Markus Fuchs Wins FEI KL Grand Prix 2007 |
Team Switzerland Wins Double Podium |
Schuettler Wins Malaysian Open Atp Tennis Challenger Series |
Tuanku Mizan's Sailing Team Wins 2007 Coronation Cup |
Top Malaysian Women's Singles Ace Clinches First Title In China |
First SEA Games Gold Medal From Shooting |
Mew Choo Wins China Open Super Series' Women's Singles |
Jani Takes Sprint Race |
Mew Choo takluki Tembok Besar China
RATU badminton negara, Wong Mew Choo, melengkapkan ‘kemusnahan’ Tembok Besar China apabila melakar sejarah untuk menggondol gelaran perseorangan wanita badminton Terbuka China di Gimnasium Tinhe, Guangzhou, semalam. [+]
Alex sekadar duduki tempat ke-10
HUJUNG minggu ngeri Alex Yoong pada A1 GP Malaysia dinoktahkan dengan sedikit nada ceria apabila memungut mata pertama musim ini dengan penamat tempat ke-10 dalam acara pecut manakala berada di posisi ke-14 bagi perlumbaan feature, semalam. [+]
PSM terima usul penarikan diri
MAJLIS Tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebulat suara menerima usul supaya skuad sepak takraw menarik diri daripada Sukan Sea di Thailand minggu depan, andai penganjur tetap mahu menggunakan bola getah baru. [+]
Gilmour kagum Seri Paduka
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin yang bertindak selaku jurumudi pasukan The Royal Standard menjuarai perlumbaan Piala Pertabalan yang berlangsung selama dua hari di Teluk Warisan, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. [+]
Menembak buka tirai Sukan Sea
TANPA disedari, temasya sukan serantau terbesar Asia Tenggara - Sukan Sea sudah hampir membuka tirainya dengan acara menembak akan membuka gelanggang di Sports Authority of Thailand dekat Bangkok, esok. [+]
Nasril kempunan sertai skuad bola sepak ke Korat
PENJAGA gol Perak, Nasril Nourdin adalah antara lapan yang digugurkan jurulatih kebangsaan, B Sathianathan daripada senarai akhir 20 pemain yang akan membawa cabaran negara ke Sukan Sea Korat bulan depan. [+]
Fuchs rangkul kejuaraan Show Jumping FEI 5 Star
PENUNGGANG nombor tiga dunia dari Switzerland, Markus Fuchs merangkul hadiah RM350,000 selepas menjuarai Kejohanan Show Jumping FEI 5 Star Grand Prix Kuala Lumpur dengan menewaskan 16 peserta lain di Stadium Putra Bukit Jalil, yang berakhir semalam. [+]
Chin Aun kena gantung
PENGURUS skuad bola sepak Sukan Sea XXIV Datuk Soh Chin Aun dikenakan penggantungan dua perlawanan dan denda 5,500 swiss franc (RM15,400) selepas diperintah meninggalkan bangku simpanan ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Bahrain di Stadium Shah Alam, 28 Oktober lalu. [+]
MSN tak paksa atlit
MAJLIS Sukan Negara (MSN) menolak wujud unsur tekanan atau paksaan kepada atlit yang dibelenggu kecederaan untuk tetap beraksi pada Sukan Sea XXIV kerana terdesak untuk memenangi pingat emas untuk kontinjen negara. [+]
Ferguson yakin United bangkit
LONDON: Pengurus pasukan Manchester United, Alex Ferguson, meramalkan pasukannya akan bangkit selepas tewas mengejut kepada Bolton 1-0 kelmarin selepas satu lagi tempoh panjang tanpa sebarang kekalahan. [+]
Benitez tetap mahu beli pemain baru
NEWCASTLE: Kemenangan selesa 3-0 Liverpool ke atas Newcastle tidak mengubah hasrat pengurus, Rafa Benitez untuk membawa masuk pemain baru ketika tempoh perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris dibuka Januari ini. [+]
Grant harap Drogba dapat turun menentang Rosenborg
DERBY: Jurulatih Chelsea, Avram Grant berharap dapat menggunakan khidmat Didier Drogba ketika bertandang ke gelanggang lawan menentang Rosenborg dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu ini, selepas penyerang Ivory Coast itu sekadar di bangku simpanan ketika pasukannya menewaskan Derby 2-0 di Pride Park. [+]
Wenger puji naluri Galas
LONDON: Arsene Wenger memuji naluri serangan William Galas, selepas pemain pertahanan Perancis itu melebarkan penguasaan Arsenal di tangga teratas Liga Perdana. [+]
Skuad berbasikal tempat ketiga
SKUAD berbasikal kebangsaan yang memenangi dua emas dan tiga perak menduduki tempat ketiga keseluruhan pada Kejohanan Trek Piala Asia Sultan Azlan Shah 2007 yang berakhir di Velodrome Kuala Lumpur, semalam. [+]
Pro & Kontra: Peminat rindu emas selepas hilang 18 tahun
SELAIN bola sepak, pertarungan menarik Clash of Times di Stadium Malawati, Shah Alam Khamis lalu, bukan sahaja mendapat sambutan 12,000 peminat tenis dan disaksikan orang kenamaan serta tetamu diraja, tetapi menunjukkan ada ramai peminat setia sukan itu di negara ini. [+]
Mohd Rafie kejar podium Zhuhai
NIKMAT kemenangan sulung sebelumnya mendorong Mohd Rafie Mohd Naser terus mengejar gemilang pada pusingan akhir kategori Underbone Grand Prix Asia FIM Petronas Sprinta di Litar Antarabangsa Zhuhai, hujung minggu ini. [+]
Quantum Racing juara RMSIR
KEHEBATAN Ray Roberts selaku jurumudi terus digeruni apabila pasukannya Quantum Racing muncul juara kelas satu Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) yang berakhir di Langkawi, petang kelmarin. [+]
Program amal bantu Borhanuddin
PENDERITAAN bekas pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan serta Negeri Sembilan pada era 70-an dan 80-an, Borhanuddin Joned (gambar) yang menderita selepas disahkan menghidap penyakit saraf atau 'Motor Neuron Disease' sejak lebih setahun lalu, terus mendapat perhatian. [+]
Badminton: Mew Choo completes China demolition
K.M. Boopathy
WONG Mew Choo completed her stunning run in the China Open in terrific style when she shocked World No 1 Xie Xingfang to win her first international title in a nerve-wrecking final in Guangzhou yesterday.
Bowling: Nerves aside, Zatil is ready to strike
NATIONAL back-up bowler Zatil Iman Abdul Ghani ...
Sailing: Comfortable win for Royal Standard
IT was smooth sailing for the Yang di Pertuan
Rizal wins with new record, a surprise gold for Uracca Speedy Jani on pole Chong Wei, Mew Choo make history in Guangzhou
Mohd Rizal Tisin was in smashing form – creating a national record in the men’s 1km time trial en route to winning the gold medal in the Sultan Azlan Shah Asia Cup cycling championships at the Kuala Lumpur Velodrome Saturday.
A1 Team Switzerland driver Neel Jani stamped his mark as the undisputed pole winner at the Sepang Circuit when he emerged as the fastest driver in both qualifying sessions for sprint and feature races of the Malaysian round of the A1GP Saturday.
It has never happened before but yesterday Malaysia’s Wong Mew Choo and Lee Chong Wei pulled off amazing feats to reach their first ever finals in the China Open at Guangzhou Saturday.
Mew Choo lakar sejarah
KUALA LUMPUR – Wong Mew Choo melakar sejarah muncul pemain badminton wanita pertama Malaysia menjuarai Terbuka China sejak kejohanan diperkenalkan 18 tahun lalu.
Malaysia A1 raih satu mata di Sepang
SEPANG - Pasukan A1 Malaysia mengutip mata pertamanya dalam perlumbaan ‘Piala Dunia’ sukan bermotor A1GP apabila Alex Yoong menduduki tempat ke-10 acara Sprint manakala Switzerland mencatatkan menguasai kedua-dua sesi perlumbaan menerusi Neel Jani pada pusingan ketiga bagi musim 2006/07 di Litar Sepang semalam. Lapor A. JAILANI ABDULLAH
Aidil, Chin Aun kena gantung
KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 23 Tahun negara menerima tamparan awal sebelum membuka kempen bola sepak Sukan SEA Korat, Sabtu ini apabila kehilangan bek tengah, Aidil Zafuan Radzak dan pengurus pasukan, Datuk Soh Chin Aun bagi dua perlawanan pertamanya.
Jepun juara keseluruhan basikal Piala Asia
KUALA LUMPUR - Pasukan negara gagal menambah pungutan pingat pada hari terakhir Kejohanan Basikal Trek Piala Asia Sultan Azlan Shah di Velodrome Kuala Lumpur semalam, sekali gus menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan dengan dua emas dan tiga perak.
Fuchs juara Ekuestrian KL 2007
KUALA LUMPUR – Penunggang dari Switzerland, Markus Fuchs, 52, berjaya menewaskan 15 penunggang dari 10 buah negara dengan melakukan lompatan sempurna pada kedua-dua pusingan dalam acara kemuncak showjumping 1.60 meter, kelas 13, Kejohanan Ekuestrian Wilayah Kuala Lumpur Grand Prix 2007 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, petang ini.
PSM terpaksa tangguh keputusan sehingga Jumaat
PETALING JAYA – Tepat seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Jumaat lalu, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ternyata menangguhkan keputusan untuk menarik diri atau tidak daripada Sukan SEA Korat, bulan depan sehingga Jumaat ini.
Schuettler juara Terbuka Malaysia
KUALA LUMPUR – Bekas pemain No. 5 dunia, Rainer Schuettler menemui sentuhan cemerlangnya dengan menewaskan pemain bukan pilihan, Sergiy Stakhovsky dari Ukraine 7-6 (7-2), 6-2 untuk muncul juara Kejohanan Tenis Terbuka Malysia di Pusat Tenis Jalan Duta, di sini, semalam.
Menembak tawarkan emas pertama
NAKHON RATCHASIMA – Pingat emas pertama pada Sukan SEA edisi ke-24, akan datang daripada acara menembak 50m Rifle Prone wanita Selasa ini, sembilan hari sebelum temasya dwi-tahunan itu dibuka secara rasmi pada 6 Disember.
Chelsea tenang tanpa Essien
DERBY – John Terry berjaya mengubati kekecewaannya bersama skuad England apabila membantu Chelsea menewaskan Derby County 2-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana England, semalam.
MADRID – Pendahulu liga, Real Madrid hanya mampu seri 1-1 dengan pendatang baru, Real Murcia untuk membenarkan pencabar terdekat, Barcelona merapati kedudukan teratas bola sepak Primera Liga dengan dua mata selepas menang 3-0 ke atas Recreativo Huelva, semalam.
Comments
Post a Comment