Skip to main content

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.
TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam. 
 
KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan.
Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London.

ā€œBagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak.
ā€œTiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,ā€ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemandu program Road To London di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Pada masa sama, beliau turut mencetuskan kemungkinan sama ada pemain bola sepak negara masih mewakili negeri atau kelab atau meminta mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan kelayakan Olimpik, malah mahu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perkara itu.
Selain hoki dan bola sepak, menembak turut tersenarai dalam program itu dengan mempertaruhkan lima atlet iaitu Nur Suryani Mohd Taibi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, Bibiana Ng, Hasli Izwan Amir Hassan dan Hafiz Adha untuk membentuk kelompok besar 77 atlet yang berada dalam senarai elit.

Penambahan itu menurut Ahmad Shabery turut menyaksikan peningkatan kos untuk program Road To London daripada RM16 juta kepada RM26 juta.


MyMetro

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Ex-coach's jail sentence cut to a year

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday sentenced former athletics coach C. Ramanathan to 12 months' jail for molesting two junior athletes 19 years ago. A three-man bench led by Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus unanimously dismissed Ramanathan's appeal against conviction, but varied the jail sentence of four years to a year, which was to run concurrently. Following yesterday's ruling, Ramanathan, 75, a former teacher, walked out a free man as he had served 10 months in Kajang Prison. Convicts get one-third remission for good behaviour while in prison. However, he will lose his pension. Hishamudin, who sat with Datuk Abdul Wahab Patail and Datuk Linton Albert, said the court found no merit to overturn the conviction. "However, in reducing the sentence, we considered Ramanathan's age and the long years the appeal has taken." Deputy public prosecutor Awang Armadajaya Awang Mahmud submitted that then High Court judge Tan Sri Abdull Hamid E...