![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFWcti0ScSe0Ut00okQ9iltGht4kWmEFdZ3G3V-Rvw1wmeL8LKrXZAwxWwLOHkvVr-XyxmDjLjJ4AzcXNPX85F2v1utzQ7tdgy5V-Z7cx43XQKjUgaOOE3aCQCefgXQcIGGeuPk0z9hRnJ/s400/Anuar.jpg)
KANGAR - Pelumba negara, Mohd. Anuar Manan muncul juara keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2009 yang berakhir di sini semalam.
Walaupun sekadar di tangga keempat pada hari ketiga atau terakhir kejohanan, namun juara keseluruhan tetap menjadi milik pelumba berusia 23 tahun dari Terengganu itu.
Anuar memastikan gelaran tersebut kepunyaannya selepas mencatatkan masa 15:02: 38 saat, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat, Nguyen Mai Hung dari Vietnam selaku naib juara dengan kelebihan empat saat di depan sementara pelumba dari Qatar, Madani Abdel Malek menduduki tangga ketiga dan Yusop Abrekov (ke-4).
Comments
Post a Comment