Skip to main content

Adiq diserap ke skuad elit


Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my

KECEMERLANGAN yang dipamerkan membolehkan Mohd Adiq Hussainie Othman diserapkan ke dalam skuad elit berbasikal negara yang bakal dipersiapkan untuk memburu pingat dalam saingan Sukan Olimpik London 2012.

Anak kelahiran Terengganu itu yang baru menjengah 18 tahun, akan dikirimkan Majlis Sukan Negara (MSN), untuk berguru dengan John Beasley di Melbourne, Australia bersama dengan jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang dan Mohd Hafis Sofian.

Pengumuman itu dinyatakan Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin yang menegaskan pencapaian atlit berkenaan begitu memberangsangkan seperti yang ditunjukkan di Moscow dan Kalimantan baru-baru.

"Keputusan untuk menghantar Adiq ke Australia baru dibuat semalam (kelmarin) dan dia akan berlepas ke Melbourne dalam masa beberapa hari lagi selepas semua proses membabitkan kewangan dan tempat tinggal dibereskan," katanya.

Adiq mencatat sejarah membanggakan apabila meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Remaja Dunia 2009 di Moscow, Russia selain meraih satu perak dan dua gangsa daripada lima acara di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan, Indonesia minggu lalu.

Jefri berkata, tumpuan utama latihan di Australia adalah untuk menyiapkan pasukan untuk memburu tiket meraih emas pertama negara di Sukan Olimpik bagi menyahut cabaran yang disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

"Selain Adiq, seorang lagi pelumba, Mohd Rizal Tisin, turut dijangka berlepas ke Australia pada minggu depan. Mereka akan menjalani latihan bersama bagi membuat persediaan menjelang siri kejuaraan dunia hujung Oktober ini," katanya.

Rizal yang dianggap Beasley sebagai jagoan dunia dalam pembikinan, sebelum ini berkata, beliau akan ke Australia sebagai persiapan menghadapi Siri Piala Dunia di Manchester, England pada 30 Oktober diikuti di Melbourne pada November dan Columbia pada Disember depan.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...