Skip to main content

Menembak sasar empat emas pada Sukan SEA Laos


Senarai 13 penembak telah dihantar kepada MOM dan kini menunggu pengesahan untuk membolehkan NSAM menggapai impian membolot empat emas di Laos kelak.


KUALA LUMPUR - Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mensasarkan empat pingat emas pada Sukan SEA Laos yang akan berlangsung dari 9-18 Disember.

Setiausaha Eksekutif NSAM, Jasni Shaari berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan skuad negara di kejohanan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.

"Jika di Korat dua tahun lalu, skuad negara tidak menonjol dan sekadar membawa pulang dua pingat emas, kali ini kami mensasarkan empat emas dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut terutamanya dalam acara rifel wanita," kata Jasni.

Katanya lagi, seramai 13 penembak negara telah melepasi had kelayakan Sukan SEA dan acara-acara yang akan disertai bagi wanita ialah Rifle 3 position, 10m Air Pistol dan 25m Sport Pistol manakala lelaki Rifle Prone.

"Senarai 13 penembak ini telah dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan kami kini menunggu pengesahan MOM sebelum mengumumkan senarai muktamad serta melihat jika ada sebarang perubahan dan perkembangan semasa dari Laos.

"Penembak-penembak ini telah menunjukkan prestasi memuaskan dengan melepasi had kelayakan dalam beberapa kejohanan tempatan yang diadakan terutamanya kejohanan Piala Tun Tan Siew Sin pada Julai lepas dan kejohanan Mini Olimpik awal bulan ini," katanya.

Jasni berkata, dua kejohanan tempatan yang bakal berlangsung iaitu Kejohanan Menembak Piala Tun Hanif pada Oktober dan Kejohanan Menembak Kebangsaan, November ini menjadi medan pemanas badan skuad kebangsaan untuk membuktikan keupayaan sebenar sebelum berentap di Laos.

"Selain dua kejohanan tempatan ini, kami sedang menunggu lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara dan MOM untuk penembak-penembak negara menyertai edisi kedua Sukan Perpaduan Islam 2009 di Iran dan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok pada November berikutan penularan wabak influenza A (H1N1)," kata Jasni.

Skuad menembak kebangsaan yang terdiri daripada 16 penembak pistol dan rifel kini meneruskan latihan pusat di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) di bawah bimbingan jurulatih Mohd. Hashim Desa yang dijadualkan berakhir 6 September ini.

"Jika tahun lalu mereka terpaksa menyertai kejohanan pada bulan Ramadan, kali ini pula sekadar menjalani latihan pusat dan saya pasti kesungguhan dan semangat kental mereka walaupun berpuasa akan meningkatkan lagi prestasi mereka," kata Jasni.

Antara nama-nama yang melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Laos ialah Bibiana Ng, Nur Suryani Mohd. Taibi, Shahera Rahim Raja dan Hasli Izwan Amir Hasan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...