Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Beri Tengku Abdullah peluang

Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan mencadangkan supaya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diberi peluang bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus menerajui badan induk itu pada pemilihan pucuk pimpinan FAM, 25 Mei depan. Tidak menafikan sumbangan Sultan Ahmad Shah yang memegang jawatan nombor satu itu di FAM ketika ini, sebaliknya Velappan berkata, Tengku Abdullah mungkin mampu memberi dimensi baru dalam arena bola sepak tempatan dengan pengalamannya di peringkat antarabangsa. Saya tidak pasti sama ada Sultan Ahmad Shah akan mempertahankan jawatan Presiden tetapi sekiranya baginda mahu berundur, ahli gabungan perlu mencadangkan calon terbaik untuk menggalas tugas ini. “Mungkin mereka yang baru dilantik itu boleh diberi peluang selama dua penggal untuk menunjukkan tahap kepimpinan mereka. “Mengenai Tengku Abdullah, beliau memang mempunyai banyak pengalaman, teru

Pelumba Kebangsaan 'Sembunyi' Masalah Kesihatan Untuk Teruskan Perlumbaan

LANGKAWI, 27 Feb (Bernama) -- Pelumba kebangsaan menunjukkan semangat juang tinggi apabila 'menyembunyikan' masalah kesihatan untuk bersaing dalam perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 hari ini. Bagaimanapun, jurulatih Aminuddin Sulaiman mengakui masalah kesihatan itu sedikit 'merencatkan' strategi yang diatur pasukan kebangsaan untuk perlumbaan sejauh 101.1km. "Semalam, mereka tidak menampakkan sangat (tidak sihat) tapi kita dapat lihat hari ini (semasa perlumbaan), keadaan selesema yang dialami Suhardi (Suhardi Hassan), Fauzan (Mohd Fauzan Ahmad Lutfi) dan Amirul (Amirul Anuar Jafri) agak mengganggu rentak kayuhan mereka. "Malam ini kita akan dapatkan nasihat dari pihak perubatan dan melihat tahap kesihatan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Beliau turut berharap agar anak buahnya mendapat rehat secukupnya memandangkan perlumbaan esok berlangsung pada sebelah petang. Dalam pada itu, Aminudd

Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB Ke-29 Di Pulau Pinang Bulan Depan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (SPICE) Bayan Baru, Pulau Pinang dari 15 hingga 23 Mac. Pengarah Urusan Kumpulan Nusmetro Thomas Chan, penganjur kejohanan itu berkata kejohanan itu bakal menampilkan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David serta 10 pemain terkemuka dunia lain. Kejohanan itu diadakan tahun ini berikutan pembatalan edisi 2013 apabila Hong Kong dan Mesir, masing-masing menolak penganjurannya. "Pulau Pinang mempunyai keunikan tersendiri selain mempunyai kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap untuk menganjurkan kejohanan ini. "Kita juga mahu menyaksikan pemain nombor satu dunia Nicol Ann David mempertahankan kejuaraannya kali ini di tempat sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan Kumpulan CIMB dan kerajaan negeri Pulau Pinang, di sini, hari ini. Pada majlis

FAM Sedia Pertimbangkan Hasrat Marcel Desailly Bimbing Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia mempertimbangkan hasrat bekas Ketua Pasukan antarabangsa Perancis, Marcel Desailly untuk menggalas jawatan sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya. Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah sekiranya Desailly benar-benar berminat, FAM akan meneliti kesesuaian pemain kelahiran Ghana itu bersama calon lain yang terdapat dalam senarai FAM. "Nama Desailly ada dalam senarai panjang yang berminat untuk membimbing skuad bola sepak negara namun jika dibandingkan dengan calon lain beliau tidak mempunyai pengalaman sebagai jurulatih. "Namun beliau merupakan seorang pemain yang baik serta berpengalaman dan saya tidak menolak kemampuan Desailly untuk menjadi jurulatih yang baik, cuma kita memerlukan seorang jurulatih yang lebih berpengalaman dalam aspek kejurulatihan," titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran buku bertajuk &#

Christina, Jironi win Olympian of the Year awards

Christina Loh Yen Ling and Mohd Jironi Riduan with their mock cheques after winning the OCM Coca-Cola Olympian of the Year awards. KUALA LUMPUR: Teenager Christina Loh Yen Ling wants to become the top breaststroke swimmer in the country after winning the OCM Coca-Cola Olympian of the Year award. The 19-year-old Penangite won the award courtesy of her two gold medals – in the 100m and 200m breaststroke events – at the Myanmar SEA Games last December. Middle distance runner Mohd Jironi Riduan, who won the 800m and 1,500m in Myanmar, received the award in the male category. Christina and Jironi of Sarawak each received RM10,000 and a medal. Christina was thrilled to win her first national award. “I never expected to win the Olympian award. It is a dream come true for me. “Winning the award has inspired me to replace Olympian Siow Yi Ting as the top breaststroke swimmer in the country,” Christina said after receiving the award and mock cheque fr

MHC mungkin panggil Kevin

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak menolak kemungkinan menyenaraikan pemain berbakat dari Malaysia yang berpangkalan di Jerman, Kevin Lim ke dalam skuad hoki negara sekiranya tidak berdepan masalah dengan status kewarganegaraan. Kevin mempunyai asal usul Malaysia dengan bapanya Git San berasal dari Pulau Pinang manakala ibunya, Dagmar warga negara Jerman. Berusia 28 tahun, pemain yang mewakili Kelab Hoki Berlin itu pernah menyertai skuad kebangsaan Jerman pada 2005. Setiausaha Agung MHC Datuk Johari Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak boleh membuat keputusan tergesa-gesa untuk memanggil Kevin menyertai skuad negara kerana perlu menyemak status kewarganegaraan pemain itu. KEVIN kini berpangkalan di Jerman. “Apa yang boleh saya katakan ialah sehingga kini masih belum ada kata putus mengenai pemain ini kerana status kewarganegaraan perlu disemak dulu. “Semua ini perlu dilakukan kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah apabila memanggil p

Kelantan's AFC Cup Campaign Off To A Poor Start After Losing 3-5 To Yangon United

Video | Piala AFC 2014 | Yangon United lwn Kelantan | http://t.co/MbT1I8CtVp http://t.co/l1ZZ5BTfIg — Kelantan FA (@KelateFA) February 26, 2014 KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- Kelantan lost their opening Group G match in the Asian Football Confederation (AFC Cup) competition after going down 3-5 to Yangon United from Myanmar at Thuwunna Stadium in Yangon, Wednesday. The absence of two imports, Mohamed Ghaddar and Mohamed Shawky due to injuries, certainly affected Kelantan's overall performance in the match against the home side. Yangon United striker Kyaw Ko Ko was the toast of his time after scoring a hat-trick in the 28th, 52nd and 89th minutes while their Brazilian import Emerson Reis Luiz scored a brace in the 8th and 45th minutes said the AFC website, www.the-afc.com. Kelantan's three goals were scored by Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (47th min) and skipper Mohd Badhri Mohd Radzi (63rd, 94th min). To add insult to coach Steve Darby's side, str

Desailly Ready To Take Up Job Of National Coach In Malaysia

KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- Former France international captain, Marcel Desailly said he was ready to take up the post of national coach for the Malaysian team in the future. The retired Ghanaian born-French footballer revealed that the Football Association of Malaysia (FAM) officials had been in touch with him, a couple of months ago about the job which remains vacant after the national body did not renew the contract of Datuk K. Rajagobal which expired on Dec 31, last year. "I have already got my coaching badge after involving in football for almost 20 years and I'm ready to share my knowledge with the Malaysian football. "Now, I'll leave it to them (FAM) to decide but I hope to be the man for the job," he told reporters when met after attending the announcement of nominees for the 2014 Laureus World Sports Awards, here, Wednesday. The prestigious sports awards ceremony will be held here on March 26. Local newspapers had

126 Pelumba Hangatkan LTdL 2014

Welcome to Le Tour de Langkawi 2014! — Le Tour de Langkawi (@myltdl) January 10, 2014 LANGKAWI, 26 Feb (Bernama) -- Seramai 126 pelumba dari 21 pasukan disambut penuh gemilang pada acara pengenalan pasukan Le Tour de Langkawi 2014 di Dataran Lang, di sini Rabu malam. Acara pengenalan pasukan yang buat julung kali diadakan pada waktu malam disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab. Pada majlis pengenalan itu, penganjur LTdL turut memberi penghormatan kepada mendiang Youm Jung Hwan, pelumba dari pasukan KSPO dari Korea yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 19 Feb lepas. Susulan itu bagi menghormati mendiang, pasukan terbabit menarik diri dari LTdL 2014 dan penganjur LTdL juga bersetuju untuk tidak men

Usain Bolt, Ronaldo, Sebastian Vettel Dicalonkan Bagi Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014

What an awesome #LWSA14 Nominations Day. Head to http://t.co/SEqkn37HmN for all the info pic.twitter.com/Yqh4QrGi8O — Laureus (@LaureusSport) February 26, 2014 KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Jaguh pecut dunia Usain Bolt, pemain bola sepak penuh sensasi dari Portugal, Cristiano Ronaldo dan juara empat kali kejohanan Formula Satu, Sebastian Vettel ialah antara bintang sukan ternama dari seluruh dunia yang dicalonkan untuk Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014. Turut dicalonkan ialah pelari jarak jauh Britain, Mo Farah, pemain tenis nombor satu dunia Rafael Nadal dan pemain bola keranjang dari Amerika Syarikat Lebron James. Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, mungkin akan meraikan pencapaian menyamai rekod kemenangan empat kali ahli sukan dunia Laureus selepas beliau memenangi semua tiga acara pecut pada Kejohanan Olahraga Dunia di Moscow. Bersaing dengan beliau ialah bintang muda pemandu Formula Satu dari Jerman Sebastian Vettel, yang menjuarai gelaran dunia bua

‘Saya bukan mengampu’

Kuantan: Menukar pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memang mudah, tetapi persoalannya siapa yang layak mengambil alih tugas mencabar itu. Untuk memikul tugas presiden, pakej lengkap perlu ada pada individu terbabit, bukan hanya bergantung kepada sokongan ahli gabungan. Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, pengalaman luas dan penerimaan baik daripada ahli gabungan antara faktor melayakkan seseorang individu itu dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. “Saya bukan berniat untuk mengampu, sebaliknya terbukti Sultan Ahmad Shah (gambar) yang memikul tugas sebagai Presiden FAM lebih 20 tahun mempunyai pengalaman luas menerajui pucuk kepimpinan. “Hendak dibandingkan dengan beberapa individu yang bercita-cita besar mengisi jawatan berkenaan ternyata amat jauh sekali, ibarat langit dengan bumi,” katanya. Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa kelmarin yang inginkan pembaharuan di

Malaysia set modest target

AFTER a disastrous outing at the Myanmar Sea Games in December, national coach Jamaluddin Hassan has, as expected, played down his team's chances at the International Sepak Takraw Federation (ISTAF) Super Series Finals in Kuala Lumpur on March 5-9. Malaysia have been placed with France, given a wild card for the tournament, and Singapore in what should be an easy group to progress from. Malaysia are seeded second, going into the competition having finished runners-up to Thailand in all three legs -- New Delhi, Bangkok, Kota Kinabalu -- of the series this season. Jamaluddin, however, stressed that there are no easy sides in the modern game and is expecting the pressure of expectations to be against his charges playing in front of a demanding home crowd at the Titiwangsa Stadium. "Obviously, we want to win it but I am hoping we can at least make the final," said Jamaluddin when met at the tournament draw in Kuala Lumpur yesterday. "Yo

Olympian awards: Jironi and Christina are the faves

National swimmer Christina Loh is the favourite to win the Women Olympian of the Year award. - Filepic PETALING JAYA: Middle distance runner Jironi Riduan and swimmer Christina Loh are tipped to claim the Olympic Council of Malaysia (OCM)-Coca Cola Olympians of the Year for their double gold medal feats at the Myanmar SEA Games last December. The male and female winners for the 2013 edition will be made known on Wednesday. The OCM awards committee, under Tan Sri Halil Abdul Mutalif, have shortlisted three male athletes – Ooi Tze Liang (diving), Khairul Anuar Mohamad (archery), Jironi Riduan (athletics) – and three female athletes – Christina Loh (swimming), Vivian Hoo-Woon Khe Wei (badminton) and Syakila Salni Jefry Krishnan (karate) – for consideration. Tze Liang won three golds and a silver at the Games but Jironi is the favourite to get the nod after becoming Malaysia’s first SEA Games middle distance double champion since B. Rajkumar’s feat i

Olivia Tai Does Nation Proud By Winning Gold, Silver At Asian Junior Rhythmic Gymnastics C'ship

KUALA LUMPUR, Feb 24 (Bernama) -- National gymnast Olivia Tai Qing Tong did the country proud by dancing her way to a gold and silver medal at the 13th Asian Junior Rhythmic Gymnastics Championship at the Putra Stadium in Bukit Jalil, here, today. Olivia Tai's grace and mesmerizing moves overwhelmed the judges who awarded 14.500 points for the Clubs, the highest in the competition, to sweep aside favourite Yelizaveta Mainovskaya of Kazakhstan who managed 14.350 points for the silver while Anora Davlyatova from Uzbekistan and Takana Tatsuzawa from Japan were awarded bronze medals after scoring identical 14.300 points. Olivia 15, added a silver medal in the Ribbon with 14.150 points behind Takana Tatsuzawa of Japan who collected 14.300 points while Anora Davlyatova from Uzbekistan was third with 13.900 points. "The gold and silver is a pleasant surprise for me, especially after failing to win any medals in the Hoop. I'm happy to comeback in the c

MSN Cadang Buka Kompleks Sukan Di Wangsa Maju Kepada Umum

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) bercadang membuka Kompleks Sukan di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini untuk kemudahan orang ramai dalam masa terdekat. Pegawai Perhubungan Awam MSN Mohd Fahmi Omar berkata pihaknya perlu menyelesaikan beberapa perkara teknikal sebelum kemudahan itu boleh dibuka kepada orang awam. "Walaupun kompleks itu dibuka kepada umum kelak, MSN tetap akan menggunakannya untuk kegunaan atlet jika ada keperluan memandangkan ia dibina untuk kemudahan atlet negara," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin. Beliau berkata kompleks itu mempunyai kemudahan sukan berprestasi tinggi seperti kolam renang bersaiz olimpik, trek acara olahraga dan balapan, gelanggang badminton, padang bola sepak dan astaka. Media sebelum ini melaporkan beberapa pihak termasuk penduduk setempat mendesak supaya kompleks sukan itu dibuka untuk kegunaan awam memandangkan warga setempat tidak mempunyai tempat dan dewan khusus untuk kegunaa

Mesyuarat Agung PSM Mungkin Ditangguh - Ahmad Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail memberi bayangan awal tarikh mesyuarat agung (AGM) PSM yang sepatutnya berlangsung pada April akan ditunda. Beliau berkata PSM masih belum menetapkan tarikh bagi AGM persatuan berkenaan namun perkara itu akan diputuskan selepas perlawanan pusingan akhir Siri Super ISTAF berakhir. Kejohanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa dijadualkan bermula dari 5 hingga 9 Mac ini. "Kita belum pasti sama ada ingin tunda tarikh AGM namun sekiranya ada alasan yang kukuh PSM berhak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS)," katanya kepada pemberita selepas majlis cabutan undian kejohanan perlawanan pusingan akhir Siri Super ISTAF 2013/2014, di sini Ahmad berkata sebagai presiden beliau tidak mempunyai hak untuk menetapkan tarikh AGM sebaliknya perkara tersebut perlu mendapat persetujuan dari pihak PPS. PSM perlu melakukan

OCM Akan Suarakan Isu Karate Pada Mesyuarat Majlis SGF Di Singapura

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (OCM) akan merayu agar acara karate dipertandingkan dalam Sukan SEA 2015 pada mesyuarat majlis Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Singapura pada 28 April. Presidennya Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata penerimaan acara itu sebagai acara dalam Sukan SEA penting kerana ia menjadi lubuk pingat emas bagi kontinjen Malaysia dalam beberapa edisi sukan berkenaan sebelum ini. "Walaupun peluang untuk melihat acara karate dipertandingkan pada 2015 (Sukan SEA di Singapura) terlalu tipis, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan keyakinan negara tuan rumah pada mesyuarat itu nanti, tetapi merekalah yang akan memberi kata putus tentang jenis sukan yang ingin dimasukkan," katanya selepas merasmikan Kejohanan Taekwando Junior Nestle Koko Crunch 2014 di Wisma OCM di sini Isnin. Pada awalnya, Singapura mencadangkan 30 jenis sukan dipertandingkan pada 2015 dalam mesyuarat Majlis SGF di Naypyitaw,

Misteri Larkin' belum terungkai

CERITA insiden panas yang berlaku di dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 1 Februari lalu masih lagi belum berakhir. Semalam, pengurusan T-Team yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif pasukan itu, Ab. Rasid Jusoh serta ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan pihak kedutaan Brazil. Difahamkan, pertemuan itu diadakan selepas Duta Brazil di Malaysia, Maria Auxiliadora Figueirado menerima laporan daripada dua pemain - Evaldo Rodrigues, Fabio Flor de Azivedo serta jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo ekoran insiden di Larkin. “Tujuan saya berada di sini (Kuala Terengganu) adalah bagi membincangkan dengan pihak pengurusan T-Team mengenai isu keselamatan pemain. “Ia adalah sebahagian tugas pihak kedutaan Brazil untuk memastikan keselamatan rakyat kami di negara ini. “Jika mereka berada dalam keadaan bahaya, kami tidak ada pilihan lain kecuali membawa pulang mereka dari negara ini,” kata Fi

‘FAM perlu pembaharuan’

Kuala Lumpur: Sudah tiba masanya untuk seorang presiden baru mengemudi tampuk pemerintahan FAM apabila jawatan itu dipertandingkan pada kongres badan induk itu pada 25 Mei depan. Bukan bermaksud menidakkan sumbangan presiden ketika ini iaitu Sultan Ahmad Shah, namun bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, situasi semasa sememangnya memerlukan satu pembaharuan dalam kepimpinan bola sepak di negara ini. Annuar berkata, sekiranya semua pihak mahukan perubahan, maka beliau mencabar calon-calon yang berkelayakan serta berkaliber supaya tampil ke depan dan tidak hanya terus menerus menyalahkan presiden sedia ada kerana baginda berada di tampuk kepimpinan kini juga adalah kerana mendapat sokongan daripada ahli gabungan FAM. “Sebenarnya daripada segi statut FAM, memang daripada dulu pun jawatan ini (presiden) dipertandingkan, masalahnya ramai yang takut nak tawarkan diri. “Saya fikir untuk kali ini, harap ada keberanian daripada pihak badan g

Still the one to beat

ON TARGET: Nur Suryani wins gold and Commonwealth Games ticket SHOOTER Nur Suryani Mohd Taibi proved she is still the one to beat after not only bagging yet another gold on the final day of the Tun Tan Siew Sin Trophy but also qualifying for her second event at this year's Glasgow Commonwealth Games.   Representing Armed Forces, Nur Suryani showed the wealth of experience  at her disposal as she revelled in front of a partisan crowd at the Subang Shooting Range to seal victory in the women's 10-metre air rifle individual event with a commendable 205.3 in the elimination format final.   Forces' teammate Shahera Rahim Raja, who recently gave birth to her first child, came a close second with 204.0 while Malacca's Nur Farah Afiqah Mohd Taufekh took the bronze on 180.9.    Nur Suryani's score of 417.3 in the preliminaries also saw her beat the Commonwealth Games qualifying mark of 392 for the discipline.    She had earlier, in the compet

Nur Suryani on fire again in Subang

National shooter Nur Suryani Taibi (left) en-route to winning the women’s 10m air rifle event of the Tun Tan Siew Sin Trophy on Sunday. - IZZRAFIQ ALIAS/ The Star PETALING JAYA: National shooter Nur Suryani Mohd Taibi capped a great run in the Tun Tan Siew Sin Trophy by overcoming a stiff challenge to win her third and fourth gold medal at the Subang Shooting Range. The Armed Forces shooter qualified for Sunday’s final in top spot in the women’s 10m air rifle event with a 417.3 total. Team-mate Shahera Rahim Raja finished second with a score of 413.6. In the final, the sparring partners were once again neck and neck, challenging for the gold medal. However, it was Nur Suryani who managed to hold her nerve to return with a 205.3 total for her third gold. Shahera took the silver with a score of 204.0 while Nur Farah Afiqah Mohd Taufekh of Malacca won the bronze with a score of 180.9. “The competition was very tight coming into the last couple of

Sassy Olivia sashays her way to bronze

Malaysian Olivai Tai Qing Tong clinched bronze in the all-around individual event at the 13th Junior Rhythmic Gymnastics Asian Championships on Sunday. - BRIAN MOH/ The Star KUALA LUMPUR: Malaysian Olivai Tai Qing Tong’s sassy display at the 13th Junior Rhythmic Gymnastics Asian Championships was enough to see her clinch bronze in the all-around individual event. The fifteen-year-old Olivia came out to a cascade of roaring cheers from the gallery at Stadium Putra in Bukit Jalil on Sunday. She returned the favour with a confident performance, scoring 13.75 points (ball), 13.90 (clubs) and 14.05 (hoop) and looked good to land the silver. However, a mistake in the opening of her ribbon routine proved costly as she could only manage 13.95 for a total of 55.65 points to take the bronze. Her score was just 0.20 short of silver medallist Anora Davlyatova of Uzbekistan who scored 14.30 (ball), 14.20, (clubs),

Olivia wins first medal

OLIVIA Tai delivered some cheer to the host contingent when she bagged Malaysia's first medal in the individual all around final at the 13th Asian Junior Rhythmic Gymnastics Championships at the Putra Stadium in Bukit Jalil yesterday.    The Malaysian had entered the final round, ranked second and only missed out on the silver medal eventually by just 0.2 points.   Finishing second was  Uzbekistan's Anora Davlyatova who scored a total of 55.850 points in the four disciplines to Olivia's mark of 55.650. The Malaysian had to settle for the bronze.   Kazakhstan's Yelizaveta Mainovskaya was simply too good as she romped to the gold medal with a total score of 56.250 points.    Despite ranking second after the first two apparatus, the hoop and ball, Olivia faltered slightly in the ball and ribbon, but she hung on to maintain her spot on the podium.    Malaysia team manager Dr Farah Hani Imran said the national squad had thus achieved their targ

Peluang Cerah Untuk Olivia Tai Raih Slot Ke Sukan Olimpik Remaja

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Gimnas negara Olivia Tai Qing Tong mempunyai peluang cerah untuk muncul empat gimnas Asia terbaik melayakkan diri ke Sukan Olimpik Remaja 2014 di Nanjing, China, Ogos ini. Secara keseluruhan, Tai menduduki tempat ketiga selepas bersaing dalam empat disiplin pada pusingan kelayakan individu pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Empat disiplin yang dipertandingkan ialah gelung, belantan, bola dan riben. Di atas kertas, Tai berkongsi kedudukan dengan Nilufar Shomuradova dari Uzbekistan dengan jumlah mata yang sama iaitu 42.150. Keputusan semasa menunjukkan Yelizaveta Mainovskaya dari Kazakhstan menduduki tempat pertama dengan pungutan 42.800 mata dan Anora Davlyatova dari Uzbekistan berada pada kedudukan kedua dengan 42.400 mata. Pengurus pasukan Dr Farrah Hani Imran berkata pihaknya masih menunggu keputusan rasmi daripada Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) berhubung

FAM Launches Anti-Hooliganism Campaign

PETALING JAYA, Feb 22 (Bernama) -- The Football Association of Malaysia (FAM) today launched an anti-hooliganism campaign in a move to curb the social ill in football. FAM deputy president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah said even though several incidents had occurred before, they were considered isolated cases but efforts had to be done so that such violence behaviour did not tarnish the image of the country and football. "The campaign is important to create awareness among spectators at stadiums so that fans come to watch football to support their teams and not to ran foul of the law," he told a press conference after launching the campaign at Wisma FAM here today. In this regard, FAM will put up flags with the anti-hooliganism logo at all Malaysia League matches in the country. For a start, the flags will be displayed during the friendly match between Harimau Malaya (national squad) and the Philippines at Selayang Municipal Council stadium on

Annuar Musa Hopes FAM Affiliate Members Dare To Vie For Post Of President

KUALA LUMPUR, Feb 23 (Bernama) -- Kelantan Football Association (KAFA) adviser Tan Sri Annuar Musa hopes that affiliate members of the Football Association of Malaysia (FAM) will have the guts to offer themselves for the post of president at the annual congress on May 25. He said the post of FAM president could be challenged by any member of its affiliates based on the existing statute, but it did not happen because some of them were worried of being criticised if they failed to carry out their entrusted duties. "This time around, I hope there will be the courageous from among the affiliate members. Not enough just to sigh; if there is someone capable, he should be nominated. "Malaysian football needs a major motivation. The time has come, as we have talked about it for a long time and we have gone through much, but if we return to the same way when the selection comes around, there will be no changes." He said this in response to a recen

Annuar Musa Harap Anggota Gabungan FAM Berani Tawar Diri Rebut Jawatan Presiden

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berharap terdapat keberanian daripada mana-mana anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menawarkan diri merebut jawatan presiden pada kongres tahunan FAM 25 Mei ini. Beliau berkata jawatan presiden FAM boleh dicabar mana-mana anggota gabungan berdasarkan statut sedia ada, namun ia tidak berlaku kerana mendakwa segelintir mereka bimbang mendapat kritikan sekiranya gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan. "Saya fikir untuk kali ini, saya harap akan ada keberanian daripada mana-mana anggota gabungan. Tidak memadai dengan sekadar mengeluh sahaja, kalau ada yang berkemampuan mereka harus dicalonkan. "Bola sepak Malaysia perlukan satu lonjakan yang besar. Masa sudah sampai, bercakap pun sudah lama dan macam-macam sudah kita lalui namun kalau sampai masa pemilihan, kita kembali kepada cara lama, maka tidak akan ada perubahan," katany

MGF gagal lahir pelapis

Kuala Lumpur: Apa sudah jadi dengan sukan gimnastik negara yang semakin senyap dan sepi? Itu persoalan yang dibangkitkan bekas atlet gimnastik negara yang tidak mahu namanya disiarkan. Menyorot kembali kejayaan atlet gimnastik negara sebelum ini di pentas dunia dengan pencapaian terbesar memenangi pingat emas Sukan Komanwel 1998 dalam acara berpasukan wanita, pembangunan sukan itu kini dilihat sepi tanpa munculnya atlet baru berbakat. Menurut bekas atlet itu, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dilihat gagal dalam melahirkan atlet pelapis dengan sehingga kini tiada seorang yang mampu bersaing di peringkat Asia. “Jika sebelum ini, wakil kita ada saja bersaing di peringkat Asia, tapi sekarang tidak ada langsung. MGF benar-benar gagal dalam merancang pembangunan sukan itu. “Apa yang lebih menyedihkan, kejohanan di peringkat tempatan sekarang begitu sedikit tidak seperti dulu. Kalau tidak silap saya, sukan ini menerima peruntukan yang banyak daripada kerajaan

Khe Wei banking on German touch

Woon Khe Wei getting some much needed attention from National Sports Institute physiotherapist Sandra Fiedler. – GLENN GUAN / The Star KUALA LUMPUR: Women’s doubles shuttler Woon Khe Wei is banking on the German touch to do wonders for her in the back-to-back German Open Grand Prix Gold and All-England tournaments. Khe Wei, who came out of an ankle injury last year, has been depending on the faithful service of National Sports Institute (NSI) physiotherapist Sandra Fiedler from Germany to maintain her condition ahead of the two big events in Europe. The 23-year-old Khe Wei will be partnering Vivian Hoo in the German Open Grand Prix Gold starting on Wednesday and the All-England in Birmingham from March 4-9. It has been exactly a year since Khe Wei has been free of any serious injuries. In fact, she has been riding high with Vivian since reaching the quarter-finals of last year’s All-England, which was her first tournament in five months. Pri

Arul pilih 22 pemain terbaik

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki remaja negara Arul Selvaraj perlu membuat keputusan tepat memilih 22 pemain terbaik sepanjang saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) untuk dipanggil menyertai kem negara buat kali pertama dalam usahanya membentuk skuad baru. Bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan itu nyata kesuntukan masa untuk memilih barisan pemain terbaik dan atas faktor itu, beliau perlu membuat keputusan bijak. “Memang jika mengikut perancangan awal saya nak pilih seramai 40 hingga 45 pemain sebelum mengurangkannya kepada 25 hingga 30. “Tapi saya sudah tiada masa untuk melakukan proses pemilihan seperti itu kerana perlu membentuk pasukan seawal mungkin. Sebab kami akan menyertai saingan Divisyen 1 (Liga Hoki Malaysia) bulan depan. “Saya akan memilih 22 pemain daripada penilaian dalam saingan liga dan tiga lagi pemain berdasarkan pemilihan di luar liga untuk menjadikan keseluruhan 25 pemain,” katanya ketika dihubungi semalam. Arul berkata, denga

This is your time to shine, Malaysian gymnasts told

Malaysian gymnast Chan Mei Thung leads her team-mates in training, a day before the 13th Junior Rhythmic Gymnastics Asian Championships begins. Overlooking their progress is coach Eriko Akebayashi. – ART CHEN / The Star KUALA LUMPUR: Seize the moment, it’s your time now. That’s the one thing that team manager and ex-national gymnast Dr Farrah-Hani Imran’s wants the Malaysian contingent to remember when they compete at the 13th Junior Rhythmic Gymnastics Asian Championships which begin Friday at Stadium Putra in Bukit Jalil. With two tickets to the upcoming Youth Olympic Games (YOG) in Nanjing (Aug 16-28) up for grabs, the onus is now on Olivia Tai Qing Tong, Shasangari Sivaneswary, Koh Sei Yan and Shak Yuki (individual category) and Thew Yue Jia, Chan Mei Thung, Adelina Theresa Mathews, Chai Xin Nong, Yap Sin Lu and Loh Xiao Tian (group category) to make all the blood, sweat and tears shed during their months of preparation count. “Anything c

Tak perlu cari pengganti

Kelana Jaya: Jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee tidak bercadang memanggil pemain baru bagi menggantikan penyerang Norshahrul Idlan Talaha yang dikecualikan daripada menyertai latihan pusat skuad kebangsaan. Kim Swee menegaskan beliau tidak berada dalam keadaan terdesak untuk mencari pemain baru lantaran pemain penyerang yang sedia ada mampu menggalas cabaran bagi pertemuan dengan Filipina bagi aksi persahabatan antarabangsa pada 1 Mac ini dan menentang Yaman untuk kelayakan Piala Asia 2015 empat hari kemudian. “Saya tidak akan panggil pemain lain untuk menggantikan Mat Yo (Norshahrul), saya mempunyai pemain penyerang mencukupi. Buat masa ini saya hanya membawa masuk pemain pertahanan Asraruddin Putra Omar bagi menggantikan Mohd Razman Roslan yang mengalami kecederaan hamstring,” katanya ketika ditemui pada hari kedua sesi latihan pusat kebangsaan semalam. Norshahrul mencetuskan kontroversi apabila gagal melaporkan diri kelmarin tanpa surat rasmi untuk memi

16 Pemain Berpeluang Jejak Kaki Ke Old Trafford

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Sebanyak 16 pemain terbaik daripada Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia akan diberi peluang menjalani latihan selama seminggu di Manchester United Soccer School (MUSS) di Old Trafford, England, April ini. Ketua Pegawai Operasi Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling berkata usaha tersebut adalah sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu lebih ramai golongan belia diberi peluang menimba pengalaman bersama kelab bola sepak terkemuka di luar negara. Beliau berkata satu sesi pemilihan akan diadakan pada hari perlawanan akhir kejohanan bawah 19 tahun itu di Stadium Institut Penilaian Negara (Inspen) di Bangi, Selangor, 2 Mac ini. "Kita akan memanggil seorang bekas jurulatih kebangsaan bagi memilih pemain terbaik menerusi beberapa ujian dari segi kecergasan dan kemahiran," katanya kepada Bernama di sini Khamis. Di samping menjalani latihan di MUSS, Ung berkata pemain juga berpe

National Junior Circuit A Good Platform For Young Aspiring Shuttlers To Show Talent

KOTA BAHARU, Feb 20 (Bernama) -- The 2014 National Junior Badminton Circuit here will provide a good platform for aspiring shuttlers in the state to showcase their talents at the national level. Kelantan Badminton Association President Dr Naharuddin Hashim said the four-day tournament that starts on Feb 25, would feature 200 shuttlers from five states, namely Kelantan, Penang, Perlis, Pahang and Perak . Naharuddin said the circuit, the first circuit of the year, would feature four categories - Under-12, Under-14, Under-16 and Under-18, He therefore urged young and talented shuttlers in the state to seize the opportunity to earn recognition, he told reporters here at the The Reds Warriors Cafe (TRW), here, today.

Kim Swee Irked By Norshahrul's Absence From Centralised Training

PETALING JAYA, Feb 19 (Bernama) -- The absence of National striker Norshahrul Idlan Talaha at the National team's first day of centralised training without any official reason has irked National coach Datuk Ong Kim Swee. Kim Swee said as a professional, Norshahrul should have reported for training on the first day because this is not the first time he has been called up for National team training. "In fact he must be the early one to report for training. He must give us the reason for his absence officially and not by word of mouth," he told reporters when met at the FAM Field at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, today. Among players who reported for training today are Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Farizal Marlias, Mohd Safee Sali, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Khairul Fahmi Che Mat and Mohd Badhri Mohd Radzi while Mohd Amri Yahyah had opted to attend to personal problems. "Amri had informed me that he would n

Ketiadaan Mat Yo Pada Hari Pertama Sesi Latihan Jadi Tanda Tanya

PETALING JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Ketiadaan kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada sesi latihan hari pertama skuad Harimau Malaya hari ini di padang latihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tanda tanya. Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata sebagai pemain profesional, Norshahrul sepatutnya melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan. "Ini bukan kali pertama beliau dipanggil dalam skuad kebangsaan, sepatutnya beliau lapor diri dulu. Beliau perlu memberikan surat rasmi (tidak hadir latihan) bukan secara lisan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang FAM, Kelana Jaya di sini. Antara pemain skuad Harimau Malaya yang melapor diri hari ini ialah Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Farizal Marlias, Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Mohd Radzi. Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang keba

FAM Kuat Kuasa Haram Suar Dan Larangan Bawa Kayu Ke Dalam Stadium

PETALING JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan serta merta pengharaman suar dan larangan membawa kayu ke dalam stadium dalam saingan Liga Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM Datuk Salleh Mat Rasid berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi penguatkuasaan itu. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM kali pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini, beliau berkata kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di setiap stadium bagi melakukan pemantauan. "Suar adalah alat yang menyalahi undang-undang, dengan adanya CCTV kerja pemantauan lebih fokus. Kayu yang digunakan pada sepanduk juga berbahaya kepada keselamatan orang ramai. "Pihak polis sentiasa mendapatkan risikan dari semasa ke semasa dan kita juga sedang mencari siapa yang membawa barang tersebut (suar)," katanya. Salleh juga menyarankan kepada

LTdL: Pasukan Benua KSPO Dari Korea Selatan Tarik Diri

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pasukan benua KSPO dari Korea Selatan telah menarik diri daripada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 selepas pelumbanya Youm Jung Hwan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa latihan di Seoul, hari ini. Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata pasukan KSPO itu membuat keputusan itu sebagai tanda menghormati mendiang Jung Hwan. Beliau berkata penyelaras pasukan tersebut Jae Yoo telah memaklumkan keputusan pasukan itu kepada sekretariat LTdL dan pihaknya tidak akan mendapatkan pasukan gantian. LTdL 2014 akan bermula dari 27 Feb hingga 8 Mac sejauh 1,506.5km meliputi 10 peringkat yang bermula di Langkawi dan berakhir di Kuala Terengganu. "Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Jung Hwan dan pasukan KSPO. Ini adalah kehilangan besar untuk sukan berbasikal Asia dan juga kepada perlumbaan ini," kata Emir dalam kenyataan di sini. "Sebagai tanda hormat, kita juga tidak akan menggantikan

TSG Hoping For Local Riders To Spring A Surprise Or Two At LTdL 2014

KUALA TERENGGANU, Feb 18 (Bernama) -- The country's only professional cycling outfit, Terengganu Cycling Team (TSG) has vested its hopes on six experienced riders to chart its fortune in the Le Tour de Langkawi 2014 (LTdL 2014) which starts next week. The LTdL 2014 which is the 19th edition, starts from Feb 27 to March 8 and covers a distance of 1,506.5km throughout the 10 stages - starting from Langkawi to its final destination in Kuala Terengganu. TSG's chief executive officer Rozali Salleh said the six riders, all locals, would be spearheaded by Anuar Manan. The others in the squad are Muhammad Adiq Hussaini Othman, Mohd Harris Salleh, Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin and Mohammad Saudi Mat Senan. "We are not using any import riders so as to give local riders an opportunity to prove their mettle and probably create a surprise or two, God willing," he told Bernama Tuesday. The race is sanctioned by the International Cycling Union (UCI) as

LTdL 2014: TSG Sandar Harapan Kepada Enam Pelumba Berpengalaman

KUALA TERENGGANU, 18 Feb (Bernama) -- Pasukan profesional Terengganu Cycling Team (TSG) menyandar harapan kepada enam pelumba berpengalaman dalam menghadapi cabaran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 yang bermula Khamis ini. Ketua Pegawai Eksekutif TSG Rozali Salleh berkata enam pelumba tempatan itu diketuai pelumba sensasi Anuar Manan. Pelumba lain terdiri daripada Muhammad Adiq Hussaini Othman, Mohd Harris Salleh, Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin dan Mohammad Saudi Mat Senan yang masing-masing mempunyai kelebihan sama ada dalam mendaki bukit, memecut dan di jalan landai. "Kami tidak menggunakan khidmat pelumba import tetapi menggunakan pelumba tempatan yang dirasai mampu membuat kejutan pada kejohanan kali ini," katanya kepada Bernama. LTdL 2014 bermula dari 27 Feb hingga 8 Mac sejauh 1,506.5 km meliputi 10 peringkat yang bermula di Langkawi dan berakhir di Kuala Terengganu. Rozali berkata para pelumba baru selesai menjalani latihan selama semingg

Chong Wei Dalam Undian Strategik Merampas Gelaran Juara All-England 2014

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada dalam undian strategik untuk merampas kejuaraan All-England 2014 yang akan berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham, England pada 4-9 Mac depan. Menurut undian yang dikeluarkan Badminton World Federation (BWF), Chong Wei turun selaku pemain pilihan utama dijangka akan membuat perhitungan semula dengan juara bertahan Chen Long dari China pada final. Dalam undian kejohanan tersebut Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand pada perlawanan pusingan pertama. Kemudian beliau dijadual akan menentang rakan sepasukan Chong Wei Feng atau Marc Zwiebler dari Jerman pada pusingan kedua sebelum berdepan dengan pencabarnya Du Pengyu dari China yang turun selaku pemain pilihan ketujuh dalam saingan suku akhir. Bagaimanapun Du Pengyu dijangka akan menerima saingan sengit daripada pemain muda yang sedang meningkat naik Kento Momota dari

Gimnastik Asia, Jadi Medan MGF Intai Slot Ke Olimpik Remaja

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 yang bermula Jumaat ini di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, bakal menjadi medan terbaik atlet gimnas muda negara meraih slot tunggal ke Sukan Olimpik Remaja 2014 di China, Ogos depan. Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) A. Razak Mat Amin berkata, kejohanan yang melibatkan penyertaan 16 negara Asia itu menawarkan empat slot ke Sukan Olimpik Remaja 2014, iaitu tiga gimnas terbaik dalam acara individu selain acara berkumpulan. "Kita akan mempertaruhkan 10 gimnas pada kejohanan kali ini di mana empat orang akan bertanding dalam acara individu manakala selebihnya akan bersaing dalam acara berkumpulan. "Saya berkeyakinan bahawa barisan gimnas negara mampu memberikan persembahan cemerlang memandangkan setiap negara Asia yang layak ke temasya sukan itu nanti hanya dibenarkan menghantar satu wakil," katanya. A. Razak berkata demikian kepada pemberita selepas