Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Pandelela and Mun Yee push sport into Olympic programme

By LIM TEIK HUAT KUALA LUMPUR: Thanks to the historic exploits of women divers Pandelela Rinong and Leong Mun Yee at the recent World Championships in Rome, diving has been included in the Road to London Olympic programme. Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek announced the inclusion of diving after the National Sports Council’s (NSC) management board meeting yesterday. Well rewarded: Pandelela Rinong (left) and Leong Mun Yee listening to Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek after receiving their mock cheques yesterday. — RAJA FAISAL HISHAN / The Star. Diving will join badminton, archery and track cycling under the programme. These sports are seen as medal prospects at the 2012 Olympics in London. Shabery also handed a special incentive of RM10,000 each to Pandelela and Mun Yee yesterday for their efforts in securing Malaysia’s first-ever World Championships medal in aquatics. Pandelela-Mun Yee clinched a bronze medal in the 10m platf

Mini Olimpik capai matlamat

Oleh FERZALFIE FAUZI ferzalfie.fauzi@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Walaupun baru dua hari temasya berlangsung, Mini Olimpik sudah mendapat gambaran positif dan dianggap mencapai matlamat sebenar penganjuran kejohanan tersebut. Perkara itu disuarakan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang menganggap fokus asal kejohanan ini adalah untuk memastikan atlet negara terus berada pada tahap terbaik. "Penganjuran ini tidak perlu dijalankan secara besar-besaran, apa yang penting kita dapat menilai tahap persembahan atlet mahupun elit dan pelapis," katanya ketika menyaksikan acara memanah semalam. Jelasnya, keputusan dan pencapaian yang dicatatkan dalam dua acara awal memanah dan badminton semalam serta kelmarin amat memuaskan terutama peningkatan mendadak atlet pelapis. "Ini adalah medan terbaik buat mereka (atlet pelapis) menunjukkan kemampuan yang dimiliki, sebelum ini ada di antara mereka tidak mempunyai peluang beraksi di kejohanan luar ne

Mini Olimpik bukan buang masa: Menteri

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Hasnira Hassan bhsukan@bharian.com.my 'Hutang tertunggak MSN akan dilangsai' PETANDA awal penganjuran Mini Olimpik tampak hambar, bingkas dipertahankan. Jumlah belanja pengendalian mencecah RM1 juta juga dilabel Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sebagai sederhana. Cuma, kajian menyeluruh mengenai penganjuran sulung temasya itu akan dilakukan demi memastikan kelemahan dan kekurangan � terutama perancangan tidak teliti � mampu diperbaiki pada edisi akan datang. "Jika penganjuran hambar, ia boleh diperbaiki pada masa depan. Saya tidak anggap ia sebagai membuang masa ataupun bertindih dengan kejohanan kebangsaan. Belanjanya juga sederhana berbanding penganjuran satu sukan. "Contohnya, penganjuran kejohanan karate-do di Sarawak, baru-baru ini, sumbangan kementerian lebih daripada RM2 juta. Mini Olimpik ini juga kejohanan yang membabitkan penyertaan lebih 1,500 atlit. "

Sasaran realistik

MALAYSIA hanya menyasarkan kutipan antara 30 hingga 35 pingat emas pada Sukan SEA ke-25 di Laos berikutan tindakan tuan rumah menggugurkan banyak acara yang sebelum ini menyumbangkan emas kepada kontinjen negara. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sasaran itu dianggap realistik kerana sebelum temasya tersebut bermula dari 9 hingga 18 Disember depan, Malaysia telah pun kehilangan 32 pingat emas daripada acara yang digugurkan. "Tetapi bukan emas pada Sukan SEA yang dipentingkan. Ini kerana taraf Sukan SEA itu sendiri sejak kebelakangan ini seperti diturun taraf terutama bila tuan rumah lebih berminat mempertandingkan acara sukan tradisional di negara mereka," katanya semalam. Sejak Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur, sasaran di Laos merupakan sasaran terendah kutipan pingat emas bagi Malaysia dalam temasya dwitahunan itu. Untuk rekod, pada temasya 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia mengutip 111 emas, Vietnam 2003 (43), Manila 2005 (61) dan Korat 2007 (68).

Bersedia terima hakikat di Laos - Shabery

KUALA LUMPUR - Lima bulan sebelum Sukan SEA Laos berlangsung peminat sukan tempatan diingatkan supaya tidak terlalu memberi harapan yang tinggi kepada kontinjen negara berikutan 32 sukan yang berpotensi menyumbang pingat emas tidak dipertandingkan. Perkara ini telah disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Mesyuarat Pengurusan Kali Ketiga penggal ke-16 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil semalam. Katanya, kontinjen negara yang bakal diwakili campuran atlet pelapis dan elit perlu bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka akan kehilangan 32 pingat emas dalam kejohanan tersebut. "Kita mempunyai matlamat yang lebih besar berbanding di Laos, enam bulan selepas itu sebahagian atlet akan menyertai Sukan Asia di China termasuk Sukan Komanwel di India," katanya dalam sidang media semalam. Jelasnya, Sukan SEA merupakan kejohanan yang lebih terarah kepada diplomasi sehingga menyebabkan beberapa acara banyak memberi kelebihan kepada tuan rumah.

KBS, MSN 'menyerah awal' sebelum bermula Sukan Sea

Oleh Lukman Salleh lukmsal@bharian.com.my KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) awal-awal lagi sudah mengisytiharkan tidak akan dapat mengulangi pencapaian terbaik kontinjen negara di Korat 2007, pada Sukan Sea XXV di Laos, penghujung tahun ini. Sebaliknya, sasaran sederhana diletakkan dengan antara 30 dan 35 pingat emas berbanding 68 emas pada 2007. Alasan utama untuk 'menyerah awal' oleh KBS-MSN ialah kontinjen Malaysia kehilangan 31 emas yang dimenangi di Korat daripada sukan bola keranjang, bowling, ekuestrian, gimnastik (artistik/gimrama), hoki, lawn bowl, pelayaran, polo, skuasy, terjun, trialtlon dan lumba basikal, yang tidak dipertandingkan di Vientiane dari 9 hingga 18 Disember ini. "Banyak acara yang tidak dipertandingkan pada Sukan Sea di Laos, jadi Lembaga Pengurusan MSN berpendapat fokus pada temasya kali ini adalah sederhana dan juga kemungkinan tidak akan mendapat kedudukan yang tinggi," ka

Terjun taruhan terbaru

Ahmad Shabery (kanan) beramah mesra dengan penerjun negara, Mun Yee (tengah) dan Pandelela selepas menyampaikan replika cek hadiah Shakam di MSN, Bukit Jalil semalam. KEJAYAAN dua penerjun negara, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Rom, Itali dua minggu lepas melayakkan mereka menyertai 17 atlet elit yang lain dalam program 'Road to London 2012'. Terjun kini menjadi acara tumpuan negara pada Sukan Olimpik, selain berbasikal, memanah dan badminton yang sebelum ini dipilih sebagai acara yang mampu meraih pingat emas pertama bagi Malaysia dalam sejarah temasya sukan paling berprestij di dunia itu. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengumumkan perkara tersebut berkata, kemasukan acara terjun sebagai sukan tumpuan ke Olimpik menunjukkan keterbukaan kementerian itu dalam pemilihan sukan dan atlet elit ke London. "Walaupun sebelum ini, cuma 17 atlet dari sukan berbasikal, memanah dan badminton tersenarai seb

Terjun diselitkan dalam RTL 2012

Oleh FERZALFIE FAUZI ferzalfie.fauzi@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Kejayaan dua atlet terjun negara, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong Pamg di Kejohanan Dunia FINA Ke-13 membolehkan acara itu turut dimuatkan dalam program Road To London (RTL) 2012 bersama badminton, lumba basikal dan memanah. Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas menyerahkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan kepada dua atlet tersebut di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil semalam. Menurutnya, kehebatan dua atlet terjun itu mencatat kejayaan di peringkat antarabangsa membolehkan acara terjun turut tersenarai dalam program tersebut. "Mereka mencatat kejayaan luar biasa di di Rome dan ia merupakan kejayaan sulung atlet terjun di kejohanan tersebut menyingkirkan atlet negara lain yang lebih hebat seperti Kanada, Australia, Jerman dan Rusia," katanya. Jelasnya, program yang dijalankan khas buat atlet yang mempunyai potensi untuk menyinar di Sukan Olimpik 201

Imbuhan berganda buat penerjun gangsa

Oleh Lukman Salleh lukmsal@bharian.com.my MUN yee (kanan) dan Pandelela memperaga replika cek yang diterima, semalam. INSENTIF berganda buat penerjun sensasi wanita negara, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong apabila disenaraikan dalam program elit Majlis Sukan Negara (MSN) - Road To London 2012 - hasil kecemerlangan memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Akuatik Dunia di Rome, minggu lalu. Selain disenaraikan antara 19 atlit elit program itu, bersama-sama atlit dari sukan badminton, lumba basikal dan memanah, kedua-dua penerjun berkenaan juga menerima imbuhan RM10,000 setiap seorang di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) MSN. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kemasukan Mun Yee dan Pandelela adalah sebagai pengiktirafan serta keyakinan dengan kemampuan mereka untuk mencipta kejutan di Sukan Olimpik 2012 seperti yang mereka lakukan di Rome. “Berdasarkan kecemerlangan dan kejutan yang dicipta Mun Y

Nicol mudah mara ke separuh akhir

Nicol Ann David mudah mengalahkan Kasey Brown (kanan) pada saingan suku akhir Terbuka Malaysia CIMB di The Curve Damansara, malam tadi. - UTUSAN/Asmaruddin Jamaluddin PETALING JAYA - Pemain skuasy No. 1 wanita dunia, Datuk Nicol Ann David tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir perseorangan wanita skuasy Terbuka Malaysia selepas menang mudah dalam suku akhir, semalam. Pada perlawanan yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara itu, Nicol yang juga pilihan pertama kejohanan mudah menewaskan pemain Australia, Kasey Brown 11-4, 11-8, 11-3 dalam masa 32 minit. Kejayaan pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut disaksikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Di separuh akhir yang bakal berlangsung di tempat sama pada pukul 7.30 malam hari ini, Nicol akan menentang pemain No. 3 dunia kelahiran Australia, Natalie Grinham yang mewakili Belanda. Natalie mara selepas diheret bermain selama 53 minit sebelum menang ke atas pemain Ireland, Madeline Perr

Fazli aibkan pemanah Olimpian

Oleh Hasnira Hassan niera@nstp.com.my JAGOAN baru (dari kiri) Fazli Hisham, Haziq dan Aiman memperaga pingat masing-masing. PEMANAH pelapis elit, Fazli Hisham Fauzi menjadi permata baru sukan memanah apabila meraih emas berganda selepas menguasai acara berpasukan dan individu recurve lelaki pada hari terakhir pertandingan memanah Mini Olimpik, semalam. Pemanah berusia 19 tahun itu, mempamerkan kejaguhannya apabila menewaskan seniornya, Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz 109-99 pada perlawanan akhir acara individu untuk meraih emas pertama. Gangsa dimenangi Cheng Chu Sian yang menewaskan Nazrin Aizad Mat Nasir 106-104. Fazli Hisham kemudian berganding bersama Haziq Kamaruddin dan Aiman Hafizuddin Kamarzaman � dalam Trio D pada acara berpasukan untuk menewaskan Trio B, Mohd Zulkifli Tahil, Muhd Fareez Rosli dan Mohd Amirulfaiz Khairul, 214-207 bagi emas keduanya. "Saat ini, memang saya seronok kerana pada mulanya saya agak gem

Jaguh badminton tepati ramalan

Oleh RADIAH SAORI radiah@kosmo.com.my CHONG WEI (tengah) muncul juara perseorangan lelaki Mini Olimpik di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. SEPERTI diramal, pemain-pemain badminton elit negara mendominasi perlawanan akhir temasya sulung Mini Olimpik di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. Pemain perseorangan lelaki dan wanita No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo menepati ramalan apabila menjuarai kategori masing-masing. Chong Wei mudah menundukkan juara Seluruh England 2003, Muhd. Hafiz Hashim 21-17, 21-10 manakala Mew Choo menang 24-22, 21-17 ke atas pemain muda, Lydia Cheah. "Mini Olimpik merupakan sebahagian daripada persiapan ke Kejohanan Dunia yang menjadi sasaran utama saya tahun ini," kata Chong Wei. "Saya menjalani latihan yang cukup ketat sejak beberapa minggu lepas semata-mata untuk persediaan ke India. Begitupun, dengan penyertaan pada Mini Olimpik, saya kini sudah mula merasakan suasana kejohanan meskipun masih belum seratus peratus. &

Fairuzizuan, Zakry tidak serasi, tiada kesefahaman

KUALA LUMPUR - Beregu No. 2 negara, Mohd. Fairuzizuan Tazari mendedahkan betapa dia dan pasangannya, Mohd. Zakry Abdul Latif berdepan masalah besar menjelang Kejohanan Badminton Dunia di India, bulan depan - tiada sefahaman dan keserasian. Akui Fairuzizuan, kombinasi yang sudah lebih 2 tahun dibentuk itu kini berdepan krisis yang perlu diatasi segera sebelum berlepas ke Hyderabad, Sabtu depan. Bagaimanapun dia menegaskan, ia bukan masalah peribadi, cuma krisis permainan yang sehingga kini masing-masing tidak tahu di mana puncanya. "Saya sedar bahawa kami tiada sefahaman dan keserasian setiap kali beraksi, kami seperti membuat hal masing-masing apabila berada di atas gelanggang, Zakry dengan permainannya dan saya dengan permainan saya. "Saya dan Zakry sudah menyedari perkara ini, malah jurulatih kami (Rexy Mainaky) juga telah menyuarakan kebimbangan mengenainya, ia perlu diatasi sebelum kami berlepas ke India. "Saya dan Zakry bersetuju untuk berbincang dari hati ke h

Ambarasi kejar cita-cita ke Olimpik

Anbarasi Subramaniam (kiri) berkongsi kemenangan bersama rakan-rakan pemenang pingat emas kategori Wanita Berkumpulan pada Temasya Mini Olimpik 2009 di Bukit Jalil, semalam. KUALA LUMPUR - Walaupun hanya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Mini Olimpik, atlet pemanah negara, S. Ambarasi menganggap ia adalah persediaan awal untuk mencapai misinya berjaya layak ke Sukan Olimpik 2012. Atlet elit itu berjaya menewaskan rakan sepelatih, Noor Aziera Taib dalam acara recurve wanita individu, 106-104 untuk merangkul pingat emas di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil semalam. "Saya memang memasang impian untuk layak ke Sukan Olimpik dan ini merupakan persediaan awal saya bagi memenuhi cita-cita tersebut," katanya. Bagi Aziera pula dia sudah mengerah keringat untuk memberikan persembahan terbaik bagaimanapun gagal untuk menewaskan Ambarasi. "Saya gagal untuk mengatasi Ambarasi tetapi saya tetap berpuas hati mampu mara ke saingan akhir," katanya. - UTUSAN

Hafiz cemerlang, Chong Wei gah

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Khairil S Iswan bhsukan@bharian.com.my Sentuhan Hendrawan buat pemain nombor satu dunia mandi peluh TAHAP aksi Hafiz Hashim yang lebih menyengat jadi tumpuan biarpun Lee Chong Wei akhirnya tetap mengungguli perseorangan lelaki acara badminton Mini Olimpik di Stadium Juara, semalam. Hafiz, selepas dua minggu dilatih pengendali dari Indonesia, Hendrawan, mempamer tentangan sengit pada set awal sebelum kecundang 17-21. Chong Wei bagaimanapun jelas pada kelas lebih tinggi ketika menang 21-10 di set kedua. Peningkatan Hafiz itu, terutama kekerapannya menggunakan taktik lebih menyerang, diakui sendiri Chong Wei, yang dituntut mempamer tahap terbaiknya. "Saya mempunyai kelebihan daripada segi kelajuan, tetapi jika Hafiz meneruskan persembahan seperti hari ini (semalam), saya yakin dia pasti akan mampu kembali kepada tahap prestasi tertingginya," kata Chong Wei. Tiada kejutan juga berlaku pada final perseorangan wani

Skuad bowling wanita gagal menyerlah

SKUAD bowling wanita negara tergelincir daripada saingan merebut pingat dalam acara beregu apabila semua tiga gandingan menamatkan kelayakan di luar empat teratas separuh akhir di Las Vegas kelmarin. Beregu terbaik negara, Siti Safiyah Amirah Abd Rahman dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi sekadar berada di tempat ke-16 dengan 2,500 jatuhan pin, 70 pin di belakang pasangan di tempat keempat dari Australia, Ann Maree Putney dan Carol Gianotti. Selepas itu, Sharon Koh dan Wendy Chai menyusul di tempat ke-17 dengan 2494 manakala pasangan yang menjadi sandaran, Esther Cheah-Shalin Zulkifli di tempat ke-24 (2,452). Gandingan Korea Selatan, Son Yun-hee dan Hong Su-yeon unggul dengan 2,616 diikuti rakan senegara, Hwang Sun-ok dan Gang Hye-eun, tiga pin di belakang manakala beregu Denmark, Anne Gales-Rikke Holm Rasmussen di tempat ketiga dengan 2,608.

Petronas hormati keputusan BMW Sauber

KUALA LUMPUR - Keputusan pasukan Formula Satu (F1) BMW Sauber untuk menarik diri daripada perlumbaan berprestij F1 pada penghujung musim 2009 kelmarin sudah disampaikan secara rasmi kepada penaja premium pasukan tersebut, Petronas, oleh Kumpulan BMW semalam. Petronas melalui unit sukan bermotor mereka, Petronas Motorsports dalam kenyataan balas mengenai isu itu berkata, mereka menghormati keputusan yang diambil namun akan terus mengambil bahagian dalam arena sukan bermotor secara global. "Kami menghormati keputusan yang diambil oleh Kumpulan BMW dan perkongsian strategik dalam F1 bersama-sama pasukan BMW Sauber diwujudkan bagi membolehkan objektif pemasaran Petronas melalui peningkatan penjenamaan premium, perolehan kepakaran teknologi termasuk kemampuan usaha pembangunan dalam pelbagai bidang serta mencari peluang perniagaan. "Kerjasama berkenaan telah berjaya meletakkan jenama Petronas di seluruh dunia dan hasilnya kami memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi yang

Pengalaman perit buka pintu hati

MELALUI jerit perih pengalaman hidup sebagai atlit membuatkan bekas pelari negara, Noorul Arrifin Abdul Majeed tidak berfikir ‘dua kali’ untuk menyertai kempen 1Ringgit 1Malaysia bagi membantu golongan rakan seperjuangannya. Bagi membuktikan kesungguhannya terhadap kempen anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb), bekas pelari 3,000 meter berhalangan negara itu, menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada Pengurus Besarnya, Md Razib Md Shah. “Saya akan meletakkan dua tabung di restoran saya iaitu Restoran Seri Mahkota di Sentul dan Puchong. Saya terpanggil menjayakan kempen ini kerana saya juga bekas atlit dan punya pengalaman itu suatu masa dulu,” kata Pengerusi Pendaftar Kenderaan Klasik Wilayah Tengah (Malaysia dan Singapura) yang nyata gembira apabila nasib bekas atlit dan atlit masih aktif terus dibela. Sementara itu, Naib Presiden Majlis Peguam Negara, Lim Chee Wee, berkata pihaknya akan mengadakan kempen minggu depan dengan meletakkan tabung

Anuar Manan juara terbuka Perlis 2009

KANGAR - Pelumba negara, Mohd. Anuar Manan muncul juara keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2009 yang berakhir di sini semalam. Walaupun sekadar di tangga keempat pada hari ketiga atau terakhir kejohanan, namun juara keseluruhan tetap menjadi milik pelumba berusia 23 tahun dari Terengganu itu. Anuar memastikan gelaran tersebut kepunyaannya selepas mencatatkan masa 15:02: 38 saat, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat, Nguyen Mai Hung dari Vietnam selaku naib juara dengan kelebihan empat saat di depan sementara pelumba dari Qatar, Madani Abdel Malek menduduki tangga ketiga dan Yusop Abrekov (ke-4).

Pertembungan prestij

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR fakhrul@kosmo.com.my JADI REBUTAN... Devan (kiri) dan Robby (kanan) memegang Piala Selangor pada sidang media di Kelana Jaya semalam. PERLAWANAN bola sepak jemputan Piala Selangor 2009 di Stadium Shah Alam malam ini bakal menjanjikan aksi hebat. Ini kerana dua pasukan dari dua negara berjiran, Malaysia dan Indonesia bakal berentap memburu kejuaraan. Tatkala Selangor tampil selaku juara Liga Super dan Piala FA musim ini, Persib Bandung pula merupakan pemenang tempat ketiga Liga Super Indonesia (LSI) musim lalu. Jurulatih Selangor, K. Devan yakin anak-anak buahnya masih berada dalam prestasi terbaik selepas mereka membelasah PDRM 6-1 dan Pahang 5-1 pada dua aksi terakhir Liga Super minggu lalu. "Kita berada pada prestasi terbaik ketika ini ditambah pula kehadiran Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy yang akan menguatkan lagi kesebelasan utama Selangor. "Kita tetap menghormati Persib Bandung kerana mereka memiliki penjaring terbanyak musim lalu (Christ

KOAM tak faham aspirasi MSN'

HASRAT Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk terus menghantar 374 atlitnya ke temasya Mini Olimpik menunjukkan pucuk pimpinan kesatuan itu tidak memahami aspirasi Majlis Sukan Negara (MSN) yang mahukan atlit terbaik sahaja menyertai kejohanan itu. Pemangku Ketua Pengarah MSN, Jalil Abdullah berkata Mini Olimpik bukan satu kejohanan peringkat kebangsaan di mana semua atlit termasuk pelapis boleh menyertainya. "Sejak awal lagi, MSN menegaskan Mini Olimpik adalah kejohanan bagi atlit yang mempunyai ranking terbaik di negara ini, selaras dengan nama Olimpik itu sendiri. “Mengapa tujuh persatuan lain faham tetapi KOAM tidak faham peraturan asas itu?" katanya. Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim sebelum ini dilaporkan tetap bertegas mahukan semua 378 atlit menyertai Mini Olimpik dan sebarang kekurangan peruntukan daripada MSN akan ditanggung sendiri oleh kesatuan itu. Tujuh acara lain yang dipertandingkan pada Mini Olimpik yang bermula semalam sehingga 9 Ogos ini ialah b

MOM belum pasti jumlah atlet

Oleh RADIAH SAORI radiah@kosmo.com.my " MASIH terlalu awal untuk memutuskan jumlah atlet yang akan diletakkan di bawah kategori A ke Sukan SEA Laos." Demikian pandangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam. Menurut Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, meskipun sudah menyenaraikan beberapa atlet untuk diletakkan dalam kategori A, namun mereka masih belum menutup peluang kepada atlet-atlet lain sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 26 Oktober nanti. "Sejak dua hari lalu berrmula semalam (kelmarin), kami sudah mengadakan pertemuan dengan semua 20 persatuan yang akan mengambil bahagian pada Sukan SEA di Laos tahun ini," kata Kok Chi. "Daripada pertemuan itu, kami telah membuat keputusan mengenai senarai atlet yang akan diletakkan dalam kategori A dan B. "Namun, senarai tersebut sebenarnya masih belum muktamat. Atlet-atlet yang diletakkan dalam kategori B masih berpeluang untuk membuktikan keupayaan masing-masing pada kejohanan-kejohanan yan

Taekwondo: OCM in sticky situation over sport exclusion

2009/07/30 THE Olympic Council of Malaysia (OCM) has found itself in a controversy of its own making over the purported exclusion of national taekwondo exponents from the Laos Sea Games in December. OCM honorary secretary Datuk Sieh Kok Chi was reported to have said on Tuesday a decision was reached by OCM not to send taekwondo to the Games due to the absence of a governing body for the sport in the country. But this was at odds with the stance of the ad hoc committee temporarily governing the sport nationally as they work on putting the Malaysian Taekwondo Association's (MTA) house in order. The committee is chaired by OCM president Tunku Imran Tuanku Ja'afar, prompting Malaysia Taekwondo Federation deputy president Datuk Sam Mannan to round on Kok Chi for "speaking out of turn". "If this is a collective decision made by OCM, then we would have to appeal. But if it is a personal statement by Datuk Sieh, then this remark is c

Sukan SEA Laos: Sepak takraw bertanding bawah kategori A

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD hafiz.ahmad@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Skuad elit sepak takraw lelaki negara kini boleh menghela nafas lega selepas terlepas daripada senasib dengan skuad bola sepak, apabila disenaraikan di bawah Kategori A untuk ke Sukan SEA Ke-25 di Laos, Disember ini. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merestui pemergian anak buah Haris Abd. Rahman ini ke Laos di bawah pembiayaan sepenuhnya sekalipun dikritik hebat gara-gara dikejutkan Indonesia, Vietnam dan Korea Selatan dalam Kejohanan Dunia Piala Malaysia dan Piala Raja Thai dari Mei hingga awal bulan ini. Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi memberitahu perkara itu ketika dihubungi Utusan Malaysia selepas mesyuarat pengesahan penyertaan kontinjen negara itu, semalam. "Hanya skuad sepak takraw wanita yang perlu membayar sendiri perbelanjaan ke Sukan SEA di bawah Kategori B, skuad lelaki pergi dengan Kategori A,'' katanya. Kelmarin, MOM meluluskan skuad bola sepak di bawah Kategori B, malah tidak mend

'Mini Olimpik hilang serinya'

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Muhammad Khairil S Iswan bhsukan@bharian.com.my Misbun: Tak mampu beri motivasi Rexy: Terlalu hampir kejohanan utama ADA 'ramuan yang hilang' daripada pentas Mini Olimpik ketika pemain terperangkap dalam situasi gagal menyerlahkan persembahan terbaik pada hari pertama saingan badminton temasya itu, semalam. Penilaian itu disuarakan jurulatih negara, Misbun Sidek, ketika ditanya wartawan mengenai situasi kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Kiara selama dua hari itu. Misbun berkata, padanya, ia umpama berlatih dalam suasana kejohanan kerana penganjurannya dilihat kurang daya tarikan, selain tidak mampu memberi motivasi yang kuat kepada pemain untuk memberikan cabaran pada tahap tertinggi. “Masih ada yang perlu diperhalusi oleh penganjur terutama bagi menambahkan tarikan itu kerana kebanyakan pemain tidak mempamerkan kemampuan sebenar mereka. “Bagi pemain yang berada pada tahap tertin

Lawn bowls: Azim catching up

Devinder Singh AZIM Azami Ariffin could soon rival World No 1 Safuan Said after winning bronze in the men's singles at the Champion of Champions tournament in Aberdeen, Scotland, on Monday. Azim equalled Safuan Said’s third place finish in the same event last year. National singles champion Azim equalled Safuan's third place finish in the same event last year and his feat will enable him to join his illustrious teammate in the top-10 of the next world rankings list. Azim ended the preliminary round with an 8-3 record to finish second in his section before beating Roger Jones of Wales 8-3, 8-6 in the quarter-finals. But Azim was out of his depth in the semi-finals, losing 11-1, 11-1 to Scotland's Wayne Hogg, who in turn lost in the final against Brett Wilkie of Australia 12-3, 11-9. Ku Nur Hazirah Ku Yaacob, a surprise winner of the national championships, was unable to make the same impact in the women's singles, ending her preliminary

Australia give Malaysia a thumping

KUALA LUMPUR: Australia hammered Malaysia 11-3 in the opening match of the three-nation hockey series at the National Hockey Centre in Canberra yesterday. It was a big letdown by the Malaysians who, just two days ago, had edged the Australians 1-0 in the second Test in Adeleide. The Australians raced into a 9-1 half-time lead yesterday before condemning Malaysia to one of their worst defeats ever. Malaysia, who will play Canada on Saturday, got their goals through Faisal Saari, Nabil Fiqri and Nor Hafifihafiz. Today, the Malaysians will play Australia A, which is a development team. The result of this match will not count towards the tournament’s standings.

Rizal goes the extra mile on the highway

By LIM TEIK HUAT PETALING JAYA: National track cyclist Rizal Tisin (pic) has been pushing himself hard over the last few weeks, covering a punishing distance of 100km on the Putrajaya Highway. But what’s a track cyclist doing on the highway? The answer may come as a surprise because Rizal is now gearing up for a new track discipline – the 4km individual pursuit with a possibility of contesting it at the Asian Games in Guangzhou next year. It will be a different training regimen altogether for Rizal, who bagged a first-ever bronze medal for Malaysia in the 1km time trial at the World Championships in Poland in March. The 1km time trial is a sprint race against the clock while the 4km individual pursuit sees two riders starting at the same time from opposite sides of the track in a bid to complete the distance in the fastest time. Rizal, already a holder of a prized World Cup gold medal and the Asian record holder after three years of dabbling in the 1km time trial,

Indonesian Cyclist Dominates Second Round Of Perlis Open Tour

KANGAR, July 29 (Bernama) -- Indonesian cyclist, Herwin Jaya, dominated the second round of the Perlis Open Tour 2009 over 217.7KM here Wednesday. The 24-year old cyclist representing Polygon Sweet Nice team took 5:20.19s to leave the competition in his wake. National cyclist, Ahmad Fallanie Ali, two seconds behind Herwin, had to settle for second spot with a time of 5:20:21s. Third was Terengganu's Mohd Sharul Mat Amin with 5:21:48s. Uzbekistan cyclist, Viadimir Tuychiev, who chalked up 5:23.18s was in fourth place while the Philippines' Dante Cagas took fifth placing with a time of 5:24.10s. The tour has more than 70 cyclist from 16 teams cycling along the main roads of Perlis and Kedah beginning at Taman Merdeka, Kangar and ending at Batu 16, Jalan Kaki Bukit near here. -- BERNAMA

Bowling: Inability to spare costs Siti dear

2009/07/30 Ajitpal Singh IF only Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman had spared her final frame on Tuesday, the teenager would have made the singles semi-finals of the Women's World Championships in Las Vegas. Siti Safiyah, who won this year's World Ranking Masters, started on the wrong foot, recording sub-par games of 176 and 198 in the opening two games. However, the 19-year-old accelerated her pace with lines of 214, 279 and 194, in the following three games. Siti Safiyah was on track for a podium finish as she reeled in seven consecutive strikes in her final game. A light pocket delivery, however, resulted in a three-six split and that ended her chance for a spot in the semi-finals. She finished sixth overall with a 1,327 total, just 18 pins short of fourth placed Krista Pollanen of Finland. The United States' Stefanie Nation finished on pole with 1,361 followed by Mexico's Sandra Gongora (1,357) and Denmark's An

Bowler Siti is Malaysia’s top performer in Las Vegas

By RAJES PAUL KUALA LUMPUR: Debutant Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman stood tall on the opening day of the women’s World Championships although Malaysia fell out of the running for a medal in the singles event at the Cashman Centre in Las Vegas. The 18-year-old Siti hardly showed any sign of nerves when she emerged as the top performer in the Malaysian camp. She finished sixth in a 228-member field after firing lines of 176-198-214-279-194-266 for a six-game total of 1,327 on Tuesday. She missed the top four cut by only 18 pins. Only the top four qualified for tomorrow’s semi-finals. Professional bowler Stephanie Nation of the United States lived up to her reputation to lead the fray with a six-game total of 1,361 followed by Mexican Sandra Gongora (1,357), Anja Ginge Jensen of Denmark (1,347) and Finland’s Krista Pollanen (1,345). Cover girls: Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (left) and Zandra Aziela Ibrahim Hakimi posing at the World Championships in Las Vegas.

Kejutan landa pemain beregu

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Muhammad Khairil S Iswan bhsukan@bharian.com.my DUA beregu harapan negara ke Kejohanan Badminton Dunia, dua minggu lagi - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif - jadi mangsa kejutan pada hari pertama saingan Mini Olimpik, semalam. Kien Keat-Boon Heong, pilihan utama temasya sulung itu, gagal mara ke pertentangan kemuncak, hari ini, selepas dijinakkan gandingan veteran, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng 21-19, 21-17 di separuh akhir. Nasib Fairuzizuan-Zakry lebih buruk apabila tersingkir pada perlawanan pertama selepas dikejutkan gandingan muda negara, Goh Wei Shem-Vountus Indra Mawan 21-18, 21-14. Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky, bagaimanapun tidak bimbang dengan kekalahan itu, kerana percaya masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan sebelum ke Hyderabad. Cuma, gelisah tidak dinafikannya, terutama melihatkan kegagalan Fairuzizuan-Zakry untuk memanfaat kelebihan pengalaman ketika

Chong Wei, Mew Choo Reach Mini Olympics Badminton Finals

KUALA LUMPUR, July 29 (Bernama) -- National shuttlers Datuk Lee Chong Wei and Wong Mew Choo reached their respective men's and women's finals in the inaugural Mini Olympics badminton tournament at the Juara Stadium of the Bukit Kiara Sports Centre here Wednesday. Their journeys to the finals were just walks in the park as they were against less prominent opponents in the quarter-final and semi-final matches. Top seed and World No. 1 Chong Wei, who was this year's Malaysian Open and Malaysian Open Grand Prix Gold champion, beat Mohd Roslin Hashim in straight sets, 21-15, 21-9, in a 20-minute quarter-final match. In the semi-final, Chong Wei, who was the Beijing Olympics silver medallist, outclassed World No. 30 Sairul Amar Ayob, also in straight sets, 21-15, 21-15. In the final tomorrow, Chong Wei will meet Muhd Hafiz Hashim who created an upset in the other semi-final by outpacing second-seeded Wong Choong Hann 21-19, 19-21, 21-18. In the quarter-final match earlier, Haf

Mew Choo iringi Chong Wei

MEW CHOO akan menentang Lydia Cheah pada perlawanan akhir hari ini. DUA pemain badminton No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo masing-masing menempah laluan ke perlawanan akhir acara perseorangan pada temasya Mini Olimpik 2009 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia menepati ramalan selepas mudah menewaskan Sairul Amar Ayob 21-15, 21-5 pada aksi separuh akhir. Lawan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing itu pada perlawanan akhir hari ini ialah bekas juara Seluruh England, Mohd. Hafiz Hashim Hashim sebelum itu dipaksa bekerja keras oleh pemain veteran, Wong Choong Han dalam perlawanan tiga sebelum menang 21-19, 19-21, 21-18. Dalam acara perseorangan wanita, kehebatan Mew Choo selaku ratu No. 1 negara bakal diuji pemain muda, Lydia Cheah. Pada aksi separuh akhir semalam, Mew Choo mudah menundukkan Stephanie Shalini 21-9, 21-14, manakala Lydia menewaskan Sonia Cheah 22-20, 21-16. Begitupun, kejutan berlaku dalam acara ber

Nicol, Beng Hee ke suku akhir

NICOL David mudah menewaskan lawannya dari Belanda, Vanessa Atkinson 11-4,11-5,11-8 pada Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David dan Ong Beng Hee mara ke suku akhir skuasy Terbuka Malaysia CIMB ketika Mohd. Azlan Iskandar tewas kepada lawan dari Mesir, Omar Mosaad dalam saingan awal, semalam. Nicol, pilihan pertama kejohanan mudah melepasi tentangan Vanessa Atkinson dari Belanda 11-4, 11-5, 11-8 untuk menentang pemain bukan pilihan, Kasey Brown dari Australia hari ini. Beng Hee juga menang mudah ke atas pemain senegara, Muhd. Asyraf Azan 11-5, 11-9, 11-5 dan akan berdepan pilihan ketiga, Awel El Hindi dari Mesir. Malang buat pilihan kelima, Mohd. Azlan yang kalah kepada pemain bukan pilihan Omar Mosaad 12-10, 5-11, 1-11, 9-11 dalam masa 56 minit. Nicol yang ditemui berkata, dia dan Vanessa mengetahui corak permainan masing-masing mendorong pemain dari Belanda itu me

KBS Cadang Abadikan Nama Nicol Di Gelanggang Utama Skuasy

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan bercadang untuk mengabadikan nama pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David pada gelanggang utama Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek akan mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet untuk menamakan gelanggang utama di pusat skuasy itu dengan nama Nicol David sebagai tanda penghormatan terhadap ratu skuasy itu. "Perkara seperti ini ada dilakukan di negara-negara lain. Oleh kerana sekarang ini di negara kita ada peraturan yang tidak membenarkan untuk menamakan sesuatu bangunan dengan nama orang yang masih hidup dan sebab itu kita akan buat kertas cadangan kepada kabinet supaya perkara ini dikecualikan," katanya di sini Rabu. Ahmad Shabery berkata cadangan itu tidak keterlaluan memandangkan Nicol merupakan atlet contoh yang mampu mencapai tahap tertinggi dalam acara sukan khususnya di peringkat antarabangsa. Katanya beliau telah memaklumkan ca

Mudah buat Nicol

Oleh Harris Rajahdin harajah@bharian.com.my NICOL David menampilkan persembahan terbaik buat peminat istimewanya, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk melangkah mudah ke suku akhir Terbuka Malaysia CIMB dalam buruan rekod gelaran kelima berturut-turut dalam kejohanan ini. Disaksikan Menteri Belia dan Sukan yang juga aktif bermain skuasy, pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah mengenepikan juara dunia 2004, Vanessa Atkinson, 11-4, 11-5, 11-8 dalam hanya 38 minit di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam. Kemaraannya diiringi Ong Beng Hee yang mengatasi rakan senegara yang beraksi atas tiket wildcard, Muhd Asyraf Azan, 11-5, 11-9, 11-5 manakala Mohd Azlan Iskandar gagal menjadikannya tiga pemain Malaysia ke suku akhir apabila dikejutkan bukan pilihan, Omar Mosaad dari Mesir, 10-12, 11-5, 11-1, 11-9. Sejurus kemenangannya, Nicol dikejutkan dengan khabar gembira inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk menamakan gelanggang tengah di

CIMB Malaysian Open: Nicol cruises past former world champ

Devinder Singh WHAT was expected to be an explosive affair turned into a tame match for Nicol David in the first round of the CIMB Malaysian Open at the National Squash Centre in Bukit Jalil yesterday. Nicol David (right) stretches for a shot as Vanessa Atkinson looks on in their first round Malaysian Open match yesterday. Nicol won 11-4, 11-5, 11-8. — Pic: KHALID REDZA Nicol cut lanky Vanessa Atkinson, the former world champion, down to size to book a quarter-final spot in the showcase all-glass court at the Curve today with an 11-4, 11-5, 11-8 win. The win was not so much a poor reflection of Dutchwoman Vanessa's game but more a confirmation of Nicol's dominant position as the reigning world champion and current No 1 on the Wispa Tour. There was not a hint of an upset as Nicol put the match to bed in 38 minutes as Nicol improved her record against World No 12 Vanessa to 6-9. "Vanessa and I know each other's game so well that I had to

Nicol ke suku akhir

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David berada pada laluan terbaik untuk menjulang trofi Terbuka Malaysia buat kali kelima berturut-turut tahun ini. Semalam, pemain ranking pertama dunia itu meneruskan cabarannya ke suku akhir Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia selepas mudah menjinakkan pemain Belanda, Vanessa Atkinson. Pada pusingan pertama itu, Nicol menang 11-4,11-5,11-8 dalam permainan yang hanya mengambil masa 38 minit. Menanti juara Sukan Dunia itu di suku akhir hari ini ialah pemain Australia, Kasey Brown yang terlebih dahulu membuat kejutan apabila menundukkan pilihan keenam dari Mesir, Omneya Abdel Kawy 12-10,11-5,11-7. Sementara itu, impian pemain No. 2 negara, Delia Arnorls untuk mengiringi Nicol ke pusingan suku akhir tidak kesampaian. Delia yang beraksi dengan menggunakan tiket wild card , nyata bukan tandingan pemain pilihan ketiga, Natalie Grinham dari Belanda apabila tewas 5-11, 4-11, 8-11. Dalam saingan lelaki, pemain harapan negara yang juga juara bertahan, O

Nicol made to work for her opening victory

KUALA LUMPUR: World No. 1 Nicol David is glad to get the first round out of the way, especially after huffing and puffing her way past former world champion Vanessa Atkinson of Holland in the CIMB Malaysian Open at the National Squash Centre in Bukit Jalil yesterday. The Penangite, who is gunning for an historic fifth Malaysian Open crown, took 38 minutes to prevail 11-4, 11-5, 11-8 and check into the last eight. Nicol, who retained her World Games crown in Taiwan last week, will face unseeded Kasey Brown of Australia in the glass court at The Curve in Mutiara Damansara for a place in the semi-finals. Brown had scored an upset win when she beat sixth seed Omneya Abdel Kawy of Egypt 12-10, 11-5, 11-7 in 33 minutes. Nicol, who won 10 Women’s International Squash Players Association titles last year, said it was always difficult to play the first round match. “I am glad I got that out of the way. We have played each other many times and know each other’s game well.