Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Pandelela the best bet for a medal in Youth Olympics

KUALA LUMPUR: Malaysia will have representation in seven sports in the inaugural Youth Olympics in Singapore from Aug 14-26. But the only athletes with realistic chances to challenge for medals are diver Pandelela Rinong and the badminton duo of Loh Wei Sheng and Sonia Cheah. There are 26 sports in the programme and they involve athletes between the ages of 14 and 18-years-old. Malaysians have seven boys and six girls who have qualified for aquatics (swimming and diving), badminton, athletics, rhythmic gymnastics, weightlifting and sailing. Pandelela: Has proven herself on the world stage.   Malaysia have maximum representation in diving with 2008 Beijing Olympian and Laos SEA Games double gold medallist Pandelela and Ooi Tze Liang, who won two gold medals for Penang at the recent Sukma (Malaysia Games), in the fray. Swimming makes up the aquatics cast with Sukma gold medallists Kevin Lim and Lai Wei Li in the competitions. High jumper S. Navinraj, 110m hurdler Mohd Ajmal

BAM perlu perjelas konflik dalaman

Bagi jawab dakwaan salah urus pentadbiran PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) perlu menjelaskan konflik dalamannya dan membenarkan ia disiasat jika benar persembahan skuad negara di Piala Thomas baru-baru ini berkaitan dengan salah urus pentadbiran badan itu. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kemelut dalaman itu perlu diselesaikan segera supaya dapat menjawab persoalan semua pihak yang tidak berpuas hati terutama selepas persembahan buruk skuad negara pada Piala Thomas, bulan lalu BAM adalah organisasi yang dilihat sebahagian daripada sukan dan bukannya dengan ‘pecat orang ini, orang itu (seperti yang dituntut sesetengah pihak)’,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen bola jaring remaja kebangsaan yang akan ke Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia Ke-7, di Bukit Jalil, semalam. Kenyataannya itu, merujuk kepada tindakan badan bukan kerajaan (NGO), yang menuntut supaya barisan kepimpinan BAM meletakkan jawatan a

Malaysia buru emas dunia

Barisan pemain yang akan membawa cabaran Malaysia pada Kejohanan Remaja Dunia di Helsinki, Finland. Tiada dalam gambar Siti Safiyah Abdul Rahman dan Fatin Syazliana dan Yusuf Abdul Raof. KUALA LUMPUR - Malaysia membariskan pasukan mantap, diketuai juara Ranking Masters Dunia, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman untuk turun mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada Kejohanan Boling Remaja Dunia di Tali Bowlat Helsinki, 23 Julai hingga 2 Ogos ini. Selepas mengharungi dua kejohanan terakhir dengan cemerlang, pasukan negara meletakkan harapan tinggi untuk mengulangi pencapaian itu. Pada Kejohanan 2006 di Berlin, kita pulang bersama empat pingat emas, satu perak dan tiga gangsa, manakala pada kejohanan 2008 di Orlando, Amerika Syarikat Malaysia meraih dua emas dan satu gangsa. "Kami mengharapkan satu lagi keputusan yang baik pada kejohanan di Helsinki kali ini,'' kata pengurus pasukan, Cheah Ban Cheng. Kejohanan Remaja Dunia adalah pertandingan bawah 21 tahun yang

No.12 dunia untuk ke Komanwel

PEMAIN-pemain negara yang akan memikul cabaran Malaysia pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia di New Delhi, India pada 3-10 Julai ini. KUALA LUMPUR - Malaysia mampu kembali beraksi dalam acara bola jaring di Sukan Komanwel jika berjaya memperbaiki ranking dunia dari kedudukan 16 ketika ini, ke tangga 12 dalam tempoh empat dari sekarang. Dan, demi menjayakan sasaran itu, Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) memerlukan bukan sahaja pemain berbakat bertubuh tinggi lampai, bahkan memiliki pergerakan lincah dan berdaya saing. Presiden PBJM, Suraya Yaacob berkata, pasukan bola jaring negara ketika ini sedang berusaha memperbaiki ranking secara berperingkat. "Saya harap kita boleh memperbaiki kedudukan sekurang-kurangnya dua anak tangga apabila beraksi pada Kejohanan Dunia di Singapura, tahun depan. "Kita memerlukan lebih ramai pemain tinggi kerana ia satu kelebihan, dan buat masa ini, yang tertinggi dalam pasukan hanyalah 1.79 hingga 1.85 meter," katanya pada

17 Atlet Paralimpik Tempah Tiket Ke Sukan Para Asia Di Guangzhou

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Seramai 17 atlet paralimpik kebangsaan telah menempah tiket untuk beraksi di Temasya Sukan Para Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China, dari 12 hingga 19 Dis. Pengarah cawangan paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Safrushahar Yusoff berkata jumlah itu dijangka bertambah selepas semua kejohanan kelayakan bagi pemilihan ke Guangzhou selesai September ini. "Matlamat Cawangan Paralimpik ialah untuk meningkatkan kedudukan atlet dalam senarai ranking dunia bagi melayakkan diri ke kejohanan Dunia mengikut sukan pada tahun 2010 dan 2011 seterusnya untuk ke Sukan Para Asia hujung tahun ini," katanya kepada Bernama Isnin. Beliau berkata prestasi di Sukan Para Asia juga akan menentukan kelayakan atlet untuk beraksi di Temasya Paralimpik Dunia di London pada 2012, selepas berakhirnya Sukan Olimpik pada tahun itu.

Kejohanan Mr Malaysia Di Pulau Pinang Dari 17-18 Julai

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama)-- Pencarian bakat muda dalam sukan bina badan menjadi misi utama Kejohanan Bina Badan Kebangsaan "Mr Malaysia" kali ke-41 yang akan berlangsung di Pulau Pinang dari 17 dan 18 Julai ini. Setiausaha Kehormat Persatuan Bina Badan Pulau Pinang, Shukri Abdullah berkata kejohanan kali ini bertujuan mencari bakat-bakat muda terutamanya remaja sebagai pelapis kepada atlet bina badan negara sedia ada. "Melalui program sebegini, kita akan ada pelapis bagi mengantikan atlet bina badan seperti Datuk Malek Noor dan Sazali Abd Samad yang mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa. Shukri berkata kejohanan Mr Malaysia kali ini bakal mengumpulkan seramai 120 pembina badan melibatkan 16 kontinjen dari seluruh negara. Penyertaan hanya dibuka kepada atlet lelaki sahaja dengan kategori umur seawal 21 hingga 45 tahun ke atas dan sebanyak 12 acara dipertandingkan termasuk Light Fly Weight (55kg ke

Facilities, Infrastructure At NSC To Be Upgraded

KUALA LUMPUR, June 29 (Bernama) -- Infrastructure and facilities at the National Sports Complex in Bukit Jalil will be upgraded inline with the Ministry of Youth and Sports aspirations to turn sports into a viable industry. Deputy minister of Youth and Sports Gan Ping Sieu said sports does not only provide an impetus to athletes, but also generates revenue to those who are involved directly or indirectly. "Sports has become an industry that provides job opportunities as well as offer a prospective future for athletes who can excel on the world stage," he told reporters after visiting the National Sports Council (NSC) here on Tuesday. He said NSC was well equipped with infrastructure and facilities but additional facilities would be considered based on demands and need, from time to time. Gan who was recently appointed to the ministry said training programmes at the grassroots level would also be enhanced to ensure that the country would have a constant supply of at

Malaysia To Send Two Junior Cyclists To World Junior Championship In Italy

KUALA LUMPUR, June 29 (Bernama) -- Two national junior cyclists have been picked to represent the country at the World Junior Track Cycling Championships in Montichiari, Italy in August. National back up squad manager Azrain Mohamed Yusof said Mohd Arfy Qhairant Amran and Mohd Fattah Amri Zaid were picked for the championships based on their performances throughout this year. "The championships is part of efforts to expose young riders at international competitions, so that they can be better prepared for the future," he told Bernama when contacted here Tuesday. Azrain said since they would be basically competing in the championship for exposure, there would be no specific target for Mohd Arfy and Mohd Fattah Amri, but if they return with medals, it would be a bonus. "It is however, not their first overseas competition and I believe they will not encounter any problems to adapt themselves to the conditions in Italy," he said. Mohd Arfy and Mohd Fattah w

Junior Netball Team To Receive Incentive For Emerging Tops In Asia

KUALA LUMPUR, June 29 (Bernama) -- The National junior netball team that helped Malaysia to become the top country in Asia, will receive incentives from the Ministry of Youth and Sports. Malaysia who have won the Asian Junior Netball title for three consecutive editions from 2004 (Sri Lanka), 2006 (India) and 2008 (Hong Kong), would be heading to New Delhi, India from July 3 to 10, seeking for the fourth consecutive title. Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said the incentive was to acknowledge the team's success but the form of incentives or the quantum would also be announced next week. "Based on the current performance, Malaysia are ranked as the best junior team in Asia and ranked 16th in the world. Netball will also be regarded as sports that can contribute medals in prestigious games like the Commonwealth Games," he told reporters here today after handing the Jalur Gemilang to the New Delhi-bound squad's skipper Aziemah Abdul Aziz. A

Johor To Host International Judo Competition

JOHOR BAHARU, June 29 (Bernama)-- The Johor Judo Association is to host the Asean Invitational Judo Championship at the Danga City Mall here from Aug 4-8. Participants from all Asean countries are expected to take part in the four-day meet which will feature judokas at both junior and senior level. According to Johor Judo Association president, Salikon Sarpin, an international level competition here would give the sport a major boost. "Already Johor is a leading state where judo is concerned after our success in the recent Sukma Games where we won three gold medals, one behind Terengganu. "And we have two foreign coaches based in the state, one Japanese and one Mongolian, which helped to raise the standard of the sport," said Salikon. The two day competition, according to Salikon, will give the Malaysian judokas the chance to compete against the best in Asean. "I believe some of the Asean judokas are also headed for the Youth Olympics in Singapore a week

Chong Wei pertahan gelaran

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) meraih kejuaraan Terbuka Indonesia buat kali kedua berturut-turut di Stadium Istora Senayan semalam. Pemain No. 1 dunia itu menewaskan pemain tuan rumah, Taufik Hidayat 21-19, 21-8 dalam permainan yang mengambil masa 37 minit sahaja. Ini merupakan kejuaraan keempat Chong Wei tahun ini selepas terlebih dahulu menjuarai Terbuka Korea Selatan, Malaysia dan juga Seluruh England. Malah kemenangan Chong Wei ke atas Taufik semalam mengulangi kejayaan sama tahun lepas. Taufik yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, berjaya memberikan tentangan hebat pada set pertama tetapi selepas kedudukan terikat 4-4 dalam set kedua, Chong Wei terus mendahului sehingga ke mata penamat. Untuk rekod, Chong Wei menang lapan daripada 13 pertemuan dengan Taufik sebelum ini. Dalam pada itu, pemain India, Saina Nehwal muncul juara bagi acara perseorangan wanita. Saina yang juga juara Terbuka India dan Terbuka Singa- pura, me

Mohd Azizulhasni Tidak Diturunkan, Bagi Peluang Pelumba Pelapis

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pelumba kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang tidak akan diturunkan pada kejohanan Piala Trek Asia 2010 pusingan Malaysia yang bermula Jumaat hingga Ahad ini di Velodrome Cheras di sini. Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata keputusan itu diambil untuk memberi peluang kepada pelumba pelapis termasuk Mohd Syamil Baharom, Junaidi Mohd Nasir dan Akmal Amrun menguji keupayaan mereka berlumba dengan pelumpa handalan dari Jepun dan Korea Selatan. "Kita tidak boleh mengharapkan Azizul sahaja. Kita ada enam hingga tujuh pelumba yang boleh kita asah, yang boleh diharap untuk membawa pulang pingat emas pertama di Olimpik," katanya selepas perasmian kejohanan itu oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong. Beliau berkata selain Mohd Azizulhasni, Mohd Hafiz Suffian, Mohd Rizal Tisin dan pelumba wa

Kejohanan Bola Jaring Lelaki Di Stadium Juara 3-4 Julai

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bola jaring begitu sinonim dengan kaum wanita tetapi kaum lelaki kini boleh menguji kebolehan mereka bermain sukan itu pada kejohanan anjuran Kompleks Sukan Negara yang akan diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara dari 3 hingga 4 Julai. Pengurus Pembangunan dan Pengurusan Acara Kompleks Sukan Negara, Mohd Zulqarnain Muhammad berkata sehingga kini 10 pasukan lelaki mendaftar untuk menyertai kejohanan, yang turut mempertandingkan acara bola jaring bagi wanita terbuka dan remaja perempuan di bawah 15 tahun. "Sambutan daripada pasukan lelaki untuk bermain bola jaring amat menggalakkan dan sehingga kini hanya tinggal lima kekosongan bagi pasukan lelaki," katanya kepada pemberita, di sini hari Khamis.

Pencipta Rekod Kebangsaan Di Sukma Terima Insentif

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Skuad angkat berat menjadi penerima ganjaran tertinggi apabila memperoleh insentif keseluruhan berjumlah RM20,000 selepas memecahkan 10 rekod pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka yang berakhir Sabtu lepas. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara buat julung kalinya memberikan insentif khas sebanyak RM2,000 kepada atlet bagi setiap rekod kebangsaan baru yang dicipta. "Mudah-mudahan insentif ini akan menyemarakkan lagi semangat atlet untuk terus memburu kegemilangan," katanya ketika melancarkan Detik 100 Hari Cabaran 2010 Sukan Komanwel dan Sukan Asia di sini Khamis.

Kejayaan Sukma Bukti Malaysia Tidak Ketandusan Atlet Pelapis, Kata Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kejayaan atlet-atlet program Majlis Sukan Negara (MSN) meraih 279 pingat emas daripada 434 emas ditawarkan semasa Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka membuktikan Malaysia tidak ketandusan atlet muda, yang berpotensi untuk cemerlang di peringkat antarabangsa. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata daripada 279 pingat emas itu, 87 diraih atlet pelapis kebangsaan sementara 192 dimiliki atlet elit. "Jumlah keseluruhan atlet Pelapis dan Elit di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) yang beraksi di Sukma Melaka ialah 1,723 daripada 6,500 keseluruhan atlet yang mengambil bahagian. "Sebanyak 14 rekod kebangsaan dan 87 rekod Sukma berjaya dipecahkan di Melaka dan kesemua rekod-rekod ini dicatatkan oleh atlet Program Pelapis dan Elit MSN," katanya kepada pemberita, di sini Khamis. Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel di New Delhi, India yang akan berlangsung dari 3 hingga

Badminton: Lee Chong Wei And Koo Kien Keat/Tan Boon Heong Advance To Quarterfinals

JAKARTA, June 24 (Bernama) -- World number one singles player Datuk Lee Chong Wei and the world's top men's doubles pair of Khoo Kien Keat/Tan Boon Heong made it to the quarterfinals of the Indonesian Open Badminton championships after beating their respective opponents in the second round. Chong Wei easily overcame Marc Zwiebler from Germany 21-9, 21-14 in 28 minutes, although his knee was still bandaged due to injury. On Friday, he will face the player whom he had beaten in the All-England final in March, Kenichi Tago, from Japan, who had beaten Indian shuttler Gurusaidatt Rajah Manuri Venkata, 11-21, 21-18 and 21-11 Thursday. "Tago certainly has the experience because we have met at the All-England, so I don't take him lightly," said Chong Wei. The possibility of the Malaysian ace meeting Sony Dwi Kuncoro looks brighter because Sony had also beaten Dutch player, Dicky Palyama in straight sets 21-14, 21-17. However as previously, Chong Wei did not w

Atlet muda unggul

AHMAD SHABERY melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2010 di Bukit Jalil semalam. KEJAYAAN atlet-atlet program Majlis Sukan Negara (MSN) meraih 279 pingat emas daripada 434 emas ditawarkan pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka membukti- kan Malaysia tidak ketandusan atlet muda berwibawa. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, dari- pada 279 pingat emas itu, 87 diraih atlet pelapis kebangsaan, sementara 192 dimiliki atlet elit. "Jumlah keseluruhan atlet pelapis dan elit di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) yang beraksi pada Sukma Melaka ialah 1,723 dari- pada 6,500 keseluruhan atlet yang mengambil bahagian. "Sebanyak 14 rekod kebangsaan dan 87 rekod Sukma berjaya dipecah- kan di Melaka dan kesemua rekod-rekod ini dicatatkan oleh atlet Program Pelapis dan Elit MSN," katanya semalam. Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel 2010 yang akan berlangsung di N

Chong Wei, 4 beregu mara

Koo Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong mengetuai kemaraan empat beregu Malaysia pada pusingan pertama Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta semalam. KUALA LUMPUR – Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetepikan masalah kecederaan lutut kiri untuk menyingkirkan pemain Indonesia, Dyonisius Hayom Rumbaka dan mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Indonesia, semalam. Kemaraan Chong Wei, yang memburu kejuaraan hatrik pada kejohanan Siri Super itu turut diikuti perseorangan veteran, Wong Choong Hann serta empat beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Gan Teik Chai-Tan Bin shen dan Chow Pak Chuu-Hong CHien Hun. Selepas dipaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan Dyonisius pada pertemuan pertama mereka di Terbuka Singapura, minggu lalu, Chong Wei tidak menghadapi masalah di Istora Senayan apabila menang mudah 21-10, 21-14 dalam masa 31 minit. Kemenangan dalam masa 31 minit itu akan menemukannya dengan pemain Jerman, Marc

Pelayar Berbakat Sukma 2010 Ke Skuad Pelapis

LANGKAWI, 23 Jun (Bernama) -- Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) akan memilih pelayar-pelayar berbakat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka baru-baru ini untuk menyertai skuad pelapis negara. Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata MYA sedang meneliti senarai nama pelayar itu sebelum dikemukakan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapat kelulusan. Bilangan pelayar yang akan disenaraikan belum ditentukan, katanya kepada di sini PADA Rabu. Mohd Afendy berkata bahawa menerusi Sukma, keupayaan pelayar dapat dinilai ke arah membentuk skuad yang mantap menjelang Sukan Asia 2010 di Guangzhou akhir tahun ini. -- BERNAMA

FAM rehat semua pengendali Harimau Muda

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan merehatkan kesemua barisan pengendali skuad Harimau Muda termasuk ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah berkuat kuasa semalam dengan nasib mereka akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal, Rabu depan. Selain Mohd Azraai, penolong, Azman Eusoff dan jurulatih penjaga gol, P Mohana Sundram turut menerima keputusan sama dengan Mohd Azraai mengesahkan menerima surat tanpa menyatakan sebab sebenar FAM berbuat demikian Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan tindakan untuk menggantung sementara tiga pengendali itu yang mengemudi barisan bawah 21 tahun beraksi dalam Liga Divisyen Satu Slovakia selama tiga bulan yang berakhir penghujung Mei namun enggan mengulas lanjut Tiga jurulatih itu direhatkan atas sebab-sebab tertentu. Kita biarkan jawatankuasa teknikal yang bersidang Rabu depan untuk menentukan nasib mereka,” kata Azzuddin ketika dihubungi. Keputusan yang diambil sekalipun pun menda

Kecoh bukan punca gagal

Oleh AMRAN MULUP   MELAKA - Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah (PPBM) mengakui berlaku perselisihan faham di antara ibu bapa atlet dengan pengurusan persatuan sewaktu berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) XIII yang berakhir Sabtu lalu. Setiausaha PPBM, Ahmad Hambali berkata, masalah itu timbul kerana ada beberapa ibu bapa merasa tidak puas hati apabila anak mereka tidak terpilih mewakili Melaka dalam acara perahu layar yang berlangsung di Pusat Perahu Layar di Pengkalan Balak. Ekoran daripada itu, ibu bapa atlet yang tidak terpilih telah menimbulkan kekecohan walaupun sudah dimaklumkan bahawa mengenai prosedur pemilihan atlet untuk mewakili Melaka adalah berdasarkan prestasi semasa dan rekod terkini.

Siti idam aksi Sukan SEA 2011

KUALA LUMPUR - Selepas mengutip tujuh pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII, atlet kanu Terengganu, Siti Rajiah Ali mengimpikan aksi pada Sukan SEA 2011 di Bali, Indonesia. Siti Rajiah, 20, berkata, dia menggandakan latihan dan bekerja keras untuk merealisasikan impian itu. "Sekiranya terpilih saya berjanji akan berusaha lebih keras bagi memperbaiki pencapaian semasa agar mampu mara ke peringkat yang lebih tinggi (Sukan SEA)," katanya. Menurut atlet kelahiran Marang itu, dia tidak menyangka mengutip tujuh emas bagi acara kanu kerana hanya sempat berlatih dalam tempoh enam bulan. "Saya memulakan sesi latihan agak lewat kerana memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berbanding dengan atlet dari negeri lain yang berlatih secara giat lebih setahun," katanya. Skuad kanu menyumbangkan 12 pingat emas, tiga pingat perak dan satu gangsa untuk kontijen Sukma Terengganu. Terengganu muncul juara keseluruhan kali kedua berturut-t

Pemangku Raja Terengganu curi tumpuan

AKSI Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin pada Kejohanan Kuda Lasak Corlay RTES/D"Armor Terbuka Perancis yang berakhir, Ahad lalu. KUALA LUMPUR - Sukan Malaysia melakar satu lagi pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa, apabila Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin menamatkan saingan di tempat kedua pada Kejohanan Kuda Lasak Corlay RTES/D"Armor Terbuka Perancis yang berakhir, Ahad lalu.  Tengku Muhammad Ismail muncul naib juara bagi kategori 90 kilometer. Kejohanan tersebut turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta empat penunggang dari Malaysia, termasuk Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda yang menunggang Melchoir D'Ecovers menamatkan saingan dalam masa 6 jam 6 minit, 41 saat untuk menduduki tempat kedua di kalangan 15 peserta. Dua lagi penunggang negara yang berjaya menamatkan saingan iaitu Abdul Asri 6'6:44

MOM Yakin Peroleh Pingat Dari Acara Terjun

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin atlet terjun negara Pandalela Renong berupaya meraih pingat pada Temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura yang akan berlangsung Ogos ini. Setiausaha Kerhormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata keyakinan itu berasaskan pencapaian Pandalela sebelum ini selain pernah beraksi di Sukan Olimpik Beijing pada 2008. "MOM mempunyai sasaran tersendiri dan sekiranya negara China tidak menghantar barisan atlet terjun terbaiknya kita mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat di Singapura nanti," katanya ketika dihubungi Bernama pada hari Selasa. Tahun lepas, Pandalela meraih tempat ketiga dalam acara 10 meter terjun berirama berkumpulan pada Kejohanan Siri Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang berlangsung di Rom. Selain itu, MOM katanya turut meletakkan harapan kepada atlet lompat tinggi Navin Raj Subramaniam untuk membawa pulang pingat bagi Malaysia. Harapan itu bersandarkan kepada catatan terbai

Malaysian Key Players To Face Hosts In Indonesia Open

JAKARTA, June 22 (Bernama) -- Two Malaysian men's singles players, Datuk Lee Chong Wei and Wong Choon Hann, will face Indonesian players in the first round of the Super Series Indonesian Open on Wednesday. World number one player Chong Wei will meet Dionysius Hayom Rumbaka, while Choon Hann will play against Yunus Alamsyah. Malaysian doubles Koo Kien Keat-Tan Boon Heong will meet Indonesia's Luluk Hadiyanto-Candra Wijaya. National doubles coach Rexy Mainaky said he was confident his players would not have problems to go into the quarter-finals where he expected them to meet Korean pair Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong. However, he is not having high hopes as his players are still recovering from a less satisfactory performance in the Thomas Cup last month. Dionysius Hayom Rumbaka said he was better prepared to face the world's number one player now, having forced Chong Wei to play three sets before losing the game in the Singapore Open.

Janji palsu Melaka

J. KARTHI menceriakan kontinjen Melaka selepas ditabalkan sebagai olahragawan Sukma XIII dengan mencatat rekod baru kebangsaan dalam acara 3,000 berhalangan. MELAKA - Sukan Malaysia (Sukma) XIII melabuhkan tirainya, Sabtu lalu dengan pujian perlu diberikan kepada tuan rumah di atas penganjuran yang berjaya mencerminkan peningkatan imej dan pencapaian atlet. Sebanyak 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan berjaya dicipta cukup mengkagumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan upacara penutup dalam suasana gilang-gemilang dan warna-warni di Stadium Hang Jebat. Sebaik obor kejohanan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam, bermakna berakhir sudah temasya sukan selama 13 hari di Melaka yang meninggalkan banyak kenangan suka dukanya. Dengan lebih 15,000 atlet, jurulatih, pegawai dan sukarelawan berkampung di Melaka sepanjang temasya ini, kemeriahan jelas begitu terasa sehinggalah berakhir acara penutup yang penuh warna-warni. Selepas 33 acara dip

Malaysia looking at finishing as Asean schools champions

KUALA LUMPUR: Malaysia will host the second Asean Schools Sports Carnival from July 12-2 with 11 sports in the programme. A total of seven countries have confirmed their participation in the carnival – featuring athletics, aquatics (diving and swimming), golf, netball, badminton, basketball, volleyball, artistic gymnastic, gymrama, sepak takraw and hockey. Malaysia are taking part in the carnival for the first time. The other contingents in the fray are from Thailand, Indonesia, Brunei, Singapore, Vietnam and the Philippines. The Malaysian Schools Sports Council (MSSM) are the organisers of the event. “We did not take part in the carnival in Thailand last year because of the H1N1 scare,” said the MSSM organising secretary, Mohd Zarrawi Ravi. “Our teams were ready to go but cancelled the trip after being advised to stay home. So this will be a new experience for us and we hope to be good hosts as well. “You can call the carnival a mini SEA Games.” Zarrawi added

No national players, please

KUALA LUMPUR: A total of 12 teams will compete in the national indoor men’s hockey championship, beginning tomorrow in Ipoh. And the teams have been reminded not to include national players or those from the Project 2013 squad in their ranks. The Malaysian Hockey Federaton (MHF) secretary, Hashim Mohamed Hashim, said yesterday that they wanted to see other players involved in the indoor scene and for former internationals to take up the game again. “This national tournament is also a selection ground for a national indoor team to play in the Asian championship in Ipoh (from July 6-11). So we want states to bring in new talent and not to depend on the same players they select for other national tournaments,” he said. In the two previous Asian championship, Malaysia were represented by club side Sapura. The Asian tournament this year is also a qualifying event for the World Indoors, which will be held in Poland next year. The format of national competition is a two-group

Football: Tengku Abdullah, Anuar touted for deputy posts

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah and Kelantan Football Association (KAFA) president Tan Sri Anuar Musa are both expected to be elected as the FA of Malaysia's (FAM) new deputy presidents at its Congress on July 31. The grapevine has it that affiliates are favouring both football personalities. Tengku Abdullah, who resigned as deputy president in July 2007, had mentioned that he was keen to serve the association once again in a statement on June 4. According to insiders, Tengku Abdullah will continue to serve as president of the Malaysian Hockey Federation (MHF) even if he is elected as FAM deputy president. The other candidates are incumbent Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Datuk Shahidan Kassim, Terengganu FA president Datuk Che Mat Jusoh and Selangor FA deputy president Datuk Mokhtar Ahmad. Incumbent Khairy Jamaluddin, who is Umno Youth chief, stated recently he was not seeking re-election. A fiery battle is expected for the four vice-president posts as FAM received nominatio

Terengganu Import Jurulatih Bagi Pertahan Sukma 2012

KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) merancang akan mengambil jurulatih dari luar negara bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Kuantan 2012 nanti. Pengarahnya Rosdi Awang berkata ia bertujuan memastikan Terengganu terus unggul dan menjadi juara buat kali keempat berturut-turut. "Kita akan mengimport jurulatih dari China atau Rusia terutamanya bagi sukan-sukan yang tidak kurang menyerlah pada Sukma Melaka seperti sukan menembak, memanah dan gimnastik," katanya kepada Bernama di sini Isnin. Dalam kejohanan Sukma ke-13 di Melaka, Terengganu sekali lagi dinobatkan sebagai juara selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa manakala Selangor muncul naib juara dengan meraih 43 emas, 43 perak dan 58 gangsa. Pada Sukma di Terengganu pada 2008, Terengganu meraih 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa. Rosdi berkata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said telah mengarahkan MSNT mengenalpasti jurulatih-

SAM Puji Kebolehan Melaka Anjur SUKMA 2010

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Persatuan Penulis- Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka, khasnya Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, kerana berjaya menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-13 yang berakhir dengan cemerlang dan meriah. Setiausaha Agungnya Abdul Rahim Lajis berkata beliau berpuas hati dengan kemudahan dan kerjasama pihak penganjur kepada petugas media. "Penglibatan terus pemimpin kerajaan negeri, ketua masyarakat, kakitangan kerajaan, sukarelawan dan rakyat tempatan menjadikan suasana sepanjang SUKMA ke-13 dirasakan seolah-olah tiada rakyat Melaka yang tidak terlibat dalam usaha memastikan temasya sukan itu berlangsung dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Abdul Rahim berkata beliau akan menyokong sekiranya Melaka dipilih sekali lagi menjadi tuan rumah SUKMA pada masa depan kerana kejayaan penganjuran edisi ke-13 dan mendapat sambutan hangat orang ramai. Beliau berkata a

Inter-Varsity Boat Race To Become Platform To Identify Rowers For National Team

KUALA LUMPUR, June 21 (Bernama) -- The Inter-Varsity Boat Race 2010, scheduled at the Putrajaya Water Sports Complex in October, is expected to become a platform to identify potential rowers to represent the country said Malaysian Rowing Association (Perdama) president Abdul Malik Abdul Ghani. Abdul Malik said potential rowers would be identified and groomed to lead the country's challenge in the 2011 SEA Games to be hosted by Indonesia. "I hope those (rowers) who compete in the race will give their best so as not to miss out on a chance to represent the country," he told Bernama here Monday. Abdul Malik said the national team's training camp would start in December. "Our target for the SEA Games to win a medal of any colour. I hope our efforts to unearth talented rowers will be achieved through the event," he said. Rowing events were not contested in the Laos SEA Games last year while Malaysia failed to win any medals at the 2007 Korat SEA Game

73 Entries For Malaysian Water Ski And Wakeboard Championships

KUALA LUMPUR, June 21 (Bernama) -- The third round of the Malaysian Water Ski and Wakeboard (MWWF) Championships in Putrajaya from July 16 to 18 has attracted 73 competitors from seven countries. Malaysian Water Ski Federation (MWSF) honorary-secretary Phillipa Yoong said the response was very encouraging. "We are very happy to have received six entries from Kuwait, comprising four men and two women wake boarders. They shall be visiting Putrajaya for the first time to compete in our championships which is rapidly gaining international popularity," she said in a statement on Monday. Yoong said Round Three would see the introduction of the Water Ski Jump event in the National Championship. Categories in the event are Slalom, Short board (Tricks), Jump and Wakeboard for women and men as well as for various age groups. Among the competing countries are Kuwait, Singapore, Britain, France and host Malaysia. Admission for the public is free. Events start from 8am to 5

18 Countries For 14th International Woodball Championship

KUALA LUMPUR, June 21 (Bernama) -- Eighteen countries will take part in the 14th Malaysian Open International Woodball Championship at Taman Metropolitan Batu in Jalan Ipoh, here from July 28 to Aug 2. Malaysian Woodball Association president Thomas Kok said foreign teams such as Russia, Hong Kong, India, Iran, South Korea and Mongolia would be arriving earlier to get used to the grass pitch and weather. "A total of 250 people have confirmed and each country will send about 15 participants for the open and senior categories each," he told Bernama here, on Monday. Woodball is similar to golf and played on grass over 12 fairways and a wooden mallet is used to hit the ball, which is also made of wood. The player wins the game by taking the fewest number of strokes within the whole boundary. The prizes for the open group and senior categories are RM3,000 and RM2,000 respectively. -- BERNAMA

In the name of honour

KUALA LUMPUR: Having clinched respectable results at the Belgium Open recently, the Malaysia National Silat Federation (Pesaka) is hoping to continue their fine run at the SEA championship in Vietnam on Aug 2-8. At the European outing last month, the national exponents bagged 11 gold medals en route to being named as the overall champions. The Dutch camp came in second And to put the icing on the cake, Faizal Abdullah and Emy Latiff were voted the best exponents of the championship. “We hope to emulate our success in Brussels with the Vietnam Sea Silat championship as our immediate attention," said national head coach Nasri Nasir. “We will compete in silat seni and silat olahraga (combat). The latter category comprises 15 exponents while we have yet to decide on the other one. “We sent 11 exponents to Belgium and all won their respective events. It is a positive sign as we prepare for the world championship in Kalimantan (December)," he added. Nasir is pleased with

Pahang sedia jadi tuan rumah

KUANTAN - Pahang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang dijadual berlangsung pada 2012. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, segala persiapan telah diatur sebaik sahaja Majlis Sukan Negara (MSN) membuat keputusan tersebut pada awal April lalu. "Kami sudah bersedia. Kepercayaan kali kedua yang diberikan kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan akan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menutup Sukma XIII di Melaka dan menyerahkan bendera Sukma kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai tanda Pahang bakal menjadi tuan rumah temasya sukan dwi tahunan itu. Pemilihan itu merupakan kali kedua selepas Pahang menganjurkannya kali pertama pada 1996. Menurut Wan Adnan, bagi tujuan itu kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak kira-kira RM300 juta sebagai perbelanjaan persiapan untuk membina da

Juara Sukma, Terengganu cuti 27 Jun

Ahmad Said (tengah) meraikan kejayaan bersama Kontinjen Terengganu di padang Astaka, Chukai, semalam. Terengganu dinobatkan juara Sukan Malaysia XIII selepas meraih pulang 47 pingat emas. KEMAMAN - Kerajaan negeri mengumumkan 27 Jun ini sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan dalam Sukan Malaysia (Sukma) XIII 2010 di Melaka. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, cuti berkenaan adalah hadiah istimewa untuk rakyat Terengganu selain atlet dan pegawai kontinjen di atas sokongan yang ditunjukkan dalam temasya sukan berkenaan. 'Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Sukma buat kali kedua berturut-turut. Dengan kejayaan ini saya mengumumkan 27 Jun ini adalah cuti umum. ''Saya berharap rakyat negeri ini akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada atlet-atlet meneruskan kejayaan dalam mempertahankan kejuaraan itu," katanya meraikan atlet-atlet Terengganu, semalam. Pada Sukma XIII 2010, Terengganu mengumpul

Sports To Be A Major Agenda In National Development

MELAKA, June 19 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak said Saturday night that sports will be made part of the main agenda in national development because it gives much benefits to the people and country. He said the government would ensure that sports would not be neglected but would instead become a major national activity. "I believe success in sports can provide much benefits to the country, the sports industry, the national image as well as to the individuals personally," he said when closing the 13th Malaysia Games (Sukma) at the Stadium Hang Jebat, here. At the 10-day games, defending champion Terengganu was declared as the overall champion for the 13th Sukma when the state swept 47 gold medals, beating 14 other contingents. Also present at the colourful closing ceremony were the prime minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Prestasi atlet muda membanggakan

MILIK KAMI... Karthik (kanan) dan Kah Yan menunjukkan trofi yang dimenangi mereka selepas masing-masing ditabalkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Sukma XIII. SELEPAS hampir dua minggu berlangsung, tirai edisi ke-13 temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII dilabuhkan kelmarin dalam upacara penuh gilang-gemilang. Temasya kali ini boleh dibangga- kan jika dilihat dari segi mutu persembahan para atlet yang cukup memberangsangkan apabila 10 rekod kebangsaan dan 91 rekod kejo- hanan berjaya diperbaharui. Perenang kebangsaan dari Sabah, Chui Lai Kwan menjadi atlet pertama yang berjaya mencipta rekod kebangsaan yang baru pada temasya kali ini dengan catatan masa 30.39 saat dalam acara 50 meter kuak lentang wanita, sekali gus memadamkan rekod kebangsaan milik- nya iaitu 30.77s yang dilakukan pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2008. Acara angkat berat menyaksikan paling banyak rekod kebangsaan diperbaharui dengan tujuh rekod kesemuanya manakala acara olahraga menyaksikan dua rekod ke

Temasya Sukma XIII labuh tirai

KARTHIK (kanan) bersama Kah Yan bangga menunjukkan piala yangditerima selepas dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma XIII di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam. TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) XIII yang telah melabuhkan tirainya semalam pasti meninggalkan 1,001 kenangan buat tuan rumah, Melaka. Meskipun gagal mencapai sasaran untuk bergelar juara pada Sukma kali ini, namun di bawah kepimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Melaka boleh berbangga dengan kejayaan mereka selaku tuan rumah pada temasya sukan terbesar negara yang diadakan dua tahun sekali itu. Penganjuran Sukma edisi ke-13 ini menyaksikan Melaka melakar sejarah tersendiri apabila sebanyak 33 jenis acara sukan dipertandingkan iaitu yang terbanyak sepanjang penganjuran temasya tersebut diadakan. Temasya kali ini dan membabitkan penyertaan lebih 15,000 peserta termasuk para atlet, pegawai teknikal, pengurus sukan, jurulatih, sukarelawan dan pasukan sorak. Pada majlis penutup yang berlang

Terengganu pertahan gelaran

BARISAN pemain Terengganu bersorak gembira selepas berjaya meraih pingat emas acara bola sepak pada temasya Sukma XIII di Stadium Hang Tuah, Melaka malam tadi. SKUAD bola sepak Terengganu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka dua tahun lalu selepas merangkul pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka. Terengganu mengesahkan kejayaan selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hang Tuah malam tadi. Tonggak tengah Terengganu, Rosli Muda muncul wira apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-23. Bagaimanapun, Terengganu yang dibarisi 10 tonggak yang beraksi dalam saingan Liga Super terpaksa bekerja keras bagi mencatatkan kemenangan tersebut. Selangor yang dibimbing P. Maniam dilihat beraksi dalam keadaan tertekan setelah Terengganu berjaya menjaringkan gol pendahuluan. Kekentalan benteng pertahanan Terengganu yang diketuai kapten, Nur Aliff Zainal berjaya menggagalkan beberap

4 curi tumpuan hari terakhir

Rayzamshah Wan Sofian meraikan kemenangannya dalam acara 110m lari berpagar pada hari terakhir olahraga Sukma XIII di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam. - BERNAMA MELAKA - Nurul Sarah Kadir melengkapkan kecemerlangannya pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII apabila merangkul emas ketiga dalam 200 meter wanita, namun tumpuan hari terakhir olahraga semalam pastinya kepada Melinda Kaur yang memecah rekod kebangsaan. Turut mencuri tumpuan di Stadium Hang Jebat, Rahila Othman dan atlet tuan rumah, J. Khartik yang masing-masing meraih emas bersama mencipta rekod baru temasya. Nurul Sarah yang masih segar dengan gelaran Ratu Pecut Sukma selepas menjuarai acara 100m, menambah koleksi emas peribadi apabila menjuarai acara 200m dengan masa 24.68s. Kelmarin, dia membantu Melaka menjuarai acara 4x100m. Terdahulu, atlet Pulau Pinang, Melinda menutup tirai olahraga dengan rekod 3,000m lari berhalangan kebangsaan menerusi 10:55.31s, memadam rekod lama, 11:04.14s. Atlet Johor, Rahila pula

'Jangan cabar kami'

“SAYA beri amaran pada Nadzmi, jangan cabar kami. Jangan anggap kami berdiam diri kerana mengalah. Kami akan terus desak Nadzmi meletak jawatan,” demikian amaran yang dilaungkan Ketua Gerakan Transformasi Badminton (GTB), Mohd Arafat Muhammad. Amaran itu hadir rentetan daripada penyerahan memorandum Gabungan Badan NGO Malaysia kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 25 Mei lalu yang mahu presiden persatuan itu, Datuk Mohd Nadzmi Salleh bersama semua ahli jawatankuasa meletak jawatan dalam kepentingan masa depan badminton negara. Arafat yang juga Setiausaha Pusat Dua Gabungan Badan NGO Malaysia berkata, penubuhan GTB adalah bukti komitmen mereka yang benar-benar mahukan perubahan dalam BAM. “Kami tidak akan berhenti mendesak BAM membubarkan jawatankuasa sedia ada kerana kami mahukan kepimpinan baru yang boleh mencorak suasana badminton negara dengan cara lebih segar dan pendekatan lebih pragmatik,” kata Arafat yang menegaskan pihaknya akan menganjurkan perhimpunan lebih besar

More excitement in Malacca

SURELY you have to expect there will be upsets at the World Cup but the real challenge is in trying to figure out beforehand where they are going to be coming from. Hardly anyone, bar the Swiss, expected Spain to lose their opening match, but lose they did. The English too were so sure they'd beat the Americans, but it took just one individual error to turn a win into a draw. The lack of goals in the World Cup, boring to some but only natural as the game becomes more tactical at the highest level, has somewhat been compensated by its unpredictability. Brazil and Argentina won their opening games, as many had expected, but the manner in which it was achieved, against North Korea and Nigeria respectively, might have left some of their fans disappointed. And so it has been left to minnows, at least from an Asian perspective, to light up the tournament with morale boosting wins for South Korea and Japan. North Korea too did themselves credit by scoring late on against mighty Br

BADMINTON: KLBA asked to reconsider BGM

SPORTS Commissioner Datuk Nik Mahmud Nik Yusof has advised Kuala Lumpur BA (KLBA) to reconsider having its Biennial General Meeting (BGM) on Sunday after further complaints that the association’s financial report was left out of the agenda. Nik Mahmud said an official letter was sent to KLBA yesterday and it is up to the association to decide on the matter. “We received complaints that the financial report was not included in the agenda of the BGM. We also have the minutes of the KLBA’s council meeting to decide on the BGM where the financial report was not discussed,” said Nik Mahmud yesterday. “We have advised KLBA to reconsider having the meeting to avoid further complications. “As for the eight clubs (who have been barred from the BGM), they can write in to become KLBA affiliates but it is the prerogative of the association to accept them. “Even if two of the clubs —Te l e k o m and Felda — registered with us before the notice of the BGM was sent to affiliates on May 27,

Ternanti-nanti kelibat Subkhiddin

SUBKHIDDIN TIGA puluh individu dari 28 negara tergolong dalam kelompok penggiat bola sepak dari pelbagai latar belakang yang tidak akan dijulang atau dikira menang dalam apa sekalipun situasinya di Afrika Selatan. Enam daripada mereka bertugas sebagai guru, termasuk warga Malaysia, Subkhiddin Mohd. Salleh. Martin Hansson, pengadil yang mengesahkan jaringan Thierry Henry biarpun penyerang Perancis itu memegang bola sebelum mengumpan kepada William Gallas pada perlawanan playoff menentang Republik Ireland, adalah seorang ahli bomba. Ravshan Irmatov yang diberi penghormatan mengadili perlawanan pembukaan di antara Afrika Selatan dan Mexico, adalah seorang jurulatih di sebuah sekolah bola sepak. Howard Webb, wakil England, pegawai polis manakala Benito Archundia dari Mexico serta Oscar Ruiz dari Colombia mencari rezeki sebagai peguam. Irmatov diuji menerusi suatu insi- den pada perlawanan pembukaan itu. Pengadil dari Uzbekistan itu membatalkan jaringan penyerang Mexico, Ca

Badminton: Apa Langkah Seterusnya Buat Koo Dan Tan?

Daripada Dan Guen Chin SINGAPURA, 17 Jun (Bernama) -- Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, pilihan nombor satu, tewas di Terbuka Li Ning Singapura dan persoalannya sekarang ialah betapa regu itu mampu menampilkan diri di pentas hadapan badminton dunia. Prestasi pasangan Malaysia itu tidak begitu menarik, dengan mudah ditundukkan oleh regu Korea Selatan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong 19-21, 13-21 pada pusingan kedua regu lelaki dan ini menimbulkan banyak persoalan. Ke mana perginya semangat juang mereka? Mereka dikalahkan dengan mudah khusus ketara pada game kedua. Ketika mereka akhir sekali bertemu di perlawanan akhir Terbuka Swiss pada Mac, jurang mata tidaklah begitu ketara walaupun Korea menang 21-16, 21-18. "Saya akui Koo dan Tan tidak dapat menyaingi kepantasan pemain Korea hari ini dan mereka perlu banyak bekerja keras oleh kerana Kejohanan Dunia semakin hampir," kata jurulatih regu kebangsaan Rexy Mainaky. Tapi, walapun Koo dan Tan tewas, satu lagi regu Malaysia,