Skip to main content

Laos kian 'kabur' buat Faiz

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my


Muhd Faiz Mohamad

KECEDERAAN lutut dialami atlit 110 meter lari berpagar negara, Muhd Faiz Mohamad ketika beraksi di Kejohanan Mini Olimpik, baru-baru ini meletakkan dirinya berdepan laluan sukar untuk mencari tempat dalam skuad ke Sukan Sea 2009 di Laos, Disember ini.

Atlit kelahiran Seremban itu mengakui dia kini bergelut untuk memulihkan kecederaan itu dengan mendapatkan perkhidmatan fisioterapi untuk mengejar masa agar dapat beraksi pada temasya dwitahunan itu.

"Tahun ini nasib agak kurang baik kerana kecederaan dialami semasa Kejohanan Mini Olimpik, baru-baru ini. Namun, saya tidak akan patah semangat untuk berusaha dan kembali ke landasan terbaik menjelang pemilihan ke Sukan Sea pada Kejohanan Olahraga Kebangsaan 2009 yang akan diadakan selepas Aidilfitri nanti.

"Harapan saya kecederaan ini dapat pulih secepat mungkin dan membolehkan menjalani latihan pemilihan itu walaupun waktu agak terbatas, tambahan pula, bulan puasa yang membataskan sedikit latihan berbanding hari biasa," kata Muhd Faiz, semalam.

Muhd Faiz adalah antara tiga atlit acara itu yang memburu tempat ke temasya sukan berprestij rantau ini selain Robani Hassan dan Rayzamshah Wan Soffian yang juga pemenang pingat emas pada temasya sama di Korat, dua tahun lalu dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dijangka menyenaraikan dua atlit bagi acara itu di temasya, tahun ini.

Pelari berpengalaman yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu tetap mahu memberi cabaran kepada dua pesaingnya itu kerana mahu mencatat rekod selaku atlit yang berjaya mewakili negara ke temasya berkenaan selama tiga kali berturut-turut.

Begitu pun, Muhd Faiz merasakan bahawa dia tetap akur andai peluang kali ini tertutup buatnya susulan kecederaan yang dialaminya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...