Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Adi gah pecah rekod kebangsaan

Cipta sejarah selaku atlit pertama lakar jarak 17.18m acara lontar peluru ADI Aliffudin Hussin (gambar) memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru serta memahatkan dirinya dalam sejarah selaku atlit pertama melepasi tembok 17 meter apabila melakarkan jarak 17.18 meter pada kejohanan olahraga Terbuka Taiwan, yang berakhir kelmarin yang turut menyaksikan ratu baling tukul besi, Tan Song Hwa mencatat rekod baru.

Melaka Ready To Receive Sukma Athletes

HULU TERENGGANU, May 30 (Bernama) -- Melaka, host of the 13th SUKMA, are ready to accept the expected stream of athletes pouring into the state for the games from June 10-19 said Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Mohd Ali said RM50 million had been allocated to host the games, including RM11 million contributed by various corporate and government linked companies like Telekom Malaysia and Tenaga Nasional Berhad. "All preparation to host the games has been put in place and only waiting for the moment to be opened officially by Yang Dipertuan Negeri Melaka Tun Khalil Yaacob on June 10," he told reporters after launching a Juara Rakyat and Pekan Budaya programme in Hulu Terengganu Saturday night. Mohd Ali added that 2,500 volunteers had been roped in assist in the organising of the games that is expected to feature about 9,000 athletes, 2,000 coaches and another 2,000 officials. -- BERNAMA

Sukma Needs 1,000 More Volunteers - Mohd Ali

MELAKA, May 29 (Bernama) -- The 13th Sukma, to be hosted by Melaka next month, requires 1,000 more volunteers to ensure the smooth running of the biennial sporting event. Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said so far 2,500 people had registered as volunteers. "I've asked each of the volunteers to approach their friends and tell them to become volunteers," he told reporters after briefing some 2,000 volunteers here comprising civil servants, private sector employees, students and undergraduates as well as members of non-governmental organisations. He hope that more would come forward to become volunteers. He also urged government agencies and private sector companies to give unrecorded leaves to their staff who wanted to be Sukma volunteers. Mohd Ali said that as an incentive, volunteers would be given RM30 in daily allowance as well as food and clothing throughout the event. More information can be obtained from Sukma Secretariat at Hang Jebat Stadi

UniKL juara MJHL 2010

PEMAIN UniKL meraikan kemenangan dengan menundukkan SSBP Thunderbolt dengan jaringan 2-1 pada liga hoki remaja 2010 di Kuala Lumpur semalam. HAJAT Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Thunderbolt untuk merangkul gelaran berganda Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) Milo-MSN tidak kesampaian apabila tumpas 1-2 kepada pencabar utama UniKL pada aksi final di Stadium Tun Razak semalam, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH. Selepas merangkul gelaran liga, SSBP Thunderbolt dilihat berpeluang merangkul gelaran keseluruhan itu semalam, namun kegagalan menyempurnakan peluang yang terhidang menyaksikan pasukan dari Johor itu terpaksa berputih mata. Kejayaan ini pula pastinya istimewa buat UniKL setelah terlepas gelaran liga kepada SSBP Thunderbolt menerusi perbezaan jaringan. "Ini adalah penampilan sulung kami dalam MJHL dan tiada lagi yang kami harapkan selain muncul juara keseluruhan," kata jurulatih UniKL, I. Vickneswaren "Kami terlepas gelaran liga kepada SSBP Thunderbolt kerana

Dari Nibong Tebal ke Afrika Selatan

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan cenderahati berupa replika Piala Dunia kepada Subkhiddin di atas pemilihannya sebagai pengadil Piala Dunia 2010 di Putrajaya baru-baru ini. HALIM (berdua, dua dari kiri) bersama barisan pengadil dari Asia yang terpilih mengadili perlawanan pada Piala Dunia 1998 di Perancis. HANYA tinggal dua hari lagi sebelum insan bernama Subkhiddin Mohd. Salleh memulakan perjalanannya ke Afrika Selatan bagi mengukir sejarah menjadi pengadil pertama dari Malaysia yang bertugas pada kejohanan bola sepak Piala Dunia. Subkhiddin yang bakal menyambut hari lahir ke-44 pada 17 November depan, akan berlepas ke Johannesburg dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada tanggal 1 Jun ini. Sebelum memulakan misi di bumi Afrika Selatan nanti, Subkhiddin yang telah bergelar pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak tahun 2000 jelas sudah bersedia baik dari segi fizikal dan mental. "Sebenarnya kami s

Lihat dulu kemampuan

Shabery Cheek “LIHAT dulu kemampuan diri sebelum mengemukakan sebarang cadangan atau janji-janji manis melibatkan pemberian insentif yang akhirnya boleh memakan diri sendiri.” Itu teguran terbuka Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai hasrat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengkaji semula pemberian elaun kepada pemain mengikut ranking dunia. “Saya tidak mahu BAM membuat pelbagai janji yang sebenarnya tidak mampu dilaksanakan dan akhirnya memberi beban kepada mereka. “Sebagai contoh tahun lalu, BAM berjanji untuk memberikan elaun kepada pemain yang berada di kedudukan ranking dunia tetapi tidak mampu melaksanakannya. “Akhirnya ia diselesaikan oleh kerajaan, peruntukan sebanyak RM2 juta digunakan untuk membayar hutang dan bonus pemain yang dijanjikan,” katanya. Kelmarin akhbar tempatan melaporkan, BAM disaran untuk mengkaji semula elaun dengan mengubahnya untuk diberi kepada pemain yang berjaya memenangi kejohanan besar sahaja. Shabery turut mene

Let's give BAM a chance to redeem itself

THERE is no denying that all is not well in the BA of Malaysia (BAM) which is grappling with its worst crisis in almost a decade. It has raised concerns, especially after the Thomas Cup failure but Tuesday's demonstration by a coalition of NGOs was not only unprecedented but needless too. While the NGOs raised some pertinent issues, en bloc resignation of the BAM council is not going to revive badminton. In fact, it will only make matters worse. No one will dispute that BAM needs to put its house in order and the responsibility should be with the current stake holders. Asking them to resign is basically pushing the responsibility of reviving the sport into someone else's hand. BAM president Datuk Nadzmi Salleh, in his 10th year at the helm, has already started the ball rolling by initiating the post-mortem which began last week with the players and coaches giving their reasons for the failure. Some also provided possible solutions and the process, which includes a Th

BAM stands firm

The demonstration by a group of NGOs at the BAM office on Tuesday. THE demonstration by a group of NGOs (non-governmental organisations) who have asked the BA of Malaysia's (BAM) top management to resign, has not triggered much feedback from the association . BAM general manager Kenny Goh, who is also the acting secretary, declined to comment on the issue but stated that the management is bent on solving the current crisis and the issues will be deliberated and explained to the affiliates at the June 4 council meeting. "We wish not to comment on anything regarding the demonstration and the memorandum handed over to BAM. The council meeting next week will be the time to deliberate all issues and all will be explained to the our members," said Kenny. "We are in the midst of completing the post-mortem of the Thomas Cup and also working on solving the problems faced by the national players and coaches and trying to find adequate solutions. "Preparation for t

BAM boss aware of memo

PETALING JAYA: The memorandum from a coalition of NGOs (non-govermental organisations) calling for changes to the top management in the Badminton Association of Malaysia (BAM) has been brought to the attention of the association’s president, Datuk Mohd Nadzmi Salleh. BAM general manager Kenny Goh, who confirmed this yesterday, refrained from commenting further. However, he did not discount the possibility that the matter may be brought up at the next BAM council meeting. A group of 50 people from a coalition of NGOs turned up at the Juara Stadium in Bukit Kiara on Tuesday, demanding that the BAM’s top management – including Nadzmi – resign and stop blaming others for the association’s failures. The memorandum also called on BAM to put their house in order and to sort out the internal problems which led to the sacking of secretary P. Ganga Rao. The protesters also urged BAM to unearth new talent and focus on making Malaysia a world-class badminton nation again in the wa

Real treat for Malaysia

PETALING JAYA: Fans of Real Madrid and their galacticos – Kaka, Raul and Cristiano Ronaldo – are in for a treat. The Spanish giants are set to make their maiden trip to Malaysia in August. The FA of Malaysia (FAM) are working with a sports event management group from Singapore to bring the world’s richest club to Kuala Lumpur for their pre-season training from Aug 14-21. And if things go as planned, Real could be led by the Special One – Jose Mourinho, who is still in talks to coach the club after guiding Inter Milan to the Champions League trophy last week. FAM secretary general Datuk Azzuddin Ahmad confirmed that they held preliminary talks with the sports event management group at Wisma FAM in Kelana Jaya yesterday. “We have yet to conclude the deal. We have to look at the financial aspects before making a final decision on June 4,” Azzudin told a press conference after the prize presentation ceremony to newly-crowned FAM Cup champions Sime Darby FC at the KL Foo

Pengadil Malaysia angkat imej guru sekolah

Muhyiddin Yassin menyampaikan replika Piala Dunia kepada Subkhiddin Mohd. Salleh yang akan menjadi pengadil di pusingan akhir Piala Dunia 2010 dekat Afrika Selatan semasa mengunjungi Putrajaya, semalam. - BERNAMA PUTRAJAYA - Subkhiddin Mohd. Salleh, rakyat Malaysia pertama menjadi pengadil Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan bulan depan, semalam mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini. Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang, menemui Muhyuiddin yang juga Menteri Pelajaran, di pejabat beliau di Kementerian Pelajaran di sini, bagi melahirkan penghargaan terhadap sokongan kerajaan kepadanya. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Subkhiddin berkata, Muhyiddin memberikan nasihat supaya beliau sentiasa mengekalkan tahap kecergasan dan berusaha lebih gigih untuk membuktikan golongan pengajar juga boleh menjadi pengadil yang baik. "Saya berasa sangat bangga kerana dapat mewakili negara dan mewakili w

Real singgah Malaysia

JIKA segalanya berjalan lancar, kelab bola sepak terkemuka Sepanyol, Real Madrid bakal berada di Kuala Lumpur untuk latihan dan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia dari 14 hingga 21 Ogos depan. Real yang bakal dibimbing Jose Mourinho tentunya akan hadir dengan barisan bintang diketuai Cristiano Ronaldo, Kaka, Gonzalo Higuain, Xabi Alonso, Iker Casillas dan Raul untuk diuji kehandalan mereka oleh anak-anak buah K. Rajagobal. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya baru saja menerima makluman awal berhubung kehadiran Real itu daripada sebuah syarikat penganjuran acara sukan dari Singapura semalam. "Menurut surat terbabit, Real akan datang ke sini (Kuala Lumpur) pada 14 hingga 21 Ogos depan. Memandangkan tarikh itu jatuh pada bulan Ramadan, perlawanan itu nanti akan diadakan pada sebelah malam.

Tindakan NGO mengarut'

Nadzmi tak tunduk desakan letak jawatan presiden BAM PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohd Nadzmi Salleh tidak akan tunduk kepada sebarang desakan atau melayan tuntutan daripada mana-mana pihak atau pun individu supaya dia meletakkan jawatannya akibat kegagalan di kejohanan Piala Thomas, baru lalu Nadzmi turut menyifatkan sebagai mengarut tindakan lebih 200 orang – yang mendakwa mewakili pertubuhan Gabungan NGO Malaysia – yang mengadakan tunjuk perasaan di ibu pejabat BAM di Bukit Kiara, kelmarin, yang menuntut supaya dia meletakkan jawatan Malah Nadzmi tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak atau individu yang cuba menangguk di air keruh, dalam keadaan badminton negara ‘masih merawat kedukaan’ di Piala Thomas. “Tindakan mereka mengarut,” kata Nadzmi, semalam. “Saya masih presiden dan tidak wujud perkara sedemikian (meletakkan jawatan). Bukan mereka yang pilih saya sebagai presiden sebalik ahli gabungan. “Kenapa saya harus tunduk kepada desakan mereka? Sa

Unit Risikan Adamas Pastikan Semua Terlibat Dadah Terima Hukuman

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dijangka menubuhkan unit risikannya sendiri bagi memastikan kesemua pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam sukan menerima hukuman masing-masing. Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ketika ini siasatan yang dilakukan oleh Adamas terhadap atlet yang terlibat hanya bersifat seperti temuramah sahaja, yang berdasarkan laporan dari persatuan sukan dan sampel dari makmal. "Amalan ini menyebabkan hanya atlet terbabit menerima hukuman tetapi pihak lain yang terlibat membekalkan dadah itu, terlepas daripada hukuman," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Dr Ramlan sebelum ini berada di New Delhi, India bagi menghadiri seminar antara-kerajaan Asia mengenai anti-doping, yang berlangsung selama dua hari, bermula pada Isnin. Seramai 53 peserta daripada 25 negara Asia hadir pada seminar itu termasuk empat negara yang menjadi anggota jawatankuasa Agens

World Cup Referee Subkhiddin Thanks DPM For Government's Support

PUTRAJAYA, May 26 (Bernama) -- Malaysian referee Subkhiddin Mohd Salleh who was picked to officiate at the 2010 World Cup in South Africa, made a courtesy call at Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's office here Wednesday. Subkhiddin, 44, a teacher at Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal in Penang, met Muhyiddin who is also the Education Minister, at the Education Ministry here to offer his gratitude for the support from the government. Speaking to reporters after the meeting, Subkhiddin said Muhyiddin had advised him to maintain his physical fitness and give his best during the competition to prove that teachers can also be good referees. "I am very proud to represent the country as a representative of the education sector," he said. Subkhiddin, from Butterworth, started his career as a football referee in 1990 and soon scaled the ranks of international football after officiating numerous tournaments organised by the Football Association of Mal

Organisers Target 18,000 Participants For KL Marathon

KUALA LUMPUR, May 26 (Bernama) -- Organisers are targetting 18,000 participants for this year's Standard Chartered KL Marathon 2010 compared with 15,000 participants last year. To date, about 13,000 have signed up for the June 27, event that offers a total prize purse of US$100,000 (RM341,000). "The route this year will not be a flat one but a mixture of undulating terrains. It will be an interesting course," said the marathon's director of operations Rainer Blemans who took the media for a tour of the route Wednesday. The marathon will wind through the city's most famous landmarks such as the old Kuala Lumpur Railway Station, National Museum, KL Sentral, Petronas Twin Towers, National Library, National Art Gallery, Istana Budaya, Putra World Trade Centre and the Jalan Duta Court Complex. The Standard Chartered KL Marathon director of operations said the marathon would start and end in front of the historical Sultan Abdul Samad Building at Dataran Merde

800 Expected At Langkawi Mountain Bike Challenge

KUALA LUMPUR, May 26 (Bernama) -- The Langkawi International Mountain Bike Challenge (LIMBC) 2010, to be held in Langkawi on Aug 7, is expected to see the participation of 800 riders. Human Voyage Sdn Bhd (M) chief executive officer Datuk Malik Mydin said so far 300 participants had confirmed their participations. "Besides locals, we also have participations from Singapore, Germany, the Netherlands and Thailand," he said when announcing the company as organiser of the competition here Wednesday. Malik said the two-day competition consisted of four categories -- men's junior (Under 18), men's elite (19 years and above), women's elite (19 years and above) and men's masters (35 years and above). An endurance race would also be held, he said. Interested individuals can apply at www.mtbmalaysia.com and the closing date is June 30. -- BERNAMA

NGOs: Top officials must quit

Ahmad Nazli A Manaf (right), secretary of the coalition of NGOs, with Mohd Arafat Muhammad (centre) handing over the memorandum to BAM general manager Kenny Goh yesterday. — Picture by Mohd Yusni Ariffin     THERE has been another strong message from the public to the BA of Malaysia (BAM). About 200 people from a coalition of NGOs (non-governmental organisations) demanded that the top management of the BAM, including president Datuk Nadzmi Salleh, resign and stop blaming others for the association's failures. The protestors, calling themselves Gabungan NGO CENTRAKL, turned up at the Juara Stadium in Bukit Kiara yesterday. Mohd Arafat Muhammad, secretary, of the coalition, handed over a memorandum, which also touched on other matters affecting BAM and Malaysian badminton, to BAM general manager Kenny Goh. The fans asked the present BAM officials to make way honourably and allow a new set of office bearers to take over. They also want BAM to put its house in order and sort out

Saya akan teliti isu – Ahmad Shabery

Ahmad Shabery Cheek mencuba alat senaman di gimnasium Fitness First dekat Subang Jaya, semalam. SUBANG JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan meneliti terlebih dahulu isu kegagalan Malaysia dipilih sebagai penganjur Kejohanan Siri Super Premier. Beliau berkata, penjelasan daripada pihak yang berkenaan perlu didengar untuk mendapatkan penerangan lanjut berhubung perkara tersebut. ‘‘Ini satu berita yang baru saya dengar. Ia bergantung juga kepada organisasi terlibat dan saya perlu selidik isu ini terlebih dahulu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang boleh diambil,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan gimnasium Fitness First Platinum di Empire Subang yang turut dihadiri Pengarah Urusan Fitness First Malaysia, Shaun Measday di sini, semalam. Sabtu lalu, Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) telah memutuskan hanya Terbuka Korea Selatan, Indonesia, China, Denmark dan All England disenaraikan sebagai tuan rumah Sir

KBS azam himpun 1 juta belia

AHMAD SHABERY (tengah) bersama para penerima plak perhargaan pada majlis meraikan para petugas Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya malam tadi. PUTRAJAYA - Selepas kejayaan luar biasa menarik penyertaan lebih 200,000 belia pada sambutan Hari Belia Negara 2010, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berazam untuk menghimpunkan satu juta belia di Putrajaya pada program yang sama tahun hadapan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, keazaman menarik penyertaan seramai itu datang daripada pandangan yang diluahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada beliau baru-baru ini. "Perdana Menteri yang sangat gembira dengan sambutan pada tahun ini memberitahu, kalau kita berjaya menarik 200,000 belia, mengapa tidak dapatkan satu juta pula. "Bagi menyambut cabaran Perdana Menteri itu, kita berazam untuk menghimpunkan satu juta belia di Putrajaya pada tahun hadapan," kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Petugas-petugas

MSN tolak cadangan

CADANGAN beberapa persatuan sukan kombat supaya pengadil dan juri luar negara diambil bagi mengadili pertandingan pada Sukan Malaysia (Sukma) Melaka dari 10 sehingga 19 Jun ini ditolak Majlis Sukan Negara (MSN). Pengarah Pengurusan Acara MSN, Abdul Jalil Abdullah, berkata cadangan itu timbul selepas acara seni mempertahankan diri seperti silat, karate dan taekwondo kerap menimbulkan kesangsian serta kontroversi pada temasya itu sebelum ini Itu antara cadangan yang ditimbulkan persatuan sukan berkenaan bagi mengatasi masalah mutu pengadilan berat sebelah serta sering rasa tidak puas hati di kalangan pasukan bertanding Selepas mengkaji cadangan itu, kita menolaknya kerana selain perlu menanggung kos tambahan, kita juga berpendapat Sukma adalah peluang terbaik kepada pengadil dan juri tempatan menimba pengalaman,” katanya. Abdul Jalil yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sukma di Melaka, semalam bagaimanapun memberi jaminan hanya pengadil dan juri bertauliah akan d

New Delhi platform bentuk barisan hoki terbaik negara

SUKAN Komanwel di New Delhi bakal menjadi pengukur kemampuan skuad negara pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China, November depan. SUKAN Komanwel yang akan berlangsung di New Delhi, Oktober depan bakal menjadi platform terbaik buat jurulatih negara, Stephen van Huizen dalam mencari resipi terbaik bagi membentuk skuad hoki yang mantap. Ini kerana temasya yang akan disertai negara-negara bekas koloni British itu adalah ujian terakhir bagi skuad negara sebelum menggalas cabaran sebenar pada Sukan Asia di Guangzhou, China sebulan kemudian. Biarpun Sukan Komanwel tidak menawarkan slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London, namun temasya yang dijadualkan pada 3 hingga 14 Oktober itu masih tetap penting dalam agenda van Huizen dari segi persiapan mental dan fizikal anak-anak buahnya. Diundi dalam kumpulan maut, Kumpulan A bersama-sama juara dunia dan Olimpik, Australia selain India, Pakistan dan Scotland, mungkin itu peluang terakhir bagi van Huizen mengenal pasti kemampuan s

Annuar belum pasti bertanding

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih memikirkan sama ada untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan awal berhubung pendiriannya kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan andaian atau kontroversi. "Saya tidak mahu 'politiking' dalam bidang sukan seperti ini, biar badan-badan gabungan dalam FAM yang membuat keputusan untuk memilih pemimpin mereka," katanya di Kota Bharu semalam. Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa Timbalan Presiden FAM sekarang, Khairy Jamaluddin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan FAM bulan depan. Satu lagi jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad. Menurut sumber, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berminat untuk mengisi satu daripada jawatan itu dan berharap dapat berganding dengan Annuar.

NGO desak rombak ‘kabinet’ BAM

Kami mahu badminton kembali seperti zaman kegemilangannya dahulu’ KEKALAHAN skuad badminton negara pada saingan Piala Thomas, dua minggu lalu semakin mencetus rasa tidak puas hati peminat dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mula mendesak supaya barisan kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berundur. Semalam, bertempat di ibu pejabat BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara, hampir 200 ahli pertubuhan Gabungan NGO Malaysia berhimpun sambil membawa sepanduk menuntut pengurusan tertinggi BAM meletakkan jawatan secara terhormat dan memberi laluan kepada pentadbiran termasuk jawatan utama, Presiden BAM (Datuk Nadzmi Salleh) Kami tidak mewakili mana-mana pihak atau individu tertentu dan kami juga tidak ditaja oleh sesiapa,” kata Setiausaha Pusat Dua Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad selepas menyerahkan memorandum kepada Pengurus Besar BAM, Kenny Goh

Subkhiddin sudah bersedia

Cipta sejarah jadi pengadil bola sepak Malaysia pertama adili Piala Dunia SAYA sudah bersedia! Itulah pengakuan Subkhiddin Mohd Salleh - pengadil bola sepak Malaysia yang mencipta sejarah menjadi pengadil pertama yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai ini. “Saya tidak akan mensia-siakan peluang dan penghormatan ini. Walaupun cabaran berat kerana menjadi tumpuan dunia tetapi saya harap rakyat terus mendoakan kecemerlangan saya demi mengharumkan nama negara,” katanya yang akan berlepas ke Afrika Selatan, Selasa ini

Sukan Akuatik Di Terengganu Terjejas Kerana Kompleks Renang Ditutup

KUALA TERENGGANU, 25 Mei (Bernama) -- Program pembangunan sukan akuatik di Terengganu mungkin tidak diteruskan tahun depan sekiranya kompleks renang di Batu Buruk di sini terus ditutup. Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu Zulkifli Mohammad berkata kompleks berkenaan, yang digunakan untuk Sukma 2008, ditutup hampir setahun lepas kerana mengalami kerosakan dan kebocoran. "Kita tidak dapat meneruskan program ini kerana tidak ada tempat latihan," katanya kekepada Bernama di sini. Zulkifli berharap Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membaik pulih kemudahan berkenaan supaya sukan renang terus berkembang di negeri itu.

Include IQ And EQ Elements In Training To Stengthen Mental Of Players - Expert

By Zulhilmi Supaat KUALA LUMPUR, May 25 (Bernama) -- The Malaysian badminton team's failure to make the final of the Thomas Cup was due to a poor mental training method said a leading sports science expert in the country Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. The Universiti Putera Malaysia's (UPM) sports science lecturer with about 30 years experience, said based on his observation, mental training incorporated in the national squad's training was more focused on physical activities to beef up their mental strength. "The method of exposing players under the hot sun for a lengthy period, purportedly to strengthen their mental, is more suited for army training only. "For badminton players, we cannot inculcate strenuous physical training to beef up their mental strength. The approach towards athletes is different," said Sheikh Kamaruddin who was also the former Malaysian Amateur Athletics Union's coaching chairman. The vastly experienced sports scienc

Annuar Yet To Decide On Candidacy

KOTA BAHARU, May 25 (Bernama) -- Kelantan Football Association (KAFA) president Tan Sri Annuar Musa has yet to decide whether to offer himself as a candidate for the post of Football Association of Malaysia (FAM) deputy president. Annuar said he did not want to make a statement with regard to the matter yet since it may be misconstrued or raise a controversy. "I do not want politicking in a sport like this. Let the affiliates in FAM make a decision when picking their leaders," he told Bernama when asked on reports that he would contest the deputy president's post currently held by Khairy Jamaluddin and Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Speculations are also rife in the football fraternity and FAM corridors that former Perlis Menteri Besar and Perlis FA president Datuk Seri Shahidan Kassim was interested in filling the post vacated by Khairy. Shahidan was reported to be keen to join forces with Annuar to inject new blood into the country's ailing football fortu

Athletics: Trio secure berths for Youth Olympics

THREE national junior athletes qualified for the Youth Olympics in August after winning their berths at the Asian qualification meet in Singapore at the weekend. Hurdler Ajmal Mat Hassan and high jumper S. Navinraj won silver in their respective events to earn automatic qualification while Fahme Mohamed's third place in the boys' pole vault also qualified him for the Singapore Youth Olympics after meeting the qualification height. Navinraj, seen as the heir apparent to Malaysia's top high jumper Lee Hup Wei, was the first to qualify on Saturday when he cleared 2.08m to finish second to Taiwan's Hsiang Chun-Hsien, who cleared 2.10m at the Bishan Stadium. The following day, Ajmal flashed home in 13.78 seconds in the boys' 110m hurdles final, behind China's Wang Dongqiang who clocked 13.51. Fahme was assured of a bronze medal in the pole vault with a 4.20m effort after two athletes in the five-strong field failed to post a height. Wataru Tanaka of Japan cl

Athletics: Hup Wei leads challenge in India

High jumper Lee Hup Wei will compete at the Asian Athletic Grand Prix series in India early next month. HIGH jumper Lee Hup Wei and the national women's 4x100m quartet will carry the Malaysian challenge at the Asian Athletic Grand Prix series in India early next month. The three-leg Asian GP series will take place in Pune, Bangalore and Chennai on June 1, 5 and 9 respectively and will feature some of the Asia's best athletes. Hup Wei won the first two legs in China last year before having to settle for second in the concluding event in Hong Kong. The 23-year-old from Selangor has qualified for both the New Delhi Commonwealth Games and Guangzhou Asian Games and the series will be geared towards excelling at those end of year events for Hup Wei. The women's relay will take part for the first time as part of their preparation for the Asian Games. Five sprinters have been named for all three legs -- Nurjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Kadir, Siti Zubaidah Adabi

Al-Amin: We urgently need to unearth singles talent

KUALA LUMPUR: The Badminton Association of Malaysia (BAM), under fire after the national teams’ poor performance in the Thomas-Uber Cup Finals recently, aim to get to the basics – by focusing on the grassroots level. And their chance to identify, and develop, future stars will begin with the 100Plus National Circuit Grand Finals, which will be held in Kuantan from May 26-30. The battle among the juniors, aged between 12 years old and 18 years old, will see 340 aspiring stars in action. And this time, the BAM should not just stop at identifying and acknowledging those with potential. They must take it a step further – get the national junior coaches to monitor, groom and expose these shuttlers to competitive badminton from a young age. It will also be ideal to send the national elite coaches to have a glimpse of what the future has to offer so that they can give their inputs in identifying and selecting talents – especially those not from the Bukit Jalil Sports School (BJSS) fra

Salahkan jurulatih, bukan pemain: Sieh

SALAHKAN jurulatih dan bukannya pemain! Itu pandangan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi yang menegaskan jurulatih badminton negara bertanggung jawab sepenuhnya bagi kegagalan pemain masing-masing untuk menampilkan aksi terbaik hingga terkubur di separuh akhir kepada juara sebenarnya, China, dalam saingan Piala Thomas, dua minggu. Bagi Kok Chi, dengan jurulatih dipertanggungjawab merangkap program persediaan rapi menghadapi Piala Thomas, mereka tidak seharusnya memberi alasan lain seperti disiplin pemain atau terkejut dengan persediaan lebih baik pasukan lawan sebagai alasan kekalahan. Kita tidak seharusnya menyalahkan pemain sepenuhnya sebaliknya bagi saya jurulatih perlu bertanggung jawab,” kata Kok Chi, semalam. “Jurulatih yang merangka dan merancang persediaan kepada setiap pemain menghadapi Piala Thomas, dan seandainya pemain mereka gagal, mereka juga gagal sebagai seorang jurulatih. “Tidak dinafikan kita mempunyai antara barisan jurulatih t

Misbun harap Sukma XIII lahir bintang pelapis

Bagi menunjangi skuad badminton negara pada masa depan AKSI atlit luar biasa diharap muncul pada acara badminton di Sukan Malaysia XIII, Melaka pada 10 hingga 19 Jun ini di Stadium Mini Bestari Ayer Keroh bagi menunjangi barisan pelapis utama negara pada masa depan. Harapan menggunung itu diluahkan jurulatih badminton negara, Misbun Sidek yang mengharapkan ada bintang baru akan lahir di Melaka pada Sukma XIII kali ini demi mengisi persaingan luas kepada barisan pelapis masa ini. Baginya, tidak mustahil ada antara mereka yang mampu menyerlah walaupun ramai di kalangan pemain adalah deretan pelapis negara mewakili negeri masing-masing termasuk pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil “Harap akan wujud muka baru mewarnai badminton selepas negara gagal merampas Piala Thomas, baru-baru ini,” katanya yang akan turun sendiri ke gelanggang untuk meneliti bakat luar biasa,t termasuk dari kawasan pedalaman dan perkampungan. Baginya, had usia yang paling sesuai adalah bawah 20 tahun bagi membo

Hindari ambil dadah - Mohd. Khalil

Mohd. Khalil Yaakub (dua dari kiri) berbual dengan pengurus dan jurulatih Sukma kontinjen Melaka sambil diperhatikan Mohd. Ali Rustam (kiri) pada majlis perjumpaan khas di Ayer Keroh, Melaka, semalam. MELAKA - Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengingatkan setiap atlet yang mewakili Melaka, agar tidak menggunakan dadah terlarang semata-mata ingin merealisasikan sasaran 60 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII, yang akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini. Menurut beliau, adalah perkara yang memalukan jika ada di antara atlet dari negeri ini yang didapati positif mengambil dadah terlarang, semata-mata mahu memastikan pingat emas menjadi milik mereka. ''Saya nak ingatkan semua pihak dari atasan hingga ke bawah ,perkara yang paling memalukan jika berlaku atlet didapati positif mengambil dadah. Nanti orang kata Melaka main tipu kerana nak menang. ''Saya tidak mahu ada atlet bertindak macam itu, hanya kerana mereka memikirkan Melaka nak menan

Bola sepak tiada ‘layanan istimewa’

Skuad Rajagopal belum pasti dibiayai atau tanggung sendiri untuk ke Sukan Asia WALAUPUN menamatkan kemarau 20 tahun negara memenangi pingat emas di Sukan Sea Laos, skuad bola sepak negara tetap tidak akan mendapat ‘layanan istimewa’ ketika Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bermesyuarat bagi menentukan atlit yang layak beraksi di Sukan Asia Guangzhou, selama tiga hari bermula Isnin ini. Skuad bimbingan K Rajagopal yang dipilih sebagai Pasukan Kebangsaan Terbaik pada malam Anugerah Sukan Negara, baru-baru ini susulan kejayaan memenangi emas itu kemungkinan besar dibenarkan beraksi pada temasya terbesar Asia itu Tetapi, persoalan yang timbul adakah mereka layak diberi keistimewaan beraksi atas tiket Kategori A - dibiayai sepenuhnya - atau Kategori B - membiayai sendiri penyertaan - susulan daripada kejayaan manis yang dilakarkan itu Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, mengakui kejayaan skuad bola sepak melakar kejutan dengan meraih emas di Laos memang s

Final Badminton Remaja mulai esok

Mohamad Al-Amin Abdul Majid (kanan) bersalam dengan Pengurus Komunikasi Korporat 100PLUS F&N Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun pada majlis tajaan di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR - Pemain badminton remaja bakal berkampung di Kuatan bagi mengharungi Kejohanan Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS yang akan diadakan di Dewan Persatuan Badminton Pahang, mula esok hingga 30 Mei ini.  Aksi Grand Final ini amat penting kerana pegawai dan panel pemilihan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memantau prestasi pemain dan melihat potensi pemain bagi memastikan tempat dalam skuad badminton remaja negara. Naib Presiden BAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Ir. Mohamad Al-Amin Abdul Majid berkata, bakat pemain akan dicungkil melalui kejohanan tersebut. Katanya, ia merupakan program pembangunan BAM. "Kejohanan ini adalah batu loncatan buat pemain remaja, untuk memperagakan bakat mereka seterusnya cemerlang dalam kejohanan ini yang telah mema

Post mortem khas cari kelemahan lahir pelapis

KUALA LUMPUR - Masalah ketiadaan pelapis yang mampu menonjol di peringkat antarabangsa bakal terjawab pada post mortem khas oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak lama lagi. Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata, post mortem khas itu dilaksanakan, selepas ramai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan kelemahan BAM melahirkan pemain pelapis berbakat seperti China, Jepun dan Korea Selatan. "Ketika ini kami masih meneliti punca sebenar masalah ini. ''Kita akan mengetahui jawapannya selepas proses ini selesai," katanya pada sidang media Kejohanan Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS, semalam. Jelasnya, semua pihak masih tertanya-tanya mengapa pemain pelapis kita hanya mampu muncul juara dunia di peringkat remaja, namun tenggelam apabila di peringkat senior. "Kita perlu menunggu hasil post mortem ini bagi mengetahui apa punca sebenar pemain pelapis gagal menyerlah sebaik sahaja dinaikkan menjadi pemain

BAM cari jawapan atasi masalah pemain pelapis

KAMAL (kiri) menyampaikan replika penajaan kepada Mohamad Al-Amin pada majlis perasmian Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. JIKA sebelum ini timbul persoalan mengenai masalah pemain pelapis badminton yang kurang menonjol di pentas antarabangsa, ia mungkin akan terjawab dalam masa terdekat. Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh Pengurus Besar Persatuan Badminton Malay- sia (BAM), Kenny Goh yang menjelaskan bahawa ia akan dibentangkan selepas mesyuarat post-mortem berikutan kegagalan skuad negara menjulang Piala Thomas baru- baru ini. Sebelum ini, banyak pihak telah memper- soalkan mengenai kelemahan BAM melaksa- nakan program peringkat akar umbi dalam usaha melahirkan pemain pelapis yang berbakat untuk diketengahkan pada saingan peringkat antarabangsa termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. "Buat masa ini, kami sedang meneliti dan mengenal pasti punca sebenar masalah yang dibangkitkan ini kerana post-mortem m

BAM in serious need of revamp

IT shouldn't have come as a surprise that the national shuttlers cited a variety of reasons for the Thomas Cup failure for this has been the standard approach for some time now. This disturbing trend started following the 2004 Athens Olympics when that batch of shuttlers, among other reasons, blamed motivational talks held late at night and promotional sessions as reasons for their failure. Some of those who featured in the recent Thomas Cup campaign were also part of the Athens squad, so it was basically a case of just rehashing the script. Unfortunately for BA of Malaysia president Datuk Nadzmi Salleh, he has had to shoulder the brunt of the criticism that has been hurled at the sport. To his credit, Nadzmi has taken the blows quite well but he has to admit that BAM, despite his wealth of corporate experience, needs a serious revamp. Prevalent in BAM today is an easily satisfied culture and this was highlighted by the national coaches when they said the players lacked hunger

Hockey / Commonwealth Games: Malaysia in 'Group of Death Read more: Hockey / Commonwealth Games: Malaysia in 'Group of Death'

  The Malaysian players will be in the same group as powerhouses world champions Australia, India, Pakistan and Scotland.   MALAYSIA have been drawn in the 'Group of Death' for the New Delhi Commonwealth Games men's hockey competition. The team are in Pool A alongside world champions Australia, India, Pakistan and Scotland. England, New Zealand, Canada, South Africa and Trinidad & Tobago make up Pool B for the event scheduled to be played at the Major Dhyan Chand National Stadium on Oct 4-14. The Malaysian Hockey Federation (MHF) has said that the New Delhi Commonwealth Games should be treated as nothing more than a build-up towards the Guangzhou Asian Games (Nov 12-27) where the gold medallist earns a place in the 2010 London Olympic Games. National coach Stephen van Huizen picked a pool of 30 trainees early this year with the intention of mixing and matching his players for both tournaments. "Of course, the Guangzhou Games is top priority for all Asian tea

Rashid explains why juniors fail to shine in the senior ranks

KUALA LUMPUR: National singles chief coach Rashid Sidek has identified several reasons behind the junior shuttlers' failure to shine in the senior ranks. And two of the main reasons, he said, were the lack of competitive tournaments and self-motivation among the juniors. He hopes that the youngsters would be sent out to more tournaments in order to speed up their transition from being aspiring juniors to accomplished seniors. Rashid certainly knows what he is talking about. “I was the singles and doubles Asian junior champion in the late 80s. But it took me two years to make the grade in the senior ranks. It is not easy for a junior to start all over again as a senior player because everything becomes tougher,” said Rashid. “During my time, we lacked tournaments. I had to constantly motivate myself to raise my game. I used to be beaten easily in Open tournaments but I did not let it dampen my spirit. “Every defeat was a learning experience and I continued to set

Larian baton Sukma disambut meriah

MOHD. Ali Rustam bersama penduduk, atlet serta pegawai memeriahkan promosi Sukan Malaysia pada Majlis Larian Baton Sukan Malaysia XIII di DUN Bukit Baru, semalam. - utusan/Gaie UCHEL MELAKA - Lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum menyertai Larian Baton Sukan Malaysia (Sukma) XIII yang bermula di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), semalam. Larian sejauh 23 kilometer bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru itu diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Larian tersebut, yang menjelajah kesemua 28 DUN bertujuan mempromosikan Sukma XIII dan mula dilancarkan Mohd. Ali pada 28 Februari lalu bermula di DUN Kuala Linggi. Ia dijangka berakhir di DUN Paya Rumput pada 12 Jun depan, iaitu hari perasmian Sukma di Stadium Hang Jebat. "Saya harap orang ramai, terutamanya anak jati Melaka akan sentiasa bersemangat sepanjang masa bukan sahaja sehingga hari pertama Sukma, malah sehingga berakhirnya sukan itu, kita perlu terus beri sokongan. "

Salahkan media pandangan cetek

Oleh AMRAN MULUP   MELAKA - Jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek berkata, pemain yang menyalahkan media sebagai punca kegagalan mereka pada Piala Thomas berfikiran cetek. Jurulatih perseorangan negara itu menegaskan, media memainkan peranan yang amat besar dalam menobatkan sukan badminton sejak dari dulu hingga sekarang. Katanya, tanpa ada peranan yang dimainkan media tidak mungkin Malaysia mampu berada pada kedudukan terbaik di ranking dunia. Malah beliau turut menafikan, bahawa media antara punca pasukan Malaysia tersingkir pada separuh akhir Piala Thomas selepas kalah 0-3 kepada China, sekali gus gagal merampas Piala Thomas selepas 18 tahun. "Tanggapan media menjadi punca kekalahan skuad negara adalah tidak benar sama sekali. Itu merupakan pandangan yang cetek kerana saya amat menghargai dan mengalu-alukan laporan yang dibuat oleh wartawan. "Tidak wajar menuding jari kepada mana-mana pihak ataupun pemain sendiri. Saya juga tidak salahkan pemain saya se

Swimming: Cai Lin Sets New Record, Qualifies For World Championship

Cai Lin Sets New Swimming Record. Pic: Hairul KUALA LUMPUR, May 23 (Bernama) -- National swimmer, Khoo Cai Lin has become the first Malaysian swimmer to qualify for the World Championship scheduled to be held in Shanghai, China, next year. Cai Lin, 22, who represented Selangor at the 53rd Malaysian Open Swimming Championship, clocked eight minutes 48.53 seconds in the women's 800m freestyle event to set a meet record en route to the gold. She erased the previous record set by Zheng Jing of China in 2002 and with the new time, Cai Lin made the cut for the World Championship where the qualifying time for this event is 8:48.70s. "I am satisfied with today's timing. Yesterday, I tried to break the record in the 400m in trying to qualify for the World Championship but I failed to do so. Definitely, I am very satisfied with today's result," said Cai Lin. In yesterday's women's 400m freestyle event, Cai Lin clocked 4:20.15s to clinch the gold medal. H

Badminton Development Should Be Intensified, Says Misbun

MELAKA, May 23 (Bernama) -- The badminton development programme in the country should be intensified to be on par with that of other countries, especially China, national singles coach Datuk Misbun Sidek said Sunday. He said China had been giving its young shuttlers intensive training from the age of 13 and when they reached 17 or 18, most of them had become world-class shuttlers. "In Malaysia, we usually wait until they finish secondary school (17 years old) before we give them intensive training. "By then, we are three or four years behind," he told reporters when met at the closing of the Nusa Mahsuri Badminton Camp by Melaka Welfare, Unity, Youth and Sports Committee chairman Datuk Ab Karim Ab Sulaiman, here, today. Misbun said the camp, organised annually over the past 10 years, was opened only to those aged eight to 12, in a bid to develop their talent before they reached 17. After attending the camp, the young shuttlers would be exposed to badminton t

'Media bukan punca kita kalah'

MISBUN (kanan) menenangkan Wong Choong Hann selepas dia tewas kepada pemain China pada pusingan separuh akhir Piala Thomas baru-baru ini. JURULATIH perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek menolak dakwaan bahawa media sebagai punca kegaga- lan skuad badminton negara pada kempen Piala Thomas baru-baru ini. Menurutnya, dakwaan media menjadi punca kekalahan skuad negara adalah tidak benar sama sekali dan merupakan pandangan yang cetek. "Saya amat menghargai dan mengalu-alukan laporan yang dibuat oleh wartawan dan tidak wajar menuding jari kepada mana-mana pihak ataupun pemain sendiri. "Saya juga tidak salahkan pemain, sebaliknya kita kena akur dengan kekalahan ini kerana China memiliki segala kekuatan dan sebenarnya bukan rezeki kita untuk merampas Piala Thomas pada tahun ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup program Kem Badminton bersama Kelab Nusa Mahsuri anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri Melaka di Kompleks Sukan Ayer Keroh