sunday when he saw his Lotus team seal 10th place in the Formula One constructors championship. The team that will become Caterham next season repeated the feat they achieved a year ago and clinched winnings of a reported US$28mil. Fernandes said: “Yes, it was almost tears for me. I am absolutely overjoyed. Two years of hard work have paid off and it was great to see both cars home safely, helping us win 10th place. “The icing on the cake was beating a Renault – that meant a lot to me as I have always said the good guys do win,” added Chapman, after Sunday’s season-ending Brazilian Grand Prix, in a reference to his bitter rivals who also carry the Lotus tag. “We have a fantastic little team here and I know how much it means to each and every person associated with us to have finished this season where we wanted to. “Now we look forward to our new life as Caterham F1 Team and we say goodbye to Te

Chong Wei eyes Macau Open crown after Lin Dan’s withdrawal

PETALING JAYA: Four-time world champion Lin Dan has withdrawn from tomorrow’s Macau Open, leaving Malaysia’s world No. 1 Lee Chong Wei with the chance to gun down his eighth Open title of the season. Chong Wei has decided to stick with his plan to compete in his 13th international Open of the year and win the Macau Open crown for the third time in a row. In Chong Wei’s top half are two youngsters from China – Wang Zhengming and Du Pengyu; three Indonesians – Simon Santoso, Sony Dwi Kuncoro, Dionysius Hayom Rumbaka; South Korean Shon Wan-ho; Hong Kong’s Wong Wing Ki and a host of Malaysians – reigning world junior champion Zulfadli Zulkifli, Beryno Wong, Liew Daren and Goh Soon Huat. Chong Wei has a tricky first round date with Thailand’s upcoming youngster Suppanyu Avihingsanon but his real threat could be either Simon or Wang. Without favourite Lin Dan, who won back-to-back titles in the Hong Kong and China Opens, the fight for a ticket to the final from the bot

Safiq sudah ada pencabar

SAFIQ menggalas harapan jutaan peminat tempatan yang mahu menyaksikannya menyarung jersi Cardiff City. ARKITEK berbakat Harimau Malaya, Safiq Rahim dilaporkan bersaing dengan bintang muda Slovakia, Ivan Stulajter sepanjang menjalani latihan selama tiga minggu bersama kelab Cardiff City. Menurut laporan akhbar Britain, Daily Mail , kedua-dua pemain telah mula menjalani latihan bersama kesemua barisan utama The Bluebirds di bawah kendalian jurulatih, Malky Mackay. "Kedua-dua pemain tersebut yang beraksi di posisi tengah menjalani ujian pemilihan tersebut bagi tempoh tiga minggu," kata laporan portal berita itu. Safiq, 24, telah berlepas ke bumi England dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Rabu lepas. Stulajter, 18, yang beraksi bersama kelab SK Sigma Olomouc pula merupakan pemain skuad Bawah 18 tahun Slovakia. Safiq merupakan pemain kedua Malaysia yang mencuba nasib bersama Cardiff selepas bekas rakan sepasukannya di Selangor, Mo

Dua jurulatih jadi teman Chong Wei di gelanggang

PRESTASI cemerlang Chong Wei seringkali dibayangi dengan kehebatan Lin Dan dalam beberapa kejohanan sejak kebelakangan ini. SELAIN Tey Seu Bock, Rashid Sidek juga perlu mengiringi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada mana-mana kejohanan. Demikian cadangan yang dikemukakan Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) badan induk tersebut. Jelas James, ia sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban yang dipikul Seu Bock yang terpaksa melakukan segala tugasan secara sendirian termasuk menganalisis perlawanan buat Chong Wei. Malah, James juga berpendapat situasi tersebut juga merupakan salah satu faktor menyebabkan Chong Wei masih gagal menyaingi kehebatan seteru utamanya, Lin Dan dari China. “Jika diperhatikan betul-betul, setiap kali Lin Dan turun beraksi, ada enam jurulatih sebenarnya yang bersama dia. “Dua jurulatih akan berada di tepi gelanggang. manakala

Masa pemain rehat sepuasnya

KUALA LUMPUR - Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee mahu anak-anak buahnya berehat sepuas-puasnya dan melupakan sepenuhnya bola sepak buat sementara waktu. Skuad Olimpik Bawah 22 kendalian Kim Swee telah mengerah segala kudrat untuk sepanjang tiga minggu lalu, mengharungi lapan perlawanan keseluruhannya, enam pada Sukan SEA dan dua bagi Kelayakkan Olimpik. "Mereka telah memberikan segalanya, janganlah fikir langsung pasal bola sepak. 'Biarlah mereka mengambil kesempatan ini berehat secukupnya dan luangkan masa bersama ahli keluarga," kata Kim Swee. Kim Swee memberi jaminan bahawa Harimau Muda tetap meneruskan perjuangan dan menjanjikan aksi terbaik walaupun harapan layak ke Olimpik hampir berkubur selepas kecundang dalam kesemua tiga perlawanan pertama. "Untuk baki tiga perlawanan seterusnya, misi tetap sama iaitu memburu kemenangan dan mata. "Andai tidak layak pun, biarlah kita memanfaatkan sepenuhnya perlawanan berkualiti tinggi seperti ini

Pintu Sukan Olimpik sudah hampir tertutup

REAKSI berbeza ditunjukkan barisan pemain Harimau Muda dan Bahrain sejurus tamat aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin. ATAS kertas, impian Harimau Muda untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan tampak tidak ubah daripada sekadar mimpi indah. Sebaik tewas 2-3 kepada Bahrain pada saingan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, pintu slot saingan playoff kini dilihat semakin tertutup rapat buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu. Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut di alami skuad Olimpik negara selepas mereka terlebih dahulu tewas 0-2 kepada Jepun dan Syria. Rentetan kekalahan di pentas kelayakan Olimpik seolah-olah mengajar anak-anak buah Kim Swee mengenai erti sebenar bola sepak meskipun mereka memegang reputasi selaku jaguh Asia Tenggara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini. Mahu atau tidak, Harimau Muda perlu menebus semula marua

Sukar rampas Piala Thomas

Gandingan muda yang semakin menyerlah, Lim Khim Wah (kanan) dan Goh Wei Shem diletakkan harapan untuk memberikan mata kepada pasukan negara pada pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau pada Februari depan. KUALA LUMPUR – Daripada sebuah negara badminton yang digeruni, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya mengakui, perjuangan Malaysia tahun depan bukan untuk merampas kejuaraan berprestij Piala Thomas, sebaliknya hanya cuba meloloskan diri dari pusingan kelayakan. Selepas tamat Sukan SEA XXVI minggu lalu, badan badminton kebangsaan itu menerima hakikat bahawa kita masih punya kelemahan dalam perseorangan lelaki kerana kekuatan Malaysia bergantung penuh di bahu jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. Namun dalam acara beregu, pasangan muda, Lim Khim Wah-Goh V Shem terus memenuhi pengharapan dan boleh diharap untuk menyumbang mata bersama beregu No. 5 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Ketika ini, Mohd. Arif Latif dan Liew Daren menjadi calon utama untuk mengi

Presiden PHM kecewa prestasi hoki negara

KUALA LUMPUR - Aksi hambar yang dipamerkan skuad hoki kebangsaan dalam Cabaran Juara-Juara 1 di Afrika Selatan mengundang rasa tidak senang Persekutuan Hoki Malaysia (PHM). Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kalah pada saingan awal menentang Kanada dan tidak berupaya mendapatkan kemenangan pada perlawanan menentang Jepun boleh dianggap sebagai sesuatu yang mengecewakan. "Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan kepada Kanada dan keputusan seri menentang Jepun. "Setiap perlawanan adalah penting dan sekiranya kita dapat melakukan dengan baik sudah tentu kita berpeluang berjumpa pasukan lemah pada suku akhir. "Namun bila kita beraksi dengan teruk dan mendapat kedudukan kurang baik di peringkat kumpulan, kita akan berhadapan pasukan hebat," kata Tengku Abdullah. Pada aksi pertama minggu lalu, skuad hoki negara tewas 1-3 kepada Kanada, sebelum seri 2-2 menentang Jepun dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan. Hari ini saingan b

Shabery: Noraseela Has Right To Voice Dissatisfaction

KUALA LUMPUR, Nov 28 (Bernama) -- National 400-metre hurdler Noraseela Khalid has the right to voice dissatisfaction against the Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU) for allegedly neglecting the welfare of athletes. Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said, as a senior athlete, she was entitled to voice her opinion to ensure the welfare of athletes, including back-ups, were looked after. "We view Noraseela as a senior athlete who has contributed to athletics, other than guiding other athletes, including juniors. "It is (therefore) not wrong if she voices her grouses," he told Bernama here today. He said this when commenting on criticism from MAAU council member and Johor Amateur Athletics Association honourary secretary S. Rajasegaran who lamented that Noraseela appeared unappreciative over MAAU's benefits towards her. Earlier, Noraseela was reported to have criticised the MAAU management over its apparent inappreciation o

Uphill Task For Malaysia

KUALA LUMPUR, Nov 28 (Bernama) -- The national Olympic football squad face an uhill task qualifying for the London Olympics after losing 2-3 to Bahrain in their third round match in Group C of the Asian Zone Qualifier at the National Stadium in Bukit Jalil here Sunday. On Wednesday, Malaysia lost 0-2 to Syria in their second group match at the same venue. Tonight's hotly contested match was witnessed by about 30,000 home fans. The Under-22 squad under coach Ong Kim Swee started out fiercely when Wan Zack Haikal Wan Noor made a try as early as the 7th minute but his weak attempt was saved by Bahrain goalkeeper Ashraf Waheed Al Sebaie. Muhammad Nazmi Faiz Mansor then succeeded in breaking the deadlock in the 29th minute through a left foot drive from two metres outside the penalty box. During the early part of the second half, Mahalli Jasuli made full use of chaotic conditions in front of the Bahrain goal to score again for the "Harimau Muda" in the 67

ISN utamakan emas Olimpik

MOHD. ZIN (tiga dari kanan) mempengerusikan mesyuarat pertama ahli lembaga pengarah ISN di Bukit Jalil semalam. INSTITUT Sukan Negara (ISN) yang menguruskan aspek saintifik berhubung prestasi atlet, akan memberi fokus kepada sukan-sukan berprestasi tinggi yang boleh meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik London tahun depan. Pengerusi ISN, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, antara sukan yang berpotensi untuk menghasilkan pingat emas Olimpik pertama Malay- sia ialah badminton, tenpin boling, memanah dan lumba basikal. "Kami merancang memberi fokus kepada atlet dalam sukan-sukan itu dari segi pema- kanan, psikologi sukan dan keadaan mental atlet itu sendiri, namun sukan-sukan lain turut akan diberi perhatian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama anggota lembaga pengarah ISN di Bukit Jalil semalam. ISN menjadi badan berkanun setelah dikuatkuasakan menerusi Akta ISN pada 16 September lepas. Ia bermatlamat memberi perkhidmatan da

Institute To Focus On Sports With Olympic Gold Potential

KUALA LUMPUR, Nov 24 (Bernama) -- The National Sports Institute (NSI) which manages the scientific aspects of an athlete's performance would focus on winnable sports to deliver the nation's first Olympic gold medal in London next year. NSI chairman Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin said among the sports with such potentials were badminton, tenpin bowling, archery and cycling. "We plan to focus on athletes in these sports from the aspects of food, psychology and their mental state while other sports would also be given due attention," he told reporters after chairing the first NSI board of directors meeting here, Thursday. NSI has been made a statutory body effective Sept 16 through the NSI Act. It intends to provide the best sports technological service and facility in the training of high performance athletes in international sports tournaments apart from producing the first athlete to win an Olympic gold medal for the country. Meanwhile, NSI chief

Off to Sea Games Jakarta - Palembang 2011

Please go to Sea Games 2011 Blog HERE! for more info! Thanks!

Gemuruh Suara - Team Malaysia's Theme Song

Lirik lagu Gemuruh suara Kalau engkau jatuh Jangan engkau lemah Kerana hidup mengajar kita Jangan cepat mengalah Bina yakin diri Mampu kita lakukan Tiada yang mustahil Segalanya boleh Kita bergandingan meraikan Malaysia Gemuruh suara Jadi bangsa berjaya Gemuruh perkasa Bawah satu bendera Nama kita bina Diseluruh benua rasa bangga Genggam amanat wira Julang panji Malaysia!!!

Muhyiddin Congratulates Shuttlers, Squash Player For Winning World Titles

KUALA LUMPUR, Nov 7 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin congratulated squash queen Datuk Nicol David and three shuttlers who clinched world titles to create history in their respective sports. In squash, Women's World number one Nicol won the World Open crown for a record sixth time in Rotterdam while Zulfadli Zulkifli and Nelson Heg/Teo Ee Yi clinched the boy's singles and boy's doubles titles in the World Junior Badminton Championships held in Taiwan. In a statement Monday, Muhyiddin hoped the success of Nicol, Zulfadli, Nelson Heg and Ee Yi would become a catalyst and inspiration for others to win similar titles. "I am confident Malaysians will be proud of the success achieved by our heroes in the field of sports. Success would not have come without the determination, training, dedication, mental strength, perseverance and the trials and tribulations that Nicol, Zulfadli, Nelson Heg and Ee Yi had gone through. "Not to

Nicol Claims Sixth World Open Title

KUALA LUMPUR, Nov 7 (Bernama) -- Malaysian squash queen and world number one, Datuk Nicol David, claimed her sixth World Open title after defeating arch-rival Jenny Duncalf of England 11-2, 11-5, 11-0 on Sunday. According to the competition's official website, www.worldopensquash2011.com, Nicol, 28, put up a sizzling performance to dismiss second seed Duncalf in just under half-an-hour. In the finals held at Luxor Theatre in Rotterdam, Netherlands, at 2pm local time (9pm Malaysian time), Nicol outclassed her opponent in straight sets 11-2, 11-5 and 11-0. With the win over Duncalf, Nicol who has also won the title five times, surpassed the record of five world titles jointly by her and Sarah Fitz-Gerald of Australia.

Zulfadli Clinches World Junior Title In Taiwan

KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- National junior men's singles shuttler Zulfadli Zulkifli created history when he emerged champion after defeating defending champion Viktor Axelsen from Denmark at the World Junior Championship in Taiwan today. The Asian junior champion beat Viktor 21-18, 9-21 and 21-19 in a 50-minute encounter, according to the tournamentsoftware.com website. This is the 19-year-old's second win over Axelsen, the first being in a junior tournament in Sweden in 2005.

Zulfadli eyes singles title after success in team event

PETALING JAYA: Zulfadli Zulkifli (pic) is brimming with confidence after leading Malaysia to a historic first world junior badminton team title in Taiwan on Sunday. Now, he aims to end his junior career on another high by winning the individual crown, which would be another first for Malaysia. The lanky Zulfadli has had an incredible year so far, winning the elusive National Junior Circuit title in May before going on to become the first Malaysian to capture the Asian Junior singles crown in India in July. After Sunday’s triumph, the second-seeded Zulfadli is ready to make history once again when the individual events of the world junior meet start today. His task has been helped by the fact that defending champion Viktor Axel­sen of Denmark has appeared out of sorts throughout the tournament. “There’s no doubt that Viktor is still the strongest player in the field,” said the KLRC-sponsored Zulfadli. “But he has been far from impressive, struggling in the team match

Julang ke puncak kemasyhuran

IRFAN BAKTI teruja membawa sinar baharu dalam skuad Gergasi Merah mulai musim depan. BEKAS pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berazam membantu Sela- ngor kembali berada di ambang kemasyhuran sebaik mengesahkan bakal mengemudi gergasi Lembah Klang itu musim depan. Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu berkata, cabaran mengendalikan pasukan sehebat Selangor sememangnya satu tanggungjawab yang cukup besar. Justeru Irfan Bakti berkata, beliau benar-benar berharap kehadirannya musim depan mampu menterjemahkan segala impian Gergasi Merah menjadi realiti terindah, selain berdoa agar turut direstui ribuan penyokong fanatik Merah Kuning. "Siapa yang tidak kenal Selangor, di sini kehebatan mereka seolah-olah seperti Manchester United, sebab itu saya terima (tawaran). "Mudah-mudahan saya dapat membantu Selangor menamatkan kemarau trofi termasuk Piala Malaysia," kata Irfan Bakti. Meskipun gagal membantu Terengganu menamatkan penantian se

Latihan 'ala Korea'

PRESTASI Kien Keat (kiri) dan Boon Heong dilihat merudum kebelakangan ini sehingga mencetuskan persoalan mengenai persiapan mereka bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London. SELEPAS sah dilantik sebagai jurula- tih baharu beregu lelaki badminton negara, bekas jaguh Korea Selatan, Yoo Yong-sung (gambar kecil) akan mela- porkan diri di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini. Yong-sung, 37, diberi tanggungjawab membantu Pang Cheh Chang menggilap kembali sentuhan gandingan utama negara, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong yang menjadi pertaruhan memburu pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London. Pada masa yang sama, dia juga akan membantu ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her dan Rosman Razak dalam mengendalikan latihan beregu muda negara. "Saya pernah bekerja bersamanya (Yong-sung) di Korea Selatan dan saya pasti dia adalah jurulatih yang berwi- bawa. "Pemain-pemain kita akan mendapat manfaat dengan menjalani latihan 'ala Korea' yang mementingkan disipli

Kien Keat and Boon Heong not good thinkers, says Cheh Chang

PETALING JAYA: The problem with doubles pair Koo Kien Keat-Tan Boon Heong is that they are not very good thinkers on court. That is the harsh indictment of the coach the duo chose over Rexy Mainaky. It has taken only a month for Pang Cheh Chang to discover that what ails Kien Keat and Boon Heong is their speed of thought – the lack of it. The world No. 5 pair opted for Cheh Chang after an underwhelming performance in the World Championships back in August. They duly expressed their dissatisfaction with Rexy and demanded a change in coach. The BA of Malaysia (BAM) acceded and the nation’s top doubles pair were seemingly on their way back after fighting performances in the China Masters and Japan Open in Septem­ber. But last month, they were once again back to their worst when they crashed to early defeats in the Denmark and French Opens after struggling against lower ranked opponents. It even prompted South Korean head coach Sung Han-kook to pronouce that Kien Keat

Coach: New plan can save Koo-Tan

IT has been attempted before but doubles coach Pang Cheh Chang believes a revamped training programme will help Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bounce back from their slump. According to Cheh Chang, the World No 5 pair need a slight change in their game to re-establish themselves among the world's top four pairs. "Kien Keat-Boon Heong are not thinking enough on court unlike the top pairs from China, South Korea and Europe," said Cheh Chang after an informal meeting between coaches and BA of Malaysia (BAM) officials in Bukit Kiara yesterday. "They need to elevate their game to the next level like what China's Cai Yun-Fu Haifeng and Korea's Jung Jae Sung-Lee Yong Dae have done. "Tan Kim Her (head coach) and I are working closely to find solutions. Anyway, I have started implementing changes to their game." Cheh Chang, however, said Kien Keat-Boon Heong are still Malaysia's best bet for gold at the London Olympic Games. &qu

Barisan B-23 perlu lebih tangkas

BADDROL (belakang) antara tulang belakang skuad Kim Swee untuk mempertahan pingat emas di Jakarta. Anak buah Kim Swee tidak boleh pandang sepi cabaran Singapura SELAKU juara bertahan, skuad bola sepak B-23 Malaysia harus tampil ‘lebih garang’ ketika berdepan Singapura pada aksi sulung Kumpulan A, saingan Sukan SEA 2011 di Gelora Bung Karno, Jakarta, Isnin ini. Ini kerana, Singapura dibimbing jurulatih, Slobodan Pavkovic cukup berkeyakinan tinggi merealisasikan sasaran mara ke final biarpun sedar, Thailand dan Indonesia turut sama dalam ‘kumpulan maut’ itu selain Kemboja. “Saya sudah beritahu pemain, jika sesiapa di antara mereka tidak yakin kami mampu melangkah ke final, lebih baik mereka tinggal saja di Singapura. “Saya tak janji kami akan mencapai sasaran itu, tetapi saya berkeyakinan tinggi dan kami akan melakukan apa saja untuk merealisasikannya,” kata Pavkovic dipetik dari laman web www.todayonline.com, semalam. Kelmarin, Pavkovic mengumumkan 19

Skuad sepak takraw bingung undian belum putus

TEKA-TEKI Indonesia berhubung jadual serta undian acara sepak takraw pada Sukan SEA XXVI membingungkan skuad negara yang setakat ini masih belum memperoleh butiran muktamad mengenainya, sekali gus menyukarkan mereka membuat percaturan strategi untuk menghadapi lawan pada temasya itu nanti. Masalah itu dikatakan berpunca daripada kekurangan jumlah penyertaan pasukan yang mana acara berpasukan yang hanya disertai empat negara - Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar - mungkin terpaksa dilangsungkan secara liga sepusingan berbanding pembahagian kepada dua kumpulan seperti kebiasaan. Namun, tatkala temasya itu bakal berlangsung dalam tempoh kira-kira seminggu saja lagi, tindakan tuan rumah yang masih belum mengeluarkan maklumat mengenai jadual dan undian dilihat sebagai strategi mereka untuk memperoleh kelebihan terutama dalam menyusun jadual pertandingan yang memihak kepada mereka. “Difahamkan, acara sepak takraw mungkin akan dilewatkan sehari berbanding

Azlan mara selepas singkirkan Beng Hee

Mohd. Azlan Iskandar (kiri) meneruskan kemaraan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia di Rotterdam, kelmarin. KUALA LUMPUR - Pemain skuasy lelaki utama negara, Mohd. Azlan Iskandar menewaskan rakan senegara, Ong Beng Hee dalam pertembungan sesama sendiri untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Dunia di Rotterdam, Belanda kelmarin. Bagaimanapun, Mohd. Azlan tidak diberi laluan mudah oleh Beng Hee apabila dipaksa bekerja keras selama 76 minit sebelum memenanginya dengan 11-3, 11-7, 3-11, 11-5. Pertembungan sengit itu diduga memandangkan masing-masing memahami corak permainan satu sama lain dengan Beng Hee yang kini menghuni ranking ke-29 dunia cuba bangkit selepas mencuri set ketiga. Namun, Mohd. Azlan selaku pilihan ke-13, jelas lebih tajam dari segi penyudah dan hebat menguasai gelanggang bagi menyekat kebangkitan Beng Hee dan sekali gus melengkapkan kemenangan pada set berikutnya. Mohd. Azlan akan bertemu pemain Bostwana, Alister Walker pada pusingan kedua. Turut turun

Jangan pandang rendah Singapura

KUALA LUMPUR - Jangan pandang rendah kemampuan Singapura! Itu amaran pengendali skuad bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011, Ong Kim Swee ( gambar ), menjelang perlawanan sulung Kumpulan A pada 7 November ini. Sambil mengakui Singapura adalah lawan yang mempunyai kualiti tersendiri, dia telah melihat sendiri aksi pasukan yang digelar Young Lions itu ketika menang ke atas skuad Sukan SEA Thailand 3-2 10 Oktober lalu di Stadium Chua Chu Kang. ''Berdasarkan pengamatan saya, kekuatan Singapura datang daripada larian-larian pantas pemainnya dan cukup bijak mendapatkan gol melalui serang balas. ''Saya juga dapati semangat juang pemain Singapura tinggi dan ia terbukti mereka mampu menewaskan Thailand 3-2 dalam satu aksi persahabatan baru-baru ini. ''Mereka (Singapura) merupakan sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan seimbang di segenap posisi dan agak baik ketika melakukan serangan balas, satu senjata utama mereka yang kita perlu awasi," katanya. Si

Regu kita tidak jumpa Thailand, Indonesia saingan kumpulan

SKUAD elit kekal dengan 12 pemain ke Sukan SEA XXVI Indonesia 2011, minggu depan selepas Inasoc menerima rayuan Astaf untuk mengekalkan acara berpasukan lelaki walaupun cuma disertai empat negara. KUALA LUMPUR - Acara berpasukan sepak takraw kekal dilangsungkan dalam Sukan SEA Indonesia 2011, minggu depan malah satu lagi berita gembira buat skuad elit negara ialah undian antara regu semalam memisahkan mereka dengan Thailand dan Indonesia di peringkat kumpulan. Sekalipun cuma tuan rumah, Thailand, Malaysia dan Myanmar yang menyertai acara berpasukan lelaki sekali gus sudah menjamin sesiapa pun dengan sekurang-kurangnya pingat gangsa, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) tetap memberikan lampu hijau untuk meneruskannya. Majlis undian di Hotel Jaya Karta, Daira Palembang, Sumatera, semalam pula menempatkan Malaysia ke Kumpulan B antara regu lelaki dengan Laos, Singapura dan Vietnam sementara juara bertahan Thailand dan tuan rumah membentuk Kumpulan A den