Skip to main content

KOAM tak berganjak 10 emas

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my


Karim Ibrahim

'Atlit kebangsaan mampu bangkit pada Kejohanan Kebangsaan, ATF'

KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tetap mempertahankan sasaran 10 pingat emas di Sukan Sea XXV di Laos masih di atas landasan di sebalik prestasi hambar atlitnya dalam beberapa kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Timbalan Presidennya, Karim Ibrahim berkata kesatuan itu tidak berasa gusar atau pun panik dengan persembahan buruk atlit mereka terutama barisan elit yang menyertai latihan dan kejohanan di Mannheim, Jerman lalu dan masih menaruh harapan mereka akan dapat menyajikan aksi lebih cemerlang di Vientiane.

"Kami masih mempertahankan sasaran 10 emas di Laos," kata Karim. "Walaupun KOAM agak kecewa dengan prestasi atlit terutama barisan elit tetapi dengan empat bulan masih berbaki sebelum Sukan Sea bermula, ada peningkatan yang boleh dilakukan barisan atlit kebangsaan.

"Mungkin ada pihak yang berasa cemas dengan prestasi atlit kebangsaan ketika ini apatah lagi ada di antara mereka terutama di kalangan barisan elit gagal memberikan persembahan membanggakan musim ini.

"Memang saya sendiri berasa agak kecewa. Cuma kita mengharapkan atlit ini akan bangkit dalam beberapa lagi kejohanan akan datang dan memberi aksi lebih bertenaga.

Seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa KOAM hanya akan menimbangkan atlit yang konsisten untuk Sukan Sea dan mereka yang merosot akan berdepan kemungkinan digugurkan daripada skuad Sukan Sea."

Atlit kebangsaan mempunyai peluang menampilkan aksi lebih baik pada kejohanan kebangsaan yang akan diadakan Oktober ini dan juga Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Guangzhou, September ini.

Dua kejohanan ini menyaksikan KOAM akan menilai prestasi atlit kebangsaan dan mengharapkan peningkatan persembahan daripada atlit dan juga barisan jurulatih elit.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...