Skip to main content

Harimau Muda ke Slovakia


KIM SWEE (dua dari kiri) mahu anak buahnya menimba pengalaman apabila mengadakan perlawanan
persahabatan di Slovakia nanti.


SKUAD bola sepak bawah 20 tahun (B-20) kebangsaan, Harimau Muda akan terbang ke Slovakia Isnin depan bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabatan sepanjang kunjungan selama 18 hari ke negara Eropah itu.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, barisan 26 pemain muda negara itu bakal menghadapi lima perlawanan persahabatan termasuk menentang skuad B-20 Slovakia.

"Mengikut jadual, kita akan berada di sana bermula 1 hingga 18 September. Kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga skuad B-20 kelab-kelab profesional Slovakia, satu perlawanan dengan skuad B-20 kelab profesional Hungary dan pada perlawanan terakhir kita akan bertemu skuad B-20 Slovakia.

"Saya anggap ini peluang terbaik untuk pemain-pemain muda kita mengutip pengalaman bertemu pasukan dari Eropah yang sama usia dengan pemain kita. Sudah tentu peluang bertemu pasukan kuat seperti ini tidak patut dilepaskan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara Liga Perdana musim ini, mengetepikan 12 pasukan lain termasuk lima pasukan negeri iaitu Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Melaka.

Menurut Kim Swee, daripada senarai 26 pemain tersebut, 21 pemain adalah daripada skuad Harimau Muda manakala lima lagi pemain iaitu Khairul Izzuwan Shaari, Wan Zaharulnizam Zakaria, Mohammad Amer Saidin, Mohd Alif Fadhil Ismail dan Nicholas Wee Sheng Ming daripada skuad B-18 kebangsaan.

"Kita tidak dapat bawa enam lagi pemain Harimau Muda kerana mereka kini bersama skuad B-23 kebangsaan di bawah kendalian K. Rajagobal iaitu K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md. Ali, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fandi Othman dan Faizal Muhammad," ujarnya.

Kim Swee turut memberitahu, skuad Harimau Muda akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang KL Plus di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, Sabtu ini.

"Selepas pulang dari Slovakia nanti, kita akan berehat beberapa hari untuk menyambut Hari Raya dan kembali berlatih selepas itu kerana skuad Harimau Muda akan menghadapi Kejohanan Jemputan Piala Newspaper 2009 di Vietnam bermula 8 Oktober depan.

"Saya juga perlu mempersiapkan skuad B-18 kebangsaan untuk menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2010 di China pada November depan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...