Skip to main content

'Ada masa sedia pasukan mantap'

Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my


IMBAS kembali aksi hambar Malaysia ketika menentang Singapura pada Sukan Sea Korat 2007.

Azzuddin yakin skuad berwibawa ke Laos

KELEWATAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamakan jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) mampu menjejaskan peluang negara menamatkan penantian pingat emas selama 20 tahun di Sukan Sea Laos, Disember ini.

Ketika negara jiran seperti Vietnam sudah mula membentuk barisannya sejak tahun lalu, FAM masih belum dapat memastikan siapa yang akan diberi kepercayaan untuk mengendalikan skuad B-23.


Namun bagi setiausaha agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, beliau masih mempertahankan hujah bahawa barisan negara akan mempunyai barisan mantap dan masa mencukupi untuk persiapan.

“Kami akan menyusun beberapa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa buat skuad B-23 selain turut bersaing dalam Pestabola Merdeka, tetapi ia akan diumumkan selepas kami menamakan jurulatih B-23 selepas mesyuarat Exco awal bulan depan.

“Saya percaya kami dapat membentuk barisan yang mampu mencabar kerana beberapa pemain senior masih layak beraksi di Sukan Sea nanti,” kata Azzuddin.

Namun, realiti yang mungkin tidak disedari FAM ialah jurulatih yang bakal dilantik mengendalikan skuad B-23 pasti memerlukan sedikit masa untuk membentuk keserasian dan barisan yang mantap.

Barisan B-23 Vietnam membuktikan potensi mereka apabila muncul juara Pestabola Merdeka tahun lalu dan menjelang Sukan Sea Disember ini, mereka sudah beraksi bersama dalam tempoh lebih daripada 14 bulan.

Jika dibandingkan dengan skuad B-23 kebangsaan yang masih belum dibentuk, mereka akan hanya mempunyai tempoh persiapan kurang dari sembilan bulan sebelum Sukan Sea bermula apabila jurulatih baru dinamakan awal bulan depan.

Azzuddin sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan FAM mengambil seorang jurulatih untuk mengendalikan skuad senior dan B-23 serentak yang dilihat sebagai langkah penjimatan kos.

Tetapi pendekatan itu sudah terbukti gagal sebelum ini dan mungkin ada baiknya jika FAM mencontohi langkah Vietnam yang mengambil dua pengendali berbeza untuk skuad senior dan B-23 mereka.

Hasilnya, skuad senior Vietnam kendalian Henrique Calisto muncul juara Piala Suzuki-AFF tahun lalu manakala skuad B-23 mereka muncul naib juara di Sukan Sea Korat, tatkala barisan senior dan B-23 kendalian B Sathianthan gagal dalam kedua-dua kejohanan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...