Skip to main content

Fairuzizuan, Zakry tidak serasi, tiada kesefahaman


KUALA LUMPUR - Beregu No. 2 negara, Mohd. Fairuzizuan Tazari mendedahkan betapa dia dan pasangannya, Mohd. Zakry Abdul Latif berdepan masalah besar menjelang Kejohanan Badminton Dunia di India, bulan depan - tiada sefahaman dan keserasian.

Akui Fairuzizuan, kombinasi yang sudah lebih 2 tahun dibentuk itu kini berdepan krisis yang perlu diatasi segera sebelum berlepas ke Hyderabad, Sabtu depan.

Bagaimanapun dia menegaskan, ia bukan masalah peribadi, cuma krisis permainan yang sehingga kini masing-masing tidak tahu di mana puncanya.

"Saya sedar bahawa kami tiada sefahaman dan keserasian setiap kali beraksi, kami seperti membuat hal masing-masing apabila berada di atas gelanggang, Zakry dengan permainannya dan saya dengan permainan saya.

"Saya dan Zakry sudah menyedari perkara ini, malah jurulatih kami (Rexy Mainaky) juga telah menyuarakan kebimbangan mengenainya, ia perlu diatasi sebelum kami berlepas ke India.

"Saya dan Zakry bersetuju untuk berbincang dari hati ke hati Sabtu ini. Kami mahu mencari penyelesaian kepada masalah yang kami sendiri tidak tahu apa puncanya,'' akui Fairuzizuan semalam.

Fairuzizuan, 26, bagaimanapun menegaskan bahawa kepincangan yang melanda gandingannya dan Zakry sama sekali tidak akan mendorong ia dipecahkan.

Tegasnya, perpecahan tidak mungkin berlaku dengan mengambil kira faktor usia, malah dia sebolehnya mahu mempertahankan gandingan bersama Zakry sehingga ke akhir karier.

Malah, Fairuzizuan juga menegaskan bahawa peranan lebih besar yang terpaksa dipikul dengan berpasangan bersama Wong Pei Tty dalam acara beregu campuran juga bukan punca kemerosotan prestasinya bersama Zakry.

Kepincangan Fairuzizuan-Zakry semakin meruncing pada Mini Olimpik yang berakhir semalam, apabila mereka tumpas 18-21, 14-21 di tangan beregu remaja, Goh Wei Shem-Vountus Indra Mawan di suku akhir.

Mengulas mengenai sasarannya pada Kejohanan Dunia di Hyderabad, 10-16 Ogos ini, Fairuzizuan berkata, misi awal adalah melepasi halangan juara Olimpik dan dunia, Markis Kido-Hendra Setiawan yang dijangka ditemui di suku akhir.

"Kami kalah kepada mereka dalam pertemuan terakhir di Terbuka Perancis tahun lalu, tetapi pasangan ini juga tidak menunjukkan permainan yang baik tahun ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...