Skip to main content

ATP ke KL


DATUK Seri Mohd. Najib Tun Razak (tiga dari kiri) ketika mengumumkan kejohahan Jelajah Persatuan Tenis Profesional (ATP) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada September depan, semalam.


MALAYSIA mencipta satu lagi sejarah.
Jelajah Persatuan Tenis Profesional (ATP), kejohanan paling unggul di dunia akan berada di Kuala Lumpur pada September depan.

Kali ini bukan untuk perlawanan pertunjukan tetapi hadir sebagai kejohanan yang akan menghimpunkan ramai gergasi tenis dunia.

Ia dijadualkan berlangsung pada 26 September hingga 4 Oktober dan menawarkan hadiah wang tunai AS$947,750 (RM3.5 juta).

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang turut bangga dengan pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Terbuka Malaysia 2009 yang diserapkan dalam kalendar ATP.

Terbuka Malaysia adalah antara lima kejohanan dalam Jela- jah ATP iaitu pusingan ke-64 dalam kalendar mereka musim ini. Malaysia mendapat hak untuk menganjur selama lima tahun akan datang.

Pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah itu dibuat sendiri oleh Lembaga Jelajah ATP dan ia merupakan suatu penghargaan buat negara, khususnya dalam sukan tenis.

“Saya sangat bangga apabila Malaysia menjadi tuan rumah untuk Jelajah ATP Dunia. Seperti mana penganjuran Formula Satu (F1) di Sepang, ia secara tidak langsung akan mempromosikan Malaysia di seluruh dunia.

“Pada masa yang sama, ia juga mampu mempromosikan sukan dan gaya hidup sihat yang menjadi amalan penting bagi kita semua.

“Saya harap, kejohanan ini akan menjadi inspirasi kepada pemain Malaysia bahawa suatu hari nanti, kita akan melahirkan pemain yang boleh memenangi gelaran pada Jelajah ATP Dunia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga ATP kerana memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi sukan yang cukup popular ini,” kata Najib.

Kejohanan Terbuka Malaysia 2009 ini akan dianjurkan oleh IMG, iaitu peneraju dalam pemasaran sukan dan gaya hidup selain tenis.

Kejohanan ini akan menyaksi- kan 28 pemain perseorangan dan 16 beregu beraksi pada pusi- ngan utama.

Ia akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil yang boleh memuatkan 16,000 penonton.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...