Skip to main content

Hafiz cemerlang, Chong Wei gah


Oleh Ahmad Khawari Isa dan Khairil S Iswan
bhsukan@bharian.com.my

Sentuhan Hendrawan buat pemain nombor satu dunia mandi peluh

TAHAP aksi Hafiz Hashim yang lebih menyengat jadi tumpuan biarpun Lee Chong Wei akhirnya tetap mengungguli perseorangan lelaki acara badminton Mini Olimpik di Stadium Juara, semalam.

Hafiz, selepas dua minggu dilatih pengendali dari Indonesia, Hendrawan, mempamer tentangan sengit pada set awal sebelum kecundang 17-21. Chong Wei bagaimanapun jelas pada kelas lebih tinggi ketika menang 21-10 di set kedua.

Peningkatan Hafiz itu, terutama kekerapannya menggunakan taktik lebih menyerang, diakui sendiri Chong Wei, yang dituntut mempamer tahap terbaiknya.

"Saya mempunyai kelebihan daripada segi kelajuan, tetapi jika Hafiz meneruskan persembahan seperti hari ini (semalam), saya yakin dia pasti akan mampu kembali kepada tahap prestasi tertingginya," kata Chong Wei.

Tiada kejutan juga berlaku pada final perseorangan wanita apabila Wong Mew Choo, selepas ditentang hebat Lydia Cheah pada set pertama, muncul juara menerusi kemenangan 24-22, 21-17.

Gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui juga nyata lebih baik daripada lawan muda, Chong Sook Chin-Woon Khe Wei apabila menang 21-16, 21-17 ketika Fairuzizuan Tazari-Pei Tty muncul juara beregu campuran menerusi kejayaan 21-11, 21-18 ke atas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Final beregu lelaki yang menemukan dua pasangan veteran � Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng � akhirnya dimenangi Chong Ming-Choon Eng 16-21, 21-15, 24-22.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...