Skip to main content

Terjun taruhan terbaru


Ahmad Shabery (kanan) beramah mesra dengan penerjun negara, Mun Yee (tengah) dan Pandelela selepas menyampaikan replika cek hadiah Shakam di MSN, Bukit Jalil semalam.


KEJAYAAN dua penerjun negara, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Rom, Itali dua minggu lepas melayakkan mereka menyertai 17 atlet elit yang lain dalam program 'Road to London 2012'.

Terjun kini menjadi acara tumpuan negara pada Sukan Olimpik, selain berbasikal, memanah dan badminton yang sebelum ini dipilih sebagai acara yang mampu meraih pingat emas pertama bagi Malaysia dalam sejarah temasya sukan paling berprestij di dunia itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengumumkan perkara tersebut berkata, kemasukan acara terjun sebagai sukan tumpuan ke Olimpik menunjukkan keterbukaan kementerian itu dalam pemilihan sukan dan atlet elit ke London.

"Walaupun sebelum ini, cuma 17 atlet dari sukan berbasikal, memanah dan badminton tersenarai sebagai acara tumpuan ke London tetapi prestasi semasa yang membanggakan membolehkan dua penerjun negara itu dan acara terjun turut tersenarai," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil semalam.

Program 'Road to London 2012' dilancarkan pada Februari lepas oleh Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan tujuan mencari pingat emas pertama untuk kontinjen negara pada temasya Olimpik.

Ketika itu, Malaysia cuma meletakkan sasaran satu emas menerusi acara badminton.

Namun, kejayaan dua pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang Muda dan Mohd. Rizal Tisin meraih pingat perak dan gangsa pada Kejohanan Trek Dunia pada Mac lepas meyakinkan Kementerian Belia dan Sukan untuk menambah sasaran di London kepada dua pingat emas.

Terdahulu, Ahmad Shabery turut menyampaikan hadiah di bawah Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan (Shakam) kepada Mun Yee dan Pandelela di atas kejayaan mereka meraih gangsa pada acara terjun berirama 10 meter platform pada Kejohanan Dunia tersebut.

Kedua-dua penerjun itu menerima RM10,000 setiap seorang selepas MSN mengiktiraf kejohanan tersebut sebagai kejohanan dunia Kelas 1.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...