Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Chelsea complains to M'sia about Benayoun abuse

LONDON - CHELSEA has formally complained to Malaysian football officials after Israel midfielder Yossi Benayoun was booed by spectators during a pre-season friendly in the Muslim-majority nation. In last Thursday's match against a Malaysian XI, Benayoun became the first Israeli in recent memory to play in the country, which is a staunch supporter of the Palestinians and has no diplomatic ties with Israel. Chelsea says it was 'initially unclear as to the nature of the abuse Yossi received'. But now the Premier League club states on its website that 'we believe Yossi was subjected to anti-Semitic abuse by a number of supporters at the game'. And the Blues say that 'it has become apparent that a formal complaint was necessary'. -- AP

Dua gol bukan tugas berat

Pemain Harimau Malaya gigih menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. MENCARI dua gol dalam pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebenarnya bukan satu misi yang sukar buat skuad bola sepak negara. Tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu lepas tidak seharusnya menjadi alasan buat Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang. Sebaliknya, tiga gol yang dihasilkan di tempat lawan itu seharusnya dianggap sebagai kelebihan dan dijadikan azimat kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk meruntuhkan keegoan Singapura. Namun, dengan syarat - misi mencari dua gol perlu dilunaskan dan gawang mereka tidak dibolosi. Biarpun Singapura gah dengan ‘tenaga import’ mereka, namun mereka terlupa bahawa skuad negara juga memiliki senjata sulit yang lebih ampuh pada malam ini, iaitu sokongan jitu dan laungan padu lebih 90,000 peminat setia Harimau Malaya yang akan

Cari kemenangan tanpa bolos

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yakin keputusan akan berpihak kepada Harimau Malaya tetapi dengan syarat benteng pertahanan perlu memastikan tiada sebarang kelalaian dan kelekaan seperti yang berlaku pada perlawanan pertama di Singapura, Sabtu lalu. Beliau berkata, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal juga perlu mempamerkan mutu permainan tinggi - memberi tekanan kepada musuh dengan menyerang, mengawal permainan serta cuba memanfaatkan setiap peluang yang dicipta, maka kemenangan 2-0 yang diburu hari ini adalah tidak mustahil. “Saya harap perlawanan esok akan menjadi perlawanan memihak kepada kita, saya dapat rasa semangat daripada pemain-pemain dan jurulatih... mereka hendakkan kemenangan. “Selagi dapat kurangkan kesilapan mudah, ditambah dengan kehadiran ramai peminat membanjiri stadium esok (hari ini), saya yakin kemenangan akhirnya akan memihak kita. Mari kita berdoa dan mengharapkan esok adalah

Safee galas tugas kapten?

PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (tengah) bersama Sharbinee Allawee Ramli (kiri) dan Nasril Nourdin giat berlatih di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. PENYERANG sensasi negara, Mohd. Safee Sali hampir pasti menggalas tugas sebagai kapten skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Biarpun bekas kapten, Aidil Zafuan Radzak turut menjadi calon untuk menjadi pemimpin di atas padang, Safee dianggap sebagai calon yang lebih layak berdasarkan beberapa kriteria. Safee, 27, merupakan pemain paling tua di kalangan 24 pemain negara dan satu-satunya pemain yang berpengalaman luas beraksi di liga luar negara iaitu bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia. Selain itu, Safee turut memakai lilitan lengan setelah kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49 ketika aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu. "Kita tahu Aidil m

TPM ke Stadium Nasional

KUALA LUMPUR - Anak-anak buah K. Rajagobal sudah melupakan kenangan pahit di Singapura dan mereka menjanjikan persembahan terbaik pada perlawanan kedua menentang Singapura pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Pengurus Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal berkata, sejak pulang dari Kota Singa, semangat pemain begitu tinggi untuk menebus kesilapan mereka ketika beraksi pada pertemuan pertama hujung minggu lalu. "Mereka sedar kesilapan yang dilakukan ketika bermain di Singapura tempoh hari, malah para pemain telah berikrar untuk memberikan aksi terbaik esok (hari ini), lebih-lebih lagi kita beraksi di depan 85,000 penyokong tempatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam. Menurut Subahan, selain sokongan daripada penyokong Malaysia, aksi skuad kebangsaan, hari ini akan turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pucuk pim

PM bakar semangat pemain

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa bertanya khabar kepada skuad Harimau Malaya, sekali gus memberi suntikan semangat menjelang perlawanan getir menentang Singapura hari ini. Najib tidak bersemuka secara langsung dengan para pemain tetapi panggilan telefon yang dibuatnya kepada jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal membuktikan betapa beliau mengambil berat perlawanan malam ini. "Panggilan itu membuatkan saya terharu. Perdana Menteri memberitahu beliau dan seluruh rakyat Malaysia akan menyokong padu di belakang kami. Perdana Menteri juga memaklumkan beliau tidak berkesempatan datang ke stadium esok (hari ini) kerana akan berada di Kedah untuk program bersama rakyat, tetapi beliau berjanji akan menyaksikan perlawanan bersama 10,000 rakyat di situ. "Saya menyampaikan pesanan beliau kepada pemain-pemain dan nyata semangat mereka kian membara selepas mengetahui panggilan Perdana Menteri itu," katanya kepada pemberita

Time to deliver, Malaysia

THE battle lines have been drawn. Riding on a nationalistic fervour, Malaysia will be looking to give Singapore a torrid time in front of a sell-out crowd of 85,000 fans at the National Stadium today in a bid to overcome a 5-3 deficit in a World Cup Asian zone second round qualifying tie. Little incentive is needed to get players and fans from both sides of the Causeway motivated as only a Malaysia versus Singapore clash can. The equation is simple. Malaysia need to win by a two-goal margin to advance to the third round draw to be held in 2014 World Cup hosts Brazil on Saturday, as long a 5-3 scoreline is not repeated. For Singapore, even a one-goal defeat is enough to send them through and the visitors understandably could be expected to tread a more cautious line in protecting the lead they earned at the Jalan Besar Stadium on Saturday. That could prove problematic for Malaysia, who have never enjoyed playing against a defensive-minded team, as the first round, f

Beri Raja peluang

“BERI peluang dan kepercayaan kepada Datuk K Rajagobal membuat percaturan untuk skuad kebangsaan sebelum menghadapi pasukan Singapura, Khamis ini (esok). “Ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa, sebaliknya semangat kerja berpasukan amat diperlukan bagi memberi motivasi kepada pemain membuktikan kemampuan mereka,” kata bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan. Bekas jurulatih yang berjaya membawa pasukan Kelantan merangkul Piala Malaysia pada 2010 itu menaruh keyakinan Rajagobal akan membawa Harimau Malaya mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014. Sathianathan berkata, selain yakin dengan pengalaman Rajagobal yang membimbing Harimau Malaya sehingga memenangi Piala AFF Suzuki tahun lalu, kebolehan pemain juga menjadi ‘senjata’ untuk mempamer aksi cemerlang di Stadium Nasional Bukit Jalil, nanti. Katanya, walaupun Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura Sabtu lalu, beliau tetap yakin dengan persiapan Rajagobal, malah kelebihan beraksi

Rajagobal ada formula terbaik

Untuk ‘bakar’ semangat anak didik PENGENDALI Datuk K Rajagobal menegaskan dia memiliki formula terbaik ‘membakar’ semula semangat barisan Harimau Malaya yang luntur untuk bangkit mengatasi defisit dua gol dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. Dan pengendali 55 tahun itu mengakui, formula yang digunakan adalah dengan menayangkan semula video ‘detik emas’ ketika mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah menjulang Piala Suzuki AFF tahun lalu dan Sukan SEA 2009. “Kekalahan 5-3 dalam perlawanan pertama Sabtu lalu bukan penamat perjuangan pasukan kerana mereka masih ada baki 90 minit lagi untuk membuat perhitungan terakhir dengan lawan. Lagipun, ini bukan pengalaman pertama pemain tewas dan menghadapi detik sukar seperti ini. “Sebaliknya, pemain pernah menghadapinya ketika tewas sebelum bangkit dengan membuktikan kemampuan dan mengejutkan semua pih

Formula video

Penyerang utama Harimau Malaya, Safee Sali dan rakan sepasukan gigih berlatih di sesi latihan semalam menjelang perlawanan menentang Singapura, malam esok.   Rajagobal sudah ada ramuan tiup semangat anak didik kekang Singapura, esok KEBANGKITAN secara dramatik - selepas ketinggalan dalam permainan - pernah ditunjukkan Harimau Malaya ketika menjulang Piala AFF Suzuki dan menang pingat emas Sukan SEA 2009. Jelas ‘detik emas’ itu sudah memberi formula mujarab kepada Datuk K Rajagobal yang mahu menayangkan semula rakaman video membabitkan babak mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah. “Pemain mampu melakukan keajaiban apabila menentang Singapura, Khamis ini (esok). Mereka pernah dua kali melakukannya, masakan tidak boleh mengulangi sekali lagi,” kata ketua jurulatih itu, semalam. Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut bersemangat mahu membantu cabaran pasukan memadamkan defisit kekalahan 3-5 tempoh hari andai dipilih esok. “Saya berjanji p

Football: No special treatment for 'special ones'

Singapore skipper Shahril Ishak going for a ‘triple heading’ at the Maybank training centre in Bangi on Monday. — Picture by Effendy Rashid   SINGAPORE'S naturalised players have been described as the "special ones" by national coach K. Rajagobal but his players will not give them any special treatment in tomorrow's World Cup qualifier return leg. Bosnian-born Aleksandar Duric, together with Mustafic Fahrudin (Serbia), Daniel Bennett (England), Shi Jiayi and Qiu Li (China) were in their element in Singapore's 5-3 victory over Malaysia in last weekend's first leg. The 41-year-old Duric outfoxed a young Malaysian defence to score a brace while Fahrudin, Jiayi and Qiu Li added the other goals. "They are Singapore's lifeline. We will pay some attention to them but we will not go overboard," said Rajagobal at Wisma FAM in Kelana Jaya yesterday. "Our priority is to score goals and defend well. I will not resort to man-to-ma

Kapten Singapura minta maaf tunjuk isyarat 'tewas'

Pemain Singapura menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia esok, di Pusat Latihan Maybank, Bangi, semalam. - Utusan/ASWAD YAHYA BANGI - Ketua pasukan Singapura, Mohammad Shahril Ishak memohon maaf di atas perbuatannya yang menunjukkan simbol 'L' iaitu isyarat tewas kepada penyokong Malaysia ketika mengalahkan Harimau Malaya 5-3 pada perlawanan di Stadium Jalan Besar republik itu, Sabtu lalu. Menurutnya, perbuatannya itu hanya reaksi spontan dan tidak ada niat apa-apa. "Tujuan saya hanyalah satu, jika beraksi di atas padang iaitu bermain bola sepak siapa sahaja boleh memberi pandangan," kata pemain tengah berusia 27 tahun itu. Shahril menunjukkan simbol 'L' kepada penyokong Malaysia sebaik sahaja menjaringkan gol keempat pada perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia tempoh hari. Sementara itu mengenai hubungannya dengan penyerang Malaysia, Safee Sali di Indonesia, S

Aidil tahu cara sekat Duric

Aidil Zafuan Abdul Razak PETALING JAYA - Kuda tua Singapura, Aleksandar Duric, yang meledak dua gol ketika pasukan itu menang 5-3 ke atas Malaysia, Sabtu lalu bukan asing buat pertahanan kental negara, Aidil Zafuan Abdul Razak. Aidil pernah bersemuka dengan pemain import Singapura itu pada perlawanan di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya pada 29 November 2008, yang merupakan pertemuan terakhir Singapura dan Malaysia, sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia di republik itu Sabtu lalu yang memihak Singapura. "Berdasarkan pertemuan sebelum ini, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh Duric, memang saya ketahui. "Dia seorang penyerang yang mempunyai kekuatan fizikal, memang agak sukar untuk mengawalnya tetapi dia juga ada kelemahan yang boleh kita ambil kesempatan, khususnya faktor kepantasan. "Jika saya diturunkan dalam perlawanan Khamis ini, saya akan cuba sebaik mungkin mengemudi benteng pertahanan negara daripada dibolosi," katan

Masa Perkhidmatan LRT, Monorel Dilanjutkan Sempena Perlawanan Malaysia-Singapura Khamis Ini

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Waktu operasi perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel akan dilanjutkan sempena perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, Khamis ini. Pengurus media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan laluan LRT Ampang terus ke stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 tengah malam manakala laluan LRT Kelana Jaya dan KL Monorel akan dilanjurkan sehingga 1 pagi. Bagaimanapun, waktu lanjutan operasi bagi laluan Kelana Jaya hanya untuk kemasukkan di stesen Majid Jamek dan stesen Hang Tuah bagi KL Monorel. Azhar berkata operasi perkhidmatan biasa LRT dan KL Monorel akan tamat pada pukul 11.45 malam. Prasarana merupakan pengendali perkhidmatan LRT, KL Monorel dan perkhidmatan bas RapidKL. Azhar juga menasihatkan peminat bola sepak spaya membeli tiket perjalanan dua hala bagi mengelak kese

60,000 Tiket Perlawanan Malaysia-Singapura Telah Dijual

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Sejumlah 60,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini telah dijual. Kesemua 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu mula dijual di tiga stadium yang dipilih. "Kita (FAM) memang menjangkakan sambutan begitu menggalakkan khususnya di kalangan peminat tempatan," kata pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram kepada Bernama. Menurut beliau sebanyak 25,000 tiket telah diagih-agihkan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan masing-masing 12,500 tiket lagi untuk dijual di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Stadium Shah Alam. Katanya, kesemua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di Stadium Nasional habis dijual setakat pukul 3.30 petang manakala di dua lagi stadium pada pukul 5 petang. Mengikut jadual asal, kaunter-kaunter tiket di keti

A Test Of Character, For Malaysian Fans, Too

By Ahmad Shukran Shaharudin KUALA LUMPUR, July 26 (Bernama) -- Let the Singapore 5-3 drubbing be a part of history. Accept the fact that Harimau Malaya lost in the away round and let's fill up Stadium Nasional in Bukit Jalil, come Thursday. These were among the calls made by numerous ardent Malaysian fans and a socio-psychologist. "Malaysian football fans should never turn their backs. Their continuous support for the national team, rain or shine, is vital psychologically for Harimau Malaya to perform better and win," said Universiti Kebangsaan Malaysia social psychologist Dr Maarof Redzuan. He said, the undivided support of fans would make the Malaysian 11 feel more comfortable and confident, playing in their own den. Be it for the fans or the national team, it is useless crying over spilt milk as what is most important is to look forward to the coming 90 minutes. It could be the best ever showdown for the fans to cheer on and enjoy, and for the tea

'Kubu Singa lemah'

Skuad kebangsaan menjalani latihan di Wisma FAM menjelang perlawanan timbal balik menentang Singapura, Khamis ini.   Jeritan patriotik peminat beri mesej Harimau Malaya mampu layak pusingan ke-3 "SINGAPURA tak hebat. Ayuh serang dan robohkan kubu mereka. Pertahanan mereka longgar.” Itulah firasat positif bekas pemain tonggak negara, Razip Ismail menjelang pertembungan Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis ini. Dia percaya jika skuad Harimau Malaya boleh meledak tiga gol di gelanggang lawan, Sabtu lalu mereka mampu gegar lagi gawang Singa di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti. Jeritan patriotik penyokong tanah air sudah mula kedengaran yang kini amat yakin betapa anak didik Datuk K Rajagobal ada ramuan bangkit bak wira di gelanggang sendiri dan layak ke pusingan ketiga. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga turut bergandingan dalam menyalakan semangat perjuangan skuad

Ikrar Safee

“ TAK perlu risau saya akan sihat semula dan semangat saya tetap kuat untuk memastikan Malaysia layak. Itu kata-kata semangat penyerang berbisa negara, Mohd Safee Sali yang tidak sabar untuk membuat perhitungan dengan Singapura Khamis ini meskipun badannya kini sedikit lemah kerana mengalami demam selsema. Safee, 27, menghidupkan peluang Malaysia untuk meneruskan cabaran di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan meledak dua gol ketika tewas 5-3 kepada Singapura dalam aksi pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu. Namun sedikit membimbangkan apabila penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC itu tidak menjalani sesi latihan bersama Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal semalam kerana diminta berehat akibat demam. Selain Safee, pemain sayap Mohd Amirulhadi Zainal turut mengalami nasib yang sama dan dilihat hanya menjalani latihan ringan di gimnasium Wisma FAM Kelana Jaya. Safee yang ditemui Arena Metro berharap tahap kesihatannya akan pulih seperti bias

Kita perlu dua gol tanpa dibolos

KELEMAHAN jentera pertahanan menjadi punca kekalahan 3-5 Harimau Malaya kepada Singapura, Sabtu lalu. PERTAMANYA, perlu menang 2-0. Yang keduanya, benteng pertahanan harus diperkemaskan. Jika kedua-duanya dapat disempurnakan dengan baik, Harimau Malaya akan menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelaya- kan Piala Dunia 2014. Pastinya kejayaan tersebut terpahat menjadi satu sejarah baharu dalam bola sepak negara. Misi untuk mendapatkan dua gol mungkin bukan tugas berat buat anak-anak didik Datuk K. Rajagobal itu tetapi yang dilihat agak membimbangkan adalah benteng pertahanan. Ia boleh dikatakan agak rapuh dan dalam beberapa perla- wanan kebelakangan ini, mereka terlalu mudah dibolosi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahagian pertahanan merupakan posisi paling lemah dalam skuad Harimau Malaya. Rajagobal sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Pemain yang diberi peranan mengawal jentera pertahanan bukannya kurang pengalaman. Mereka ada kualiti. Mereka ada key

Rajagobal tidak tambah pemain

TIADA pemain baharu dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini. Pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam, hanya 24 pemain yang dibawa ke Singapura dilihat turun menjalani latihan tanpa kelibat Norshahrul Idlan Talaha yang masih cedera ataupun mana-mana pemain baharu. Menurut Rajagobal, hanya dua pemain yang tidak dapat menjalani lati- han penuh iaitu Safee Sali dan Amirul- hadi Zainal yang mengalami demam sejak pagi semalam. "Sepanjang beberapa hari latihan ini, saya mahu lihat keadaan Aidil Za- fuan Radzak sama ada dia sudah pulih sepenuhnya dan begitu juga tentang pengganti Safiq Rahim di posisi tengah. "Cadangan untuk ambil pemain baharu, semua kena faham yang saya bu- kan tidak membuka pintu untuk mereka tersenarai. Norhafiz Zamani Mis- bah memang sentiasa dalam peranca- ngan saya sejak 2009 lagi. "T

Rajagopal banking on Negri centreback to fill void in porous defence

By ERIC SAMUEL PETALING JAYA: The Malaysian football team’s porous defence is driving coach Datuk K. Rajagopal up the wall. Now he is praying hard for sweeper Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak to make a speedy recovery from injury to help plug the gap in his backline. The team conceded five goals in the first leg of the Asian Zone World Cup second round qualifying match at the Jalan Besar Stadium on Saturday which Malaysia lost 3-5. Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak: Badly needed for the match.   For the second leg at the National Stadium in Bukit Jalil on Thursday, Rajagopal is banking on Mohd Aidil to beef up the defence. The Negri Sembilan centre-back was dealt a cruel blow two days before the first leg in Singapore when he aggravated his ankle injury at the Jalan Besar Stadium during a training session. Rajagopal had no choice but to leave out the hard-tacking player from the game and even ruled him out from the second-leg match. But to everyone

Football: Ismail set to fill Safiq void

ISMAIL FARUQI ASHARI TERENGGANU'S Ismail Faruqi Ashari could be the player to replace suspended captain Safiq Rahim when Malaysia play Singapore in Thursday's World Cup qualifier second round, return leg tie at the National Stadium in Bukit Jalil. Ismail, 25, was initially not part of national coach K. Rajagobal's plans but received a late call-up to boost Malaysia's midfield in the recent friendly against Liverpool. His impressive performance in that match earned Ismail his first international cap at last weekend's 5-3 defeat to Singapore in the away first leg. The pint-sized midfielder was a surprise starter ahead of regular Amirulhadi Zainal on the right flank and despite his inexperience, managed to give Singapore defenders, led by centre-back Daniel Bennett, a tough time with his speed and skill. The Manir-born player, however, missed a gilt-edged chance to score in the 29th minute before being replaced by Amirul at half time. Ismail, who st

Football: Aidil Zafuan boost for Rajagobal

Aidil Zafuan Abd Radzak’s (front) return is timely as coach K. Rajagobal needs an experienced player in defence. — Picture by Osman Adnan CENTREBACK Aidil Zafuan Abd Radzak has made a timely return from injury ahead of Thursday's World Cup Qualifier return leg against Singapore. Aidil Zafuan, who aggravated his ankle injury before last weekend's 5-3 first leg defeat to Singapore, went through training with ease at Wisma FAM in Kelana Jaya yesterday. "I am happy to be back in training. My ankle did not give me any problems. I guess I am ready to play on Thursday," said Aidil. "I picked up the injury in the match against Arsenal but recovered in time for the first leg in Singapore. However, I was advised to rest after aggravating it during training last Friday." Aidil Zafuan's return is timely as coach K. Rajagobal needs an experienced player in defence, especially in the centre. If all goes well, the Negri Sembilan player, who is also

Tidak ada rombakan pertahanan

Pasukan kebangsaan gigih berlatih di Padang FAM, Kelana Jaya, semalam sebagai persiapan menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini. - UTUSAN/RASHID MAHFOF PETALING JAYA - Desakan agar pemain baru dibawa masuk di bahagian pertahanan tidak dilayan oleh ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal (gambar) yang masih percaya barisan sedia ada mampu menentang Singapura pada Khamis ini. Menurutnya, beliau masih yakin dengan pemain yang sedia ada walaupun ada yang memberi tekanan dan pendapat supaya memanggil pertahanan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah berikutan kekalahan 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. "Sejak saya menjadi jurulatih pada 2009 memang saya sering memanggil Norhafiz untuk menguatkan barisan pertahanan bagaimanapun semua orang kena faham kenapa saya tidak senaraikan dia, saya sedar akan pengalamannya," katanya selepas latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), s

15 Elite Silat Exponents To Prepare For Sea Games In Chiang Mai

KUALA LUMPUR, July 25 (Bernama) -- Fifteen silat exponents from the National Silat Federation (Pesaka) will undergo training in Chiang Mai, Thailand from August 8-15 as part of their preparations for the 2011 SEA Games in Indonesia. Pesaka coordinator Osman Nok said the eight-day stint was to prepare the silat exponents for the SEA Games in November. "Besides training with the Thai athletes, they will also spar against each other and compete among themselves on August 11 and 12," he told Bernama. He said, overall, 24 athletes would carry Malaysia's challenge in the 18 categories contested in the SEA Games. "The 15 exponents identified for Chiang Mai are from the elite squad while the remaining nine will be absorbed into the back up squad and undergo training according to the phases set by Pesaka and the National Sport Council," he added.

Badminton: Chong Wei, Lin Dan Final On The Cards In Wembley

KUALA LUMPUR, July 25 (Bernama) -- Barring any upsets, World number one Datuk Lee Chong Wei and China's Lin Dan are expected to meet in the men's singles final of the World Championships to be held in Wembley, London from Aug 8-14. In the latest world rankings released, Chong Wei and Lin Dan were seeded first and second respectively and if both live up to their top billings, they will meet in the final. Chong Wei as the top seed was drawn in the top half while Lin Dan, the second seed and world number two will start at the bottom half. This will be the fourth time that Chong Wei is seeded top in the world meet but unfortunately, he has failed to live up to his world No. 1 tag at the last three occasions in Madrid (2006), Hyderabad (2009) and Paris (2010). Lin Dan was the top seed at the 2007 world meet in Kuala Lumpur. Two other title contenders - Denmark's Peter-Gade Christensen and Taufik Hidayat of Indonesia, were seeded third and fourth respectivel

Harimau Malaya Capable Of Taming Lions - Shabery

KEMAMAN, July 25 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek remained confident that Harimau Malaya would be able to tame the Lions during their return leg of the 2014 World Cup Asian Zone Qualifier on Thursday. Ahmad Shabery said based on the performance of the team when playing Taiwan, it would not be impossible to overcome a two goal deficit when both teams meet in the return leg at the National Stadium in Bukit Jalil. "I am confident that our boys will win 2-0 or 3-1 or even 4-2 in the match against Singapore and avenge their 3-5 defeat on Saturday," he said after launching the Healthy Youths logo by Ranaco Group here today. Though Ahmad Shabery acknowledged that there were weaknesses in the Malaysian defence that looked shaky on Saturday, he was confident that coach Datuk K. Rajagobal would come out with a winning formula. "I believe the coach (Rajagobal) has a formula to overcome the weaknesses and a strategy to spring

Safee tekad gegar lagi

SAFEE meraikan gol pertama Harimau Malaya ke atas Singapura. Peledak negara yakin Harimau Malaya mampu balas dendam PENYERANG prolifik negara, Safee Sali mengakui perasaannya bercampur baur walaupun dua kali merobek gawang Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, kelmarin. "Saya gembira, tetapi pada masa sama sedih kerana dua jaringan saya itu masih gagal membantu skuad negara menewaskan lawan," kata penyerang Pelita Jaya itu. Safee membuktikan ketajaman berterusan selepas merobek gawang Liverpool dua kali baru-baru ini dan malam kelmarin, sekali lagi menyumbat dua gol untuk Harimau Malaya. Dia menjaringkan gol pertama seawal permainan berusia 30 saat sebelum menambah satu lagi pada minit ke-70 manakala satu lagi gol negara dijaringkan penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-69. Begitupun gol lawan yang dijaringkan penyerang sensasi berusia 41 tahun, Aleksander

Gempur Singapura

SYABAS...Safee dikerumuni rakan dan pegawai pasukan selepas menjaringkan gol ketiga Malaysia di Stadium Jalan Besar.  MALAYSIA tidak mempunyai pilihan lain selain menggempur habis-habisan kubu Singapura bagi memadam kelebihan skuad Singa yang kini berbangga dengan kemenangan 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 kelmarin. Dan tugas itu bukan mustahil untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan jentera serangan yang kembali menemui sentuhan penyudah selepas tumpul dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Pada aksi di Stadium Jalan Besar kelmarin, peledak sensasi Mohd Safee Sali kembali menggegar gawang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak untuk menamatkan kemarau jaringan di peringkat antarabangsa selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu. Manakala penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya pula berjaya menjaringkan gol pembakar semangat dalam perlawanan itu meskipun sekadar beraksi sebagai pemain gantian. “

Jangan ulang lagi - Rajagobal

SHARBINEE (kiri) memperkatakan sesuatu kepada rakan sepasukan lain pada aksi menentang Singapura di Stadium Jalan Besar malam kelmarin. Malaysia tewas 3-5. SINGAPURA - Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mahu benteng pertahanan tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan mudah sehingga dibolosi lima gol malam kelmarin. Meskipun tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini malam kelmarin, Rajagobal tetap yakin Malaysia akan mara ke pusingan ketiga. "Kita beri Singapura gol-gol mudah hasil kesilapan sendiri. Kita tak boleh buat begini lagi pada aksi kedua nanti. Kita perlu bangkit untuk menang sekurang-kurangnya dua gol. "Tapi kita perlu sentiasa positif. Dalam tiga atau empat hari ini, saya akan fikir sesuatu untuk aksi kedua nanti dan tetap yakin kita akan layak," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin. Kelonggaran benteng pertahanan gandingan Musli

Safee yakin Malaysia bangkit

Safee Sali diraikan rakan sepasukan setelah dia menjaringkan gol pembukaan Malaysia ketika menentang Singapura pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia, kelmarin. SINGAPURA - Penggempur berbisa negara, Safee Sali yakin skuad negara mampu mengalahkan Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini. Safee yang meledak dua gol ketika Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar, kelmarin berkata, apa yang dilalui oleh pasukan negara ketika ini sama seperti ketika Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF, tahun lalu. "Saya yakin kita mampu mengalahkan Singapura apabila beraksi di padang sendiri sendiri nanti, ini kita telah buktikan pada Piala AFF apabila kita menang ke atas Vietnam dan Indonesia, " kata Safee. Mengulas kekalahan kelmarin, Safee mengakui barisan pertahanan negara terlalu longgar yang menjadi punca kemenangan Singapura. ''Memang tidak boleh nafikan pertaha

Chong Wei’s autobiography set to hit market after world meet

KUALA LUMPUR: An autobiography of Malaysia’s most successful badminton player Lee Chong Wei (pic) is set to hit the market after he accomplishes his task at the World Championships which will be held at Wembley from Aug 8-14. The production of his first ever book is one of the many outside activities that Chong Wei has been juggling together with his strenuous training sessions over the last few months leading to his sixth world championships outing. The book is about his life as a badminton player and it is meant to give courage and hope for many aspiring youngsters, whose dreams are to make it big in badminton or in any other sports. Besides working on the book, Chong Wei has also been involved in many promotional events as part of his obligation and duties of being a national player, brand ambassadors of many products and commitments to inspire youngsters through coaching clinics. He also has his name tied up with academies and training halls, which are run by

Malaysia no match for Thais in Istaf World Cup final

KUALA LUMPUR: Malaysia was no match for the superior Thailand sepaktakraw team as they were smashed aside in the final of the inaugural Inter­national Sepaktakraw Fede­ration (Istaf) World Cup at the Titiwangsa Stadium yesterday. Malaysia had an easy semi-final bout earlier yesterday when they sent Singapore packing 3-0 while Thailand cruised past Myanmar 3-0 in another semi-final match. In the much anticipated final match in front of a sellout crowd, Malaysia, however, failed to produce a respectable performance and went down tamely in straight sets of 4-15, 6-15, 11-15. Thailand also ensured a clean sweep of the titles yesterday as their women’s team defeated Vietnam 3-0 in the final. Malaysia lost 1-3 to Vietnam while Thailand beat China 3-0 in the semi-finals. Results   Semi-finals Men: Malaysia bt Singapore 3-0; Thailand bt Myanmar 3-0. Women: Vietnam bt Malaysia 3-1; Thailand bt China 3-0. Final Men: Thailand bt Malaysia 3-0. Women: Thailand bt Vietna

Sepaktakraw: Thailand proved too strong for Malaysia

THERE was not much to cheer for the Malaysian fans at Titiwangsa Stadium yesterday as Thailand tore apart the national side in the inaugural Sepaktakraw World Cup final. Malaysia started off the match nervously with tekong Noor Azman Abdul Hamid netting numerous serves and found it hard to return Thai tekong Siriwat Sakha's sharp, driven serves and lost the game 15-4. The second game saw national coach Jamaluddin Hassan replacing error-prone Noor Azman with Syazwan Husin while trailing 2-6. Syazwan proved to be a marginal improvement but his efforts were not enough to stop them losing 15-6. Malaysia play more fluidly in the third game and managed to match Thailand point-for-point in the earlier stages until Thailand replaced the tiring Siriwat with Kriangkrai Kaewmian at 9 all. Kriangkrai's variation and well-disguised serves broke the Malaysian's rhythm. Thailand soon won 15-4, 15-6, 15-11. Thai coach Kamol Tankimhong said: "It is quite

Malaysia tewas angkara servis longlai

Perejam Thailand, Pornchai Kaokaew melibas sambil dihalang pemain negara, Norshahruddin Mad Ghani pada perlawanan akhir Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari KUALA LUMPUR - Kegagalan regu negara memanfaatkan servis yang lebih banyak terkandas mahupun mudah disambut Thailand, menjadi punca kekalahan mudah anak buah Jamaluddin Hassan 0-3 dalam perlawanan akhir Sepak Takraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2011, semalam. Sistem baru kiraan 15 mata selain servis tiga kali berturut-turut dan bergilir dengan lawan yang diperkenalkan sejak Januari lalu, tidak banyak membantu menjulang prestasi tuan rumah biarpun bertemankan sokongan hampir 2,000 penyokong yang membanjiri Stadium Titiwangsa. Kata Jamaluddin: "Servis dalam sistem baru ini menjadi penentu perlawanan ini. Kita lebih banyak terkandas, terkeluar atau masih boleh disambut Thailand tetapi kita pula gagal mematahkan giliran lawan. Kita juga banya

Faiz pecah rekod 11 tahun angkat berat

KUALA LUMPUR - Atlet angkat berat negara, Mohd. Faiz Musa berjaya memadamkan rekod kebangsaan acara clean and jerk bagi kategori 94 kilogram dengan angkatan 191 kilogram, mengatasi rekod lama milik Edmund Yeo iaitu 190 kilogram. Kejayaan itu dicatatkan pada kejohanan kelayakan ke Sukan SEA anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Angkat Berat Malaysia di sini, semalam. Pencapaian itu membolehkan Mohd. Faiz, pemenang pingat perak Sukan SEA di Laos dua tahun lalu, menempah tiket ke Sukan SEA di Indonesia, November ini. Mohd. Faiz berpuas hati kerana kerana hasrat untuk memadamkan rekod kebangsaan tercapai dan lebih menggembirakan pencapaian itu turut melayakkan dirinya mewakili negara ke Sukan SEA. "Akhirnya rekod 11 tahun kategori ini berjaya di atasi. Sasaran saya kini ialah untuk memadamkan rekod bagi acara snatch pula. "Pada kejohanan kali ini, saya hanya mampu membuat angkatan 145 kilogram bagi kategori snatch , dan untuk memadamkan rekod saya perl

Sepak Takraw: Malaysia Fail To Overcome Thailand

KUALA LUMPUR, July 24 (Bernama) -- Malaysia failed to overcome archrivals Thailand in the final of the International Sepak Takraw Federation's inaugural World Cup at the Stadium Titiwangsa here Sunday. In the first set, Malaysia's trio of Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani and Farhan Adam lost 4-15 in just 11 minutes. Malaysia's coach Jamaluddin Hassan substituted captain Noor Azman with Muhamad Syazam Husin in the second set but the Malaysians did not fare much better, losing 6-15 in 14 minutes. The national players put up a better fight against the Thai trio of Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha and Pattarapong Yupadee in the third set but still lost 11-15. Speaking to reporters afterwards, Jamaluddin said Malaysia's team was still young and expected the players to produce a better showing at the SEA Games in Indonesia at the end of the year. Thailand also won the women's final, defeating Vietnam 3-0 in straight sets of 15-7, 15-12

Soccer: Tigers Were totally Lost In The First Half - Coach

SINGAPORE, July 23 (Bernama) -- The Malayan Tigers were totally lost in the first half of their first leg match against Singapore in the Asian Zone World Cup Qualifier Saturday night, coach Datuk K. Rajagopal said. "They didn't know what they were doing...but in the second half they came back aggressively," he said at the post-match press conference at the Jalan Besar Stadium here. He also said that the Singapore Lions, especially Aleksander Duric, Qiu Li and Shi Jiayi, had given his team a hard time, causing the Tigers to trail 1-4 in the first half. Despite adopting an aggressive game in the second half and managed to score another two goals, the Tigers succumbed to a 3-5 defeat. Rajagopal was however caustically optimistic when asked about their second leg encounter at the Bukit Jalil in Kuala Lumpur on July 28. Mohd Safee Mohd Sali who scored twice tonight, admitted that his team was a bit out of rhythm in the first half but said they had a good

Football: Malaysia Lost 3-5 To Singapore

SINGAPORE, July 23 (Bernama) -- A tougher challenge awaits Malaysia on their return leg in Bukit Jalil next week after losing 3-5 to Singapore in their first leg Asian Zone World Cup Qualifier match at the Jalan Besar Stadium, here Saturday night. The match ended quite unlike the way it started, with Malaysia scoring the first goal barely 24 seconds after the opening whistle through Mohd Safee Mohd Sali. The early goal, however, did little to unsettle Singapore, dubbed the Lions, whose relentless attack earned them a freekick just outside the box in the seventh minute. Aleksandar Duric converted the free kick to level the score 1-1. The Malaysians, dubbed the Malayan Tigers, found themselves having to defend against a spirited Singapore, whose striker Shi Jiayi was wreaking havoc in front of Malaysia's goalmouth. Singapore earned another goal in the 21st minute with Qiu Li converting a freekick outside the box following a foul on teammate Sharil Ishak. Must

Squash: Nicol Clinches Seventh Malaysian Open Title

PETALING JAYA, July 23 (Bernama) -- Malaysian squash queen and World number one Datuk Nicol Ann David stamped her supremacy in front of the home fans, to claim the 2011 CIMB Malaysian Open Squash Championship title here Saturday. It was her seventh successive victory in the tournament since 2005. Nicol, the top seed in the Women's International Squash Players Association (Wispa)-sanctioned competition, outclassed England's Jenny Duncalf in straight sets 11-6, 12-10 an 11-5 in 42 minutes. "No doubt, she (Jenny) always plays good squash and at the same time, I have to play better to make sure it is tight and solid. I was really focused today and very happy with my performance," said the squash queen who will turn 28 next month. For her win, she pocketed USD11,400 (RM33,900) and the coveted trophy. Jenny, as the runner-up, took home USD7,800 (RM23,200). Her next assignment after the Malaysian Open will be the CIMB Singapore Masters between July 25 a