Skip to main content

Kapten Abdul Halim meninggal dunia


Kapten Abdul Halim meninggal dunia

PENGADIL bertaraf dunia, Kapten Abdul Halim Abdul Hamid (gambar) meninggal dunia semalam akibat jangkitan kuman di bahagian tulang belakang.

Halim yang pernah menjadi penolong pengadil pada Kejohanan Piala Dunia 1998 di Perancis, meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis sekitar pukul 9.20 malam.

Halim, 47, merupakan penolong pengadil kepada Kim Milton Nielsen, iaitu pengadil yang melayangkan kad merah kepada David Beckham pada pertembungan klasik antara England dan Argentina pada Piala Dunia 1998.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wan Manirah Wan Mustafa dan empat orang anak, Nur Alya Haifa, Mohd. Shah Iskandar, Nurul Aisya dan Hani Hilmi.

Sebelum ini, Malaysia turut kehilangan seorang lagi pengadil berpengalaman, Mohd. Nazri Abdullah pada awal Februari lalu.

Comments