Skip to main content

KBS segera bertindak


SHABERY (kiri) bersalaman dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek sebelum majlis berbuka puasa
di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya semalam.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia mempercepatkan pembinaan velodrom basikal trek bertaraf Olimpik di negara ini tanpa perlu menunggu sehingga berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2011.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya perlu mengkaji peruntukan yang ada dalam bajet RMK-9 KBS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai pembinaan velodrom tersebut.

"Saya sedia pertimbangkan untuk mempercepatkan pembinaan velodrom tetapi mungkin ada projek pembangunan lain yang perlu disegerakan di bawah RMK-9," katanya selepas majlis berbuka puasa di kementeriannya di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yang mahukan velodrom itu dibina secepat mungkin bagi manfaat pelumba negara selain membolehkan Malaysia membida untuk menganjurkan Kejohanan Trek Dunia dan Piala Dunia Klasik daripada Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Sebelum ini, Ahmad Shabery berkata, beliau akan mencadangkan pembinaan velodrom tertutup itu dalam RMK-10.

Beliau turut meminta persatuan sukan lain mencontohi pencapaian pelumba basikal negara yang mengungguli kejohanan antarabangsa tanpa kemudahan latihan bertaraf dunia di negara ini.

"Contohnya banyak stadium besar di negara ini tetapi di manakah pencapaian bola sepak kita? Begitu juga banyak gelanggang tenis tetapi di manakah pencapaian kita pada peringkat dunia?," katanya.

Dalam perkembangan lain, kertas cadangan mengenai pemberian insentif kepada atlet paralimpik yang berjaya merangkul pingat pada kejohanan antarabangsa akan dibentang pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan, 8 September depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, kertas cadangan itu antara lain mencadangkan bayaran insentif diberikan kepada atlet paralimpik yang berjaya mengharumkan nama negara sebagaimana atlet lain.

"Kerajaan sentiasa mengiktiraf sumbangan para atlet terbabit kerana ada di antara mereka mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding atlet normal," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...