Skip to main content

Pelari Kenya warnai KL Marathon 2009


Rosmah Mansor menyampaikan replika cek bernilai RM70,000 kepada Julius Kilimo Kipkorir yang menjuarai larian Standard Chartered KL Marathon 2009 sambil diperhatikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (kiri) di Dataran Merdeka, semalam . - UTUSAN/Zulhafiz Hanafiah


KUALA LUMPUR - Seperti biasa, pelari Kenya terus menguasai kebanyakan kejohanan maraton yang diadakan di negara ini.

Terbaru, Kejohanan Standard Chartered KL Marathon 2009 yang menawarkan hadiah wang tunai lebih AS$96,500 (RM340,838.85) dikuasai oleh Julius Kilimo Kipkorir, 29, dengan mencatatkan masa 2 jam 17 minit dan 2 saat.

Diikuti dua lagi rakan senegaranya di tempat kedua dan ketiga, Nelson Kirwa Rotich, 28, dan Armon Kipchirchir, 24, masing-masing melakukan catatan 2'18.24s dan 2'18.55s pada kejohanan itu.

Untuk kemenangan itu, Kipkorir menerima cek bernilai RM70,694 manakala rakan-rakannya Kirwa Rotich dan Kipchirchir masing-masing menerima RM28,277.60 dan RM17,673.50 daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kipkorir yang buat pertama kalinya melibatkan diri dalam acara marathon penuh itu masih tidak percaya dengan kemenangannya itu.

''Sebelum ini, saya hanya mengambil bahagian dalam acara separa maraton iaitu 21 kilometer.

''Saya memulakan latihan bagi maraton ini sejak tiga bulan lalu dan tidak percaya bahawa dapat bersaing dengan pelari handalan maraton yang lain,'' katanya.

Dalam pada itu, marathon penuh bagi warga tempatan pula dijuarai oleh Muniandy Ramadass dengan catatan masa 2'31.52s.

Tempat kedua dan kedua pula masing-masing dimenangi oleh Shaharudin Hashim dan Jayakumar Ramasamy dengan masa catatan 2'39.52s dan 2'46.19s.

Sementara itu, putera dan puteri Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Tengku Nadhirah Zaharah, Tengku Muhammad Mua'az, dan Tengku Fatimatuz Zahra', turut serta mengambil bahagian dalam larian itu.

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat untuk memberi sokongan kepada ketiga-tiga anakanda baginda.

Kejohanan kategori utama sejauh 42 kilometer yang bermula di Dataran Merdeka itu disertai oleh 12,500 peserta yang turut mempertandingkan acara separa maraton, 10km, 5km, Family & Fun Run serta Kids Dash.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...