Skip to main content

Anugerah pencetus semangat Safuan


SAFUAN (kanan) dan Li Jane dinobatkan selaku Olahragawan dan
Olahragawati Perak bagi tahun 2008.


"ANUGERAH ini menaikkan semangat saya untuk terus bekerja keras bagi mempertahankan kedudukan sebagai Pemain No.1 Dunia."

Begitu azam baru pemain boling padang negara, Safuan Said setelah diumumkan sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi tahun 2008 di Ipoh malam kelmarin.

Sebelum ini, Safuan turut memenangi anugerah tersebut pada tahun 2003 dan 2006 lalu.

Safuan yang menduduki takhta No. 1 dunia sejak tahun 2006 bertekad untuk menggandakan latihannya bagi mengekalkan prestasinya sesuai dengan statusnya sebagai pemain No. 1 dunia.

"Pemain dari England, Australia dan New Zealand sedang mengintai peluang untuk merampas kedudukan tersebut," jelasnya yang kini sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Boling Padang Asia Pacifik di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Selain Safuan, pemain badminton negara, Koo Kien Keat turut dicalonkan untuk anugerah tersebut.

Safuan dipilih memenangi anugerah tersebut atas pencapaiannya merangkul pingat emas acara perseorangan pada Kejohanan Piala Dunia di Sydney, Australia, Kejohanan Dunia di New Zealand dan Kejohanan Boling Padang Asia di Shenzhen, China tahun lalu.

Kejayaan Sin Li Jane yang membawa pulang dua pingat emas dan tiga perak daripada Kejohanan Boling Tenpin Boling Komanwel IV di Belfast, Ireland Utara tahun lalu membolehkannya dipilih sebagai Olahragawati Perak bagi tahun 2008.

Turut dicalonkan untuk anugerah tersebut ialah pemain badminton negara, Wong Pei Tty dan pemain boling padang, Nur Fidrah Noh.

Sementara itu, atlet lompat kijang berbakat, Muhammad Hakimi Ismail dan jaguh lompat jauh negara, Noor Amira Mohamad Nafiah diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Harapan 2008.

Bekas pemain boling padang kebangsaan, Sazeli Sani dipilih sebagai Jurulatih Terbaik.

Anugerah Jasamu Dikenang pula diberikan kepada bekas jurulatih olahraga, Miau Tong Hoi atas sumbangannya kepada Perak sejak tahun 1957 lalu.

Semua anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Perak, Zainol Fadzi Paharuddin.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...