Skip to main content

Misi cungkil jurulatih tempatan kelas dunia




MAJLIS Sukan Negara (MSN) yakin Malaysia mampu melahirkan jurulatih tempatan bertaraf dunia dalam tempoh dua tahun lagi.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (gambar) memberitahu, sasaran tersebut adalah realistik melihatkan kepada misi dan visi baru Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) yang diketuai pengerusinya, Dr. Ahmad Muner Che Muhammad.

Terdahulu, Dr. Ahmad Muner, bekas Timbalan Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) dilantik sebagai pengerusi LKK bagi meneruskan misi melahirkan jurulatih berkelas dunia di kalangan anak tempa- tan.

"Jika kita lihat sekarang ini, semua sukan kita yang berkelas dunia seperti badminton, lumba basikal dan memanah, kesemuanya menagih khidmat jurulatih asing.

"Ini yang kita mahu ubah. Kalau boleh kita mahu semua sukan di negara kita mendapat kepakaran daripada jurulatih anak tempatan.

"Kita ada ramai jurulatih yang bagus dan berbakat, cuma mereka tidak mempunyai asas pengetahuan dari segala bidang seperti sains sukan, pemakanan dan sebagainya.

"Jadi, dengan pelantikan Ahmad Muner, saya harap LKK mampu melahirkan jurulatih yang mempunyai pakej lengkap dari segi kualiti, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran," kata Zolkples.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perasmian Konvensyen Instruktur Sains Sukan dan Bengkel Training of Trainers yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng semalam.

Sementara itu, Dr. Ahmad Muner berkata, misi paling utama LKK kini ialah untuk menentukan penanda aras kepada kualiti jurulatih yang akan dilahirkan dalam masa dua tahun lagi.

"Setakat ini kita sudah ada 299 juru- latih Tahap 3 yang memiliki kepakaran atau pengetahuan dalam bidang sains sukan dan juga sukan spesifik.

"Jumlah ini mungkin sedikit tapi bagi saya apa yang lebih penting ialah kualiti, bukan kuantiti. Kita mahu melahirkan jurulatih tempatan yang berkualiti dan akan terus berusaha ke arah itu.

"LKK akan cuba mencontohi program kejurulatihan yang diterapkan oleh negara maju seperti Australia, Kanada dan juga Britain untuk merealisasikan sasa- ran kami," ujar Dr. Ahmad Muner.

Menurutnya lagi, untuk melahirkan lebih ramai lagi jurulatih berpakej lengkap ini, LKK perlu mengkaji dahulu latar belakang dan pengalaman calon-calon ini supaya dapat disalurkan kepada sukan yang tepat.

"Kita ada ramai jurulatih dari kala- ngan guru-guru sekolah dan pensyarah universiti yang datang dari latar bela- kang yang berbeza.

"Tapi mereka ini hanya tahu tentang teori sahaja.

"Disebabkan itu, LKK menyediakan pengetahuan kepada mereka untuk mempraktikkan kepakaran mereka di bidang sukan ynag betul. Ia mungkin memakan masa sedikit dan kita kenalah bersabar," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...