KUALA LUMPUR - Atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim berazam untuk memberi lebih tumpuan kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Komanwel di New Delhi pada 2010 berbanding kejohanan lain.
"Keutaman saya adalah untuk memperoleh pingat emas," katanya ketika di sini, semalam.
Amirul Hamizan adalah pemenang tiga pingat emas pada Sukan Komanwel Manchester pada 2002.
Beliau kini menunggu keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) sama ada untuk menghantarnya ke Kejohanan Dunia IWF di New Caledonia ataupun ke Kejohanan Angkat Berat Asia di Kazakhstan pada Mei ini.
"Saya tidak kisah sama ada dihantar ke New Caledonia ataupun Kazakhstan tetapi yang paling penting ialah saya dapat memperbaiki kedudukan saya dalam senarai terbaik dunia," ujarnya.
Amirul Hamizan, yang berasal dari Pahang, kini berada dalam kedudukan kelapan dalam senarai terbaik dunia bagi kategori 56kg. - Bernama
Comments
Post a Comment