Sathianathan Appointed National Coach |
Under-23 Boys Give Malaysia Fitting Merdeka Gift |
Sarawak Wants To Promote Sports Tourism Through World Championships |
Sepang Circuit Closed Again For More Upgrading Work |
BERITA HARIAN
Hadiah Merdeka untuk negara
KEMARAU 14 tahun dileraikan di Stadium Shah Alam, malam tadi ketika Malaysia berpesta menyambut kemenangan 3-1 ke atas juara bertahan, Myanmar pada final Pestabola Merdeka Ke-39. berita penuh
Kim Hock pastikan tiada penumpang ke Beijing
DEMI memastikan misi emas Sukan Olimpik tercapai, tiada belas simpati bakal dihulur kepada pemain badminton negara yang berdepan penyingkiran hujung tahun ini andainya dibelenggu rentetan aksi kurang memberangsangkan. berita penuh
Emas Sukan Sea buruan Malaysia
GEMA sorakan dijelmakan lebih 45,000 penyokong di Stadium Shah, malam tadi, dijulang selaku faktor pembakar semangat di sebalik kejayaan skuad negara menundukkan Myanmar 3-1 pada final Pestabola Merdeka. berita penuh
Perenang kebangsaan pamer aksi mantap
HARI pertama Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Asum-Milo di Pusat Akuatik Paroi Seremban, petang semalam menyaksikan satu rekod baru kebangsaan dan empat rekod kejohanan dicipta. berita penuh
PSM rancang tubuh akademi sepak takraw
PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan berusaha menubuhkan sebuah akademi sepak takraw di setiap negeri dalam usaha melahirkan pemain berkualiti seterusnya berupaya meletakkan sukan berkenaan pada landasan terbaik. berita penuh
Woodball tunjuk belang
PASUKAN negara menyapu bersih semua kategori yang dipertandingkan dalam Kejohanan Woodball Terbuka Malaysia di Serai Di Lanjut Beach Resorts, dekat Rompin, yang berakhir kelmarin. berita penuh
Sepang tutup sementara
SELEPAS dibuka sementara sejak 18 Ogos bagi perlumbaan 12-jam Merdeka Millennium (MME) dan FIM Grand Prix Asia hujung minggu ini, Litar Sepang akan ditutup semula bagi kerja-kerja pembaikan semula menjelang perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia Polini, Oktober ini. berita penuh
Gay mula terbayang gelaran berganda
OSAKA: Tyson Gay membuka langkah besar untuk menggapai impian memburu gelaran berganda acara pecut selepas merakamkan masa terpantas 200 meter di separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia, semalam. berita penuh
West Ham mahu pinjam Adriano
LONDON: West Ham kini sedang berunding mendapatkan khidmat penyerang Inter Milan dari Brazil, Adriano secara pinjaman, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin. berita penuh
UEFA tangguh aksi Liga Juara-Juara
SEVILLE: Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membuat keputusan menunda tarikh perlawanan kedua, pusingan ketiga Liga Juara-Juara Eropah selepas perkhabaran tragik kematian pemain Sevilla, Antonia Puerta ketika beraksi di padang, kelmarin. berita penuh
Sathia dilantik jurulatih skuad negara
KEJAYAAN anak buahnya mengungguli edisi ke-39 Pestabola Merdeka menyaksikan B Sathianathan (gambar) bingkas diberi kepercayaan mengisi jawatan selaku ketua jurulatih skuad negara menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia, Oktober ini. berita penuh
Stadium Utama medan ujian
SELEPAS kurang daripada 10 atlitnya layak ke Sukan Sea Korat, Disember ini, Kejohanan Tertutup Kebangsaan di Perlis, hujung minggu ini bakal memberi isyarat sama ada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mampu memperbaiki pungutan lapan pingat emas dimenangi mereka di Manila, dua tahun lalu. berita penuh
Skuad menembak sekadar ketiga Seasa
MALAYSIA sekadar mampu menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan pungutan 22 mata menerusi lapan emas, 10 perak dan dua gangsa pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara (Seasa) ke-31 yang berakhir semalam. berita penuh
Suntikan semangat patriotik
PELUMBA Malaysia yang beraksi dalam kategori Underbone 115cc di Grand Prix FIM Asia Petronas Sprinta disuntik semangat patriotik menjelang pusingan keempat kejohanan yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 31 Ogos hingga 2 September. berita penuh
Sharapova bergaya mara ke pusingan kedua
NEW YORK: Persembahan menarik Maria Sharapova di gelanggang, kelmarin menyamai kehebatan pakaiannya yang mencuri tumpuan penonton ketika tampil mempertahankan mahkota kejuaraan tenis Terbuka AS. berita penuh
Benitez puji aksi Crouch
LIVERPOOL (England): Rafael Benitez memberi tabik hormat kepada Peter Crouch selepas penyerang itu mengingatkan pengurus itu mengenai kualiti miliknya ketika membantu Liverpool membelasah lawan dari Perancis, Toulouse, 4-0 dalam perlawanan kedua, pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin. berita penuh
NEW STRAITS TIMES
Football / Merdeka Tournament Final: MERDEKA HIGH
MALAYSIAN football delivered at the most significant moment — by winning the Merdeka Tournament as the nation celebrates the 50th anniversary of its independence.
Swimming / Malaysian Open: Chii Lin smashes national record
LEUNG Chii Lin (pic) registered her first ever ...
Bowling: Confident Esther looking to do a double
ESTHER Cheah aims to make history by becoming the ...
Shooting: Shotgun shooters bag two silver
THE national shotgun shooters upset the odds to ...
Badminton: Shuttlers walking a tightrope
QUALITY, not quantity is what national chief ...
Swimming: Daniel misses mark as six records sink
Beijing Olympics-bound Daniel Bego swam his fastest-ever 100m freestyle on a day when five meet records and one national record were broken in the 50th Malaysian Open championships at the Paroi Aquatic Centre yesterday.
Football: Spirited Malaysia are the champions
Malaysia are champions of the Merdeka Tournament again after a lapse of 14 years.
Badminton: Only the best for Olympics
National shuttlers without outstanding results over the next few months will face the axe. And chief coach Yap Kim Hock has made it clear that it is not just mere talk this time.
• | Sathianathan lands national coach job |
• | Put country ahead of personal glory, say riders |
• | Sepang to close for repair work |
• | MGA’s president |
UTUSAN MALAYSIA
Pesta malam gemilang
SHAH ALAM – Sambutan ulang tahun ke-50 Kemerdekaan negara bertambah ceria apabila skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 menghadiahkan gelaran kejuaraan Pestabola Merdeka Edisi ke-39 selepas menewaskan penyandang juara, Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, semalam.
Sathianathan dilantik jurulatih skuad utama
SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah semalam mengumumkan pelantikan B. Sathianathan sebagai jurulatih kebangsaan selepas kejayaannya membawa skuad bola sepak negara muncul juara Pestabola Merdeka.
Formula Future sesuai dipertandingkan pada Sukma 2008 – Azalina
PUTRAJAYA – Sukan bot laju Formula Future boleh dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008 jika tuan rumah Terengganu memasukkannya sebagai salah satu acara dalam pertandingan.
Peluang beraksi di New Zealand
KUALA LUMPUR – Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2007 bulan depan akan menjadi medan memilih pemain Malaysia ke Kejohanan Bola Jaring Dunia di New Zealand pada 10 hingga 17 November ini.
MYA mahu terus majukan perahu layar
LANGKAWI - Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) akan membentang satu kertas cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan mengenai keperluan untuk pembangunan sukan perahu layar di negara ini.
Pemain Leicester rebah, West Ham kalah
LONDON – Pemain Leicester City, Clive Clarke pengsan ketika rehat, pemain tengah England, Kieron Dyer dikhuatiri patah kaki dan tiga kelab Liga Perdana tersingkir pada malam penuh drama dalam persaingan Piala Liga England kelmarin.
LISBON – Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) dan Benfica masing-masing menghantar ucapan takziah kepada keluarga Antonio Puerta, yang meninggal dunia secara tragik, Selasa lalu.
Comments
Post a Comment