SKUAD bowling wanita negara tergelincir daripada saingan merebut pingat dalam acara beregu apabila semua tiga gandingan menamatkan kelayakan di luar empat teratas separuh akhir di Las Vegas kelmarin.
Beregu terbaik negara, Siti Safiyah Amirah Abd Rahman dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi sekadar berada di tempat ke-16 dengan 2,500 jatuhan pin, 70 pin di belakang pasangan di tempat keempat dari Australia, Ann Maree Putney dan Carol Gianotti.
Selepas itu, Sharon Koh dan Wendy Chai menyusul di tempat ke-17 dengan 2494 manakala pasangan yang menjadi sandaran, Esther Cheah-Shalin Zulkifli di tempat ke-24 (2,452).
Gandingan Korea Selatan, Son Yun-hee dan Hong Su-yeon unggul dengan 2,616 diikuti rakan senegara, Hwang Sun-ok dan Gang Hye-eun, tiga pin di belakang manakala beregu Denmark, Anne Gales-Rikke Holm Rasmussen di tempat ketiga dengan 2,608.
Comments
Post a Comment