HASRAT Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk terus menghantar 374 atlitnya ke temasya Mini Olimpik menunjukkan pucuk pimpinan kesatuan itu tidak memahami aspirasi Majlis Sukan Negara (MSN) yang mahukan atlit terbaik sahaja menyertai kejohanan itu.
Pemangku Ketua Pengarah MSN, Jalil Abdullah berkata Mini Olimpik bukan satu kejohanan peringkat kebangsaan di mana semua atlit termasuk pelapis boleh menyertainya.
"Sejak awal lagi, MSN menegaskan Mini Olimpik adalah kejohanan bagi atlit yang mempunyai ranking terbaik di negara ini, selaras dengan nama Olimpik itu sendiri. “Mengapa tujuh persatuan lain faham tetapi KOAM tidak faham peraturan asas itu?" katanya.
Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim sebelum ini dilaporkan tetap bertegas mahukan semua 378 atlit menyertai Mini Olimpik dan sebarang kekurangan peruntukan daripada MSN akan ditanggung sendiri oleh kesatuan itu.
Tujuh acara lain yang dipertandingkan pada Mini Olimpik yang bermula semalam sehingga 9 Ogos ini ialah badminton, memanah, menembak, angkat berat, gimnastik, akuatik dan berbasikal. - Bernama
Comments
Post a Comment