Skip to main content

Sports press clippings on 29 August 2007




Malaysian Trio In Last 32 Of World Meet
JOHOR BAHARU, Aug 28 (Bernama)-- The Malaysian trio of Moh Keen Ho, Thor Chuan Leong and John Loh have booked their place in the last 32 of the World U-21 Snooker Championship now underway in Goa, India.

Malaysia Defeat Singapore To Book The Final Match
PETALING JAYA, Aug 27 (Bernama) -- Malaysia advanced to the final of the 39th edition of the Pestabola Merdeka after beating Singapore 3-1 in their semi-final match at the Petaling Jaya City Council Stadium (MBPJ) in Kelana Jaya, here tonight.




Peluang Malaysia 50-50
PENGENDALI Malaysia, B Sathianathan menganggap peluang mereka 50-50 tetapi rakan seperjuangannya di kem Myanmar, yang bakal ditemui pada final Pestabola Merdeka Ke-39 di Stadium Shah Alam, malam ini, Marcos Falopa mula melancarkan perang psikologi apabila memilih tuan rumah sebagai pilihan utama muncul juara kali ke-11. berita penuh

MSN terima cabaran bawa pulang 61 pingat emas
CABARAN dilontarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman, dibalas komitmen betapa kontinjen negara ke Sukan Sea di Korat, Disember ini, mampu membawa pulang jumlah pingat emas tertinggi. berita penuh

Zolkples melenting gelagat sumbang Yee Yin
DATUK Zolkples Embong bangkit melenting, semalam sebagai tanda kecewa dengan gelagat sumbang ditunjukkan bekas jurulatih gimnastik negara, Yap Yee Yin yang seperti sengaja mahu mencipta nama buruk kepada Majlis Sukan Negara (MSN). berita penuh

Misi julang martabat negara
LEBIH 90 peratus pemain dalam skuad negara belum pernah beraksi di pentas final kejohanan antarabangsa dan bakal merasai pengalaman ketika bertemu Myanmar pada final Pestabola Merdeka Ke-39 di Stadium Shah Alam, malam ini. berita penuh

Bidikan emas Nur Suryani ceriakan kem Malaysia
NUR Suryani Mohd Taibi terus mempamerkan bidikan emasnya semalam apabila meraih dua emas menerusi acara raifal 50m tiga kedudukan individu dan berpasukan dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara di lapang sasar Subang semalam. berita penuh

Terbuka India ditangguh, undian maut nanti pemain di Jepun
KESELAMATAN pemain jadi keutamaan apabila Kejohanan Badminton Terbuka India ditangguhkan ekoran insiden letupan bom di bandar Hyderabad yang dijadualkan menjadi tuan rumah saingan daripada 4 hingga 9 September ini. berita penuh

NTV7 siar 24 perlawanan
SEJUMLAH 24 perlawanan Kejohanan Ragbi Piala Dunia-IRB 2007 di Perancis bermula 7 September ini akan disiarkan dalam saluran NTV7 sepanjang enam minggu kejohanan itu. berita penuh

Jaguh renang ikut serta
JAGUH renang kebangsaan termasuk Daniel Bego, Lim Keng Kiat, Siow Yi Ting dan Lew Yih Weh adalah antara perenang yang akan beraksi pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Asum-Milo di Pusat Akuatik Paroi, Seremban bermula hari ini hingga Sabtu ini. berita penuh

Terengganu tidak gerun
STATUS Kedah sebagai juara Liga Super, langsung tidak menggerunkan Terengganu yang yakin mampu menjinakkan lawan dengan perbezaan tiga gol pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, Sabtu ini. berita penuh

Perancis impi julang juara
PARIS: Hanya dakapan trofi William Webb Ellis pada 20 Oktober nanti dapat memuaskan hati tuan rumah, Perancis yang bercita-cita besar mahu merakamkan kejuaraan buat julung kali dalam kancah Kejohanan Ragbi Piala Dunia di halaman sendiri. berita penuh

Xiang mahu tebus derita di Helsinki
OSAKA: Bintang China, Liu Xiang kini ghairah mahu melepaskan tekanan yang menghala ke arahnya ketika dilabel calon pilihan menjuarai pingat emas acara 110 meter berpagar lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia, hari ini. berita penuh

Hamaguchi laung amaran
JUARA bertahan, Toshiyuki Hamaguchi mahu terus kekal cemerlang dalam buruannya memburu gelaran keenam perlumbaan motosikal SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Grand Prix Asia Petronas Sprinta FIM yang sekali lagi akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara) mulai 31 Ogos hingga 2 September. berita penuh

Qabil terima pujukan MSN sertai Sukan Sea
PINTU hati pemenang lima emas acara ekuestrian Sukan Sea, Qabil Ambak Mahamad Fathil untuk mewakili negara pada Sukan Sea Korat, Thailand, Disember kini kembali terbuka walaupun sebelum ini meluahkan hasrat menarik diri bagi memberi peluang kepada barisan penunggang muda. berita penuh

Polo kenal pasti 11 pemain Sukan Sea Korat
PERSATUAN Polo Diraja Malaysia (RMPA) sudah mengenalpasti 11 pemain dari kelab yang aktif di negara ini sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea di Korat, Thailand, Disember ini. berita penuh

10 negeri selesai jalankan program
SEBANYAK 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur, sudah menamatkan program Rakan Muda Jiran Muda (RMJM) Liga Sukan Komuniti 2007 dengan mendapat sambutan hangat di setiap lokasi penganjurannya. berita penuh

Federer, Henin lepasi halangan pusingan pertama Terbuka AS
NEW YORK: Pilihan pertama, Roger Federer dan Justine Henin memulakan langkah awal ke arah memburu mahkota kejuaraan tenis Terbuka AS, kelmarin selepas masing-masing berjaya merakamkan kemenangan mudah pada pusingan pertama. berita penuh

Arsenal tak mahu kecewa lagi
LONDON: Arsene Wenger percaya perasaan marah Arsenal yang membuak-buak memberi semangat kepada pemainnya untuk memastikan tiada kekecewaan lagi dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang Sparta Prague, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia). berita penuh

Kemenangan atlit angkat maruah diri
ATLIT kebangsaan perlu menganggap kemenangan mereka di arena antarabangsa adalah untuk mengangkat maruah diri dan negara selain bagi membuktikan kemajuan yang dikecapi oleh negara ini. berita penuh




News pix

Shooting: Nur Suryani’s double delight

DEADEYE Nur Suryani Mohd Taibi shot down two more gold yesterday, bringing her total haul to four gold in the Southeast Asia Shooting Association (SEASA) championships.

pix SportCheck: NSC refutes Yee Yin’s allegations
THE National Sports Council (NSC) yesterday ...




pix SportCheck: Tembioh tames Linggiu
KELAB Sukan Taman Mulia Jaya won the seven-a-side ..


OTHER STORIES




Defending champions Myanmar have thrown the challenge to Malaysia to snatch the Merdeka Tournament trophy away from them when they battle it out in the final.
PRIZED TROPHY: Malaysia’s Norhafiz Zamani Misbah (left) and Mohd Zaquan Adha Abdul Razak get a feel of the trophy before they take on Myanmar in the final tonight.

Football: Myanmar confident of retaining trophy
Defending champions Myanmar have thrown the challenge to Malaysia to snatch the Merdeka Tournament trophy away from them when they battle it out in the final at the Shah Alam Stadium tonight.

Badminton: I’m sincere, says Lee Chong Wei
National number one shuttler Lee Chong Wei wants to make it clear that the country comes first in his pursuit for badminton excellence on the international stage.

Bowler aims to achieve her best ever result in ‘last’ world meet
With a desire to start a family soon, national bowler Shalin Zulkifli will compete in the women's World Championships as though it is her last outing as a national bowler.

Azalina wants nothing less than a top-four finish


Malaysia atau Myanmar?
Malaysia SHAH ALAM – Kecederaan tiga pemain utama Mohd. Shukor Adan, Norfarhan Mohamed dan Mohd. Daudso Jamaluddin memberikan tamparan hebat kepada skuad kebangsaan menjelang pertemuan dengan penyandang juara Myanmar pada perlawanan akhir Kejohanan Pesta Bola Merdeka Edisi ke-39 di Stadium Shah Alam, malam ini.

NTV7 penyiar rasmi Piala Dunia Ragbi
KUALA LUMPUR – NTV7 mendapat hak penyiaran Piala Dunia Ragbi IRB 2007 yang akan berlangsung di Perancis pada 7 September ini.

Chong Wei, Hafiz mangsa undian terburuk
KUALA LUMPUR – Undian badminton Terbuka Jepun, 11-16 September ini pasti yang terburuk dalam sejarah Siri Super apabila ramai pemain utama terpaksa berdepan rakan senegara di peringkat awal, termasuk dua pemain utama negara, Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim yang ditemukan pada pusingan pertama.

Skuasy: Delia juara di Pakistan
KUALA LUMPUR – Pemain pelapis kebangsaan, Delia Arnold merangkul kejuaraan keduanya tahun ini apabila menundukkan rakan senegara, Lim Lin Yoke untuk menjuarai kejohanan skuasy Terbuka POF Wah Cantt di Pakistan, kelmarin.

Polini penaja utama MotoGP Malaysia
KUALA LUMPUR – Syarikat dari Itali, Polini disahkan sebagai penaja utama pusingan ke-17 Kejohanan MotoGP Dunia Grand Prix Motosikal Malaysia pada 21 Oktober ini.

Pemain terbaik dunia beraksi -- Polo Terbuka Malaysia
KUALA LUMPUR – Sebanyak sepuluh pasukan akan menyertai Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2007 yang akan berlangsung dari 2 hingga 9 September di Kelab Ekuestrian Putrajaya.

Azalina cabar Zolkples
KUALA LUMPUR – Datuk Zolkples Embong telah dicabar secara terbuka oleh Datuk Seri Azalina Othman Said semalam bagi membuktikan kewibawaannya sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).

Piala Malaysia: Terengganu yakin ke akhir
KUALA TERENGGANU – Terengganu optimis mara keperlawanan akhir Piala Malaysia apabila bertemu juara Liga Super, Kedah pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Sabtu ini.

Messi, Heinze disenarai ke Melbourne
MELBOURNE – Jurulatih Argentina, Alfio Basile menyenaraikan pemain Real Madrid, Gabriel Heinze dan pemain Barcelona, Lionel Messi dalam senarai 21 pemain untuk aksi bola sepak persahabatan menentang Australia di Melbourne, bulan depan.

Murofushi tetap tabah
OSAKA, Jepun – Jepun semalam meratapi kekalahan juara acara baling tukul besi Olimpik, Koji Murofushi pada kejohanan dunia tetapi atlet yang mendapat jolokan ‘samurai’ itu berazam mahu bangkit pada temasya di Beijing tahun depan.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...