Skip to main content

MOM belum pasti jumlah atlet


"MASIH terlalu awal untuk memutuskan jumlah atlet yang akan diletakkan di bawah kategori A ke Sukan SEA Laos."

Demikian pandangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Menurut Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, meskipun sudah menyenaraikan beberapa atlet untuk diletakkan dalam kategori A, namun mereka masih belum menutup peluang kepada atlet-atlet lain sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 26 Oktober nanti.

"Sejak dua hari lalu berrmula semalam (kelmarin), kami sudah mengadakan pertemuan dengan semua 20 persatuan yang akan mengambil bahagian pada Sukan SEA di Laos tahun ini," kata Kok Chi.

"Daripada pertemuan itu, kami telah membuat keputusan mengenai senarai atlet yang akan diletakkan dalam kategori A dan B.

"Namun, senarai tersebut sebenarnya masih belum muktamat. Atlet-atlet yang diletakkan dalam kategori B masih berpeluang untuk membuktikan keupayaan masing-masing pada kejohanan-kejohanan yang diadakan sebelum tarikh tutup tersebut.

"Jika ada antara mereka yang menunjukkan prestasi terbaik dan berjaya melepasi sasaran kelayakan, maka mereka juga berpeluang untuk disenaraikan dalam kategori A.

"Malah, saya percaya selepas Kejohanan Mini Olimpik yang sedang berlangsung sekarang, akan ada atlet yang berjaya melompat daripada kategori B kepada kategori A."

Pada mesyuarat semalam, antara acara yang diputuskan berada dalam kategori A termasuklah sepak takraw lelaki, bola tampar pantai wanita, badminton dan lumba basikal.

Atlet kategori A dipilih selepas berjaya melepasi syarat penyertaan secara merit dan MOM akan menanggung sepenuhnya kos penyertaan mereka pada Sukan SEA yang akan diadakan pada 9 hingga 18 Disember itu nanti.

Sementara atlet kategori B pula merupakan atlet yang gagal melepasi syarat penyertaan secara merit tetapi tetap dihantar kerana dianggap mempunyai peluang untuk membuat kejutan.

Begitupun, penyertaan atlet kategori B ditanggung oleh persatuan dan MOM akan membayar semula kos terbabit sekiranya mereka berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat perak.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...