Skip to main content

Terjun diselitkan dalam RTL 2012


KUALA LUMPUR - Kejayaan dua atlet terjun negara, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong Pamg di Kejohanan Dunia FINA Ke-13 membolehkan acara itu turut dimuatkan dalam program Road To London (RTL) 2012 bersama badminton, lumba basikal dan memanah.

Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas menyerahkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan kepada dua atlet tersebut di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil semalam.

Menurutnya, kehebatan dua atlet terjun itu mencatat kejayaan di peringkat antarabangsa membolehkan acara terjun turut tersenarai dalam program tersebut.

"Mereka mencatat kejayaan luar biasa di di Rome dan ia merupakan kejayaan sulung atlet terjun di kejohanan tersebut menyingkirkan atlet negara lain yang lebih hebat seperti Kanada, Australia, Jerman dan Rusia," katanya.

Jelasnya, program yang dijalankan khas buat atlet yang mempunyai potensi untuk menyinar di Sukan Olimpik 2012 London masih terbuka buat mana-mana jenis sukan yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa.

"Kejayaan kelas pertama yang dicatatkan mereka ini membolehkan mereka turut diberi peluang menyertai program ini, jika sebelum ini hanya tiga jenis sukan tetapi kelahiran dua permata ini menjadikannya kepada empat jenis sukan.

"Saya berharap mereka akan terus menjalani latihan dengan tabah dan terus serasi walaupun baru digandingkan seterusnya dapat mencatat kejayaan cemerlang," katanya.

Mun Yee dan Pandalela memperoleh RM10,000 setiap seorang selepas memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform dan ia merupakan kejayaan kelas satu.

Bagi Mun Yee dia sangat gembira selepas mendengar pengumuman tersebut dan berazam akan cuba yang terbaik sepanjang latihan yang dijalankan walaupun ia dijangka berbeza dengan latihan sebelum ini.

"Saya akan mengharungi program ini seperti biasa dan memang saya tidak jangka mampu dapat mencatatkan kejayaan selepas ini.

"Saya masih belum pasti lagi latihan yang bakal dijalankan di bawah program ini tetapi saya tidak rasa terlalu tertekan," katanya.

Kata atlet berusia 24 tahun itu, walaupun baru digandingkan selama tiga bulan dia sudah merasakan keserasian bersama Pandelela.

Pandelela berkata, pada mula-mula dia berasa sedikit janggal bergandingan dengan Mun Yee yang lebih senior darinya tetapi lama-kelamaan ia tidak menjadi satu masalah lagi.

"Kami saling menegur antara satu sama lain, memandangkan Mun Yee juga sudah lama tidak beraksi dalam acara platform," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...