Skip to main content

Posts

Sukan kini.

Tweets by @ManOlimpik
Recent posts

Ucapan dasar “MODEL SUKAN BAHARU” oleh Menteri Belia dan Sukan

Sukan senantiasa mengundang pendapat berbeza-beza. Baik dari segi kepentingannya hinggalah kepada impaknya; baik dari segi pulangan pelaburan hinggalah kepada keutamaan. Namun hanya yang berakal pendek akan menafikan kemampuan sukan. Kemampuan dan keindahannya untuk menggerakkan jiwa dan semangat sesebuah negara dalam pembinaan negara bangsa. Lihat sahaja bagaimana kejayaan skuad Ragbi Springboks Afrika Selatan yang memenangi Piala Dunia Ragbi dua dekad yang lalu. Negara yang berpecah belah, berjaya disatupadukan. Parut dasar Apartheid hilang seketika dek rahmat kemenangan. Di penghujung spektrum ini duduknya kejatuhan moral negara Brazil bila skuad sambanya gagal menjulang Piala Dunia di hadapan rakyat sendiri. Bagi suara-suara sumbang pengkritik yang mempersoalkan kepentingan sukan dalam pembangunan negara, jawapan saya mudah sahaja. Carilah mangsa kritikan yang lain. “Go find another victim.” Kerana semua yang ada di dewan ini nescaya berjuang berhabis-habisan agar sukan terus kekal