Skip to main content

Harimau Muda dalam Liga Super

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

Skuad B20 ambil tempat dalam Liga Perdana

IDENTITI pasukan kebangsaan yang akan menghiasi kancah Liga Super musim depan terjawab dengan pengumuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaikkan Harimau Muda dan menggantikannya dengan satu lagi pasukan jelmaan itu pada Liga Perdana.

Pengumuman itu yang dilakukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Teknikal semalam, menyaksikan Harimau Muda dibarisi pemain bawah 21 tahun manakala pasukan kebangsaan bawah 20 tahun akan membawa cabaran dalam Liga Perdana.

FAM sebelum ini mengumumkan akan menyenaraikan satu pasukan kebangsaan masing-masing dalam dua divisyen teratas negara tetapi menolak cadangan juara Liga Perdana, Harimau Muda akan dinaikkan ke Liga Super untuk mengisi salah satu tempat itu dengan alasan mereka adalah pasukan jemputan.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, langkah itu akan menyaksikan skuad negara diwakili pada setiap peringkat umur dengan matlamat utama adalah untuk menyediakan pasukan bawah 20 tahun menghadapi peringkat kelayakan Olimpik tahun depan.

"Terdapat pemain Harimau Muda sekarang yang sudah meningkat umur, jadi kami akan mengambil muka baru untuk mengisi kekosongan itu jika ia menjadi realiti, " katanya.

Kemasukan Harimau Muda akan menjadikan jumlah pasukan Liga Super kepada 15, bergantung kepada tarikh akhir pendaftaran pasukan yang bakal dimuktamadkan 15 Oktober depan.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, S Rajagobal terpaksa melupakan khidmat tonggak sayap, Mohd Khyrill Muhymeen Zambri untuk kunjungan ke Arab Saudi hujung minggu ini, berikutan kecederaan.

Selain Khyrill, Rajagobal juga terpaksa ke Riyadh hari ini tanpa pemain tengah, Amar Rohidan dan rakan sepasukannya di Perlis, Mazlizam Mohd yang membentuk barisan pertahanan akhir buat skuad negara, selepas dilanda demam teruk sebaik pulang dari Palembang.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...